" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, February 28, 2006

HARGA MINYAK
NAIK RM 0.30 SELITER

Apa lagi yang boleh diungkap oleh pengguna atau rakyat seluruhnya, melainkan hanya berterima kasih ke atas Kerajaan Barisan Nasional yang diundi oleh mereka dalam pilihanraya lalu , di atas sikap kerajaan yang 'bercakap benar' bahawa minyak tidak naik lagi pada tahun ini ( 2005 ) sewaktu mengumumkannya kepada rakyat menjelang suku akhir tahun 2005 yang lalu .

Rakyat juga terpaksa berpuas hati dengan tindakan drastik kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak RM 0.30 seliter menjelang akhir suku pertama tahun 2006 ini , justeru itu adalah kerajaan yang mereka mandatkan untuk menjaga dan mengurus kepentingan rakyat yang bernaung dalam negara ini .

Pastinya apa yang dilakukan oleh kerajaan dengan menaikkan harga minyak yang tentunya pula akan berhadapan dengan kenaikan harga barangan keperluan rakyat , adalah berasaskan 'untuk menjaga kepentingan rakyat terbanyak' .

Terima kasih kerajaan atas keprihatinan menjaga dan menaik taraf kehidupan rakyat terbanyak khasnya rakyat miskin dengan menaikkan harga minyak . Rakyat akan terus sabar dan menunggu kenaikkan berikutnya pada masa - masa akan datang demi pembangunan dan kemajuan yang dinikmati oleh semua.

Kerajaan Barisan Nasional tetap menjadi pilihan rakyat dan berjanji akan terus memberi kemenangan besar dalam pilihanraya akan datang justeru sikap prihatin kerajaan membela rakyat terbanyak dan rakyat termiskin .

Bagi membalas jasa baik kerajaan yang menjaga rakyat selama ini , apalah sangat dengan kenaikan harga minyak Rm 0.30 itu . Andainya kerajaan menaikkan harganya hingga ke RM 1.00 - 2.00 seliter lagi pun tak mengapa . Lagi pun ini bukanlah perkara baru bagi rakyat , bukankah kerajaan telah menaikkan harga minyak ini berkali kali .

Terima kasih kerajaan .
dari Wakil Rakyat Terbanyak .
Hj. Nasrudin Tantawi

PERRHIMPUNAN AMAN
SERENTAK DI SELURUH DUNIA
MEMBANTAH PENGHINAAN KE ATAS NABI SAW.
DAN KENAIKAN HARGA MINYAK

HIMPUNAN AMAN BAGI MEMBANTAH PENGHINAAN KE ATAS NABI SAW YANG DILAKUKAN OLEH EROPAH DAN SEKUTUNYA SERTA MEMBANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK AKAN DIADAKAN BAGI PERINGKAT NEGERI PAHANG DI :

PERKARANGAN
MASJID ABU BAKAR TEMERLOH

SEJURUS SELESAI SOLAT JUMAAT

ANJURAN : UMMAT ISLAM PRIHATIN

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADHIR BAGI MENUNJUK SIKAP DAN PERASAAN MEMBANTAH PENGHINAAN KE ATAS JUNJUNGAN BESAR KITA NABI MUHAMMAD SAW. DAN KENAIKAN HARGA MINYAK YANG MEMBEBANKAN RAKYAT .

Kertas Kerja ( 012 )
Kredebiliti Naqib Sebagai Faktor Yang Menjayakan Usrah.

Walau bagaimanapun kejayaan usrah banyak bergantung kepada kredibilti seorang naqib yang memenuhi kriteria sebagai seorang naqib. Naqib sebagai fasilitator, sebagai kaunselor, sebagai ibu, sebagai bapa, sebagai biro pengaduan awam, sebagai sahabat, sebagai pengurus, sebagai pembimbing.

Kerana ia bukan sahaja orang yang berjumpa secara formal tetapi juga secara tidak formal. Naqib bukan sahaja orang berjumpa seminggu sekali atau dua kali seminggu dalam majlis usrah, malahan lebih daripada itu yang menjangkau masa dan sempadan.

Ciri-Ciri Naqib Yang Berkaliber 1. Naqib mesti memahami konsep usrah dan perlaksanaanya. Apabila naqib memahami konsep ini barulah usrah dapat melahirkan out put yang baik. Sekiranya seorang yang menjadi naqib ia sendiri tidak memahami apakah pengertian usrah. Atau pun ia sendiri tidak pernah melalui program usrah. Apa akan terjadi dengan usrah yang dibawa.

Oleh kerana ia tidak memahami konsep usrah maka ia akan bawa usrah seperti ceramah, kuliah, membaca kitab kuning. Ia tidak boleh membawa usrah mengikut kehendak jamaah dan boleh dikaitkan dengan jamaah dan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan untuk mengukuhkan jamaah.

Apabila ia memahami konsep usrah maka kesan usrah dapat dilihat. Banyak perkara kelemahan dalam jamaah boleh diatasi. Misalnya ahli usrah lemah dari sudut ukhwah maka ia memberi penekanan dalam usrah mengenai kepentingan ukhwah begitulah seterusnya. Semuanya ini tidak akan dapat dihasilkan sekiranya naqib tidak faham konsep usrah dan tanggungjawab beliau sebagai seorang naqib.

Seperti pepatah Arab menyebut “Orang yang faqir ia tidak boleh memberi apa-apa”.

2. Memahami tasawwur Islam dan gerakan

Naqib/ah mesti memahami Islam dan dasar perjuangan . Naqib mesti memahami Islam dari sumber yang sejati. Kerana Islam ialah suatu peraturan yang meliputi semua lapangan hidup, Islam merupakan negara dan tanah air atau kerajaan dan rakyat. Islam merupakan kebudayaan, undang-undang atau ilmu pengetahuan dan kehakiman.

Jangan di bawa perkara khilafiah dalam jamaah kerana ini akan membawa perbalahan sesama sendiri. Kefahaman dan keseragaman bertindak dengan ilmu akan memudahkan untuk bertindak. Oleh itu sekiranya seorang naqib yang tidak mempunyai syarat-syarat yang berkenaan akan berhadapan dengan berbagai kesusahan dari kalangan mereka yang berbagai jenis manusia dan kedudukan.

Memahami hati budi orang bawahan dan ini yang perlu diberi penekanan dalam usrah. Jika ahli usrah orang kedekut perbanyakkan hal-hal dan kemuliaan sifat pemurah. Sekiranya mereka orang yang penakut, berikan keutaaman tentang kelebihan berjihad di jalan Allah. Sekiranya anak buah orang yang tidak istiqamah maka terangkan kelebihan orang yang tetap pendirian dan balasan orang tidak tetap pendirian.

3. Iklas dalam amal sebagai seorang naqib

Satu perkara yang senang disebut tetapi sukar dilaksanakan ialah ikhlas dalam tindakan dan amal. Perkara inilah yang menjadi kekuatan dan ketahanan kepada seorang naqib. Apabila ia berjaya melazimkan dirinya dengan sifat ini maka ia akan mendatangkan natijah yang baik kepada gerakan Pas.

Hatinya tidak ada yang lain melainkan untuk melihat Islam berdaulat. Mengikhlaskan niat kerana Allah. Hati yang tidak tulus tidak bermakna ketika datang kedalam majlis usrah. Hati yang kotor juga tidak boleh mengeluarkan kesan yang baik kepada usrah.

Firman Allah swt . Maksudnya :

Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya semua menyembah Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuknya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan solat serta menunaikan zakat dan demikian itulah agama yang benar (Al-Bayyinah:5)

Sabda Rasulullah saw

إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرء ما نوى

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang itu apa yang diniatkan

4. Iman yang mendalam

Keyakinan hanya dengan Islam, sekiranya mempunyai ilmu dan kefahaman tetapi iman yang nipis dia tidak boleh memberikan apa-apa kebaikan untuk perjuangan. Keimanan yang mantap sahaja akan membolehkan ia menghadamkan fikrah perjuangan Islam kepada anak buahnya. Kerana kekuatan jamaah Islam terletak kepada kekuatan iman yang sejati dan mendalam.

Perjuangan tanpa iman yang sejati akan gugur dipertengahan. Bagaimana seorang naqib boleh menerapkan iman kepada anak usrahnya sekiranya beliau masih nipis Iman. Rasulullah SAW menunjukkan bagaimana Iman yang mantap menyebabkan para sahabat sanggup sehidup semati.

