" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Friday, February 09, 2007

Masjid : Markaazul Ummah

Sebagai “ Rumah Allah ” , masjid merupakan institusi terpenting dalam pembinaan ummah yang bertamaddun. Malah penubuhan Negara Islam oleh Baginda saw. di Madinah al Munawwarah menyaksikan bagaimana masjid dinobat sebagai mercu peradaban dan kedaulatan yang dibina.

Pembinaan masjid di Quba’ , Wadi Ranuna’
[1] dan di Yathrib ( Madinatun Nabi ) menjadi batu asas pembinaan tamaddun Islam unggul berpaksikan kedaulatan syariat dan ummah yang bermartabat.

Ianya ( masjid ) tidak dibina semata – mata untuk mendirikan solat , tetapi juga sebagai nokhtah mula keagungan ummat. Dari situlah nabi saw. menggerakkan jentera kerajaan dan mengatur strategi membangunkan ummah .

Masjid : Iktibar dari Seerah an Nabawiyyah

Syeikh Dr. Musthafa as Sibae’i menyebut di dalam kitabnya as Seeratun Nabawiyyah : Durus wa I’bar :

“ Memang tidak dapat disangkal lagi , bahawa masjid membawa risalah kemasyarakatan dan kerohanian yang agung nilainya terhadap kehidupan ummat Islam . Masjid lah yang menyatukan saf – saf ummat Islam , menyucikan jiwa mereka , menghidupkan hati dan aqal mereka , menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh mereka dan akhirnya menampilkan kekuatan jua hubungan erat mereka .

Sesungguhnya telah terbukti bahawa sejarah masjid di dalam Islam , menjadi markaz bagi tentera Islam berangkat ke medan untuk menakluki muka bumi dengan hidayah Allah swt .

Dari masjid jua terpancarnya sinaran cahaya dan hidayah buat ummat Islam dan lainnya malah masjidlah juga berkembangnya peradaban Islam . Bukan kah Abu Bakar , Umar , Uthman , A’li , Khalid , Saad , Abu U’baidah dan tokoh – tokoh seumpama mereka yang terdiri daripada pemimpin – pemimpin agung dalam sejarah Islami merupakan anak -anak murid di Madrasah al Muhammadiyyah yang berpusat di Masjid an Nabawi .

Antara keistemewaan yang lain , masjid pada setiap minggu berkumandang kalimah al haq menerusi seruan khatib yang menentang kemungkaran , memperjuangkan syariat , menyeru kearah kebaikan , menginsafkan mereka yang lalai , menyeru kearah kesatuan, membasmi kezaliman dan memerangi perbuatan yang melampaui batas .

Sesungguhnya kita telah menyaksikan bagaimana dulunya masjid – masjid menjadi markaz – markaz yang menyemarakkan gerakan anak watan menentang penjajah Perancis . Berpangkalan di masjidlah , tokoh – tokoh jihad menetang penjajah dan menentang zionisme .

Apabila kita menyaksikan kepincangan masjid hari ini dari fungsi dan peranannya yang hebat , maka tiada lain melainkan kesalahan sebahagian khatib yang terdiri daripada khatib yang hanya bertugas memburu elaun atau jahil lagi leka .

Alangkah beruntungnya , jika dalam keadaan seperti ini , lahir segolongan pendakwah yang tegas membawa kebenaran , bangkitnya ulama yang memperjuangkan syariat Allah . Mereka ikhlas kerana Allah dan Rasulnya saw. , mereka menasihati pemimpin dan ummat Islam seluruhnya .

Mengembalikan masjid sebagai tempat kegiatan masyarakat , mendidik tokoh – tokoh dan melahirkan pejuang – pejuang , mengislahkan kefasadan , memerangi mungkar dan membentuk masyarakat berasaskan taqwa dan redha Allah swt.”

Rujuk : Seerah an Nabawiyyah : Durus wa I’bar
Oleh Dr. Musthafa Sibae’I . Muka surat 74 – 75
Cetakan ke 9 oleh al maktab al islami ( 1986 ) Dimasyq

Masjid Terbelenggu

Realiti hari ini bertambah parah apabila melihat nasib masjid dan pengurusannya yang kian terabai . Lebih malang apabila wujudnya fenomena terancang untuk membelenggu masjid agar ia tidak berfungsi sebagai markaazul ummah .

