" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, November 30, 2008

DR. ASRI :
HARI TERAKHIRNYA SEBAGAI MUFTI

Saya masih ingat 2 tahun lalu apabila Dr. Asri ditawarkan ke jawatan Mufti Negeri Perlis , Saya menghubungi beliau dan memberi pendangan berhubung perkara ini . Saya pada waktu itu mengambil sikap tidak bersetuju langkah Dr. Asri menerima jawatan Mufti dan sikap itu diambil berasas rasa bimbang kalau - kalau jawatan itu akan "membunuh" perjuangan beliau .

Sebagai seorang sahabat , biarpun saya menyedari ramai pihak telah memberi galakan dan mengucapkan tahniah kepada beliau , saya ambil sikap berbeda dalam memberi pandangan kepada beliau sekurang - kurang menjadi bahan untuk beliau berfikir dan saya tahu tidak akan dapat merubah apa - apa di atas keputusan yang telah beliau ambil .

Kenapa saya tidak setuju

Jawatan Mufti Kerajaan Negeri di bawah pemerintahan Kerajaan UMNO dan BN sejak sekian lama telah dibekukan peranannya . Jawatan itu laksana pasung puaka bagi mematikan fungsi ulama' dan kerusi empuknya bersama gaji dan elaun yang diberi mampu melumpuhkan jiwa sang mufti sekalipun ia seorang yang berilmu .

Demikianlah realiti Jabatan Mufti dan kedudukan mufti - mufti dalam negara kita sejak sekian lama . Tentu sahaja sebagai seorang sahabat saya menaruh rasa bimbang apabila Dr. Asri menghulurkan kepalanya ke arah pasung puaka itu . Saya bimbang Dr. Asri juga akhirnya seperti mufti - mufti terdahulu yang hanya menjadi boneka UMNO dan BN ( kecuali segelintir yang mampu menongkah arus seperti al Marhum Dato' Ishak Baharum dll ) .

Ternyata kebimbangan saya berasas apabila dapat dilihat bagaimana Dr. Asri terpaksa berhempas pulas menghadapi sumpahan pasung puaka yang saya maksudkan . Cuma apa yang menakjubkan saya ialah Dr. Asri termasuk dalam jumlah segelintir mufti yang tidak mudah dipasung .

Saya bernafas lega , biarpun disana terdapat beberapa isu dan perkara yang saya tidak bersetuju dengannya namun lebih banyak perkara yang telah berjaya dilakukan oleh beliau dan saya bersetuju dengannya .

Institusi Mufti Meriah seketika

Sekurang - kurang Dr. Asri memberi warna baru kepada institusi mufti dalam negara kita . Saya sendiri seolah - olah baru tersedar bahawa di negara kita ini rupanya ada institusi mufti apabila sedikit sebanyak suasana negara kita hingar dengan suara mufti negeri Perlis ini . Sebelum ini , berlakulah apa sahaja isu dalam negara , yang membuat kenyataan dan keputusan ialah orang - orang politik dan tentu sahaja pihak pemerintah mendominasi suasana .

Orang agama , majlis fatwa , mufti dan qadhi tidak berani mendahului kenyataan ahli politik dan pemimpin negara yang rata - rata tidak memiliki authoriti untuk bercakap soal yang berkait dengan agama dan hukumnya . ( kecuali pemimpin PAS yang rata - ratanya adalah ulama' yang sedia memahami dan mendalami hal agama )

Mufti Perlis selain kolum tetapnya Pena Mufti di Mingguan Malaysia membelah kesunyian di Institusi Mufti ini dengan pelbagai kenyataan dan hujjahnya menerjah tradisi mufti terdahulu yang lebih suka diam dan membatu diri .

Apa yang lebih menarik , pelbagai pihak bermula dari masyarakat awam hinggalah pemimpin politik seakan - akan menanti episod demi episod kenyataan mufti Perlis dalam apa jua isu yang melanda negara kerana Mufti Perlis pasti sahaja peka dan akan membuat komentar atau pandangannya . Sekalipun sesekali pandangannya mencetuskan kontraversi tetapi pada saya sekurang - kurang masyarakat mempunyai pandangan dari seorang mufti untuk dinilai dan dikaji .

Menambah kesannya apabila kenyataan mufti Perlis menimbulkan kontraversi maka ianya turut dibahas oleh para agamawan di pelbagai peringkat termasuk tokoh agama dan ulama' dari PAS sendiri . Lantaran itu tercetus suasana perbahasan dan perdebatan berkait isu yang tercetus dengan masing - masing mengemukakan hujjah dan nas .

