" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, February 07, 2009

UMNO BUANG TABIAT
Bila Terpaksa Membentuk
Sebuah Kerajaan Haram
versi Najis Sparrow

Saya melihat UMNO semakin berkelakuan pelik dan ganjil malah kian menjadi - jadi . Orang tua - tua kata " buang tabiat " dan biasanya dituju kepada orang yang berada di ambang maut .

Mungkin nampak segar dan sihat tetapi dengan beberapa kelakuan " buang tabiat " ia bermaksud bila - bila masa sahaja dia boleh mati .

Tambahan pula usia UMNO yang kini dipenghujung usia . Terlalu banyak simptom "buang tabiat" yang kini berlaku kepada UMNO . Terkini mereka merampas kuasa dengan cara yang tidak bermoral .

Memperdaya dan mengambil kesempatan ke atas ADUN yang terpalit dengan dakwaan rasuah serta ADUN yang tidak berprinsip seperti ADUN BOTA yang berjaya melakukan lompatan spring untuk membentuk kerajaan haramnya .

Melengkapkan simptom "buang tabiat" ini , UMNO bertindak nekad membelakangkan peruntukan perlembagaan dan menodai kedaulatan undang - undang apabila mereka menabalkan menteri besar haramnya kelmarin . Sedang MB Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaludin belum meletakkan jawatan dan sidang DUN belum berlangsung serta tiada sebarang undi tidak percaya dikemukakan melalui prosuder yang sah terhadap Datuk Seri Nizar .

Semuanya ini kerana "buang tabiat" yang mendorong mereka bertindak gelojoh dan rakus . Tidak ubah seperti lanun Jack Sparrow yang jahat - jahat bodoh lakunya.

Benarlah Tuanku Sultan Perak menyuruh atau menitah supaya YAB Datuk Seri Nizar meletakkan jawatan . Tetapi Datuk Seri Nizar belum meletakkan jawatan dan hak meletakkan jawatan adalah hak Datuk Seri Nizar . Kalau ia enggan meletakkan jawatan kerana menyakini bahawa beliau adalah MB yang sah dan Tuanku Sultan tidak mempunyai hak atau kuasa untuk melucutkan jawatan MB . Sekadar menyuruh letak jawatan ianya tidak wajib dipatuhi .

Persoalannya tertumpu kepada kelakuan UMNO yang luar biasa gelojohnya . Tidak sabarnya untuk kembali ke tampuk kuasa yang hilang ditolak rakyat dalam pilihanraya lalu dilihat seperti orang gila talak atau ayam gilakan sangkak. Sungguh memalukan dan saya yakin ini adalah petanda UMNO menuju detik kehancurannya.

Kelakuan "buang tabiat"nya menimbulkan rasa jengkel dalam hati rakyat . Pelbagai pihak mula menilai kejahatan dan kebodohan UMNO kian menjadi - jadi . Terdorong dari rasa malu yang keterlaluan ekoran kekalahan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu yang kebetulannya Datuk Najib yang mengetuai kontijen UMNO dan BN menghadapi Pilihanraya kecil di dua kawasan tersebut .

Kini Najib yang dilantik menjadi Pengerusi BN Negeri Perak telah mengamuk , merampas kuasa dan mengguling Kerajaan PAKATAN dengan cara yang cukup tidak bermoral dan brutal . Kononnya Najib mahu membina kembali imejnya . Harapannya orang akan menyanjung beliau kerana berjaya mengembalikan pemerintahan UMNO dan BN di Perak .

Malangnya Najib Sparrow ini lupa bahawa tindakannya yang tidak bermoral membentuk kerajaan melalui rampasan kuasa lalu menubuhkan kerajaan haram di Perak hanya mengundang rasa benci , mual dan marah rakyat kepadanya.