Siapa lagi yang lebih bejad daripada mereka yang menghalang rumah Allah ( masjid ) agar tidak diimarahkan dengan ilmu dan zikrullah . Lebih parah apabila mereka “ sampai hati ” meruntuhkan rumah Allah yang pastinya dibina di atas tanah waqaf milik Allah swt. Firman Allah swt :

و من أظام ممن منع مساجد الله أن يذكر فيها اسمه و سعى في خرابها أولئك من كان لهم أن يدخلوها إلا خآئفين لهم في الدنيا خزي و لهم في الأخرة عذاب عظيم

“ Siapa lagi yang terlebih zalim daripada orang yang menghalang masjid – masjid Allah bahawa disebut didalamnya namaNya dan berusaha merobohkannya ? Mereka tidak layak memasukinya kecuali dengan rasa takut ( kepada Allah ) . Bagi mereka kehinaan di dunia dan bagi mereka azab yang sangat dahsyat di akhirat .”

Surah al Baqarah . Ayat : 114

Terlalu banyak masjid dalam Negara kita hari ini hanya dijadikan tempat solat dan lebih melucukan bagaimana terdapat masjid yang hanya berfungsi sebagai tempat kunjungan pelancung selain daripada solat berjamaah yang sangat kecil kuantitinya berbanding saiz masjid tersebut.

Keghairahan mendirikan masjid yang tidak seimbang dengan keghairahan mengurus dan mengimarahkannya meletakkan situasi ini sebagaimana yang pernah dibimbangi oleh Rasulullah saw. dalam hadis baginda yang diriwayatkan dari Saidina Ali Karramallahuwajhah :

يُوشِكُ أنْ يأتيَ علَى النَّاسِ زَمانٌ لاَ يَبْقَى مِنَ اْلإسلامِ إلاَّ اسْمُهُ وَلاَ يَبْقَى مِنَ اْلقُرْآنِ إلاَّ رَسْمُهُ مَسَاجِدُهُمْ عَامِرَةٌ وَهِيَ خَرَابٌ مِنَ اْلهُدَى عُلَمَاؤهُمْ شَرُّ مَنْ تَحْتَ أَدِيْمِ السَّمَاءِ مِنْ عِنْدِهِمْ تَخْرُجُ اْلفِتْنَةُ وَفِيْهِمْ تَعُوْدُ

رواه البيهقي

Sudah hampir suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya dan tidak tinggal daripada al Quran itu kecuali hanya tulisannya . Masjid – masjid mereka tersergam indah tetapi ia kosong daripada hidayah . Ulama’ mereka adalah sejahat – jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit . Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali .

Rujuk Kanzuul U’mal
M/surat 80, Juzuk 11
Cetakan Darul Kutub al I’lmiyyah Beirut

Pengalaman saya dikepung oleh polis yang lengkap bersama anjing , menyerbu masuk ke kawasan laman Masjid Peramu Kuantan sementara waktu itu saya sedang menyampaikan ceramah Maulidur Rasul saw , cukup menggambarkan bagaimana masjid dibelenggu .

Perlantikan ahli jawatan kuasa masjid dikalangan mereka yang tidak pernah menjejak kaki ke masjid semata – mata tidak mahu masjid itu diimarahkan dengan majlis ilmu antara bukti bahawa pembelengguan masjid sangat ketara .

Menghantar SB
[2] untuk memantau aktiviti masjid atau surau bukan sahaja menakut – nakutkan masyarakat untuk menghidupkan aktiviti masjid dan surau tetapi juga bermaksud untuk memberi tekanan kepada penceramah dan guru agama yang mengajar agar tidak menyentuh soal penyelewengan dan mungkar yang berlaku dalam Negara.

Sedang kelab – kelab malam dan pusat – pusat hiburan yang menjadi tempat subur untuk bercambahnya maksiat dan jenayah tidak dilayan sedemikian rupa .

Pekeliling yang pernah dihantar kepada surau dan masjid di Lembang Klang agar tidak mengadakan tazkirah di bulan Ramadhan juga mempunyai maksud yang sama untuk mengekalkan pembelengguan tersebut.

Arahan agar khatib hanya dibenarkan membaca teks khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama meskipun khatib tersebut seorang yang diiktiraf ilmunya oleh universiti yang mu’taraf turut dilihat sebagai usaha menyempitkan fungsi surau dan masjid.

Sudahlah ruang dan peluang untuk bercakap Islam amat terhad , tiba – tiba masjid dan surau yang dianggap ruang yang paling kondusif untuk berbicara perkara agama turut dikekang , maka dimana lagi Islam ini boleh dijelaskan secara bebas dalam Negara ini ?