Suasana menjadi segar dengan perbahasan ilmiyyah walaupun di sana ada pandangan yang lemah dan hujjah yang tidak kuat . Secara tidak langsung ia menumbuhkan suasana mengkaji , meneliti , berhujjah berasaskan fakta dan nas . Saya sendiri menjadi seronok dengan keadaan seperti ini setelah sekian lama negara kita hanya hit dan hot dengan perbahasan politik yang penuh dengan pertelingkahan tanpa asas hujjah dan nas yang berteraskan wahyu dan sunnah .

30 November 2008 , Detik akhir bagi Dr. Asri

Hari ini menjelang tengah malam nanti tamatlah tempoh khidmat Dr. Asri sebagai Mufti Negeri Perlis . Sejak awal dulu ( 2 tahun lalu ) meskipun saya pernah tidak bersetuju beliau menjawat jawatan Mufti ini dan beberapa kali juga timbul "khilaf" dan pertembungan atau perbezaan pendapat yang ketara antara saya dengan beliau sepanjang beliau menjadi Mufti dalam berberapa isu , kini saya seperti "sayu hati" pula untuk menyaksi tamatnya tempoh khidmat Mufti yang sering memanaskan suasana perbahasan agama dalam negara kita .

Rasanya institusi mufti negara akan kembali menjadi sepi setelah tiada tokoh seperti beliau yang agak lantang mengkritik malah berani meredah sempadan muftinya untuk turut "campur tangan" dengan idea dan pandangan . Inilah membuatkan sesetengah ahli politik tidak senang duduk dan panas punggung lalu akhirnya Mufti ini menjadi mangsa . Tambahan pula saya mendapat maklumat bahawa ruangan Pena Mufti di Mingguan Malaysia akan ditamatkan setelah ketiadaan beliau kelak .

Saya sendiri tidak tahu sejauh mana dan apa yang sebenarnya berlaku kepada Dr Asri dalam pentadbiran dan politik di negeri Perlis sehingga membawa beliau membuat keputusan mengejut untuk berhenti dari terus berkhidmat sebagai mufti , satu jawatan yang dulunya beliau sendiri secara rela menerimanya .

Tapi saya percaya beliau tahu apa yang beliau lakukan adalah terbaik buat dirinya . Saya juga percaya , banyak perkara yang akhirnya terpaksa beliau pelajari apabila menduduki jawatan mufti meskipun tempohnya tidak lah terlalu lama . Malah saya juga percaya bahawa Dr. Asri kini memahami bahawa sikap saya tidak bersetuju terhadap beliau menerima dan menjadi mufti 2 tahun lalu ada asasnya .

Namun pengalaman yang diambil itu cukup bermakna . Bahkan banyak juga perkara yang dapat dilakukan oleh beliau dan tiada siapa yang dapat menafikannya. Terutama dalam usaha beliau meng"hidup"kan kembali institusi Mufti agar tidak lagi sepi membiarkan hal - hal agama dikupas oleh orang - orang politik yang rakus lagi jahil.

Kalau lah Dr. Asri sertai PAS

Semoga Dr. Asri terus istiqamah memperjuangkan Islam dan kebenarannya walau dimana selepas ini "post" beliau .

Cuma saya membayangkan alangkah baiknya jika Dr. Asri selepas ini menyertaikan kami pula ( PAS ) untuk sama - sama mengaktifkan lagi wawasan perjuangannya dan turun langsung ke medan berhadapan dengan pelbagai pihak untuk menuju mercu perlaksanaan Islam dan syariatnya di Malaysia .

Saya yakin bahawa perjuangan PAS ini bukanlah asing bagi Dr. Asri malah sewaktu kami sama - sama belajar dulu pun , Dr. Asri telah bersama jamaah PAS untuk memperjuangkan Islam . Kalaupun di sana ada perkara yang dilihat oleh Dr. Asri suatu yang bercanggah dengan Islam berlaku dalam PAS , maka beliau boleh malah berhak menegur atau mengkritik lalu merubahnya . Saya percaya PAS senantiasa mahukan kebaikan dan kebenaran . PAS juga tidak akan membenarkan kerosakan dan kemungkaran berlaku dalam partinya.

