SOLAT HAJAT &
AKIM TARIK DIRI
Penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil P.036 Kuala Terengganu berlansung pagi ini . Bagi pihak Pakatan Rakyat perarakan ke Pusat Penamaan Calon bermula dengan solat hajat dan dianggarkan hampir 30 ribu orang menyertai perarakan Pakatan Rakyat mengiringi calon PAS Yb. Mohd Abdul Wahid bin Endut .
Solat hajat sememangnya telah menjadi tradisi PAS justeru Feqh Amal Islami telah mengajar kita semua bahawa kemenangan dan kejayaan adalah milik Allah swt. Maka menjadi satu kewajipan kita memohon segalanya dari Allah Azza wa Jalla .
Setelah segala upaya dan daya dikerah maksima mungkin untuk memartabatkan Islam di atas tanahair kita , Allah swt jualah tempat kita bertawakkal dan bermunajat memohon kekuatan dan petunjuk seterusnya nusrah dan mau'nah , agar cita - cita suci perjuangan ini berhasil dan mencapai kejayaan dengan gemilang .
Turut menggemparkan pagi ini dan mungkin ia adalah isyarat awal turunnya pertolongan Allah swt apabila AKIM yang pada mulanya dijangka turut bertanding dalam pilihanraya kecil ini telah menarik diri dari pencalonan . Lebih menarik apabila calon AKIM Harun @ Abdul Rahman Mohamad sebaik mengumumkan penarikan dirinya , telah menyeru agar semua pengundi memberi sokongan dan mengundi PAS dalam pilihanraya kecil ini .
Semoga Allah memenangkan perjuangan ini .
4 Comments:
alhamdulillah ustaz..
apapun mesti berlaku pertempuran untuk kemenangan..insyaAllah PAS menang..
12:52 PM
yg tak bestnya ada pulak mahkluk mai mana ntah tetiba hantar borang nak tanding sekali...
nampak sgt calun yg ditaja khas untuk pastikan pecah undi..
setelah terperanjat beruk tetiba calun AKIM tarik diri, pastu sorang lagi calun yg diwar2kan nak tanding langsung tak nampak batang hidung, makanya muncullah sorang 'hero' dua minit je lagi sblm masa hantar borang ditutup..
harap2 sangat agar pengundi di KT bijak2 belaka...
PERLU KERJA KUAT DAN KERAS SERTA BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH SWT!!!
4:33 PM
suke-suke jugak, macammana dengan bebudak AMK yang kena tangkap tu???
Pemuda PAS tak mau buat kenyataan ke? oh lupe la...sori ustaz.! ana lupe yang amk tu PKR dan PKR tu ANWAR punye dan pemuda PAS kecuali Ketua pemuda PAS, semua benci gile kat ANWAR.
masihkah kau ingat:-" jangan kita jatuhkan kerajaan jahilliyah dan kemudian kita angkat kerajaan jahilliyah yang baru!!1!" (muktamar pemuda-ipoh)
ya tentu ingat!! tapi ustaz!! AMK tu kene tangkap pasal bantu PAS Terengganu!! diorang nak PAS MENANG! kesian diorang. diorang tak tahu ke pemuda PAS tak suka diorang? Pemuda pas sinis bila tengok amk! bodoh punya amk! dah tau org tak suke pegi buat ape!
6:03 PM
Assalamualaikum .
Ni kenapa tetiba bernada murka . Siapa benci AMK . Sdr Fariz tu sahabat rapat ana .Sdr silap dalam memahami situasi .
Ucapan ana di muktamar tu tidak membawa maksud benci kepada AMK atau PKR atau Anwar .
Semua setuju nak tegakkan Islam , kita tak nak tegakkan jahiliyah serupa macam UMNO sbb kelak tak ada guna kita jatuhkan umno kemudian kita tegakkan kerajaan sama seperti umno .
Apa yang tidak kena dengan ucapan itu ? mana klousa yang menunjukkan ucapan itu benci AMK dan PKR . Tak baik sdr buat tanggapan sedemikian .
Berhubung dengan kenyataan mengenai sdr Fariz yg ditangkap . Kita telah serahkan hal ini kepada Lawyer yang dipertangungjawabkan untuk atasi perkara ini .
Dan meeting Pemuda Pusat semalam pun telah membuat satu persetujuan bahawa hanya org tertentu sahaja yang boleh buat kenyataan akhbar atau sebagainya di musim pilihanraya kecil ini .
Kes penangkapan itu turut mengundang simpati kita dan itulah harga yang mesti dibayar oleh pejuang seperti sdr fariz .
Syabas sdr Fariz dan rakan - rakan AMK . Semoga kalian tabah dan teruskan perjuangan . Hari ini giliran AMK bantu PAS sebagai kompenan Pakatan Rakyat . sebagaimana sebelum ini DPPP juga all out membantu AMK atau PKR dalam pilihanraya .
Tidak ada rasa benci dalam hati ini . Sama - sama kita berjuang . Ok sdr . Semoga Allah merahmati sdr dan kita semua
7:07 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home