Pengurusan Masjid .

Selayaknya masjid diurus selia secara professional dan jujur bagi meletakkannya sebagai institusi penting dan suci dalam masyarakat .

Sangat malang apabila masjid bagaikan bangunan usang yang terbiar tanpa dipedulikan penyelenggaraannya sebagai sebuah tempat ibadah . Masing – masing melepaskan tanggungjawab kepada pihak yang lain dan akhirnya semua berlepas harap .

Sesetengahnya sangat berbangga dengan jumlah kutipan derma mingguan yang meningkat saban minggu dan dipaparkan di papan putih masjid berkenaan , sedang masjid tersebut sangat tidak terurus dengan sistem pengaliran air di kolam wudhu’ , kebersihan tandas yang sangat rendah dan menyedihkan , sistem pembesar suara yang uzur serta lemah dan pelbagai kelemahan yang ketara .

Kenapa tidak wang yang begitu banyak hasil sumbangan orang ramai dimanafaat sepenuhnya untuk meletakkan masjid dan surau sebagai sebuah institusi yang hebat dan menarik . Apa yang paling penting ialah masjid mesti menjadi tempat yang paling selesa dan tenang untuk ummat mengabdikan diri kepada Allah swt.

Imej tandas masjid sebagai tandas yang paling kotor sepatutnya tidak kedengaran lagi . Bukankah kebersihan adalah sebahagian daripada tanggungjawab utama setiap individu muslim ? Bukan sahaja bermaksud supaya masjid tidak dipandang rendah oleh masyarakat umum, tetapi juga untuk mencari redha Ilahi .

Peranan dan Fungsi Masjid .

Selayaknya masjid diimarahkan . Sebagaimana tiada nilai masjid yang tidak diurus , begitulah tiada erti dan gunanya masjid yang diperbesar dan diperbanyakkan tetapi sepi tanpa aktiviti .

Saya sangat bersetuju dengan gesaan S.S Dr. Asri Zainal Abidin agar masjid mestilah dilihat sebagai mesra remaja dan mesra ummah seluruhnya.

Masjid tidak sepatutnya menghadkan aktiviti kepada solat berjamaah semata – mata , demikian juga tazkirah dan kupasan ilmu yang hambar dan tidak membawa ahli jamaahnya wujud dalam cabaran zaman mereka yang sebenarnya.

Sebaliknya masjid mestilah aktif menganjurkan pelbagai aktiviti yang mendekatkan masjid kepada mereka yang cuba menjauhkan dirinya daripada masjid .

Malah aktiviti kemasyarakatan dan budaya mereka yang tidak bercanggah dengan Islam amatlah baik didekatkan kepada masjid . Biarpun asalnya aktiviti itu bukan berbentuk ibadah namun apabila ia bertolak dari masjid dan surau , kita mengharapkan ia menjadi satu bentuk ibadah yang diredhai oleh Allah swt .

Cadangan S.S Dr. Asri agar tuisyen akademik diadakan di masjid atau surau agar tidak sahaja ustaz dan pak lebai menguasai ruang legar masjid tersebut tetapi juga guru akademik dan murid – muridnya berhak ber“mesra” dengan masjid adalah cadangan yang sepatutnya diambil perhatian .

Saya berkeyakinan , jika semua pihak mengambil ruang dan bahagian mem“peranan”kan masjid seperti kaum ibu dengan aktiviti mereka , pelajar dengan aktiviti mereka dan ajk masjid dengan aktiviti mereka , masjid akan dilihat makmur , meriah , ceria dan menarik .

Pengalaman saya di Damsyik dan Tanta dapat melihat dari dekat bagaimana di sana terdapat masjid yang dilengkapi dengan maktabah ( perpustakaan ) untuk masyarakat merujuk pelbagai sumber ilmu dan Klinik yang beroperasi di masjid sepanjang hari dengan hanya ditutup pada waktu solat.

Keadaan itu tidak lagi meletakkan masjid dan surau sepi bersendirian dan akhirnya menjadi sasaran mat gian dan kaki lepak beroperasi dan mencuri .

Malang ada masjid yang kehilangan besi keranda , tongkat khutbah dan set P.A system. Jawab mudah , kerana masjid tersebut sepi ditinggalkan oleh imam dan makmumnya.