Kalau Dr. Asri sanggup menyertai Institusi Kerajaan sebagai Mufti sebelumnya sedang kerajaan itu ialah kerajaan UMNO dan BN yang terlalu banyak bergelumang dengan dosa dan maksiat dan Dr. Asri mampu pula menongkah arus , menegur dan mengkritik kerajaan yang menjadi majikannya , maka apa alasannya untuk Dr. Asri tidak bersama PAS dan memperjuangkan Islam bersama PAS sedang PAS sememangnya sebuah Gerakan Islam yang mahukan Islam itu berdaulat .

Saya percaya Dr. Asri juga mampu bersabar menghadapi karenah orang yang tidak bersetuju dengannya sebagaimana sebelum ini beliau juga banyak bersabar menghadapi situasi yang serupa malah lebih hebat dan dahsyat .

Saya berpandangan , penglibatan Dr. Asri bersama PAS kelak akan lebih berkesan untuk beliau mengaplikasikan semangat perjuangannya yang mahu melihat Islam tegak di atas tanahair kita nanti . PAS mengalu - alukan penyertaan orang seperti Dr. Asri .

Mungkin juga selepas ini , Dr. Asri akan berehat seketika setelah sekian lama "bergelut" dalam arenanya yang tersendiri . maka saya memohon petunjuk Allah swt agar Dr. Asri bersama PAS seketika nanti untuk sama - sama kita kembali memacu perjuangan ini . Mudah - mudahan selepas ini lebih besar manafaatnya.

18 Comments:

Blogger PondokDungunTerengganu said...

Eloklah jika Asri masuk PAS. Tabah satu kem lagi; Kem Wahabi. Puaka dalam dunia mufti sama juga dengan puaka ulama' berada dalam institusi demokrasi.

Ulama' kena lari dari demokrasi sebagaimana Ulama' kena lari dari Penguasa. Sifat benda-benda tu sama saja. Dulu kuasa ada pada raja-raja yang boleh mengkorupkan ulama' dan sekarang kuasa ada pada parlimen rakyat melalui demokrasi yang juga mengkorupkan ulama'.

Ulama' yang mendekati kedua-dua puaka ini akan dipasung oleh kedua-dua puaka tu. Jadi, ulama' demokrasi tak terkecuali macam ulama' parti. Jadi, eloklah kalau semua ulama' meninggalkan penguasa dan parlimen rakyat.

Buat kerja dakwah betul-betul, jadi pressure group supaya ummat tidak dihinggapi fitnah macam sekarang. Ulama' tuduh-menuduh satu sama lain. Lihat bagaimana peranan NGO boleh merubah lanskap negara walaupun mereka tidak terlibat dengan demokrasi. Yang penting tawakkal kena lebih. Pastu beri dakwah betul-betul dan bersatu sepenuhnya untuk tekan penguasa untuk melaksanakan syariat.

10:15 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum,

Pertama,
Saya lihat ustaz memang selalu menggunakan emosi dalam menilai suatu perkara. Walaubagaimana pun, saya setuju bahawa jawatan Mufti di bawah kerajaan sekuler tidak akan ke mana. Wallahua'lam.

Kedua,
Barangkali, kedudukan jabatan mufti di bawah kerajaan sekuler sama seperti kedudukan parti politik Islam di dalam sistem demokrasi atau kerajaan negeri yg dikuasai PAS di bawah kuasa kerajaan pusat.

Nabi saw pernah di tawarkan kedudukan dalam kerajaan jahiliyah...namun Nabi tolak. Nabi tetap sebagai sebuah jamaah "politik" yg berusaha menjadikan Islam berpengaruh ke atas masyarakat....sehinggalah timbul kesedaran politik masyarakat utk mengubah ideologi yg mengatur mereka selama ini kepada ideologi Islam.

RIRK

7:20 AM

 
Anonymous Hamim said...

Apabila sesama salafi wahabi, kata gerakan lain sebagai firkah sesat yang masuk neraka. Menyatakan Parti yang menentang kerajaan adalah bughat kerana menentang pemerintah Islam ASWJ. apabila berhadapan dengan kita bersikap talam 2 muka.

Jawatan mufti yang ditawarkan kepadanya banyak bergantung kepada Shahidan Kasim yang juga berfahaman salafi wahabi dan berideologi politik assobiyah UMNO. Apabila shahidan hilang kuasa maka beliau pun ditendang sama.

Sebagai ahli politik Islam, kita sepatutnya lebih bijak dalam membaca permainan politik. Jangan sampai jadi orang alim yang tertipu kerana kebodohan kita sendiri.

8:46 AM

 
Anonymous kie said...

assalamualaikum,,,,
ana cadang utz pergi ziarah dr ni. mana tau kot2 terbuka hati nak masuk pas lepas dpp ziarah dia.