Contohnya ketika baginda berhadapan dengan tentera Ahzab, baginda sudah mempunyai cita-cita untuk menawan Rom dan Parsi. Ini satu contoh bagaimana iman yang mantap telah memberi motivasi kepada baginda untuk menaikkan semangat yang waja di kalangan para sahabat.

Firman Allah SWT Bermaksud :

Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera ahzab, berkatalah mereka: “Inilah yang telah dijanjikan kepada kamioleh Allah dan RasulNya, dan benarlah (apa yang telah dijanji oleh) Allah dan RasulNya” dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat itu) tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan dari mereka bulat-bulat kepada Allah.” (Al-Ahzab: 33:22) 5. Memahami organisasi jamaah. Naqib yang tidak memahami organisasi dan tabiat jamaah ia hanya bercakap atas awan. Tidak berpijak kepada bumi yang nyata. Usrah bukan teori tetapi diiringi dengan praktikal.

Sekiranya naqib tidak melibatkan diri dengan Pas ia tidak akan sampai kemana arah perbincanganya. Oleh itu naqib kena memahami struktur organisasi Pas. Jangan seorang naqib tetapi ia sendiri tidak melibatkan dalam oragnisasi pas, ini memumkinkan ia akan membawa ahli jamaah keluar daripada landasan fikrah jamaah.

Bagaimana mungkin ahli usrah hendak melibatkan diri dalam pilihanraya sekiranya naqib sendiri tidak terlibat dalam pilihanraya. Bagaimana jamaah hendak berkembang jika naqib sendiri tidak membawa ahli untuk beriltizam dengan jamaah.

6. Mengeratkan jalinan ukhwah

Naqib perlu melakukan program yang boleh mengeratkan hubungan persaudaraan seperti menziarahi ahli yang sakit atau ditimpa musibah,mengucap tahniah kepada kepada anggota yang berjaya, menolong mereka yang memerlukan, mengucap takziah atas kematian, menghulurkan bantuan kewangan, memberi hadiah sempena hari sahabat mendapat anak atau harijadi . Sabda Rasulullah SAW

تهادوا تحابوا

Bermaksud : “Berilah hadiah nescaya engkau dikasihi” Sabda Rasulullah SAW Bermaksud : Allah akan sentiasa dalam (menunaikan) keperluan hamba selagi hamba itu dalam (usaha menunaikan) keperluan saudaranya.

7. Perbanyakkan amalan fardi

Sebagai seorang naqib sudah tentu bebanan dan tugas yang terpaksa dipikul. Oleh itu naqib memerlukan kekuatan rohani agar kita tidak terpesong daripada landasan perjuangan yang telah digariskan oleh jamaah. Apabila kita mempunyai benteng pertahanan ini maka ia akan menjadi asas yang kukuh untuk kita istiqamah dalam perjuangan.

Maklum sahajalah perjuangan Pas yang mempunyai rintangan yang banyak dan banyak pula karenah anak buah maka sudah tentu kita memerlukan kekuatan rohani yang kuat. Oleh itu kita kena menjaga ibadat dengan baik, berzikir dengan banyak, berdoa yang ma’thur, beristighfar kepada Allah dan bersalawat kepada junjungan besar nabi Muhammad saw. Muhasabah diri sendiri supaya dapat membuat penentuan hidup. Kata-kata Saidina Umar RA

حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا

Bermaksud “Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dihadapan Allah SWT

8. Menunjukkan suri teladan yang baik.

Naqib sebagai rol model dan diperhati oleh anak buah. Syaksiah dan tingkah laku naqib sering menjadi ikutan dan bualan. Thiqah di kalangan anak buah perlu bagi menjayakan satu usrah. Naqib kena pastikan ia lebih baik daripada anak buah. Samaada dari segi pakaian, percakapan, tingkahlaku, pergaulan, sikap, hal ehwal keluarga, komitmen kita dalam jamaah seperti mesyuarat, menghadiri program jamaah, penglibatan anak-anak kita dalam jamaah semuanya menjadi tontonan di kalangan semua ahli usrah.

Firman Allah SWT Bermaksud : “Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan sedang kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat). Maka tidakkah kamu berfikir”. Al-Baqarah:44

9. Benar

Naqib mestilah benar di dalam niat, perkataan dan pekerjaannya jangan sekali-kali ada penipuan atau pendustaan. Berkata benar sekalipun kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah dan tidak takut kepada celaan orang. Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan hina malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan. Sekiranya naqib tidak benar dalam ucapan dan tindakan maka ia akan memberi kesan yang buruk kepada usrah yang dipimpin

Sabda Rasulullah SAW Bermaksud :

Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya sifat kebajikan itu membawa ke syurga. Seorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah ia dicatat disisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa kepada neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta”.

10. Sabar

Tanpa sabar naqib tidak dapat mencapai target yang dicita-citanya, kerana kerja membentuk manusia bukan satu perkara yang mudah. Ia memerlukan satu kesabaran yang padu serta himmah yang tinggi untuk melaksanakannya. Mesti sabar atas karenah ahli usrah yang berbagai ragam dan tindakan kesabaran sahaja yang akan boleh menjayakan perlaksanaan usrah

Firman Allah SWT Bermaksud :

Dan kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami ketika mereka sabar”. As-Sajadah:24.

11. Tawaduk

Sifat ini orang ramai lebih senang untuk menerima dan mendengar nasihat atau percakapan kita. Sifat takabur menyebabkan kita terhijab dari kebenaran dan rahmat Allah untuk sampai ke hati manusia. Sifat tawaduk menyebabkan orang lain akan tertarik dengan apa yang kita sampaikan.

Seorang naqib yang mudah bergaul dan tidak sombong dengan ahli usrah akan menambahkan keakrabannya antara mereka. Seorang naqib hendaklah terlebih dahulu menegur ahli usrahnya bukan sebaliknya, supaya menampakkan sifat tawaduk

Sabda Rasulullah SAW Bermaksud :

Tidak akan memasuki syurga sesiapa dalam hatinya terdapat sebesar zarrah (sedikit) sifat takbur” Riwayat Muslim

12. Pemurah

Seorang naqib mesti jangan kikir. Sifat kedekut akan menjauhkan ikatan ukhwah. Biasakan untuk menghulur kepada mereka yang berhajat. Sentiasa memberi keutamaan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Sifat pemurah ini akan membuahkan natijah yang baik.

Sekiranya anak buah usrah saudara orang yang kikir maka latih dan tunjukkan kepada mereka kebaikan orang yang pemurah melalui amalan yang saudara tunjukkan.

Firman Allah SWT

ومن يوق شح نفسه فأولئك هم المفلحون

Bermaksud “Dan siapa yang dipelihara daripada tabiat bakhilnya mereka itulah orang-orang yang berjaya” Al-Hasyr, 59:9

Sabda Rasulullah SAW Bermaksud :

Tidak ada suatu haripun yang dilalui oleh seorang hamba kecuali (hari-hari) didatangi oleh dua Malaikat lalu seorang darinya berdoa: “Ya Allah, berikanlah ganti kepada sihamba yang menafkahkan hartanya”. Manakala Malaikat yang kedua berdoa: Ya Allah, berikanlah kebinasaan kepada si hamba yang bakhil ini”.

13. Suka menolong (ringan tulang)

Saudara menampakkan kepentingan mereka melebihi daripada kepentingan diri saudara. Secara tidak langsung akan menambahkan ikatan kepercayaan di kalangan orang bawahan.

Apabila anak usrah melihat saudara orang yang ringan tulang untuk menolong maka secara tidak langsung akan memberi kepercayaan yang lebih kepada saudara. Peristiwa yang ditunjukkan oleh nabi SAW dalam peperangan Khandak memberi kesan yang mendalam kepada pengikut nabi kerana melihat baginda turut serta menggali parit.

14. Bijak bergaul

Seorang naqib yang baik ia akan bermuayasyah (hidup) dengan ahli usrah. Tidak banyak protokol. Senang di bawa berbincang di kalangan anggota. Jangan ada pilih kasih di kalangan anggota sehingga mereka terasa tersisih daripada kumpulan usrah.