Masjid sepatutnya tidak perlu berkunci dan berjaga , sudah cukup amalan iktikaf dan mengimarahkan masjid menjadikan masjid kawasan atau zon paling selamat dalam dunia .

Kalaupun keadaan memaksa demi memelihara barangan milik masjid daripada dicuri oleh penjenayah , maka saya syorkan agar sediakan kawasan berkunci untuk menyimpan barangan berharga milik masjid sementara ruang masjid terbuka untuk aktiviti umum mengabdikan diri kepada Allah swt.

Ataupun , sediakan ruangan khas yang tidak berkunci ( sebahagian dari masjid ) tersebut agar tidak menghalang aktiviti ummah untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. terutama buat musafir lalu .

Pendekkata , sebagaimana pengurusan hotel ada kursus yang disediakan untuk meningkatkan prestasi pengurusan maka saya kira pengurusan masjid juga min baabil aula patut diadakan kursus untuk tujuan meningkatkan kesedaran dan keinsafan dikalangan ummah terhadap pengurusan masjid dan surau .

Masjid Chinese .

Akhir – akhir ini ramai pihak membincangkan isu Masjid Chinese . Pelbagai pandangan berupa pro dan kontra telah dipaparkan kepada umum samada melalui media massa mahupun dalam perbincangan tertentu .

Saya berpandangan bahawa isu penubuhan atau pembinaan Masjid Chinese adalah wajar . Selain daripada ianya telah disuarakan oleh S.S Dr. Asri Zainal Abidin , Kerajaan PAS di Kelantan juga telah menggiatkan aktiviti serupa kearah menarik minat sahabat – sahabat kita dari kaum Tionghua menghayati ajaran Islam .

Negara kita tidaklah asing dengan masjid mengikut etnik kerana negara telah memiliki Masjid Pakistan dan Masjid India . Alhamdulillah biarpun dinamakan sebagai Masjid Pakistan atau Masjid India ianya tidaklah beroperasi berasaskan etnik dan realiti itu sangat penting agar Islam tidak dipisahkan menurut etnik.

Saya tidak menafikan persoalan ini ada pro dan kontra , namun tidak mengapa satu keberanian untuk melakukannya disuara dan dikotakan. Namun langkah bijak elok diambil dengan mendengar terlebih dahulu pandangan sahabat – sahabat chinese muslim terhadap keperluan penubuhan masjid chinese tersebut.

Igauan “masuk Islam adalah masuk melayu” mungkin menjadi antara salah satu faktor kearah cadangan pembinaan masjid chinese ini.

Manakan tidak , selain daripada kecintaan kepada nusa dan bangsa mereka yang tidak mungkin mereka gadaikannya , apalah yang ada pada melayu untuk mereka tinggal bangsa mereka lalu masuk melayu ?

Jika dilihat kepada statistik yang dikeluarkan oleh pihak PDRM dan juga Jabatan Pembangunan Wanita jelas memperlihatkan kepada kita betapa pelbagai jenayah yang berlaku dalam negara kita kini dijuarai oleh melayu .

Justeru itu , melayu hanya hebat dengan Islam . Melayu terkenal di serata dunia bukan kerana bangsanya tetapi kerana agamanya ( Islam ) yang membentuk akhlak dan adab mulia.

Bangsa tetap bangsa dan mereka tidak mungkin jadi melayu . Mereka bebas mengamalkan budaya hidup bangsa mereka sedang mereka seorang yang komited dengan ajaran Islam .

Mudah – mudahan ia akan melebarkan lagi pintu masuk Islam ini kepada semua ummat tanpa mengira apa bangsa dan budaya mereka .

Sungguhpun begitu , saya sangat berharap agar perkembangannya dipantau agar ia tidak melarat kepada pemisahan dan jurang yang semakin jauh antara etnik yang menganut ajaran Islam tersebut .

Inilah peranan pengurusan masjid yang baik dan makmur . Masjid diimarahkan dengan kepelbagaian aktiviti dengan tahap penglibatan yang melampaui batas bangsa dan budaya.

[1] Tempat mula – mula Nabi saw. mendirikan solat jumaat di Madinah .
( di Tengah – tengah Wadi Ranuna’ )
Rujuk : Sirah an Nabawiyyah Li Ibni Hisyam .
M/s 315 Juz. Pertama. Cetakan Dar Ibn Rejab . Mansourah

[2] Antara contohnya sebagaimana yang berlaku kepada Surau al Muhajirin Bandar Muadzam Shah. Kelihatan SB sering memantau aktiviti di surau berkenaan dan saya sendiri selaku salah seorang tenaga pengajar di surau tersebut pernah diadu ke Pejabat Agama kononnya saya mengajar ajaran salah .