9:10 AM

 
Blogger Abu Najmi Asqalani said...

Sungguhpun kehadiran Dr Asri hanya seketika, namun berjaya menyedarkan ummah mengenai pentingnya mendapatkan sesuatu dari sumber yg sahih bukannya hanya bertaqlid secara membabi buta.
Ada sedikit lebih baik dari tiada langsung.

10:39 AM

 
Blogger PondokDungunTerengganu said...

Orang sekarang mudah jual perkataan taqlid. Kalau orang tak ikut dia; bertaqlid dengan cara akal fikiran dia, dia kata orang tu suka bertaqlid. Yang penting dia nak orang bertaqlid dengan cara dia berfikir.

Taqlid yang buruk adalah taklid penyembah berhala dan pengikut khurafat macam demokrasi. Yang sahih dalam Agama tak pelu dirubah-rubah macam Asri yang sampai waktu asar tu nak buat.

Kalau semua orang nak jadi ulama bila pula masa nak berjihad berdakwah. Orang yang tinggal tu bolehlah dia mendalami Agama lepas tu dia diikuti. Tapi, bila ikut bukan bertaqlid buta tapi taklid dengan ilmu. Itu tak salah.

Islam berkembang biak dalam zaman taqlid yang kamu beci ni lah. Zaman gerakan anti-taqlid Islam makin lama makin tersisih. Bijaklah tu...
Apa bukti kebenaran kamu.

11:27 AM

 
Blogger ketam said...

Kalau Dr Asri masuk PAS memang bagus kerana sekarang SEMUA PEMIMPIN PAS dah hilah TARING dikaburi oleh DAP dan PKR...

DIsini saya ada beberapa persoalan yg masih saya ragu iaitu jikalaulah (insyaallah) PAS MENANG besar dalam piliharaya dan memerintah MALAYSIA..

1. Adakah PAS akan memerintah MALAYSIA mengikut Al-Quran dan HADIS?

2. Adakah PAS akan mengharamkan ARAK dan JUDI??

3. Adakah PAS akan memansuhkan MAjlis Fatwa KEbangsaan kerana PAS sudah ada DEWAN ULAMA.

4. Adakah PAS juga akan menghapuskan semua kouta-kouta yg telah memberi keistimewaan kepada MELAYU dan bumiputera keran konsep terbuka adalah lebih adil?

5. Adakah PAS akan menghadkan lagi kuasa SULTAN kerana SULTAN-SULTAN di MALAYSIA mana ada yang belajar AGAMA (kecuali SUlTAN TERENGGANU) nak jadi KETUA AGAMA..

6. Bagaimana PAS nak uruskan wang zakat? Kerana saya masih tak nampak keberkesanan pengurusan wang zakat malah di KElantan pun sama.

Itu lah persoalannya..

1:20 PM

 
Blogger ketam said...

Ini pula cadangan kepada bakal PM kita..Anwar IBrahim yg disokong kuat oleh PEMIMPIN DAN AHLI-AHLI PAS (MAKLUMLAH PAS DAH TAK ADA PEMIMPIM YG LAYAK UTK JADI PM)

1. Nanti hapuskan semua biasaiswa kepada orang-orang MELAYU kena bagi samarata dan berdasarkan merit.

2. Hapuskan MARA kerana hanya beri keutamaan kepada org MELAYU.

3. Hapuskan konsep UNIVERSITI BUMIPUTERA di UITM..

4. Minta semua masjid dan surau jangan pasang speaker diluar nanti org bukan melayu terganggu..

5. Benarkan semua TOKONG,GEREJA dan KUIL dibina di tanah kerajaan dan jgn lupa beri peruntukan.

6. Oleh kerana mendapat 2/3 majoriti nanti di PRU13,tolong hapuskan Artikel 153 dan Artikel yg mana YDP Agong ada kuasa beri permit,biasiswa dan apa-apa yg menunjukkan ketidaksamarataan.

7. Hapuskan Artikel BAHASA MELAYU sebagai bahasa rasmi dan AGAMA ISLAM sebagai agama rasmi kerana semua kaum dan menuntut hak samarata..

8. HApuskan semua sekolah kecuali sekolah kebangsaaan.

9. Hapuskan semua kouta yg melibatkan MELAYU supaya lebih adil,ISLAM itu adil.

10. HApuskan AKTA HASUTAN,ISA,KERAHSIAAN (ISO) kerana kerajaan perlu adil dan telus,malah ISLAM itu adil dan umat ISLAM tak perlu perlindungan daripada AKTA-AKTA tersebut.

