" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, February 23, 2006

Kakitangan Hotel Diminta Letak Jawatan
Jika PakaiTudung

Ayuh bangkit semua UMNO, PAS, PKR, ABIM, JIM, para ulamak, para Mufti, para pemenang Tokoh Maal Hijrah dan semua lelaki Islam di Malaysia ini pertahankan maruah Wanita UMNO, Puteri UMNO, Muslimat PAS, Muslimat ABIM dan semua muslimat di Malaysia !! HINA sangatkah tudung seorang wanita Islam dibandingkan dengan serban lelaki beragama Sikh ??

Kakitangan Hotel Diminta Letak Jawatan Jika PakaiTudung


KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Seorang kakitangan sebuah hotel bertaraf lima bintang melahirkan rasa kesal terhadap majikannya yang tidak membenarkan beliau memakai tudung ketika bekerja.

Habsah Jaafar, yang memegang jawatan sebagai Pengarah Akaun (Pengarah Jualan) bagi sektor kerajaan dan diplomatik di hotel berkenaan telah diberi pilihan untuk menanggalkan tudung semasa bertugas atau berhenti bekerja jika enggan berbuat demikian.

"Saya telah diberi pilihan itu sekembalinya saya daripada menunaikan haji bulan lepas pada 9 Feb lepas," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Biro Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda Umno di sini. Walaupun masih bekerja di hotel itu, beliau tidak dibenarkan datang bekerja kerana bertudung.

"Bagaimana saya mahu bekerja jika tidak dibenarkan datang bekerja kerana bertudung?," katanya sambil menjelaskan bahawa surat tawaran kerja yang beliau terima dan buku panduan pekerja tidak menyatakan bahawa kakitangan hotel tidak dibenarkan bertudung semasa bekerja.

Habsah berkata, selama ini beliau terpaksa menanggalkan tudung apabila melakukan tugas kerana pemakaian tudung tidak dibenarkan oleh pihak pengurusan hotel.

Katanya selain itu, beliau turut menghadapi masalah untuk mendapatkan cuti bagi tujuan mengerjakan haji pada tahun lepas.

"Mulanya saya bertemu majikan saya untuk bercuti bagi mengerjakan haji, tetapi tidak dibenarkan. Kemudian saya minta cuti tanpa gaji. Lima hari sebelum tarikh saya bertolak ke Mekah baru cuti saya diluluskan,"katanya. Katanya beliau tidak sanggup menanggalkan tudung dan mengambil keputusan meletakkan jawatan pada Jumaat lepas.

"Sebagai seorang rakyat Malaysia yang beragama Islam, saya sedih dan tersinggung dengan pendekatan yang digunakan oleh hotel yang bertaraf antarabangsa yang eroperasi di negara ini," katanya.Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda Umno Datuk Subahan Kamal meminta kerajaan memandang serius masalah ini kerana ia tidak melibatkan hanya seorang pekerja sebaliknya ramai lagi pekerja terpaksa berhadapan dengan masalah yang sama." Masalah ini nampak kecil.

Tetapi sebenarnya ia bukan masalah kecil kerana ia melibatkan isu kaum dan agama. Adakah prestasi kerja kita akan terjejas jika kita memakai tudung?" katanya. Beliau berkata Kementerian Pelancongan, sebagai pengeluar lesen perniagaan kepada pengusaha hotel perlu mengambil tindakan wajar berhubung masalah itu supaya tidak ada pihak yang dinafikan hak mereka.

"Kita mahu kementerian mengambil tindakan tegas supaya perkara ini tidak berlaku lagi," katanya. Katanya biro itu telah menyerahkan memorandum berkaitan perkara itu kepada Menteri Pelancongan Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Sumber ManusiaDatuk Seri Dr Fong Chan Onn.--

BERNAMA

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home