Peranan Dan Tanggungjawab Naqib

1. Mereka perlu menyedari bahawa mereka adalah pemimpin dan pendidik kepada kumpulan usrah. Dengan itu mereka perlu menunjuk suri teladan yang baik kepada ahli usrah.

2. Berkewajipan menyalurkan ilmu dan mendidik anggota usrah dalam bidang agama, fikrah jamaah.

3. Memastikan kandungan usrah disampai mengikut kehendak usrah dan jamaah.

4. Memastikan perjalanan usrah seiring dengan pembinaan jamaah dan organisasi.

5. Memupuk ukwah di kalangan anggota samaada di dalam usrah atau diluar.

6. Menggalakkan mereka supaya melakukan amal ibadah sunat seperti puasa sunat, solat sunat dan sebagainya.

7. Sentiasa menggalakkan ahli usrah mempunyai semangat pengorbanan yang tinggi terhadap Islam dan sanggup melakukakan kerja-kerja amal Islami.

8. Naqib mesti menunjukkan kesungguhan di dalam satu kerja jamaah supaya ia menjadi contoh kepada anak usrahnya seperti menghadiri mesyuarat, program jamaah, program pilihanraya dan sebagainya.

9. Menggalakkan ahli usrah menyediakan tabung usrah supaya dapat melatih ahli untuk menderma walaupun sedikit dan wang ini boleh digunakan sewaktu kecemasan dan membantu meringankan beban di kalangan ahli usrah.

10. Naqib mestilah juga mahir dalam organisasi jamaah supaya ia dapat memnyelesaikan konflik organisasi dengan cepat.

11. Memastikan aliran maklumat yang perlu disampaikan kepada ahli usrah daripada pimpinan tertinggi dapat salur dengan baik.

12. Sentiasa memantau ahli usrah supaya dapat kita melihat potensi diri yang ada pada ahli usrah untuk diletak dan diberi peranan dalam kepimpinan dan amanah dalam jamaah.

13. Menyelesaikan dengan segera permasalahan yang berlaku tanpa bertangguh, kerana masalah yang kecil jika tidak diselesaikan dengan segera akan mendatangkan masalah yang lebih besar.

Kesimpulan

Perjalanan usrah yang mengikut method yang sebenar akan berjaya melahirkan mereka yang unggul dari segi peribadi dan agresif dalam melaksanakan kerja-kerja jamaah.

Perlaksanaan usrah yang berkesan banyak bergantung kepada kehebatan naqib yang mengendalikan usrah, kerana ia adalah tunjang kepada perlaksanaan usrah. Sekiranya perlaksanaannya tidak tepat seperti yang dikehendaki oleh usrah ia tidak akan dapat memberi apa-apa kesan yang baik untuk peribadinya dan juga jamaah.

Kelazatan akan dirasai mereka yang mempraktikkan apa yang diarahkan di dalam usrah.

MENUNTUT ILMU

KELEBIHAN ORANG YANG MENUNTUT ILMU Firman Allah :

شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ وَالْمَلائِكَةُ وَأُوْلُوا الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Maksudnya, [ Allah telah menyaksikan bahawanya tiada Tuhan melainkan Dia, begitu juga para malaikat dan para ahli ilmu turut menyaksikan yang sama, iaitu Tuhan yang berdiri di atas keadilan ] Aali-Imran : 18

يَرْفَعْ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

Maksudnya, [ Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan begitu juga orang-orang yang dikurniakan ilmu beberapa darjat ] - al-Mujadalah : 11

Sabda Nabi saw.

مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِى الدِّيْنِ وَيُلْهِمْهُ رُشْدَهُ

Maksudnya,{ Barangsiapa yang dikhehendaki baik oleh Allah , maka Allah akan meluaskannya faham agama dan akan diilhamkannya petunjukNya }

Sabda Baginda lagi :

مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَطْلُبُ فِيْهِ عِلْمًا سَلَكَ اللهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ

Maksudnya,{ Barangsiapa menjalani satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan melorongkan baginya jalan ke syurga }.

Firman Allah,

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَة لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Maksudnya, [ Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).]. - at-Taubah : 122

WAJIB MENUNTUT ILMU

Bersabda Nabi saw :
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

Maksudnya, { Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap muslim }

Ilmu yang wajib dituntut (fardu ain) ke atas setiap muslim dan muslimah yang aqil-baligh ialah tiga :

Ilmu Tauhid (Usuluddin).
Ilmu Feqah
Ilmu Akhlaq (Tasauf)

Ilmu Tauhid : Kadar yang wajib dituntut ialah sekira-kira sah imanya. Dengannya dapat mengenal Allah (mentauhidkan Allah) pada Zat, Sifat dan Afal Allah. Mengenal rasul-rasul dan rukun-rukun iman yang lain.

Ilmu Feqah : Kadar yang wajib dituntut ialah kira-kira sah ibadatnya. Dengannya dapat mengetahui asas ibadat seperti taharah, solat, puasa dan lain-lain SERTA mengetahui halal dan haram, memahami suruhan dan larangan dalam kehidupan seharian.

Ilmu Tasauf : Kadar yang wajib dituntut ialah kira-kira sejahtera amal-ibadat yang zohir daripada rosak dan batal pahalanya. Dengannya dapat mengenali sifat-sifat hati yang terpuji dan tercela seperti riya’, takabbur, sum’ah, ujub dan lain-lain.

PERINGATAN
DARIPADA RASULULLAH SAW KEPADA SI ALIM

أنا من غير الدجال أخوف عليكم من الدجال فقيل : وما هو يا رسول الله فقال علماء السوء

Maksudnya,{ Selain daripada Dajjal ada satu perkara yang sangat Aku bimbangkan lebih daripada Dajjal, Maka tanya sahabat: Siapakah dia ya RasuluLlah? Maka jawab Nabi saw, Ulama’ yang jahat }.

Tujuan Dajjal ialah untuk menyesatkan manusia. Sedangkan Ulama’ Su’ ( jahat ) walaupun lidahnya pandai mengalihkan orang ramai daripada cintakan dunia, NAMUN amal perbuatan mereka ( ulama’ su ) adalah mengajak orang lain berbuat kejahatan kerana AMALAN SESEORANG LEBIH BERKESAN / BERPENGARUH DARIPADA PERCAKAPANNYA .

Orang ramai lebih mudah tertarik dengan perbuatan ulama’ su’ daripada ucapannya.

Orang yang jahil tidak berani menghimpunkan dunia banyak-banyak KECUALI setelah melihat keberanian ulama’ su’ itu. Maka ilmu yang ada pada mereka menjadikan orang ramai berani berbuat maksiat.

SabdaNya lagi :

من ازداد علما ولم يزدد هدى لم يزدد من الله إلا بعدا

Maksudnya, { Siapa yang bertambah ilmunya sedangkan hidayahnya (amalannya) tidak bertambah, maka ia tidak bertambah daripada Allah melainkan jauh (dari rahmat)}.

ILMU YANG BERMANFAAT


Menambahkan takut kepada Allah Menambahkan pada pandangan mata hati akan
keaiban/kecelaan diri Menambahkan makrifat untuk beribadat kepada Allah Mengurangkan sangat gemar pada dunia Menambahkan gemar kepada akhirat Membuka mata hati akan perkara-perkara yang membinasakan amal hingga dijaganya. Menyingkap akan tipu daya syaitan.


PENUTUP


RasuluLlah saw berdoa :


الّلهُمَّ إِنِّى أَعُوذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَيَنفَعُ وَقَلْبٍ لاَيَخْشَعُ وَعَمَلٍ لاَيُرْفَعُ وَدُعَاءٍ لاَيُسْمَعُ


Maksudnya, Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada ilmu yang tidak bermanfaat Dan daripada hati yang tidak kyusuk Dan daripada amal yang tidak diangkat (terima) Dan daripada doa yang tidak didengari (tidak maqbul ).