11. And lastly dont forget to abolish MAJLIS FATWA KEBANGSAAN dan Mahkamah Syariah as it have no function to non Muslim..

1:22 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Asri dgn din lebih kurang sama aje, payah ditegur,payah mesra dan payah diterima.

Maaf ustz.

2:27 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Siapakah dikalangan ulamak yg berani mengatakan dgn berterus terang ;
Kami mahu syariat 100%
Kami tolak sistem kufur;
Kami mahu khilafah,
Kami tolak apa jua thaghut termasuk sistem demokrasi berparlimen

Adakah ustaz Din ?
Adakah ustaz asri ?
Setakat ni...tak nampak !

RIRK

3:18 PM

 
Anonymous Anonymous said...

salam tuan RIRK yg mulia,

setahu saya, HT mohon didaftarkan sbg parti politik dgn ROS, mendaftarkan pertubuhan sbg parti politik juga adalah salah satu amalan dpd sistem demokrasi. kenapa ambil juga cabang2 dlm sistem demokrasi, kalau nk tolak, tolak lah kesemuanya.

bagaimana pendapat tuan yg mulia?

5:40 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Tuan Anonymous,

Soalan tu sebaiknya Tuan tanyalah kpd HT.

Para sahabat menegakkan khilafah, mereka bukan HT. Para ulamak dulu mengupas ttg kepentingan khilafah, mereka juga bukan HT. Walhasil, khilafah adalah milik umat Islam sekaligus suatu kewajipan, bukan monopoli HT.

Ummat kini perlukan para ulama yg berani seperti para ulama salaf, yg jelas dan teguh pegangannya thdp hukum syarak.

6:22 PM

 
Anonymous Anonymous said...

kalau ingin tegakkan khilafah....tolak langsung demokrasi...caranya bagaimana ya ??

dalam usaha mengajak dan memahamkan org ramai tentang pentingnya menegakkan khilafah dan wajib tinggalkan demokrasi....pun caranya bagaimana ya ?

tidakkah 'kekosongan' yang kita tinggalkan nanti dalam suasana politik negara yg memang sudah wujud sistem demokrasi ini akan diisi oleh 'penjenayah politik' yang sebetulnya sentiasa menanti masa utk berkuasa ?....ini lagi berbahaya...

saya yakin....matlamat kepada semua perjuangan politik Islam ini adalah tertegaknya khilafah.....tapi caranya bagaimana ya ?

pening memikirkannya.....

3:57 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum,

Sdra anonymous, tidak sulit utk memahami bagaimana khilafah boleh tegak tanpa demokrasi. Justeru secara praktikel, lebih sulit utk memahami bagaimana realiti parlimen yg ada hari ini boleh menjadi jalan tegaknya khilafah.

Di parlimen ada 2 dewan iaitu dewan rakyat dan dewan negara.

Apapun perubahan undang-undang, perbincangan mengenainya mestilah melalui dua dewan ini. Mula-mula dewan rakyat, lepas tu dewan negara. Kalau nak ubah perlembagaan pula, ianya mestilah mendapat sokongan 2/3 dari ahli kedua-dua dewan itu.

Perlembagaan juga menyebut, perlembagaan adlh udang2 tertinggi, oleh itu apa2 perundangan selepas merdeka bertentangan dgn perlembagaan tidak sah.

Ahli Dewan rakyat dipilih dari rakyat, manakala ahli dewan negara dipilih oleh negara. Sampai di sini saja kita dah nampak "halangan-halangannya".

Jumlah kerusi dewan rakyat pula 222 kerusi. Dari 222, perlembagaan sebut Sabah 25, Sarawak 31, Johor 20, Selangor 20, Perak 20, Kedah 15, Kelantan 14, Pahang 14, Terengganu 8 dan seterusnya.

Dari taburan kerusi dewan rakyat saja kita lihat betapa dinegeri majoriti melayu, jumlah kerusinya ciput. Tu belum berapa yg parti Islam letak calon dan berapa pula yg menang.

Dgn kata lain, calon yg bertanding pun tak cukup korum, apalagi yg menang. 2/3 jauh sekali.

Ini baru di dewan rakyat, dewan negara lagi haru. Mereka adalah org yg dilantik oleh kerajaan....yg semestinya majoriti adlh pro-kerajaan.