Apalagi kerajaan itu terdiri dari ADUN yang terpalit rasuah . Sebelumnya PAKATAN membiarkan 2 ADUN tersebut dibicarakan oleh BPR melalui proses undang - undang yang telus biarpun mereka berdua adalah exco Kerajaan sebelumnya , tetapi ia diselamatkan oleh Najib Sparrow . Kini benar dan tepatlah persepsi umum bahawa UMNO adalah parti yang kaya dengan rasuah .

Kerana rasuah inilah Tengku Rithaudeen Pengarah Lembaga Displin UMNO meminta supaya Pemuda , Wanita , Putera dan Puteri UMNO di bubarkan demi menyelamatkan UMNO . Ini bukan pandangan dari JKKK . Tetapi pandangan dari orang lama UMNO yang menjawat Pengarah Lembaga Disiplin UMNO , menggambarkan parahnya keadaan UMNO dan BN hari ini .

UMNO kini buang tabiat . Lebih tenat kata seorang kawan saya : " ustaz , UMNO bukan buang tabiat ... tapi sememangnya telah menjadi tabiat UMNO berkelakuan begitu .... saya hanya senyum lebar :)

11 Comments:

Anonymous Anonymous said...

org-org pakatan sungguh bongkak
menafikan sesuatu yg benar
bn tak salah apabile mendapat sokongan dari adun PR yg lompat parti
yang perlu muhasabah adalah PR
lihat bagaimana 11 bulan pemerintahan yang dicemari dgn drama samarenda. lihat kenyataan-kenyataan pemimpin PAS apabila BN masuk PR dan apabila PR masuk BN. Apabila adun Bota masuk PR, melompat gembira semua tetapi apabila PR masuk BN, menggelupur tak hengat dunia (apatah akhirat).
sekrang tertanya 30 wakil rakyat BN yang nak lompat, mana ek?

6:13 PM

 
Anonymous Anonymous said...

anonymous 6.13PM...
errr...saya rasa isunya bukan lompat party, kalo 2 orang pkr nak lompat bn tu lompat la....tu hak dia biarpun lompatannya ditaja juta-juta.

Isunya sekarang ialah kerajaan haram yang ditubuhkan di perak itu telah menyalahi undang2 dan perlembagaan Perak....kita tak kalut dah mamat yang lompat party tu kerana dari segi pribadi pun memang mereka lebih layak bersama UMNO...mereka mewarisi kepribadian pemimpin-pemimpin UMNO.

Adalah tak pelik bila UMNO yang membawa pertuduhan rasuah pada dua adun tak bermoral itu tetiba pula mengambil mereka menjadi rakan kerja UMNO ...ah itu biasa ....bukankah UMNO dan rasuah seperti irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan, jadi saya rasa kalo tak lompat pun mereka ni wajar sangat di halau masuk UMNO.

Isu sekarang.....penubuhan kerajaan perak oleh UMNO tidak menepati perlembagaan Perak sendiri....itu yang wajar diberi perhatian...

Kalaulah UMNO rasa benar dan diterima...kenapa takut nak pilihanraya semula.....kenapa tak sanggup memberi hak memilih pada rakyat ? ... UMNO patut hidup di Perak atas suara rakyat bukan atas lompatan ADUN yang menghadapi pertuduhan salah laku rasuah....

7:02 PM

 
Anonymous Anonymous said...

SEKALI LAGI!!!Apa yang akan kamu tulis jika PR berjaya tarik 30 wakil rakyat BN 16sept lalu????

9:27 PM

 
Anonymous Anonymous said...

SEKALI LAGI!!!Apa yang akan kamu tulis jika PR berjaya tarik 30 wakil rakyat BN 16sept lalu????