BENGKEL
MANUAL PENGENDALIAN USRAH
Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan BPPNP telah berjaya menganjurkan Bengkel Manual Pengendalian Usrah di Darul Amin Sungai Gau pada 26 Feb 06 yang lalu .
Alhamdulillah , kehadhiran melepasi tahap jangkaan Lajnah apabila lebih 200 orang peserta mendaftarkan diri untuk menyertai program tersebut .
2 kertas Panduan Bekerja telah dibentangkan . Kertas panduan 1 : Manual Perlaksanaan Usrah yang efektif oleh Ustaz Hamzah bin Jaafar yang juga merupakan Timbalan Pengerusi LTDK BPPNP . Sementara kertas panduan 2 : Usrah Gerakkerja Pilihanraya oleh : Major ( B ) Abdul Aziz Yaa'cob sebagai Timbalan Pesuruh jaya PAS Pahang .
Bengkel ini dirasmikan oleh Yb. Dato' Tuan Guru Hj. Harun Taib , Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat .

BERPOLITIK DALAM MASJID

Soalan: Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik ? Apakah dalil keharusannya, jika hukumnya harus ? Atau dalil pengharamannya, jika ia ditegah ?

Masjid adalah Pusat Dakwah dan Pemerintahan di Zaman Nabi (s.a.w.) Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) merupakan pusat kegiatan Jamaah Muslimin.

Ia bukan setakat tempat beribadat dan sembahyang bahkan sebagai tempat beribadat, markaz ilmu, kelab sastera, parlimen, tempat perkenalan, tempat berkumpulnya rombongan-rombongan yang datang dari seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab, tempat Rasulullah (s.a.w.) membuat pertemuan dengan mereka dan tempat Rasulullah (s.a.w.) menyampaikan khutbah dan tunjuk ajarnya tentang seluruh kehidupan sama ada urusan keagamaan, kemasyarakatn dan pentadbiran.

Di dalam kehidupan Rasulullah (s.a.w.) tidak ada pemisahan di antara urusan agama (mengikut istilah orang sekarang) dan politik. Baginda tidak mempunyai satu tempat yang lain bagi politik dan permasalahannya selain daripada masjid. Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) adalah markaz dakwah dan politik.

Masjid Di Zaman Kegemilangan dan Zaman Kemuduran. Begitu juga di zaman Khulafa Ar Rashidin selepas Rasulullah (s.a.w). Masjid dijadikan sebagai tempat pelbagai aktiviti sama ada aktiviti politik dan sebagainya.

Abu Bakar as-Siddiiq menyampaikan ucapan dasarnya yang pertama di masjid. Disinilah beliau menerangkan program politik atau strategi pemerintahannya. Beliau berkata: “Wahai manusia! Aku dilantik memerintah kamu. Aku bukanlah orang yang paling layak dari kalangan kamu. Jika kamu melihat aku berada di atas jalan yang benar, bantulah aku. Jika aku menyeleweng, perbetulkanlah aku.”

Umar bin al-khattab juga menyampaikan ucapan dasarnya di masjid, beliau berkata: “Wahai manusia! Sesiapa yang melihat aku menyeleweng, perbetulkan aku!”

Lalu seoang makmum berkata: “Demi Allah, jika kami melihat kamu menyeleweng, kami akan memperbetulkannya dengan mata pedang kami!”

Umar menjawab: “Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang menjadikan di kalangan rakyat Umar, mereka yang akan membetulkan penyelewengan Umar dengan mata pedangnya.”

Masjid terus berfungsi di zaman sebaik-baik umat ini dan di zaman kegemilangannya.Tetapi ketika luputnya bintang tamadun Islam dan umat Islam menjadi mundur dalam segenap bidang kehidupan, fungsi masjid turut berubah.

Masjid hanya dijadikan tempat menunaikan sembahyang sahaja. Khutbah yang diucapkan mati tidak bertenaga. Kerana ia bukan menyampaikan khutbah tetapi membaca khutbah. Tajuknya hanya berligar di sekitar zuhud di dunia, mengingati kematian, fitnah kubur, dan azab akhirat.

Oleh kerana itu sewaktu ruh kebangkitan Islam mula meresapi tubuh umat ini, kita dapati sebahagian daripada khatib bercakap tentang permasalahan umat Islam, mengkritik suasana penyelewengan kehidupan umat, khususnya kezaliman pemerintah, kebisuan ulama dan kedinginan cendikiawan.

Oleh itu kita dapati, setengah orang berkata: Khatib itu bercakap tentang politik…! Politik Yang Diterima dan Politik Yang Ditolak.

Kenapa ketika disebut kalimah ‘politik’, seolah-olah ia merupakan satu kehinaan atau jenayah ?! Sedangkan ilmu politik adalah satu cabang ilmu yang paling mulia dan orang yang berkecimpung dalam bidang politik adalah mereka yang memikul satu tugas yang paling mulia.

Yang peliknya lagi ialah sebahagian ahli politik sendiri yang bertanya: "Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik ?” Sedangkan mereka bergelumang dalam politik daripada hujung rambut ke hujung kaki.

Politik itu sendiri bukanlah perkara mungkar dan kotor, apabila ia mengikut garisan-garisan yang telah ditetapkan oleh prinsip-prinsip Islam dan berada di dalam lingkaran hukum dan nilai-nilainya.

Politik yang ditolak ialah politik ‘Micheavelli’ yang menyatakan matlamat menghalalkan cara, tidak beriltizam dengan akhlak serta nilai-nilai kebaikan dan mengenepikan halal dan haram.

Manakala politik dengan maksud mentadbir urusan seluruh manusia dengan menjaga kepentingan mereka dan menghilangkan keburukan serta menegakkan keadilan di kalangan mereka, makia ia adalah selari dengan agama, bahkan ia adalah sebahagian daripada agama kita, kerana Islam itu adalah aqidah, ibadah, akhlak dan sistem hidup yang lengkap.

Risalah masjid sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam yang sebenar tidak dapat digambarkan bahawa ianya boleh dipisahkan daripada politik dengan pengertiannya yang di atas.

Masjid diwujudkan untuk menangani seluruh permasalahan umat Islam dan setiap yang memberi kebaikan dalam urusan agama dan dunia mereka. Melalui masjidlah manusia mempelajari kebenaran, kebaikan, kelebihan di dalam seluruh kehidupan mereka, samada dari segi kerohanian, kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.

Hal ini dikenali sebagai ‘an-nasiihah’, salah satu kewajiban Islam yang diketahui, di mana Nabi (s.a.w.) menjadikankannya sebagai seluruh agama sebagaiaman di dalam sabdanya ;

الدين النصيحة : قلنا لمن؟ قال لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وإمامهم

“Ad-Deen itu adalah nasihat…” Sahabat bertanya: “Untuk siapa wahai Rasulullah?”

Sabdanya: “Bagi Allah, Kitab وRasul, dan Imam Muslimin serta umat Islam seluruhnya.”

Ia juga termasuk dalam konteks berwasiat dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran yang dijadikan oleh al-Quran sebagai syarat untuk mendapat keselamatan daripada kerugian di dunia dan akhirat.

Firman Allah bermaksud *( Al-Asr: 1-3): “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Ia juga tergolong daripada amar-makruf dan nahi mungkar yang dijadikan oleh Allah Taala sebagai sebab utama kepada kebaikan umat ini. Firman Allah (s.w.t.):

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

Maksudnya: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) dan kamu beriman kepada ALLah.” (Ali-Imran: 110).

Allah Taala juga menjadikannya salah satu daripada sifat asasi mukminin dan mukminat.

Firman Allah (s.w.t.): Maksudnya: “ Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta ta’at kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itulah akan diberikan rahmat oleh Allah.”

Di dalam ayat di atas, Allah (s.w.t.) mendahulukan kefardhuan amar makruf dan nahi mungkar daipada kefarduan solat dan zakat, sedangkan kedua-duanya merupakan rukun Islam. Ini menunjukkan kepentingan kefardhuan amar-makruf nahi mungkar.

Allah juga memberitakan kepada kita tentang laknat yang menimpa orang yang meninggalkan kewajipan ini di kalangan umat-umat yang terdahulu. FirmanNya:

Maksudnya: “Orang-orang kafir Yahudi dari bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah nabi Daud dan nabi Isa bin Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri)n dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh) yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka lakukan.”

Melalui nasihat, berpesan dengan kebenaran dan amar makruf nahi mungkar, masjid berperanan di dalam memberi pengarahan terhadap urusan pentadbiran umat, memberi kesedaran kepada mereka tentang permasalahan hidup mati mereka dan mendedahkan kepada mereka tentang tipu daya musuh.

Semenjak dahulu lagi masjid berperanan meniupkan semangat jihad fi sabilillah dan semangat menentang musuh yang menceroboh.

