" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, March 13, 2006

MUSLIMAH OBOR PERJUANGAN
Tanggungjawab Muslimah Dalam Usia Sematang Ini :

1- Muslimat perlu mempersiapkan diri dari sekarang untuk keluar ke tengah medan bagi membantu menegakkan islam di bumi Allah ini. Sesungguhnya Muslimat Adalah Obor Perjuangan. Muslimat mempunyai peranan yang begitu besar dalam usaha untuk membantu perjuangan Islam.Peranan ini dapat dilihat berdasarkan peranan sahabiat dalam menegakkan negara Islam.

2- Muslimat perlu mempunyai sifat tegas dan berani didalam diri. Sifat berani ini wujud di atas keyakinan bahawa perjuangan yang ditempuhi adalah bermatlamat mencari keredaan Allah dan melihat perlaksanaan syariat Islam dinegara ini. Ujian, mehnah dan tribulasi merupakan asam garam yang mesti dihadapi oleh setiap yang bergelar pejuang.

3- Kita wajib berusaha untuk menyatakan suara kita kepada rakyat agar rakyat peka dengan kewujudan kerajaan Alternatif yang mampu menggantikan Barisan National. Kita perlu membebaskan rakyat dari belenggu kezaliman dan penyelewengan kuasa.

4- Kita mesti yakinkan rakyat dan pengundi bahawa pimpinan yang disediakan adalah berilmu, bertakwa, beriman, berkemahiran dan berpengalaman bagi menguruskan pentadbiran negara.

5- Muslimat PAS perlulah bekerja dengan lebih keras untuk menyedarkan rakyat betapa perlunya mereka membuat perubahan politik untuk memberi sokongan padu kepada PAS dalam pilihanraya umum akan datang.

6- Jentera pilihanraya Muslimat memerlukan kepada perancangan yang teliti serta menyusun gerak kerja yang lebih mantap dan berkesan kerana p/raya umum akan berlaku bila-bila masa.

7- Muslimat diseru agar merancang dan menyusun strategi disemua peringkat parti di negeri masing-masing kerana gerak kerja yang terancang dan tersusun serta bersemangat juang yang tinggi , insyaallah akan dapat membantu membuahkan hasil yang diidamkan , iaitu tertegaknya Daulah Islamiah di Malaysia.

8- Muslimah sebagai obor perjuangan telah dipertanggungjawabkan dengan tugasan untuk bersama dimedan juang islam , berjihad menentang musuh Allah, membangun, mendidik dan membentuk ummah dan seterusnya mempertahankan syakhsiah ummah tersebut.

Permasalahan Yang Perlu Disedari Bersama :

1- Krisis sosial yang berlaku dikalangan remaja , pencorak masa depan ummah amat membimbangkan kita. Keruntuhan Akhlak dan remaja dikalangan remaja adalah disebabkan anak muda terlalu didedahkan kepada dunia yang mencintai hiburan dan kesronokan , tetapi amat kurang memberi penekanan terhadap pemantapan akidah dan keimanan.

2- Kerajaan yang ada sekarang lebih berminat kepada projek-projek mewah dan pembangunan , tetapi tidak berminat untuk memulihkan kerendahan moral dan akidah termasuk membentras gejala murtad yang semakin serius berlaku di negara kita. Remaja kita sekarang banyak menjadikan artis-artis sebagai model ikutan mereka.

3- Majalah-majalah hiburan banyak memaparkan gambar-gambar separuh bogel dan sungguh mengaibkan. Eksploitasi wanita kian meningkat dan banyak aktiviti remaja yang menjurus kepada aktiviti yang tidak sihat termasuk pergaulan bebas antara lelaki dan wanita.

Oleh Itu Muslimat :

* Sudah tiba masanya untuk kita bekerja keras bagi menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang agar generasi umat islam masa depan dapat diselamatkan, agar generasi Al Quran dapat dibentuk untuk menerajui negara pada masa akan datang.

* Harapan diutarakan agar muslimat keseluruhannya tidak mengabaikan aspek pentarbiahan diri seperti USRAH , samada diperingkat cawangan, kawasan dan seumpamanya.Ianya perlu dilaksanakan demi melahirkan muslimat yang mempunyai daya juang yang tinggi.

* Cabaran arus politik dan permasalahan semasa amat memerlukan pembentukan peribadi muslimah yang faham terhadap Islam dan tuntutannya.Ianya hendaklah dilaksanakan melalai program peningkatan ilmu dan kesedaran yang mendalam terhadap Addin.

* Syakhsiah Muslimah yang bergerak dalam jemaah semestinya jauh berbeza dari wanita-wanita lain.Bermula dari keterampilan diri hinggalah kepada kemampuan memimpin dan menggerakkan ummah dibawah panji-panji Islam.

* Muslimah hendaklah bersikap terbuka , tiada rasa rendah diri apabila berhadapan dengan masyarakat luar.

* Para pimpinan Muslimah jangan mudah terpedaya dan diperalatkan oleh mana-man pihak yang kurang senag dengan perjalanan organisasi muslimah. Muslimah juga seharusnya bijak mengawal keadaan dan mempunyai pendirian yang tegas dalam mempertahankan prinsip perjuangan.

* Meskipun sibuk dengan aktiviti jemaah dan perjuangan , maka Muslimah tidak seharusnya mengabaikan tugasan r/tangga , isteri dan ibu kepada anak-anak.Sesungguhnya kaum wanita yang paling utama dan agung ialah mendidik jenerasi baru ke arah melahirkan jenerasi alquran.

* Selagi Islam tidak dijadikan asas dalam sistem kehidupan , maka selama itulah kita akan melihat kepincangannya. Contoh : Ekonomi yang tidak menentu mengakibatkan harga barang semakin meningkat dan bergandaseterusnya membebankan golongan berpendapatan rendah.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Better ditekankan juga tanggungjawab muslimin untuk memastikan penglibatan isteri dalam gerakerja jamaah. Tanpa usaha ini penekanan kepada muslimah sukar mendapat hasilnya.

12:46 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Terima kasih

7:08 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home