" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, January 15, 2006

MAAFKAN WALID , KAK LONG. !!
Kalau tak silap saya , beberapa bulan yang lalu umminya ada menyebut bahawa Kak Long ( Iffatul Hannan : 10 th ) mengadu sakit perut , tolonglah hantar ke klinik !
Masa tu , saya sibuk di Pangkalan Pasir ekoran pilihanraya kecil di sana . Saya minta supaya Kak Long berubat secara tradisional dengan opah/neneknya di Kampung Bechah Mulong Kelantan .
Kemudian , saya tidak lagi mendengar sebarang aduan dari Kak Long dan keceriaannya dalam hidup seharian kelihatan seperti biasa tanpa menunjuk suatu yang ganjil , sehingga minggu lepas Kak Long mengadu kepada umminya , bahawa setiap kali dia nak kencing akan terasa sakit di pundi kencing .
Saya menangguhkan janji untuk bawa Kak Long ke klinik lantaran hambatan masa yang tidak mengizinkan disamping saya akui , saya sendiri tidak serius terhadap penyakit yg dialami oleh Kak Long sebab dia kelihatan normal , cuma mengadu sekali sekala .
Sehinggalah petang tadi , sewaktu saya membawa Afif Syaibani ke Klinik Dr. Syed Badarudin , saya ambil kesempatan untuk merawat Kak Long sekali sebab hari ni baru saya nampak mukanya agak pucat dan badannya agak longlai .( yang selalunya saya sangka kerana penat balik sekolah )
Tadi Dr. mengesahkan Kak Long mengalami jangkitan kuman di pundi kencingnya. Terduduk saya merenung lantai . Berasa bersalah sangat terhadap Kak Long yang sememangnya merupakan anak yang baik dan agak pendiam di rumah , walau saya dapat maklumat bahawa dia agak aktif di sekolah .
Selepas membayar ubat dikaunter , untuk Kak Long dan Syaibani , saya terus melangkah pulang dengan hati yang sebal dan kesal kerana mengabaikan tanggungjawab terhadap anak - anak tersayang .Namun itulah realiti yang terpaksa dilalui oleh anak - anak setelah mereka menyedari bahawa walidnya adalah seorang pejuang yang terpaksa turun ke medan saban waktu untuk menyebarkan agama Allah swt.
Kini , setelah Allah uji dengan 3 anak sakit serentak , barulah saya tersentak dan menginsafi diri untuk saya juga menunaikan hak mereka . Kak Long , Syaibani dan Syaikhani ( jua anak anak yang lain ) , Walid benar - benar memohon maaf dari kalian kerana tidak bersikap adil terhadap masa bersama keluarga dan tugas di medan . Maafkan Walid !!

1 Comments:

Blogger Teku said...

ust...
Children need your presences MORE than your presents...

3:39 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home