" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, February 05, 2009

MUNAJAT
AGAR PERANCANGAN JAHAT
UMNO DAN BN PERAK GAGAL .

Harap semua pihak ambil peranan . Kita mohon kepada Allah agar mengurniakan kesabaran dan ketenangan kepada pimpinan kita sekaligus menggagalkan perancangan jahat lagi tidak beretika yang cuba dilakukan oleh UMNO dan BN negeri Perak .

Insyaallah , Himpunan Solat Hajat perdana akan diadakan di Ipoh jam 7.30 malam ini .

Harap semua dapat hadhir Insyaallah .

8 Comments:

Blogger WUZARA said...

Saya hanya sekadar dapat mengikuti perkembangan politik Perak melalui Malaysiakini samalam. Walaupun angin pergolakan telah bertiup sejak beberapa hari, tidak ramai yang menyangka ia akan berlaku secepat ini. Melihat gambar-gambar Ir Nizar, terbayang betapa risaunya beliau walaupun dibalik gaya cool yang dipamirkannya. Pastinya kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku terhadap kerajaan pimpinannya. Tetapi apo nak dikato? Inilah mehnah apabila terlibat dalam sistem ciptaan Plato iaitu demokrasi.

Atas nama demokrasi si kufar yang menentang Islam boleh jadi kawan, si sekular boleh yang dungu boleh jadi teman. Atas nama demkrasi, melaksankan hukum bukan Islam pun boleh dihalalkan, alasannya penerapan hukum bertahapan.

Saya bukan hendak suka-suka menghentam sahabat-sahabat yang berjuang dengan minhaj demokratiah ini. Saya faham pemikiran mereka telah tertutup bahawa demokrasi sajalah cara untuk mendapatkan kekuasaan selain berjihad. Tetapi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak sahabat sekalian berfikir, apakah dengan demokrasi masuk akal untuk mengembalikan khilafah Islamiah? Kerana selama ini pelbagai hujah tentang keharaman demokrasi tidak dapat kalian hadamkan, maka apa kata kita lihat pula pembohongan demokrasi secara rasionalnya.

Wahai sahabat-sahabat yang masih terbelenggu dengan ikatan demokrasi, bukalah rantaian yang sedang membelenggu kalian. Caranya bagaimana? Dengan cara belajar politik Islam, dan Islam semata tanpa dicampur secuitnya pun dengan aqidah selain Islam. Melihat politik dengan kacamata Islam dan penyelesaian semata bukan dengan rasional akal atau pun kehendak masayarakat.

Mungkin ada diantara kalian yang tidak menyenangi apabila ada pejuang-pejuang khilafah yang menegur keharaman demokrasi, mungkin kalian merasakan mereka membenci kalian maka kalian pun membenci mereka. Walhal syabab2 yang memperjuangkan khilafah itu tidak membenci kalian malah mereka amat menyayangi kalian. Mereka mahu kalian lihat pembohongan demokratiah tersebut dan memandang dunia dengan kacamata Islam yang jernih. Atas dasar itulah mereka tidak henti-henti mengingatkan kalian tentang keharaman demokrasi walaupun kalian tidak menyenanginya. Bukakanlah pintu hati kalian untuk menerima seruan dakwah ini untuk kita sama-sama berjuang diatas minhaj yang lurus, minhaj nubuwwah, ameen.

2:01 PM

 
Blogger MyIdea said...

Salam Ustaz..

Bagaimana pula dengan idea Anwar untuk menarik pelompat2 (AP) BN ke PR?

Dan TG Nik Aziz seolah-olah menghalal AP ini dari melompat ke PR..

Pelik..

Wassalam..

2:56 PM

 
Anonymous Anonymous said...

kita menentang UMNO sebab INILAH UMNO.....benci sungguh saya. Tradisi membeli 'prinsip' perjuangan dgn habuan keduniaan betol-betol depa warisi dari kafir quraisy ketika membuat tawaran pada baginda saw dulu......

ustaz,
Janganlah bersedih dan tersangat bersusah hati. Jalan perjuangan yang dilalui oleh mujahidin Islam dari semua zaman dan tempat penuh dgn dugaan, cabaran serta kesulitan. Sudah menjadi tabiaat pergerakan Islam bahawa ujian itu adalah menjadi sunnah Allah dan fenomena umum dalam kerja jihad umat Islam. Semua ini memerlukan kesabran dan ketahanan iman.Ujian menjadi ukuran mengenal pejuang yang ikhlas. Ujian juga tapisan utk menyaring para pejuang yang paling layak berjuang menegakkan agama Allah. Maka kalau kita faham, kita pasti redha dengan proses penyaringan ini . Islam digerakkan oleh mujahid yang ikhlas dan tinggi ketakwaannya. ia bukan di kuatkan dengan nombor atau jumlah pejuang yang besar tetapi mempunyai nilai yang kosong.

