" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, November 29, 2008

PEMUDA PAS
SIAP MENGHADAPI PILIHANRAYA KECIL
P 036 KUALA TERENGGANU

Dewan Pemuda PAS Pusat terlebih dahulu mengucapkan takziah kepada Isteri dan seluruh ahli keluarga MP Kuala Terengganu merangkap Timbalan Menteri Pelajaran Dato' Razali Ismail yang meninggal dunia di Genting Highland jam 6.30 petang kelmarin .

Beliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut. Difahamkan Allahyarham Dato' Razali 59' , rebah etika bermain badminton di institut Aminudin Baki .

Semoga mencucuri rahmatnya kepada almarhum dan menggolongkannya dikalangan hamba - hambanya yang soleh .

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, beliau menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf. Dato' Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi. Allahyarham mendapat 32,562 undi, manakala Mohamad memperolehi 31,934 undi. Maimun, seorang nenek yang dipercayai calon paling tua, pula mendapat 685 undi.

Berikutan kematian al marhum , satu pilihanraya kecil akan diadakan Kuala Terengganu dalam tempoh 60 hari ini .

Pemuda PAS Bersiap Siaga

Umumnya dalam apa jua keadaan , Dewan Pemuda PAS telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia menghadapi pilihanraya samaada pilihanraya umum atau pun pilihanraya kecil . Ekoran kekosongan kerusi di Parlimen KuaLA Terengganu dengan kembalinya penyandang MP sebelum ini ke rahmatillah , insyaallah Dewan Pemuda PAS Pusat akan segera memanggil seluruh exconya untuk mengadakan mesyuarat bagi menyusun tindakan akhir demi merampas kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu .

Sebelumnya , Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu pasti sahaja telah meletakkan seluruh kekuatannya mengambil peranan utama bagi menggerakkan jentera pilihanraya pemuda menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini Insyaallah .

Bahkan saya mengharap agar semua anggota pemuda di seluruh negara bersiap sedia dengan segala upaya untuk bila - bila masa dikerah turun bagi membantu jentera PAS memenangi semula kerusi Parlimen Kuala Terengganu itu .

Berasaskan statistik pilihanraya lepas dan perkembangan politik tanahair dewasa kini , saya yakin kita ( PAS ) mampu memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu .

Justeru itu , persiapan yang saya maksudkan tadi bukan sahaja terhenti pada persiapan material dan fizikal tetapi apa yang lebih penting ialah persiapan spiritual berupa munajat dan pergantungan kepada Allah swt .

Mulai sekarang , semua pemuda jangan lupa untuk terus menitip doa ke hadhrat Azza wa Jalla sebagaimana biasa atau rutin kita lakukan dalam kehidupan kita sebagai seorang pejuang agar Allah swt terus membekalkan kekuatan dan ketabahan serta kesabaran untuk mara berjuang memburu kemenangan bagi Islam atau kita syahid kerananya .

Aktiviti dakwah fardiyyah sewajarnya di pertingkatkan lagi oleh semua anggota pemuda bukan sahaja terhad kepada kawasan pilihanraya semata - mata tetapi disemua peringkat dan kawasan setelah banyak perkara yang telah kita lakukan dalam usaha memahamkan masyarakat kepada Islam dan perjuangannya.

Kerana kita tidak pernah berpuas hati apa yang kita lakukan . Insyaallah kita pemuda PAS akan senantiasa melakukan suatu yang terbaik demi perjuangan Islam ini .

Kita masuk pilihanraya dan kita hadapi pilihanraya adalah kerana Islam . Kita mahu kemenangan adalah kerana Islam . Kita mengharapkan kita berjaya untuk terus memartabatkan Islam di negara kita ini khasnya .

Sekali lagi , kepada seluruh anggota pemuda PAS khasnya pemuda PAS Terengganu agar siap untuk kita menawan kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu .

13 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Pemuda PAS Pahang :

Kami Pemuda PAS Pahang sedia turun ustaz . Bila kami kena turun ? , ish tak sabar nih ! Allahu Akbar !

7:54 AM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Alhamdulillah , ready ! any time arahan akan dikeluarkan .

Semoga kita berjaya dan semangat saudara menjadi bekal buat semua .

7:55 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Kawang kawang yang jauh , siap wang dan peralatan MULAI SEKARANG . kite akang berkampung di kuala terengganu .

7:58 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Ustaz , hambe cadang supaya PAS gganu letak ustaz Azmang Sapawi jadi calong di nung .

Kite dak mboh doh org tue - tue . kite nok org mude - mude plak .

bior tambah bergegar dewang parlimeng

8:01 AM

 
Blogger . said...

anon,

mu kempeng calong mu jugok ya!

9:01 PM

 
Blogger Kaiser said...

Semoga kemenangan berada di tangan PAS kali ini, insyaALLAH.Takbir

9:52 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Galaknya umat Islam
menyambut demokrasi
Bush tersenyum lega
Kalah dalam kemenangan
........bisik hatinya

RIRK

6:40 PM

 
Anonymous Anonymous said...

RIRK, wa respek sama lu.... Mungkin cara lu pun sedang diketawakan oleh Obama laa pulak! percayalah lu pun sedang menggunakan ruang dan peluang demokrasi utk menulis dan bebicara.
Dan saya percaya kita bukan memperjuangkan demokrasi.

putiq

9:32 PM

 
Anonymous Anonymous said...