9:27 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Saya sudah sejak lama dulu . Kamu yang tidak membaca :)

9:52 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

saya sudah menulis mengenainya sejak lama dulu . Kamu yang tidak membacanya . :)

9:55 PM

 
Anonymous Anonymous said...

bagi saya, pas tak perlu cepat nak melatah dengan hal sebegini..saya pernah membaca artikel hari harakah daily yang mane baginda sultan mengatakan pada dato nizar agar bersabar..sesungguhnya Allah bersama dengan org yang sabar..Allah akan tunjuk yang mana akan menang satu hari nanti..kalah sekarang tak bermakna kalah untuk selamanya..andai umno itu salah, maka satu hari nanti akan terbukti..jika pas salah begitu juga sebaliknya..sesungguhnya saya amat seih sekali dengan pergolakan politik negara kita yang saling mencemuh antara satu sama lain..bagi saya melayu dan islam kene bersatu..bukan kutuk mengutuk sesama sendiri dan menyebarkan fitnah merata2..saya nak buat teguran utk warga pas mahupun org umno sendiri..yang dalam berkempen dengan mengutuk dan menggelarkan org dengan nama yang macam2..bagi saya org islam yang beriman tidak akan berakhlak sedemikian..tolonglah warga malaysia..berfikir secara matang..bersatulah atas nama islam..

12:30 AM

 
Anonymous Anonymous said...

saya setuju dgn kata2 "aku yang prihatin". saya sebagai rakyat sudah muak dengan perbalahan antara org2 Islam dlm umno, pkr dan pas.

saling mencemuh.. walaupun saya masih muda, tp saya masih boleh berfikir waras. saya masih boleh berfikir dan berdoa agar org2 Islam tidak berpecah belah. kenapa org2 Islam perlu berbalah kerana berlainan fahaman politik??

cukupla...berbaikla demi kekuatan Islam itu sendiri.

2:23 AM

 
Anonymous Anonymous said...

aiks...ke situ pulak....saya pulak nampak macam lain.

Pertembungan yang berlaku bukan kerana UMNO dan Pas, tapi pertembungan antara yang hak dan yang batil.

Yang dicemuh itu bukan UMNO kerana namanya UMNO tapi yang dicemuh itu batil yang kebetulan dibawa oleh UMNO.

kesatuan hanya boleh dicapai atas nama Islam yang benar, tapi kalau yang dibawa itu bersalahan dengan Islam maka yang salah itu wajar ditentang.

Kalau mengutuk yang salah dan zalim itu tidak baik, maka memuji atau mendiamkan diri terhadapnya adalah seribu kali tidak baik.

kita wajar bersabar, tapi adakah tanda sabar itu kita membiarkan saja kezaliman berleluasa.

Allah memang bersama orang-orang yang sabar, tapi Allah juga tetap bersama orang-orang yang sabar dan terus berusaha.

Allah pasti akan datangkan kemenangan kepada sesiapa saja yang Dia suka, tetapi kemenangan tidak dijanjikan pada orang yang mengharap dan menunggu sahaja.

7:09 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Pelabur asing mula tunjuk minat: Zambry

IPOH: Pelabur asing dan tempatan kini kembali menyatakan minat untuk melabur di Perak selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri, kata Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, ia dibuktikan menerusi minat yang ditunjukkan pelbagai pelabur termasuk yang pernah memberikan komitmen ketika BN memerintah dulu dan `menyepikan diri' selepas Pakatan Rakyat memerintah.

"Sebagai contoh, sebuah syarikat sudah memberikan komitmen untuk melabur RM50 juta pada hari pertama saya masuk ke pejabat Menteri Besar dan syarikat Spacetoon International, pelaburan yang kita usahakan ketika pemerintahan BN sebelum ini, berminat meneruskan projek mereka di sini," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Perkhidmatan Awam di sini hari ini, Zambry berkata beliau tidak mengambil kisah jika Pakatan Rakyat mendakwa pelaburan tidak masuk ke Perak selepas BN mengambil alih, kerana ia boleh dibuktikan menerusi data serta fakta dan bukannya kenyataan retorik semata-mata.

"Apa yang sebenarnya berlaku ialah tidak banyak pelaburan yang masuk ke Perak dalam tempoh kira-kira 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah negeri ini," katanya.

12:51 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Tiada istilah buang tebiat menurut Islam ustaz... Xkan xtau... Mana ustaz dpt ijazah ye?

6:25 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home