Dalam kerja atau dakwah kita ada pihak yang menyokong dan ada yg menentang, ada yang memandangnya positif dan ada yang memandang negetif, ada yang merasa selaras dgn pandangan mereka dan ada yg merasakan kita bersalahan dgn pandangan mereka . Ada yang mencemuh kita keras dan ada yang mengata kita ni terlalu lembut. jadi kita perlu melatih diri ini menanggung kesemua perkara tersebut kerana apa pun cemuhan yang diterima, kita menyimpan keyakinan bahawa suatu masa kita pasti sampai ke matlamat-matlamat kita kerana bergeraknya kita ini adalah ke arah dasar-dasar keadilan di dunia, menyebarkan nilai-nilai kebaikan serta menentang kezaliman dan kemungkaran. Dengan nilai takut pada Allah yang ada dalam jiwa, kita menyusun kerja yang terus menerus untuk mencabar keangkuhan dan tindakan melampau golongan taghut.......

10:03 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Untuk sahabat2. Perjuangan Islam sebenar bukanlah boleh dibeli dgn wang ringgit, kalau krn wang sggup gadai perjuangan ini munafik namanya. PKR perlu mentarbiah ahlinya supaya ada prinsip.. hidup pas

11:12 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Tindakan Hizbut Tahrir menyeru pemerintah di Indonesia dan Malaysia hantar tentera ke Gaza adalah tidak sah kerana :-

1. Pemerintah Indon dan Malaysia adalah sekular bukannya pemerintah Islam yang sebenarnya.

2. Tentera Indon dan Malaysia juga adalah tentera sekular, maka mereka bukannya tentera islam yang ditugaskan untuk berjihad.

Dalam dok hentam orang lain yang berpilihanraya, Hizbut Tahrir juga menyerukan seruan yang aneh "TENTERA SEKULAR MALAYSIA DAN INDON, BERJIHADLAH!!"

Seruan yang aneh dari Hizbut Tahrir..

11:00 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Tuan yang bijaksana, kalaulah 16 September seperti yang dirancang oleh Anwar menjadi, apa agaknya yang Tuan akan tulis dalam blog. Harap Tuan yang berilmu Agama tahap tinggi janganlah jadi munafiq hanya kerana mengikut ketua secara buta- tuli. Saya doakan agar ilmu yang dikurniakan Allah kepada Tuan menjadi pedoman dan bukan mengelirukan.

3:35 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Ustaz,saya amat cetek dalam bidang agama..tapi bagaimana jika 16sept terjadi?Apakah yang ustaz akan tulis didalam blog ni?Dan kalau dulu di Terengganu BN penderhaka bagaimana pula dengan PR sekarang di perak?Adakah itu halal?Saya tidak nampak perbezaan nya..atau mungkin PAS mempunyai 'fatwa' tersendiri bilamana apa yang BN buat semua haram dan apa yang PR buat semua halal...HEHEHEHE

8:27 AM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Assalamualaikum

Kalian rasanya tidak mengikuti pemikiran saya dengan baik dan sedari awal .

sebelum saudara tanya apa yang akan saya tulis kalau 9/16 itu terjadi.... suka saya beritahu bahawa saya telah tulis entah berapa artikel mengenainya sebelum daripada ini . baca lah dulu saudara baru boleh komen :(

belum jadi saya sudah bantah agenda 9/16 .

Isu derhaka pula . jauh sangat beza BN di terengganu dgn PAKATAN di Perak.

di Terengganu , tindakan Sultan hanya tidak menyalahi peruntukan perlembagaan sementara apa yang berlaku di Perak menimbulkan krisis perlembagaan .

Kedua : PAS tidak menentang sultan apalagi menghina sultan dengan keluar sepanduk SULTAN NATANG seperti UMNO/BN lakukan di Terengganu .

Apa yang berlaku ialah Nizar memohon supaya diteliti semula peruntukan perlembagaan sebagai sebuah negara yang mengamalkan Raja berperlembagaan .

Hanya UMNO dan BN melalui media mereka melancarkan provokasi kononnya PAKATAN derhaka kepada sultan.

Kenapa tidak timbulkan isu 2 ADUN yang telah menyerahkan surat aku janji akan mengosongkan kerusi jika lompat parti kemudian tidak akur kepada surat yang mrk sendiri menanda tanganinya . siapa yg derhaka ?

5:02 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home