Intifadhah yang diberkati, yang berlaku sekarang di bumi ambiya’ ‘Palestin’ bermula dari masjid. Seruan pertamanya bergema dari menara azan.

Pada permulaannya kebangkitan ini dinamakan sebagai kebangkitan masjid.

Begitu juga jihad di Afghanistan dan lain lain tempat lagi, masjid mempunyai peranannya yang tidak dapat dinafikan.

Yang ditegah ialah menyebut nama-nama orang tertentu dan pendetailan secara terperinci untuk mencerca, menjatuhkan maruah dan memaki hamun. Perkara seumpama ini tidak harus dilakukan di atas mimbar dan tidak harus juga mimbar dipergunakan untuk tujuan memburukkan nama orang dan untuk tujuan fanatik kepartian.

Tetapi mimbar boleh digunakan untuk menyebut segala perkara yang melanggar syariat, walaupun ia merupakan polisi kerajaan. Masjid didirikan untuk meneguhkan syariat Allah bukan untuk meyokong polisi mana-mana kerajaan.

Ketika kerajaan bercanggah dengan syariat Allah, maka masjid mesti berada di saf syariat, bukan di saf kerajaan.

Tidak harus sama sekali masjid ditegah daripada haknya yang tradisi, logik dan bersejarah ini; iaitu hak memberi kesedaran dan peringatan kepada umat daripada taghut-taghut yang tidak melaksanakan syariat Allah dan meghukumkannya mengikut hawa nafsu mereka atau tuan-tuan mereka yang sedikitpun tidak mempunyai kekuatan ketika berhadapan dengan kekuatan Allah (s.w.t.)

Di sesetengah negara Islam, kerajaan mengeluarkan enakmen berhubung hukum kekeluargaan yang bercanggah dengan syariat Islam, lalu ulama bangkit menentangnya dan mengkritik di masjid-masjid, kerana media massa yang lain dikuasai oleh kerajaan. Tindakan kerajaan tersebut terhadap ulama-uama yang berani ialah hukum bunuh dan bakar! Perkara ini secara tepatnya berlaku di Somalia.

Pemerintah menggunakan masjid sebagai trompet untuk mengembar-gemburkan polisinya. Apabila mereka mahu berdamai dengan Israel, maka mereka mengatakan bahwa perdamaian adalah satu kebaikan berdasarkan firman Allah (s.w.t):

وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: “Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah.” (Al-Anfaal: 61)

Ketika hubungan mereka dengan Israel menjadi tegang, maka mereka mengatakan bahawa bangsa Yahudi adalah musuh yang paling ketat kepada orang-orang yang beriman. Perdamaian dengan mereka adalah haram dan khianat.

Demikianlah apa yang terjadi. Masjid tidak lagi menjadi lidah yang benar bagi risalah Islam, bahjan ia menjadi agensi dakyah kepada polisi kerajaan.

Keadaan ini menyebabkan masjid hilang fungsi dan pengaruhnya di dalam masyarakat dan dalam waktu yang sama ia juga menjatuhkan kemuliaan ulama dan pendakwah kepada jalan Allah.

Kita memohon kepada Allah (s.w.t.) agar memberikan keselamatan kepada agama dan dunia kita.

Professor Dr Yusuf al-Qardawy

Saturday, February 25, 2006

Kertas Kerja ( 011 )
EKONOMI ISLAM : REALITI DAN CABARAN.
( suatu sorotan ringkas )

Ekonomi Islam,kewujudannya adalah lebih dulu daripada ekonomi Kapitalis atau ekonomi Sosialis.

Ekonomi Kapitalis muncul dalam kurun ke 18.Ini dapat dilihat daripada tarikh hidup pengasas-pengasas teori Ekonomi Kapitalis :

Adam Smith : 1764M-1776M.
Malthus : 1761M-1834M
Ricardo : 1772M-1823M
Keinz : 1823M-1875M.

Adapun Ekonomi Islam muncul bersama dengan munculnya Islam iaitu sejak lebih 1400 tahun yang lalu.Ini dapat dilihat daripada penurunan ayat-ayat al Quran yang menyentuh persoalan Ekonomi sama ada dalam fatrah Makkah atau Madinah.Begitu juga ia dapat dilihat daripada Siasah Ekonomi yang dijalankan oleh Rasulullah dan Khulafak ar Rasyidin.

a)Ayat-ayat al Quran yang menyentuh persoalan Ekonomi.

b)Siasah Ekonomi Rasulullah dan Khulafak ar Rasyidin.

Walaupun Istilah Ekonomi Islam (ISLAMIC EKONOMI) adalah istilah yang baru dan mungkin kita tidak akan bertemu istilah ini di dalam kitab-kitab Turasi,adakah ini menunjukkan bahawa Islam tidak mempunyai sistem ekonominya sendiri?.

Jawapannya;sudah tentunya tidak.Ini kerana Islam adalah ad Din yang syumul.Kesyumulan Islam mencakupi segenap segi kehidupan manusia termasuklah Ekonomi. Firman Allah :

وما فرطنا في الكتاب من شىء

Walaupun istilah tidak wujud/kedapatan tetapi persoalan/tajuk-tajuk yang terkandung di dalam perbicaraan ilmu Ekonomi hari ini sebahagiannya telah diperbahaskan dengan panjang lebar oleh ulama’-ulama’ Islam terdahulu di dalam kitab-kitab karangan mereka.

Di antaranya :

a) Perbicaraan mengenai Ekonomi Negara(Pendapatan dan Perbelanjaan Negara).Ia dibahaskan dengan panjang lebar di dalam kitab-kitab Siasah Syar’iah di bawah tajuk :

- موارد الدولة - مصاريف الدولة - نظام بيت المال b) Para ulama’ terdahulu telah menulis dan menghurai tentang : - تحريم الربا و الإحتكار -قاعدة المصلحة العامة مقدم على المصلحة الخاصة

Semua kaedah-kaedah di atas membentuk mazhab Ekonomi Islam.Begitu juga,tajuk-tajuk/persoalan yang menjadi perbicaraan di dalam kaedah-kaedah ini (iaitu Monopoli,Kebebasan berekonomi,Kepentingan Individu dan Masyarakat dsbnya) merupakan tajuk-tajuk yang sama diperbincangkan oleh Ideologi-Ideologi Ekonomi pada masa ini (iaitu Kapitalis dan Sosialis).

(Ahli Ekonomi pada hari ini membahagikan pembelajaran Ekonomi kepada dua iaitu:

1.Analisis Ekonomi. -Membicarakan tentang hukum penawaran dan permintaan,perbelanjaan individu,sebab-sebab kenaikan harga dan sebagainya.

2.Ideologi/Mazhab Ekonomi.

-Seperti Ekonomi islam,Ideologi Kapitalis,Sosialis dan sebagainya.) c) Boleh dikatakan di dalam semua kitab-kitab Feqah karangan ulama’ terdahulu terdapat bab-bab berikut :

البيع ، الشركات ، الربا ، الحوالة ، الوكالة ، الجعالة ، المضاربة ، الديون ، الرهن ، السلم ، الخيار ، المساقاة ، المزارعة ، المحاقلة ، المزابنة و غيرها Kalau kita membaca bab-bab ini pada hari ini,dimanakah kita nak letakkan semua bab-bab ini melainkan di dalam bab atau bidang Ekonomi. d) Ada di kalangan ulama’ yang mengarang kitab khusus yang menyentuh tentang beberapa persoalan Ekonomi.Di antaranya ialah :

-Kitab “الخراج” karangan Abu Yusof. -Kitab “الأموال” karangan

KEMAMPUAN SISTEM EKONOMI ISLAM.

-Ekonomi Islam ada kredibilitinya tersendiri terutamanya untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang ada sekarang.Cumanya,ia tidak diberi peluang sepertimana yang diberikan kepada Ekonomi Kapitalis dan Sosialis.

Tidak ada negara di dunia hari ini yang melaksanakan Sistem Ekonomi Islam.Adapun Sistem Ekonomi Kapitalis dan Sosialis ada negara-negara yang mentadbikkannya.Jadi,kita dapat lihat kesannya.