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Tumpang tanya, Tok Sheikh tu suka buat yg sunnah sunnah je, Ada ke sunnah nabi buat sejit untuk bangsa bangsa?

Aku menyokong ore nak buat sejit.
Aku kalu bole nak buat sejit kali ke dua :-)

zamri

5:23 PM

 
Anonymous muaz_in said...

saya minta Ust Nasruddin halusi cadangan masjid cina nie, mmg pandangan saya kontra dengan pandangan Ust, tp saya x kisah. Yg pentingnya, ia keluar daripada seorg mufti yang berfahaman salafi jadian, saya bimbang ia menjadi batu loncatan utk menjadikan masjid2 cina sebagai pusat2 dakwah salafi. Ust boleh bayangkan berapa ramai dari kalangan cina muslim di malaysia ini yang layak digelar ulama? sama ada tiada atau sedikit. Golongan yg baru memeluk Islam ini boleh dikatakan agak proaktif dalam bidang keilmuan, di sini ada lubang2 utk golongan salafi jadian masuk jarum. Lalu golongan profesional cina muslim yg obses dgn ilmu Islam, menjadikan diri mereka ulama' walhal tiada lansung latar belakang pendidikan agama, apatah lagi pendidikan dari pondok sekurang-kurangnya. Menjadilah mereka itu salafi jadian. Itu hanya pendapat saya, boleh jadi salah atau benar.

muaz_in

11:08 AM

 
Blogger Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi said...

Assalamualaikum .

Saya telah menyebut bahawa isu masjid cina ini ada pro dan kontranya.Saya menghormati pandangan semua pihak . Isu Masjid Cina sebenarnya bukan lahir dari Dr Asri tetapi MACMA persatuan Cina mUslim sejak 5 - 7 th yang lalu .

berhubung dengan kebimbangan saudara atas kemungkinan ia menjadi pusat dakwah salafi itu tidak mengapa .

Yang tak betulnya salafi jadian sbgmana yang sdr sebutkan.

Tidak semua cina muslim itu baru memeluk Islam , sebahagiannya Islam mereka lebih dulu dari kelahiran kita .

Malah sebahagiannya , Islam mereka lebih baik pengamalan dan penghayatannya berbanding sebahagian besar melayu hari ini. So kita tidaklah perlu prejudis terhadap komiti mrk .

Alhamdulillah , Masjid cina di Kelantan telah hampir siap . Bukan sahaja akan digunakan untuk cina tetapi turut terbuka kepada semua pihak .

2:17 PM

 
Anonymous Anonymous said...

ADA KAITAN DGN ISU MASJID....SEMOGA ADA KEBAIKANNYA UTK UMAT ISLAM...
SARINGAN DARI KHILAFAH1924.ORG

PERAN STRATEGIS KHUTBAH JUM’AT BAGI PEMBINAAN UMMAH
Oleh : Muhammad Al Khaththath

Pendahuluan

Sholat Jum’at adalah sholat jama’ah yang diwajibkan atas setiap laki-laki dewasa muslim (wajib ain) yang mukim untuk mengikutinya baik itu di masjid, di gedung, maupun di tempat-tempat lainnya yang sah untuk sholat.

Sholat Jum’at pertama kali dilakukan di masa Rasulullah saw. Setelah beliau saw. Hijrah ke kota Madinah (Yatsrib), yakni setelah turunnya firman Allah dalam surat Al Jum’ah ayat 9:

"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sholat pada hari Jum’at, maka bersegeralah kalian mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui".

Ayat tersebut menegaskan bahwa apabila khotib telah naik mimbar dan muaddzin telah mengumandangkan adzan di hari Jum’at, maka kaum muslimin wajib bersegera memenuhi panggilan itu dan meninggalkan semua pekerjaannya. Oleh karena itu, sudah menjadi tradisin kaum muslimin dari masa Rasulullah saw., masa khulafaur rasyidin, masa-masa khilafah Umayyah, Abbasiyyah, dan Utsmaniyyah, bahkan hingga masa di mana kaum muslimin hidup tanpa naungan khilafah seperti masa kini umat Islam senantiasa berkumpul di waktu Zhuhur setiap hari Jum’at untuk melaksanakan perintah Aaallah SWT di atas.

