" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, January 16, 2007

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.
MOHON BANTUAN BANJIR

Salam perjuangan dan kasih persahabatan saya hulurkan terlebih dahulu kepada semua jentera pemuda PAS negeri Pahang khasnya dan seluruh negara amnya.

Beberapa hari yang lalu kita mengetahui berita banjir besar " Tsunami " di negeri Johor Darul Ta'zim dan alhamdulillah , Pahang tidak terkecuali menghantar pasukan membantu memindahkan mangsa banjir di Yong Peng bersama dengan bot dan kelengkapan lain .

Semoga Allah mengurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi terhadap semua mangsa banjir dan redha menerima ketentuan Ilahi tanpa sebarang buruk sangka . Segalanya tersimpan seribu hikmah yang terjangkau oleh manusia untuk menyingkapnya.

Jua terlalu banyak bahan iktibar yang boleh diambil untuk panduan hidup dihari muka.

Buat masa ini , Pahang selatan tidak ketinggalan menerima musibah yang sama iaitu di kawasan Rompin . Samaada Rompin ( A ) sebelah pantai atau Rompin ( B ) di mukim keratong .

Saya selaku Ketua DPPN Pahang bersama EXCO DPPN Pahang merayu kepada semua sahabat dan orang ramai agar menghulurkan bantuan berupa wang ringgit dan makanan juga pakaian untuk keperluan mereka .

Ialah , hari ini hari mereka yang memerlukan kita membantu mereka semoga segala apa yang kita lakukan buat mereka sesama insan , dinilai sebagai amal kebajikan yang membuatkan kita bahagia kelak di akhirat . Amin !!

Sebarang bantuan , boleh hubungi :

al Fadhil Ustaz Junaidi bin Ishaq ( Abu Baihaqi )
selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang
di talian : 019 924 5859

@

Akhi Johari bin Abdul Wahid
Selaku Pengarah AMAL
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang
di Talian : 013 984 4767

@

Dewan Pemuda PAS Pahang
Bank Islam : 06028010011067

Akhirnya terlebih dahulu saya merakamkan ucapan Jazakumullah khairan Jaza' atau sebarang sumbangan sahabat biar pun sekeping dinar cuma .
P/s : Kepada sesiapa yang terus masukkan wang ke Akaun Pemuda Negeri harap sms : banjir nilai wang dan send kpd 019 924 5859 .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home