" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, January 31, 2007

GURU OH GURU

Kurang lebih 2 minggu yang lalu , saya ke Bandar Tun Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Bandar 22 untuk membeli ubat anak saya yang masih belum kebah demamnya.

Sedang saya melalui sebuah kedai di bandar tersebut , tiba - tiba saya terjumpa seorang insan yang sangat bermakna dalam hidup saya . Ianya muncul lebih 28 tahun yang lalu dalam hidup saya.

Saya terus menerpa dan berjabat tangan dengannya dan ternyata saya tidak dapat menyembunyikan rasa gembira di hati ini . Setelah sekian lama kami berpisah dengan saya merantau ke serata negera , rupanya insan yang sangat istemewa ini masih menetap dan bertugas di sini .

Insan yang saya maksudkan ialah Cikgu Abdul Aziz atau lebih dikenali dikalangan kami sebagai cikgu Aziz sedang saya waktu itu di tahun 3 Sekolah Rendah ( F ) Keratong 4 & 5 .

Sekolah Atap

Masih segar dalam ingatan saya bagaimana aksi dan lagak cikgu Aziz sewaktu mendidik dan membimbing kami di tahun 3 hinggalah saya memasuki tahun 6 di sekolah yang sama .

Waktu itu , kami belajar di bangku panjang dan berkongsi meja dalam sebuah sekolah kayu beratap rumbia . Sebahagian kelas lantainya di simen dan sebahagian kelas berlantaikan tanah .

Sungguh indah dan penuh nostalgia kenangan tersebut. Apabila memasuki tahun 5 barulah kami berpindah ke sekolah baru dan sekolah itu kekal hingga hari ini sementara sekolah atap kami kini menjadi padang kosong berhadapan dengan Surau al Furqan Felda Keratong 4 .

Sempena pertemuan kita setelah sekian lama berpisah , ingin saya hadiahkan buatmu guru , beberapa bait puisi atau sajak yang pernah dinukil oleh al marhum Datuk ( Dr ) Usman Awang bertajuk : Guru oh Guru .

Sebelum itu , saya turut abadikan puisi ini buat semua insan yang pernah menjadi guru ku di Sekolah Rendah Felda Padang Piol Jerantut ( th 77 - 79 ) , Sekolah Rendah Felda Keratong 4 & 5 ( th 79 - 82 ) , Sekolah Menengah Dato' Mahmud Mat Tanah Putih Pekan ( th 83 - 85 ) , Sekolah Menengah Sains Dato' Abdul Samad Tanjung Ipoh N.9 dan Sekolah Menengah Sains Marang Trg. ( th 86 ) .

Tidak ketinggalan jua guru - guru yang mendidik saya di Maktab Ittiba' as Sunnah Kuala Pilah ( th 86 ) dan Madrasah Ad Diniah al Bakriyyah Pondok Pasir Tumbuh ( th 86 - 89 ).

Malah kawan - kawan seperjuangan tidak saya abaikan justeru mereka juga berfungsi sebagai guru buat diri ini dalam menilai erti persahabatan .

Pemimpin Parti Islam Se Malaysia PAS dipelbagai peringkat , yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan untuk melalui alam perjuangan yang sangat mencabar ini

..... dan buat semua insan yang bergelar guru untuk kalian menginsafi bahawa tugas kalian sebagai guru sangat bermakna dalam pembinaan generasi berilmu.

......buat insan bergelar murid pula , agar kalian tahu menilai harga kehadhiran seorang guru dalam hidup kalian biar pun hanya buat seketika .

terimalah .....

Guru oh Guru !

Berburu ke Padang Datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

Jika hari ini
Seorang perdana menteri berkuasa

Jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta

Jika hari ini
Seorang Ulama' yang mulia

Jika hari ini
Seorang peguam menang bicara

Jika hari ini
Seorang penulis terkemuka

Jika hari ini
Siapa sahaja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home