Yang paling menarik dari ibadah sholat Jum’at adalah adanya khutbah Jum’at yang disampaikan oleh khotib sebelum dilaksanakannya sholat jum’at. Artinya setiap jumat kaum muslimin laki-laki, baik tua maupun muda, buruh maupun majikan, guru maupun murid, dosen maupun mahasiswa, kuli maupun pedagang, sipil maupun militer, dan lain-lain senantiasa berkumpul untuk melaksanakan dan mengikuti khutbah Jum’at. Apa peranan stratetegisnya untuk pembinaan umat? Bagaimana memanfaatkan posisi khutbah jumat untuk pembinaaan umat? Khutbah yang bagaimana untuk itu, dan bagaimana menyusunnya? Tulisan ini akan menguraikannya.

Pembinaan Umat secara sistematis

Umat Islam adalah umat yang pertama kali dibina oleh Rasulullah saw. Dengan bahan baku umat yang buta huruf (ummiyyin) ternyata menjadi umat yang pelopor dan pilihan (lihat QS. Ali Imran 110). Beliau saw. Membacakan kepada mereka Al Qur’an, mensucikan mereka dari noda-noda syirik, mengajarkan kepada mereka hukum-hukum dan petunjuk hidup dalam Al Quran dan AS Sunnah. Allah SWT berfirman:

"Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka, dan mengajarkan kepada mereka Kitab (Al Quran) dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata" (QS. Al Jumu’ah 2).

Bagaimana mengembalikan kejayaan umat ini setelah kemunduran dan keruntuhan negara pelindungnya (Khilafah islamiyah) pada abad lalu? Jawabannya adalah mengembalikan kehidupan umat ini agar hidup secara Islami dengan mengembalikan hukum-hukum yang diturnkan Allah SWT agar operasional dalam kehidupan dengan menegakkan kembali Khilafah Islamiyah yang bertugas menerapkanya di dalam negeri dan mengembannya ke seluruh dunia.

Untuk mencapai tujuan itu, diperlukan pembinaan umat yang sistematis sehingga membangkitkan umat untuk menuntut kembali kemuliaan dan kejayaannya. Umat harus disadarkan akan jati dirinya sebagai umat terbaik, pelopor, teladan bagi umat manusia lainnya. Umat harus disadarkan bahwa kini kondisi mereka justru sebaliknya, terjelek, dan terbelakang, bahkan menjadi bulan-bulanan pihak lain. Umat harus disadarkan bahwa rahasia kemunduran dan kelemahannya selama ini adalah karena mereka telah lepas dari prasyarat bagi terwujudnya umat terbaik, yakni ada something wrong pada keimanan kepada Allah SWT, keimanan kepada kitabullah, keimanan kepada syaiat Allah, dan keimanan kepada Rasulullah serta terhentinya aktivitas amar makruf nahi munkar secara menyeluruh. Umat harus disadarkan bahwa kondisi mereka yang sedemikian mundur dan terhina adalah karena secara sistem mereka hidup di dalam masyarakat yang tidak islami, sekalipun individu-individu mereka muslim. Mereka terjerat oleh berbagai pemikiran, adadt istiadat, cara hidup, dan ideologi yang tidak Islami. Dan umat harus disadarkan bahwa kondisi mereka tidak akan berubah kalau mereka tidak mau mengubahnya. Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum hingga mereka berusaha mengubah keadaan mereka sendiri" (QS. Ar ra’ad 11).

Oleh karena itu diperlukan para agen perubahan, berupa para pengemban dakwah yang handal, yang piawai dalam melakukan perubahan, dengan mengikuti metode perubahan yang pernah dijalankan Rasulullah saw., dengan membina umat ini kembali sebagaimana dulu Rasul membina generasi pertama umat ini, hingga peradaban Islam tegak kembali. Tentu saja itu harus dilakukan secara sistematis sehingga terwujud perubahan yang sistematis, cepat atau lambat.

Posisi Strategis Khutbah Jum’at

Khutbah Jum’at dilakukan oleh khatib Jum’at sebelum dilaksanakan sholat Jum’at. Kenapa dikatakan memiliki peranan strategis?