Sebenarnya,bukan Sistem Ekonomi Islam sahaja yang tidak diberi peluang tetapi juga sistem-sistem Islam yang lain.Sistem Ekonomi Islam bukanlah sesuatu yang terpisah daripada Islam itu sendiri.Ia adalah satu juzuk daripada Islam yang bersifat kamil-mutakamil.Apabila dunia menyaksikan kejatuhan Islam, maka semua aspek-aspek/sistem-sistem Islam runtuh dimana ia tidak diamalkan di dalam negara termasuklah aspek/sistem Ekonomi.

Umat Islam sendiri juga telah menampakkan tanda-tanda tidak yakin mereka dengan Sistem Ekonomi Islam hasil daripada sekian lama terjajah dengan Sistem Ekonomi Penjajah.Mereka sudah terbiasa dengan Ekonomi Kapitalis atau Sosialis yang ditinggalkan oleh penjajah sehingga apabila diajak supaya kembali kepada Ekonomi Islam mereka enggan bahkan ada yang menentangnya dengan keras.

Tanpa disedari,kita juga kadang-kadang terpengaruh dengan stail Ekonomi Kapitalis dalam menjalankan aktiviti ekonomi kita.Sebagai contohnya; Apabila kita nak buat satu projek Ekonomi yang besar yang memerlukan kepada belanja puluhan-ribu atau jutaan ringgit.

Tasawwur yang ada di dalam kotak pemikiran kita ialah “PINJAM BANK”.Sedangkan konsep pinjam/hutang ini adalah tidak digalakkan oleh Islam di mana di dalam hadis Imam Bukhari ; Rasulullah(s.a.w) tidak menyembahyangkan orang mati yang tinggal hutang tetapi menyuruh sahabat-sahabatnya yang menyembahyangkan.

Apa taujihat Islam dalam masalah ini?(iaitu masalah untuk mendirikan projek yang besar dalam keadaan kita tidak memiliki kewangan yang cukup).Jawapannya ialah ; melaksanakan “المشاركة” atau “المضاربة”.Dengan melaksanakan kedua-dua aktiviti ini-dengan izin Allah-,kita dapat elak daripada berhutang dan dapat pula membuat keuntungan.

Kebanyakan negara Umat Islam hari ini apabila tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk menjalankan sesuatu aktiviti ekonomi negara,keputusan yang diambil ialah membuat pinjaman daripada Bank Dunia.

Akhirnya,negara terpaksa menaggung hutang yang banyak dan perkara ini ternyata berlaku pada hari ini di mana Malaysia,Mesir,Pakistan merupakan antara negara-negara yang mempunyai hutang yang banyak dengan Bank Dunia. Sepatutnya, langkah yang diambil ialah mengadakan “المشاركة” atau “المضاربة” sesama negara-negara Islam.Dengan perlaksanaan kedua-dua aktiviti ini hutang dapat dielakkan di samping pembangunan dapat diteruskan.

Pembelajaran yang dilupakan.

Yang lebih menyedihkan lagi ialah:

إغفال الدراسة عن الإقتصاد الإسلامي

Bukan “التطبيق”(perlaksanaan) sahaja yang dilupakan tetapi pembelajaran juga dilupakan.

Sebagai contohnya ialah di negara kita Malaysia.Matapelajaran Ekonomi Islam tidak diajar di sekolah-sekolah dan universiti.Yang dipelajari hanyalah Ekonomi Kapitalis.Seolah-olah Islam tidak mempunyai Sistem Ekonominya sendiri.

Kebanyakan universiti-universiti di negara umat Islam pada hari ini menjadikan Ekonomi Kapitalis sebagai mata pelajaran utama dalam bidang Ekonomi.Adapun Ekonomi Islam terus dianak-tirikan.Kalau adapun, ia dimasukkan di dalam mata pelajaran Saqofah Islam sedangkan mata pelajaran Ekonomi Islam memerlukan kepada takhassus.

Bilakah matapelajaran Ekonomi Islam mula dipelajari sebagai matapelajaran yang tersendiri(sebagai takhassus)?.

Perintis yang pertama ialah Universiti al Azhar dengan mewujudkan Fakulti Perniagaan dan Syariah(كلية التجارة و الشريعة) pada tahun 1961.

Perintis kedua ialah Universiti al Malik Abdul Aziz dengan mewujudkan Fakulti Ekonomi pada tahun 1964.

Pada tahun 1972(bulan September),telah diadakan Muktamar Ulama’ Islam di Qaherah.Di antara resolusi yang diputuskan ialah keperluan kepada pembelajaran Ekonomi Islam di Ma’had-Ma’had/Sekolah dan Universiti-Universiti di negara-negara umat Islam.

Walau bagaimanapun,resolusi ini tidak berjaya dilaksanakan kerana tidak mendapat sambutan melainkan selepas Muktamar Ekonomi Islam Sedunia Kali Pertama yang diadakan di Arab Saudi pada tahun 1976.

Pada bulan November 1976,Muktamar Feqh Islam Sedunia telah memutuskan untuk mendirikan “قسم الإقتصاد الإسلامي بكليات الشريعة” untuk mempelajari secara takhassus tentang Ekonomi Islam.(Iaitu empat tahun pengajian dalam bidang Ekonomi).

Di samping itu,al Azhar juga telah mendirikan; مركز صالح عبد الله كامل للأبحاث و الدراسات التجارية الإسلامية

Pusat ini mengurniakan di atas nama Universiti al Azhar,darjah M.A dan PHD dalam bidang Ekonomi.

(Berdasarkan kepada tarikh-tarikh di atas,nyatalah kepada kita bahawa pembelajaran Ekonomi Islam di universiti-universiti adalah terlalu jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Ekonomi Kapitalis atau Sosialis.Mungkin inilah di antara faktor-faktor kelembapan yang berlaku di dalam perlaksanaan Sistem Ekonomi Islam pada hari ini).

Friday, February 24, 2006

Kertas Kerja ( 010 )
KEKUATAN JISMIYYAH , RUHIYYAH & FIKRIYYAH MELAHIRKAN MUSLIMAH CEMERLANG.

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لا تَعْلَمُونَهُمْ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لا تُظْلَمُونَ

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
( Al Anfal 60 )
MUQADDIMAH
Hadaf / matlamat kita adalah untuk memastikan musuh – musuh Allah yang terdiri daripada golongan mustakbirin dan Jabbaarin , gentar dan tunduk kepada ugama Allah swt. Justeru itu , kita mesti memiliki kekuatan semampu mungkin untuk mencapai hadaf kita.
Kekuatan yang dimaksudkan terbahagi kepada 2 kategori
· قوة المآدي - terbahagi kepada قوة المالي و الجسمي · قوة الروحي - terbahagi kepada قوة الإيماني و الفكري

Kesimpulannya , Allah swt. mengarahkan orang – orang yang beriman dengan kalimah و أعدوا ( dhomir jama’ pada kalimah tersebut kembali kepada ayat 45 dalam surah yang sama – Al Anfal )

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).
( Al Anfal 45 )

Sifat orang beriman ialah thabat ( teguh ) dalam perjuangan untuk menjulang panji kalimatul haq dan ianya adalah satu daripada syarat kemenangan .

وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الأَحْزَابَ قَالُوا هَذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا مِنْ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلا

Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
( Al Ahzab 22 - 23 )

Muslimat yang dihormati sekelian .

