" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, February 01, 2009

Imam Qaradhawi

Saya copy paste dari blog sahabat saya :

Aku Berharap diakhir kehidupan ini, aku dapat pergi ke Ghazzah walaupun berada atas kerusi roda. Aku akan menghalakan senjataku kepada israel, kemudian israel akan membalas dengan melontarkan bom kepadaku,akhirnya aku mencapai syahid di bumi Palestin

Ini adalah sedutan ucapan Imam Qaradhawi di Qatar bersama pemimpin tertinggi Hamas pada 28 Januari 2009 yang bermottokan Ghazzah telah menang

Kematian yang berlaku kepada rakyat Palestin merupakan kematian syahid yang diimpikan oleh setiap umat Islam.

Ini adalah semangat yang berkobar-kobar ditunjukkan oleh orang tua yang berumur hampir 90 tahun. Bagaimana dengan orang muda seperti penulis dan pembaca sekelian. Tidak rasa malukah mendengar ucapan sebegini.!

“Sebenarnya asas kepada kejayaan Hamas ialah kebersatuan ahli Ghazzah dalam menghadapi tekanan Israel” tegas beliau lagi.

Sebelum ini, Sheikh Ahmad Yasin pernah di bom oleh tentera Israel. Walaupun Sheikh Ahmad Yasin tidak mempunyai apa-apa kekuatan jasadiyyah, mata beliau yang hampir buta, telinga yang kurang pendengaran, tubuh yang tidak bermaya, suara yang terlampau tidak jelas. Tetapi orang sebegini menimbulkan kegerunan kepada israel. Orang sebegini mampu berjuang sehingga mendapat pahala syahid.

“kemenangan di Ghazzah merupakan kemenangan permulaan. Kita masih menunggu kemenangan yang menyeluruh dengan pembebasan bumi Palestin.”

“Ahli Ghazzah bersatu atas dasar iman dan ukhuwwah, dengan sebab itu, Allah SWT telah menyatukan hati-hati mereka. Israel dan sekutu-sekutunya ingin memecahkan kesatuan antara penduduk dengan pemerintah dengan mengadakan pelbagai sekatan dan melaparkan penduduk Hamas untuk menyusahkan pemerintah Hamas. Tetapi sayang, penduduk Ghazzah menerima kelaparan dan menolak untuk tunduk kepada Israel”

Itulah antara sedutan kata-kata yang penuh bersemangat oleh Imam Qaradhawi. Sepatutnya para pemuda perlu mengambil pengiktibaran di atas semangat yang ditonjolkan oleh beliau.

Palestin mempunyai sejarah yang cukup panjang. Ia juga menjadi perebutan antara tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Di zaman Kristian berkuasa, umat Islam disembelih, diperkosa dan dizalimi. Di zaman yahudi, umat Islam disembelih, diperkosa dan dizalimi. Ketika Islam menguasai bumi Palestin, penduduk yang beragama kristian dan yahudi dibenarkan untuk melawat tempat ibadat mereka tanpa diganggu dan dizalimi. Inilah toleransinya Islam sehingga digeruni dan didengki oleh penganut agama lain.

Walaupun yahudi Zionis telah mengumumkan penarikan tentera di Ghazzah, tetapi penulis yakin, serangan itu pasti kembali. Yahudi adalah bangsa pengkhianat kepada perjanjian.Semenjak zaman Nabi Musa lagi, bangsa yahudi selalu melanggar perjanjian.

Perangai buruk itu terus menerusi diwarisi oleh anak cucunya hingga kini. pelbagai perjanjian genjatan senjata sudah dilakukan, tetapi akhirnya perjanjian ini terus dikhianati. Kemudian yahudi akan menuding jari kepada Hamas kerana menjadi penyebab kepada perjanjian ini dilanggar.

Amerika dan PBB terus menyokong yahudi Zionis dan terus menerus mempersalahkan Hamas setiap masa. Terbaru kenyataan Barack Obama yang mempertahankan tindakan Yahudi Zionis terhadap serangan tersebut. Penulis tidak pasti adakah kenyataan ini keluar dari hati nurani beliau atau terpaksa mengikut telunjuk pelobi yahudi di Amerika.