Pertama, saat itu seluruh kaum muslimin, khususnya laki-laki yang tidak sakit, tidak gila, dan tidak dalam keadaan bepergian, di masing-masing teritorial berkumpul di tempat-tempat sholat Jum’at. Dan mereka wajib meninggalkan pekerjaan apapun yang mereka lakukan untuk berkonsentrasi melaksanakan sholat Jum’at. Bahkan, anak-anak yang sebenarnya belum baligh pun banyak kita jumpai ikut sholat jama’ah. Forum ini adalam forum kaum muslimin paling lengkap. Tidak ada forum sepenting itu bagi kaum muslimin. Artinya, forum itu adalah kesempatan bagi para khotib untuk bertemu dengan seluruh muslim yang ada di lokasi tersebut.

Kedua, forum sholat Jum’at adalah forum tetap dan rutin yang senantiasa akan terjadi selama ada komunitas. Artinya, forum tersebut bisa dipastikan selalu siap menerima kedatangan khotib secara rutin seminggu sekali sehingga bisa diprogram untuk diarahkan pada pembinaan yang sistematis melalui khutbah dan nasihat para khotib.

Ketiga, forum tersebut dihadiri oleh jamaah yang secara psikologis siap menerima nasihat karena datang untuk niat ibadah kepada Allah SWT sehingga memiliki situasi keruhanian yang tebal. Artinya, forum dalam kondisi siap untuk patuh kepada Allah SWT dan siap menerima nasihat-nasihat yang mengarah kepada ketaqwaan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Dengan demikian khatib bisa selalu menanamkan sikap ketaqwaan kepada jamaah agar benar-benar taqwa (haqqo tuqaatih) kepada Allah SWT pada seluruh aspek kehidupan dan seluruh peraturan Allah SWT, baik dalam masalah aqidah, ibadah, akhlaq, math’umat, malbusat, mu’amalah, maupun uqubat.

Keempat, forum tersebut berdurasi singkat (10 menit atau paling panjang 15-20 menit), tidak ada tanya jawab, dan haram diinterupsi. Artinya, forum tersebut siap mendengarkan segala apa yang dikatakan khotib dalam nasihat-nasihatnya. Oleh karena itu, khotib harus betul-betul mengefektifkan kata-katanya (qaulan sadiida) sehingga betul-betul masuk ke dalam lubuk hati yang paling dalam. Khotib hendaknya menghindari kata-kata yang tidak perlu dan menghindari pengulangan kecuali untuk penekanan dan penguatan makna. Jangan sampai jamaah bosan, mengantuk, dan tertidur. Kata –kata singkat, padat, jelas dan disampaikan dengan suara yang tegas dan keras (nyaring) dan mimik yang serius, sehingga benar-benar ditangkap secara serius, penuh perhatian, dan sami’na waq atho’na. Suasana ritual tetap harus terjaga.

Menyusun Khutbah Jum’at Yang Aktual

Mengingat posisi strategis khutbah Jum’at bagi pembinaan umat, maka harus disusun khutbah Jum’at yang betul-betul berkesan kepada para jamaah. Khutbah yang membosankan akan membuat forum kehilangan perhatian dan hilang kesan. Isi khutbah pun akan terlupakan sebelum khotib turun dari mimbar. Oleh karena itu, perlu disusun khutbah yang secara substansi pasti akan membekas pada diri masing-masing jamaah dan secara retorik akan membuat para jamaah terkesan dan terkenang serta simpati dengan khutbah yang disampaikan.

Setahu penulis, khutbah yang akan berkesan secara substantif adalah khutbah yang aktual. Yakni, khutbah yang menyinggung peristiwa terpenting pada pekan itu dan sikap apa yang diambil oleh kaum muslimin dalam menghadapi peristiwa tersebut. Hal ini sesuai dengan metode Al Qur’an yang biasanya turun membahas peristiwa yang sedang terjadi pada diri Rasul, para sahabat, kaum kafir Quraisy, orang Yahudi, atau orang munafiq, maupun peristiwa dunia internasional pada waktu itu.

Yang perlu diperhatikan dalam menyampaikan khutbah aktual adalah jangan terlalu panjang dalam pembahasan fakta atau analisisnya, sehingga kehilangan waktu untuk menyampaikan solusi Islam pada kasus tersebut dan sikap Islam pada peristiwa yang sedang terjadi. Karena tidak ada nilainya sebuah khutbah yang tidak menyampaikan suatu ayat atau hadits yang menilai keadaan fakta/aktualita yang diungkap.

Ketika menyampaikan solusi Islam usahakan mengkaitkan dengan satu dua hukum lain yang berkaitan yang menunjukkan integralitas Islam dan jamaah terbina dengan pandangan Islam yang komprehensif dan mereka harus disentuh agar rindu dengan kehidupan Islam dan tergerak untuk berjuang melanjutkan kehidupan islam (isti’naful hayatil Islamiyah).