Naluri manusia susah nak lepas kuasa bila ada kuasa. Mahathir, Pak Lah, Rafidah, Samy Vellu dan ramai lagi. Kat kampung pun lagu tu. Agak-agak adakah mereka yg duduk di kedua-dua dewan tu, setiap bulan dpt elaun beribu-ribu ringgit sanggup membubarkan diri mereka kepada kosong jawatan ?

Kita dimomok-momokkan tidak boleh hidup tanpa demokrasi,walhal selama beribu-ribu tahun manusia hidup tanpa demokrasi, boleh je. Selama lebih kurang seribu tahun org Melayu hidup dibawah pengaruh Islam, ketika tu org melayu makmur dan kuat. Lalu dtg Barat bawa demokrasi....apa jadi pd org melayu.

Mungkin kita semua masih ingat bagaimana perubahan kuasa di Thailand di masa Thaksin, ianya berlaku secara aman sekalipun bukan melalui demokrasi.


Akhirnya saya menasihati sdra anonymous ;

Pertama sekali, sdra kena keluar dari cara berfikir kapitalis yg menjadikan asas manfaat sbg kaedah berfikir.

Selanjutnya sdra jadikan halal-haram sbg kaedah berfikir, sebab itulah yg dituntut oleh aqidah Islam. Aqidah kita juga mengajarkan bahawa di mana ada hukum syarak, di situ pasti ada kebaikan/kemaslahatan. Jadi, hukum syarak dulu, baru maslahat. Bukan sebaliknya.

Yg ketiga, sdra perlu memahami benar-benar bagaimana thariqah dakwah Nabi saw. Apakah tahapan-tahapan dakwahnya serta apakah aktiviti-aktiviti di dalam setiap tahapan tersebut.

Kalau sdra betul-betul ikhlas, saya cadangkan sdra berbincang lebih lanjut di mykhilafah.com atau khilafah.com.

wallahulam.
RIRK

8:43 AM

 
Anonymous Anonymous said...

tengoklah...pemikiran sek2 jim yg terlalu bangang..x habis hentam pemimpin pas..sedarlah sedikit,bhwa anda skrg sedng mengutk pimpinan anda jim yang terlalu kemarut pangkat nak jadi menter...buat2 baik dgn pemimpin sosialis..sek2 mung duk kate pimpinan pas yg sokong ulam'...sedarlah sedikit..hoikalu dah kemarut pangkat tu,buatlah parti sendir..bertanding dlm pru...us hadi awang vs saari sungib...us harun taib vs abu urwah..us nasharudin vs dr hatta..us nuridah vs lolok...kan seng...kalu mng,bleh jd org bsr,dpt duit bnyk...tu pun kalu mng..

10:24 PM

 
Blogger aNaK BaPaK said...

oi hizbut tahrir..hangpa kata cara hangpa buleh tubuh daulah khilafah..dah setengah abad dah..tak dak pon..mana dia..???

12:25 AM

 
Anonymous Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM,

Usoh kang oghang biase, oghang luor biase pong tak mboh mike. Kabo hok beto tak mboh caye, hok plawok caye sangak. Bulak-bulak depang mate pong dok napok nok. Puluh tahong demokrasi plawok.....kene tipu sokmo.

Kate sokong Ahmadinejad, die pong tok bghahi demokrasi ni. Cume puok-puok yg kepale dok betul tengoh dok gocang keghajaang hmadinejad supaye ikuk demokrasi.

Pah tu kite sini tok payoh puok-puok liberal pejuangkang demokrasi, puok islang pong bghehi demokrasi.

Kawang tak mboh klahi dengeng sape-sape, tok baik. Cume nok ajok kawang-kawang semua mike.....


GUANEPULOK

5:04 PM

 
Blogger aNaK BaPaK said...

ai yg hizbut tahrir tu berpuloh2 tahun tak tubuh daulah pon...!!!

mana dia daulah khilafah hangpa..mana..kata cara kamu yg paling ideal dan paling syar'ie..mana dia???

tu pengasas hangpa dulu pon pernah jadi ahli parlimen di palestin..ai takkan pasai kalah dan kalah dan kalah terus kecewa, hangpa tu tak sedar diri, dakwah takdak..nak masuk kampung pon tak mau..dok buat semibar saja orang kampung hangpa tak mau dekat..(elite sgt dah kot rtasanya)gerak kerja tak dak..jentera takat berhimpun saja..ai kata cara hangpa cara terbaik..mana dia model daulah khlafiah hangpa mana dia??? mana???

6:48 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home