Perlu disedari dan diinsafi bahawa muslimah adalah sayap kiri perjuangan ummat ini , demi mengembalikan semula kedaulatan Islam dan kesejagatan ummatnya. Suatu sayap yang amat penting posisinya , sehingga Allah swt telah menegaskan di dalam taujihat Quraaninya :

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَئِكَ سَيَرْحَمُهُمْ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi Mereka zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
( At Taubah 71 )

عن عائشة رضي الله عنها قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إِنَّمَا النِّسَاءُ شَقَائِقُ الرِّجَال . رواه الإمام أحمد و أبو داود و الدارمي و ابن ماجه

sesungguhnya perempuan adalah saudara kandung lelaki
Lantaran itu muslimat semestinya berfungsi dan beraksi , mengurus dan mentadbir perlaksanaan الأمر بالمعروف و النهي عن المنكر, Justeru ia suatu kewajipan. Namun suatu reality yang tidak boleh dinafikan bahawa operasi ini amat sulit dan getir. Ianya tidak semudah yang diungkapkan.
Ia adalah suatu operasi ( kewajipan ) yang terdedah kepada tentangan yang mencabar. Suatu operasi yang terpaksa merentasi ibtila’ dan mehnah. Suatu operasi yang terpaksa menuruni lurah tribulasi. Suatu operasi yang terpaksa berdepan dengan konspirasi musuh yang tidak pernah mengenal simpati.
Muslimat yang dimuliakan,
Projek الأمر و البهي ini memerlukan battalion yang tahan lasak, mampu merentasi resiko , berjiwa cekal dan tabah serta berpengalaman jauh, penuh strategi dan pengalaman.
Projek الأمر و النهي ini memerlukan
صفوة المخترة atau قاعدة الصلبة dan عصبة المؤمنة Dalam ertikata lain mereka adalah saf yang gemilang ( Mereka adalah muslimat cemerlang ).
Projek ini akan gagal ! kiranya saf pejuangan ini turut disertai oleh individu muslimat yang penakut dan lemah jiwanya. Projek ini juga akan gagal kiranya battalion perjuangan ini turut disertai oleh individu muslimah yang lesu , beku,dan jumud.
Dalam ertikata lain mereka adalah “makhluk perosak” yang menggagalkan strategi perjuangan ini. ( Mereka adalah muslimat yang pasif, naih, laih dan dhoif ).
Persoalannya….bagaimana kita mahu melahirkan Muslimat Cemerlang ini ? Maka risalah ini menjawab segala-galanya.
Muslimat yang dihormati sekelian.
Jawapannya ialah paduan tiga kekuatan. Kekuatan Jismiyyah , Kekuatan Ruhiyyah dan Kekuatan Fikriyyah. Tiga kekuatan ini melahirkan Muslimah Cemerlang.
Kekuatan Jismiah / Fizikal
Tidak dimaksudkan dengan kekuatan jismiah ini, muslimat perlu masuk kelab bina badan, Kelab Karatedo/ Taekwando / Ju Do dan sebagainya.Tetapi ia bermaksud muslimat perlu memiliki susuk tubuh yang mampu memikul beban dakwah dan tanggung jawab perjuangan ini serta berkemampuan juga menanggung risikonya. AWAS….setiap perjuangan ini pasti diuji dan dicuba.

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
( Muhammad 31 )

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ
وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
( Al Ankabut 2 - 3 )
Kekuatan / keupayaan fizikal yang memungkinkan muslimat menunaikan ibadah dan aktiviti taqarrub Ilallah. Hal ini memaksa muslimat menjaga kekuatan fizikal / agar tahap keupayaanya mengizinkan muslimat tampil kehadapan , menghadapi segala kemungkinan.

Ertinya kesihatan dan kemahiran fizikal adalah dua tahap keupayaan yang mesti dimiliki dan ditingkatkan kualitinya.
[1]
Kita tak mahu gerak kerja dakwah tergendala kerana 2 tahap keupayaan ini terlalu rendah.
Contoh: Apabila kita nak menyusun program / aktiviti , pelbagai alasan yang kita terima dari muslimat sakit kepala, sakit perut, tak pandai komputer , tak ada pengalaman dll.
Keluhan-keluhan sebegini sebenarnya boleh menyebabkan muslimat lari dari tugas perjuangan.
Muslimat yang dihormati sekelian.
Muslimat hari ini mesti bersiap sedia. Cabaran Abad 21 memaksa kita untuk segalanya.Jangan sampai muslimat terkepong dalam susuk tubuh keperempuanan yang lemah. Sebaliknya…. Jadilah serikandi laksana Sofiyyah rha.
[2]
Perjuangan masa kini memerlukan muslimat mampu mengendali tugas-tugas dakwah dan mahir mengurus sarana dakwah.(Komputer, pidato, menulis dll ).
Hapuskan reality negatif bahawa sebahagian besar hidup muslimat adalah lemah/sakit. Sebaliknya jadilah Muslimat yang sihat, cergas, cerdas dan berenergy untuk mengharungi badai perjuangan.
KEKUATAN RUHIYYAH

Kekuatan ruh adalah bersinonim dengan kekuatan jisim. Sebagaimana bidalan Hukama’

رُهْبَانُ في اللَيْلِ وَ فُرْسَاُن بِالنَّهَارِ

" Rahib di malam hari dan kuda yang tangkas di siang hari"

جُنْدِيَّةٌ بَحْتٌ مِنْ نَاحِيَةِ العَمَلِ وَ صُوْفِيَّةٌ بَحْتٌ مِنْ نَاحِيَةِ العِبَادَة

Tentera yang berdisiplin dalam menjalankan tugas dan sufi yang abid dalam melaksanakan ibadat"

Ruh ibarat nadi , menjadi dinamo untuk menggerakkan semangat perjuangan yang berterusan. Persediaan Ruhiyyah ini juga adalah suatu kewajipan utama apabila ia dibias oleh statement Ilahi:

يَاأَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ قُمْ اللَّيْلَ إِلا قَلِيلا نِصْفَهُ أَوْ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلا
أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلْ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلا ثَقِيلا

Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
( Al Muzammil 1 - 5 )
Kekuatan ruh adalah asas kelangsungan perjuangan untuk merealisasikan projek الأمر بالمعروف و النهي عن المنكر .Ia juga satu kuasa dalaman,laksana antibody yang yang mampu mengawal diri dari terjerumus dan terseleweng.
Suatu kuasa yang menyebabkan muslimah takkan menyerah kalah kepada musuh.
Sejarah agong mencatatakan bagaimana Asma’ binti Abu Bakar pada suatu ketika anaknya Abdullah Ibnu Zubair pulang kerumah walhal ia sedang berperang dengan tentera Hajjaj Yusuf Assaqafi. Asma’ dengan tegas menyatakan :

الشَّأْنُ شَأْنُكَ يَا عَبْدَ اللهِ وَالَّذِيْنَ قُتِلُوْا تَحْتَ رَايَتِكَ وَ إِنْ كُنْتَ إِنَّمَا أَرَدْتَ الدُّنْيَا فَلَيْسَ الْعَبْدُ أَنْتَ أَهْلَكْتَ نَفْسَكَ وِ أَهْلَكْتَ رِجَالَكَ . أَنْتَ أَعْلَمُ بِنَفْسِكَ فَإِنْ كُنْتَ تَعْتَقِدُ أَنَّكَ عَلى حَقٍّ وَ تَدْعُوْا إِلى حَقٍّ فَاصْبِرْ
وَ جَالِدْ كَمَا صَبَرَ أَصْحَابُكَ

Apa yang berlaku terpulanglah kepada mu wahai Abdullah , dan engkau lebih tahu tentang dirimu , maka jika sekiranya engkau yakin bahawa engkau berada di atas kebenaran dan engkau menyeru kepada kebenaran maka bersabarlah dan tabahlah sebagaimana sabarnya sahabat – sahabatmu yang telah gugur di bawah panji perjuanganmu dan jika kamu inginkan dunia , engkau telah membinasakan dirimu sendiri dan engkau telah membinasakan sahabat – sahabatmu
Khaulah rha dengan kisahnya menghantar 3 orang anaknya ke Medan Jihad. Setelah semua anaknya syahid, beliau menangis kerana tiada lagi anak untuk dihantar ke medan jihad.
Zainab Al-Ghazali pula disiksa dalam penjara berkali ganda lebih dahsyat dari seksaan yang dikenakan kepada kaum lelaki. Dilepaskan anjing-anjing garang dan lapar dalam sel tahanannya.
Ini semua wajah-wajah mereka yang memiliki kekuatan ruh sekalipun jasad mereka diratah dan disiat. Sekalipun nyawa terpaksa berpisah dari badan. Namun menyerah kalah / tunduk kepada kuasa taghut dan pengaruh nafsu tidak sama sekali.
Kekuatan ruh bererti kekuatan kekuatan bertawakkal dan tunduk kepada Allah. beriltizam dengan amal Islami dalam apa jua situasi .

انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
( At Taubah 41 )
Kekuatan ruh jua bererti optimis bahawa مستقبل لهذا الدين Yakin Islam pasti menang. Justeru itu muslimat tidak sewajarnya merasa lemah.

وَلا تَهِنُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمْ الأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
( Ali Imraan 139 )
Kekuatan roh yang dimiliki oleh generasi terdahulu telah mencatat kemenangan dan sejarah yang gemilang. Selayaknya kita turut mencontohi mereka. Demikianlah anjuran Imam Malik rhm .