Untuk bisa menyusun khutbah aktual, khotib harus rajin baca Al Quran dan Al Hadits serta buku-buku yang membahas sistem Islam secara utuh, misalnya buku Islam Politik dan Spiritual karya Hafizh Abdurrahman, Studi Pemikiran Islam karya Muhammad Husain Abdullah, dan buku-buku terbitan HT seperti Sistem Islam, Sistem Ekonomi Islam, Sistem Sosial Islam, Sistem Sanksi dalam Islam, Politik Ekonomi Islam, Sistem Keuangan di negara Khilafah, dll. Selain itu, para Khotib harus rajin mengikuti perkembangan ipoleksosbudhankam di negeri ini maupun dunia internasional dengan membaca Koran, mendengar radio news and talk 24 jam, nonton TV dll. Usahakan hanya memilih satu topik paling aktual pada pekan itu. Kalau seandainya ada dua topik yang sangat menarik, maka topik kedua disinggung secara singkat pada khutbah kedua.

Setelah memilih topik teraktual pada pekan itu dengan menghafal beberapa data yang penting dan sedikit analisis pakar tertentu, maka khotib harus merujuk kepada Al Qur’an dan As Sunnah melalui buku-buku taqofah Islamiyah di atas sehingga ditemukan ide, hukum, dan pendapat islam terhadap aktualita itu. Al Qur’an dan atau As Sunnah yang hendak dikemukakan dalam khutbah hendaknya dipastikan kecocokannya dengan topik yang dibahas dan selanjutnya khotib memastikan bahwa dia dapat melafazhkan dengan fashih, lebih utama kalau dia hafal. Setelah itu khotib harus menentukan kalimat bahasa indonesia yang tepat untuk merumuskan pesan Jumat ini kepada jamaah sebagai kesimpulan khutbah.

Khatimah

Jangan tergesa-gesa menyemburkan seluruh pikiran yang khotib miliki adalah nasihat terbaik buat para khotib pemula. Kesempatan berbicara di atas mimbar Jum’at pada forum sholat Jum’at berikutnya pasti didapat selama isi khutbah dan penampilan khotib mantab dan meyakinkan. Yang harus selalu diingat, sabda nabi saw.: "Diberinya hidayah seseorang oleh Allah lantaran usaha (dakwah) anda, adalah (pahalanya) lebih baik bagi anda daripada dunia dan seluruh isinya."

Wallahul muwaffiq ila aqwamit thariiq! Washalallaahu’ala sayyidina Muhammadin wa’ala alihi washahbihi wasallam!

10:11 PM

 
Blogger manje said...

ustaz...saya ade pertanyaan berkaitan isu masjid...saya bekerja sbg salah sorg kaki tgn kerjaan di sebuah universiti di selatan tanah air malaysia...universiti ini termasuk dlm bajet RMK9..
Ahli2 senat sebulat suara bersetuju masjid dijadikan pusat pandidikkan..kesemua fakulti², jabatan pentadbiran dan hostel² pelajar berada disekeliling masjid serta berjarak 100 meter shj dr masjid. Pembinaan ini tlh dipolitikkn oleh Ahli Parlimen disini..dia mengatakan N.C kami penyokong parti pembangkang dan ingin menjadikan masjid ini sbg markas parti tersebut..isu ini telah dibawa ke peringkat parlimen..dan pembinaan ini mugkin diletakkan sbg projek KIV rmk9..lihatkan ustaz, akibat terlalu takutkan bayang2 sendiri..pihak tertentu sanggup mehentikan pembinaan masjid bagi kemudahan pera pelajar pd masa akan dtg..Pihak pengurusan universiti cuma ingin memudahkan para pelajar dan staf beribadat tetapi ade pihak yg terlalu dungu dan bebal sanggup menghuru harakan pembinaan masjid ini, agar pihak ini mendapat perhatian diperingkat tertggi parti tersebut..tak lama lagi dah nak mengundi..takut nama tak masuk pencalonan pula nanti...mcm² sikap manusia..sanggup belakangkan maruah agama semata-mata takut kehilangan kuasa...ape yg perlu kami lakukan skrg ustaz bagi menyedarkan org yg dungu ini bahawasanya kami berhak tentu dimn dan bgmana pembinaan tersebut kerana ini RUMAH kami?

9:28 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home