Yahudi berjaya mempengarui kuasa besar. Tetapi tindakan Hamas tidak mampu menarik simpati pemimpin umat Islam. Pemimpin umat Islam sudah hilang sensitiviti terhadap nasib saudaranya sendiri.

Walaupun serangan Yahudi telah berakhir, boikot mesti diteruskan. Pastikan ekonomi yahudi lumpuh sehingga mereka terpaksa merayu kepada dunia Islam. Semakin kuat dokongan kepada ekonomi yahudi, semakin kuat serangan terhadap umat Islam.

Kristian pernah menguasai bumi Palestin hampir 100 tahun. Kemudian Sultan Salahuddin telah membebaskannya. Yahudi Zionis telah menguasai bumi Palestin hampir 60 tahun (1948-2009). InsyaAllah umat Islam akan kembali membebaskan bumi Palestin dalam masa terdekat ini melalui kekuatan yang diberikan kepada Hamas.

Sama-samalah kita doakan

sumber : Islamonline.net

6 Comments:

Blogger SEBAIK-BAIK CAHAYA said...

hehe..ana kelakar baca post ini.sungguh UMNO kini sedang nazak..datangnya pemuda dan wanita bukan untuk baca yasin tapi menambahkan nazak..ada jual xkamus dewan versi UMNO tu.hehe..hidup ISLAM!

8:15 PM

 
Anonymous Anonymous said...

ustaz, Islam pasti bangkit dgn kekuatan mereka untuk menghalau dan menghapuskan Israel. Ummat gazzah tidak akan berputus asa dengan bumi kelahiran mereka sendiri. Muslimin di bawah khalifah akan bangkit menghancurkan dan menghalau entiti haram Israel sebagaimana kita pernah menghalau penjajah-penjajah lain sebelum ini.Kuasa-kuasa besar akan mendapat pengajaran di atas tindakan mereka mencipta entiti Israel ini.Pasti...detik dan saat pertentangan antara Islam-Yahudi yang lebih dashat akan berlaku.....kita lemahkan entiti ini dengan segala daya yg ada sebelum tiba detik itu...terus BOIKOT ISRAEL DAN SEKUTUNYA....TERUS KEMPEN CINTAI PALESTINE....TERUSKAN MEMBERI KESEDARAN KEPENTINGAN MENEGAKKAN KHILAFAH...TERUS SUBURKAN RUH JIHAD KPD GENERASI KITA....TERUS USAHAKAN DAKWAH KEMANTAPAN IMAN PADA MUSLIMIN DI MANA SAJA BERADA....ALLAHUAKHBAR ! HANCUR ISRAEL !!!

9:04 PM

 
Blogger SyahiranMuhd said...

slm ust nk iklan skit ni... tkt ada yg mmrlukan... try klik nik nih http://i486.photobucket.com/albums/rr229/syah5487/iklankerjayaMujahidSiberWorkDesign.jpg

1:42 AM

 
Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum ustaz,

saya nak tanya macam mana cara nak beri sumbangan kewangan pada pas. dah lama saya cari kat internet tapi tak jumpa info. kalau boleh nak minta no akaun supaya senang boleh bank-in camtu je. terima kasih

6:21 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

W'salam

saya dahulukan sekalung tahniah dan jazakallah buat sdr yang ingin menyumbang .

boleh salurkan terus kepada :

Dewan Pemuda PAS Pusat
14014010026320 ( BIMB )

9:56 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam

Penyelesaian kpd masalah palestin adalah jihad. Utk berhadapan dgn kekuatan ketenteraan Israel, para tentera kaum muslimin perlu digerakkan kerana merekalah kumpulan manusia yg setara dari segi perlengkapan perang.

Malangnya tiada satupun dikalangan para pemimpin negara-negara umat Islam hari ini yg berbuat demikian.

Pasti mereka tidak akan melakukannya kerana mereka adalah bertuankan Barat dan Yahudi.

Kerana itu penyelesaian hakiki masalah palestin hanya dapat dilakukan apabila umat Islam berjaya mengembalikan syariat Islam dalam kehidupan mereka dibawah negara khilafah.

Yusuf qardawi patut menggerakkan para ulamak, umat Islam dan para tentera utk mendirikan khilafah. Bahkan kalau beliau berminat kita angkat beliau menjadi khalifah.

8:24 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home