لا يَصْلُحُ أخِرُ هذِهِ الأُمَّةِ إلاّ بِمَا صَلُحَ بِهِ َأوَّلُهَا

Tidak gemilang ummat akhir zaman melainkan kembali melaksanakan apa yang telah menyebabkan ummat terdahulu menjadi gemmilang

Apa yang penting kita mesti memiliki 3 prinsip :

· Iman dan Tawakkal maksudnya Yakin menang dan serah kepada Allah. ( rujuk surah Al Ahzab ayat 22 )
· Tegas : Tidak berganjak & cintakan syahid. ( sila rujuk surah Al Ahzab ayat 23 )
· Teruskan Dakwah & Istiqamah.

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمْ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا
وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

( فصلت 30 ) Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
( Fussilat 30 )
Muslimat yang dihormati,
KEKUATAN FIKRAH
Ummat Nabi Muhammad Saw di sepanjang zaman menghadapi musuh berbentuk غزوة الفكري . lantaran itu Al-Quran diturunkan dalam bentuk hujjah dan keterangan nyata untuk menghadapi mereka.

وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ

"dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam."
( An Nahl 89 )
Ancaman غزوة الفكري menjelang abad 21 semakin sengit sementara mufakkir-mufakkir Islami semakin berkurangan. Ini suatu fenomena yang amat membimbangkan kita. Gejala Juhala’ berleluasa, pengangguran otak sampai ketahap bahaya .
Merka hanya rasa memadai mendapat sandaran mahasiswa/wi , Dr, Prof. dan lain lain , tetapi malas berfikir menatang amal Islami. Mereka guna sandaran ini untuk cari makan.
Kelemahan ini menyebabkan benteng ummah kian rapuh (mudah ditembusi dengan pelbagai helah licik golongan orientalis). Kita mesti bina kekuatan fikriyyah ini, terutamanya muslimat , ( satu pihak yang pada realitinya amat terkebelakang.) Daya fikrah mereka telalu lemah. Kebanyakan muslimat hanya fikir tentang diri sendiri , hias diri , resipi dan anak-anak. Adapun amal Islami sekadar beramal apa yang rutin.
Islam mesti dilihat secara syumul , justeru itu fikrah kita jua mestilah jelas dan syumul juga.
Ketajaman fikrah Islami amat perlu diera kini ( Era maklumat / era manusia berfikir , tetapi mereka berfikir dengan fikiran yang dikuasai oleh fikrah jahiliyyah moden yang hanya berorientasikan fikrah maddiah.
Untuk membina kekuatan ini muslimat mesti berani tampilkan diri, banyak membaca dan mengadakan perbincangan ilmiah.
Apa yang berlaku muslimat terkebelakang, usahkan nak jadi pemidato Islami yang mampu mengutarakan fikrah-fikrah Islamiah kepada masyarakat, nak mengemukakan soalan kepada penceramah pun , muslimat masih lagi menulis dikertas untuk diajukan.
Perbincangan kita pula banyak berkisar kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah dan remeh temeh (yang tidak membawa manafaaat kepada jamaah seperti mengumpat, mencela dsbnya.)
Perbincangan kita seharian di rumah sepatutnya membentuk biah Islamiah. Bincang soal ekonomi Islam, mujtama’ Islami dan sebagainya .
Muslimat yang di hormati sekelian,
Tiga kekuatan ini saling berantaian. Kalau hanya badan sihat , angkat tong gas larat tapi subuh gajah( lewat ) tak jadi.
Kuat beribadat tapi jumud , juga sia-sia. Bukan kita sorang nak masuk syurga. Islam perlu disebarkan dan ini memerlukan pemikiran yang haraki .
Kemudian . fikrah jelas, hebat berfikir tapi sakit gigi sepanjang tahun , sakit kepala sepanjang sessi , sakit urat sepanjang masa ( hanya sihat waktu nak shoping sahaja)…nak buat apa.
Akhirnya semua aktiviti dan program tergendala disebabkan muslimat tidak memiliki tiga kekuatan yang telah digariskan .
PENUTUP
Mulai sekarang muslimat jangan banyak dalih dan lengah, pastikan tiga kekuatan ini dapat dikumpulkan semaksima mungkin . Demi Islam dan perjuangannya .
Bila lagi kita nak berubah dan berusaha gigih untuk memiliki kemampuan dan kekuatan ini . Bukankah kita bercita – cita besar untuk menang dan seterusnya mendaulatkan syariat Islamiyyah di muka bumi Allah amnya dan di tanahair kita khasnya .
Kalau benar ini menjadi cita – cita kita , wahai muslimat ! lupakan segala karenah dan masaalah peribadi . Telah tiba waktunya kita memberi keutamaan kepada persoalan amal Islami demi masa depan ummah .

[1] Hari ini orang serang Islam melalui Internet. Siapa yang mampu kendali internet? Jangan- jangan kita ni Internet tak boleh’ hanya main Net ball sahaja yang boleh.

[2] Dalam satu peperangan Rasulullah mahu kubu muslimat dikawal oleh para Sahabat sedang kubu itu berada dalam kawasan yang paling bahaya. Arahan Rasulullah tidak segera disahut sehingga Sofiyyah meluru untuk mengawal kubu yang paling bahaya itu. Akhirnya berlaku suatu pertempuran antara musuh dan Sofiah , Sofiah berjaya memenggal kepala musuh lalu dibawa pulang kepada sahabat yang lain.

Mee Kuning Bahaya !!

Hari ini (24 Feb 2006) KOSMO! menyiarkan berita Mee kuning yang mengandungi Asid Borik dan Ezchericia Coli (E. Coli sebut E-Kolai). Asid borik merupakan bahan kimia yang digunakan untuk mencuci fungus dan kulat. Digunakan sebagai detergen untuk mencuci bahagian sulit manusia.

Jika anda sudah membeli Mee kuning sila buat eksperimen kendiri dengan merendam sedikit mee dalam air kunyit. Jika air kunyit bertukar menjadi merah, ini bermakna terdapat asid borik di dalam mee yang digunakan untuk memastikan mee tidak berkulat.

Asid borik boleh menyebabkan barah @ kanser. E. coli pula merupakan kuman yang terdapat dalam najis manusia dan haiwan. Boleh menyebabkan keradangan usus dan keracunan makanan. Menyebabkan dihidrasi, cirit-birit dan boleh membawa maut.
posting dalam:
http://naimisa.blogspot.com/2006/02/awas-mee-kuning-bahaya.html

"TIDAK SALAH MERENDAH DIRI, TETAPI JANGAN MENGHINA DIRI"

LIQA' FIKRI
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
ANJURAN :
LAJNAH TARBIYYAH DAN KEPIMPINAN DPPP
DENGAN KERJASAMA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KELANTAN

Alhamdulillah , Liqa' Fikri Zon Timur yang menggabungkan Negeri Pahang , Terengganu dan Kelantan berjaya dilangsung hari ini di PUTIK Pangkalan Chepa , Kelantan Darul Naim .

Dua kertas kerja ( Syakhsiyyah Amilin Muttaqin dan Aplikasi Manhaj Tarbiyyah PAS Pusat ) dan satu sessi munaqasyah , melengkapkan Liqa Fikri kali ini .

Sebagai Pengerusi Lajnah Tarbiyyah Dan Kepimpinan DPPP , saya merakamkan tahniah kepada semua peserta yang hadhir , khasnya Lajnah Tarbiyyah DPP Kelantan selaku tuan Rumah .

Harapan saya , agar perbincangan dan perbahasan kita lebih separuh hari itu , bukan sahaja membekalkan maklumat dan motivasi kepada peserta , tetapi juga kesedaran dan keinsafan yang tinggi untuk merealisasikan natijah perbincangan kita hari ini.

Secara peribadi , saya sangat berbangga di atas kesedaran dan 'kebangkitan semula' Rijal Tarbawi , setelah menyedari bahawa Tarbiyyah adalah agenda terpenting parti bagi melengkapkan nilai kelayakkannya sebagai sebuah Gerakan Islam .

Pengalaman semalam dan keperluan masa depan , menjanjikan persediaan mantap kita di hari ini , ke arah melahirkan amilin ( petugas parti ) yang menepati piawaian sebagai seorang PEJUANG