RIRK, wa respek sama lu.... Mungkin cara lu pun sedang diketawakan oleh Obama laa pulak! percayalah lu pun sedang menggunakan ruang dan peluang demokrasi utk menulis dan bebicara.
Dan saya percaya kita bukan memperjuangkan demokrasi.
Mungkin lu lebih suka yg lebih zalim memimpin!

putiq

9:34 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Putiq,
tiada siapa kata yg kamu memperjuangkan demokrasi,
saya tak kata...
kamu jgnlah terasa,

Ketika Nabi saw berada di Mekah, baginda dan para sahabat lantang dan garang mengkritik sistem jahiliyah,
Barangkali berkata dikalangan pemimpin jahiliyah...sistem jahiliyah yg kamu kutuk-kutuk ini, dalam sistem inilah kamu hidup dan membesar....
namun bagi Nabi....sekalipun dalam sistem jahiliyah tsbtlah baginda membesar, hidup serta "bergerak bebas" mengajak manusia kpd agama Allah....tidak bermakna Nabi tidak boleh mengkritik sistem jahiliyah. Misi baginda adalah utk menyampaikan al Haq dan mengeluarkan manusia dari sistem jahiliyah. Manakala sistem jahiliyah, walaupun "memberi jasa" kpd Nabi utk hidup dan bergerak bebas, Nabi dgn garang "menyerang" sistem jahiliyah tsbt, sekalipun berhadapan dgn risiko yg berat. Tidak tahan dgn ketajaman "perang pemikiran / ideologi" yg dilakukan Nabi,para pemimpin jahiliyah kmdn mengambil keputusan utk memberi kata dua pd Nabi. Mereka "warning" Nabi....stop the da'awah !! Tapi apa kata Nabi...."sekalipun Matahari dan Bulan diletakkan ditgn kanan dan kiri dan boleh binasa kerananya, aku takkan berhenti menyampaikan dakwah Islam.

Ee..eh...Putiq lupa agaknya Nabi pernah dipulaukan oleh masyarakat jahiliyah. Kesian Nabi dan para sahabat, terpaksa mengikat perut kelaparan. Ya Allah...bukan sebulan dua tau....Kalau kita tak de minyak masak sehari heboh satu Malaya......

Kata sorang ustaz PAS...memperjuangkan Islam tak de yg mudah...naturenya lagu tu,
Baik Nabi Muhammad mahupun Nabi sebelumnya...semuanya melalui jln yg sukar,
Justeru kalau lancar dan cantik je.......tu yg kena evaluate. Aku ni betoi ka?

Putiq,
La ni org ummat keliru,
sebab org sekuler sejak dulu suka buat keliru,
Yg putih depa kata hitam,
Yg hitam depa kata putih,
Umat pulak dok hapal yg depa kata,
Today...mereka sampai tahap "yakin" bahwa hitam itu putih dan putih itu hitam,

Jadi tugas setiap org beriman dan parti politik Islam utk memperbetulkan salah faham umat hari ni,

Dan, sekalipun umat terlanjur suka bahawa hitam itu putih dan sebaliknya...hang kena tetap konsisten mengatakan yg sebenaqnya. Kalau tak...sampai bila-bila mereka tak faham,
Kalau tak faham macamana Islam nak naik,

Putiq,
barangkali boleh saya umpamakan,
seorg anak gadis meminta dari org tuanya wang utk membeli seluar,
dan sejak sekian lama,
seluar anak gadisnya itu semuanya ketat-ketat belaka,
sedang dia tidak pernah menegurnya,
bahkan setiap kali anak gadisnya itu minta wang utk beli seluar...dia no komen dan selalu memberinya,

lalu ditegur kenapa kamu "belikan" anak gadis kamu dgn seluar ketat,
taklah.....saya tak pernah menggalakkan dia pakai seluar ketat-ketat.

Putiq,
saya tidak bermaksud bermusuh dgn sesiapa pun, saya cuma menyampaikan apa yg saya faham ianya benar,dan saya mengajak setiap org memikirkannya sekaligus berpegang kpdnya,

namun pandangan sdra tetap saya hormati,sekalipun saya tidak bersetuju,dan barangkali pandangan sdra lebih benar.......

RIRK

3:22 AM

 
Blogger ANAK BAPAK said...

woi hizbit tahrir..awat hangpa tak pi hijrah mana2 tempat tubuh negara hangpa..?? kata ikut seerah..tu lah bila yg pimpin bukan ulamak..yang memimpin tunda ugama dengan akal dengan rasional..macam hizbut tahrir lah jadinya..!!!!

tapi bagus jugak hizbut tahrir ni..dia tanggung dosa manusia2 yang taham islam dalam masa yg sama biarkan golongan munafiq bermasharajalela..ntah bila depa nak pi ajak umno ntah la..!!!

12:29 AM

 
Blogger ANAK BAPAK said...

oi lupa pulak..

dengaq cerita hizbut tahrir nak daftar dengan jabatan pertubuhan..sebagai apa tu..kelab sukan ka?? kelab hiburan ka..?? persatuan orang2 yg kecewa dengan perjuangan yg menang lambat ka..?? parti politik ka..??? oi itu demokrasi tu..kata berdosa..?? ka kalau hangpa tak kira berdosa orang lain berdosa..hangpa ni ngaji usul fiqh n qawaid fiqhiyyah ka dak nih..!!!

12:32 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Org kapiq dipelok-pelok
sesama muslim dimaki-maki
Ini Islam versi anakbapak kaa?

RIRK

2:35 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home