Pejuang Yang Gigih
TEMERLOH 27 Mac (Hrkh) – Apabila PAS menganjurkan program besar, seperti Program Penutup Bulan Penerangan PAS Pusat, baru-baru ini, kelibat Idris Sulaiman (gambar) pastinya kelihatan, sungguhpun dia bukan penceramah tetapi kesibukanya bertugas menjadikan dia seperti “orang penting”.
Idris 53, bukan penceramah tetapi peranannya sama penting dengan penceramah kerana individu ini bertanggung jawab mengendalikan alat siaraya (P.A System) yang fungsinya amat penting untuk keselesaan dan kepuasan kepada ribuan orang yang menghadiri sesuatu majlis.
Tampillah siapa tokoh penceramah jika alat siaraya tidak berfungsi dengan baik, pastinya orang ramai akan kecewa kerana suara penceramah tidak dapat didengari sekali gus apa sahaja isu bernas yang disampai tidak akan ke mana disebabkan hadirin tidak dapat mendengarnya.
Bagaimanapun kudrat Idris kini semakin lemah, wajahnya semakin cengkung dia bergelut dengan pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti bengkak hati, masalah buah pinggang dan tiroid sejak dua tahun lalu.
Namun katanya, penyakit yang dideritanya tidak pula menghalang Idris memberi komitmennya kepada program parti, Dia seolah-olah lupa kesakitan yang ditanggungnya apabila beliau dapat mengendalikan program besar seperti majlis penutup bulan penerangan PAS Pusat ini dengan sempurna.
“Bertugas untuk mengendalikan alat siaraya ini seakan-akan memberi suntikan semangat dan terapi kepada saya untuk melawan penyakit berbanding duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa. Sakit ini seolah-olah hilang apabila bertugas untuk jamaah, ini suatu hikmah pada saya,” kata peneroka di Felda Cini ini.
Difahamkan Idris mempunyai sembilan orang anak tiga daripadanya masih bersekolah. Beliau kini tidak mampu melakukan kerja berat seperti dahulu.
Kepada sesiapa yang ingin membantu Idris boleh menghubunginya melalui alamat No. 252, Felda Cini 3, 26690 Pekan atau hubunginya melalui talian telefon no. 09-4568729
atau hubungi ustaz Junaidi bin Ishaq , Pengerusi Lajnah Kebajikan DPP Negeri Pahang di talian : 012 964 9730.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home