" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, April 11, 2007

MUFTI PERLIS KEMPEN BN ?

Ustaz ! Mufti Perlis berkempen untuk BN di Machap Melaka ! ... begitulah ayat yang agak memeranjatkan saya dari seorang yang saya pun tidak begitu mengenalinya .

Spontan saya menjawab : " Saya tak percaya ! " . Beliau lantas menunjukkan saya satu gambar bagaimana Dr. Asri bersama beberapa pimpinan UMNO seperti Najib dan Khairy dalam satu majlis.

Setelah saya mengamati gambar yang mungkin diambil dari keratan akhbar , memanglah saya dapati itu gambar Dr. Asri. Tetapi tidak bermakna gambar itu memberi maksud Dr. Asri turun berkempen untuk BN.

Saya tidak mengetahui bagaimana Dr. Asri boleh berada dalam majlis tersebut dan apa tujuannya. Kemungkinan saya boleh menghubunginya selepas ini. Tetapi hati kecil saya tidak boleh menerima tanggapan sedemikian.

Sekurang - kurangnya beliau adalah seorang yang berilmu dan beliau tahu apa yang beliau lakukan .

Secara umumnya , gambar tersebut memanglah meninggalkan seribu satu persoalan . Tanpa sebarang urusan , tak mungkin Dr. Asri boleh berada dalam satu majlis dengan Najib dan Khairy .

Namun begitu , saya cukup yakin bahawa kehadhiran Dr. Asri bukanlah untuk berkempen bagi pihak BN. Saya juga berharap agar sahabat - sahabat tidak cepat melatah dan membuat tanggapan yang melulu .

Barangkali kedudukan beliau sebagai Mufti yang membawa beliau sampai ke majlis tersebut dan tidak pula menunjukkan beliau membaca doa selamat untuk BN atau sebagainya. Maka tidak adil membuat sebarang spekulasi mengenai Dr. Asri hanya dari gambar seperti itu.

Saya percaya , Dr. Asri akan terus berperanan sebagai seorang yang tidak berpihak kepada mana - mana parti politik dalam keadaan beliau sebagai Mufti Kerajaan Negeri.

Berada dalam majlis UMNO tidak bermakna beliau sudah masuk UMNO atau berkempen bagi pihak UMNO.

Saya berharap agar Dr. Asri lebih berhati - hati dalam meniti hidup sebagai seorang Mufti agar tidak diperalat oleh sesiapa yang mempunyai kepentingan dan agenda yang tidak baik terhadap agama .

Ilmu yang dimiliki oleh beliau insyaallah akan memandu gerak langkahnya dan sebagai seorang sahabat , saya senantiasa berdoa agar beliau terus dipelihara oleh Allah swt. dan kita semua terus dikurniakan kekuatan untuk membina ummah agar menjadi ummah yang berdaulat dan bermaruah bersama kalimah Allah swt.

Buat sahabat semua , renungilah satu firman daripada Allah swt. agar ia dapat memandu cara kita bertindak :

يا يها الذين آمنوا كونوا قوامين لله شهدآء بالقسط و لا يجرمنكم شنئان قوم على ألا تعدلوا اعدلوا هو أقرب للتقوى و اتقوا الله إن الله خبير بما تعملون

Wahai orang - orang yang beriman ! Hendaklah kamu tegak kerana Allah swt. , menjadi saksi dengan adil . Janganlah kamu terpengaruh kerana kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu berlaku tidak adil . Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat dengan taqwa dan takutlah kepada Allah . Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan.

Surah al - Maaidah : 8

24 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Ustaz,

Ini fitnah sahaja.

Sila layari

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=32115

5:19 PM

 
Blogger webmaster said...

ustaz,

Fitnah ni dibuat oleh dirinya sendiri selaku Mufti Perlis. Apakah selamanya dia akan berbohong kepada masyarakat dengan harapan masyarakat akan sentiasa menyokongnya? Selama mana harus kita membiarkan pembohongan ini? Janji tak mahu jadi Mufti, alih2 ambil jugak jawatan tu.

6:04 PM

 
Anonymous Anonymous said...

kita sama2 doakan semoga ss dr asri masih tetap dgn pendiriannya,sy pernah mendengar ceramah beliau sebellum ini,bila mana ditanyakan berkenaan malaysia sebagai sebuah negara Islam TETAPI,kata beliau negara Islam yg ada TAPI...ini bermakna beliau tidak menyokong taklid sepenuhnya terhadap umno...sy yakin ustaz lebih mengenali sahabt ustaz ini dgn lebih mendalam,ustaz sudah tentu tahu pemikiran dan sikap serta pandangan politik beliau....

6:45 AM

 
Anonymous Anonymous said...

reaksi ustaz memang boleh dijangka sebab ustaz memang kawan ss. tapi, dalam pada ustaz nasihatkan orang lain untuk berlaku adil, saya harap ustaz juga berlaku adil.. tengok betul2 apa kesan ss kepada masyarakat dan jemaah sendiri.. menuduh jemaah sebagai syiah.. mengajak rakyat untuk melupakan keburukan sekular dan kebangsaan, sebaliknya menjadikan masyarakat sibuk bergaduh isu2 remeh-temeh.. ini menguntungkan sapa kalau bukan pemerintah.. jadi, pada saya kalau lebih dari gambar ini pun saya percaya yang ss sanggup buat.. memang kawan2 dia takkan percaya, kerana itulah peranan kawan.. tapi, kami orang2 besa, yang tak reti sgt, mudah saja kami bahagikan.. kem penindas, atau kem ditindas.. masuk penindas, otomatis jadi musuh kami.. wassalam

7:05 AM

 
Blogger voice said...

setiap perkara ada baik dan buruknya...

kalau semakin ramai orang pas yang seperti ust nasharuddin nie tentu takkan keluar dari mulut dr. asri ayat2 yang menguriskan hati kita yg bersama dgn pas.....

masalahnya ramai orang kita yang tak faham tapi buat2 faham....

bersama memurnikan kembali agama.... tak kira dari pihak mana ajakan itu sekalipun....

1:37 PM

 
Blogger WUZARA said...

assalamualaikum,
aliaran 'salafi' yang dianut MAZA dan kebanyakan sahabat-sahabat salafi di Malaysia adalah aliran yang mengangap semua pemimpin negara umat Islam yang berfahaman sunnah sebagai pemimpin negara Islam yang sah, termasuk Malaysia. tidak semua aliran salafi begitu, tetapi inilah yang banyak di Malaysia. persoalan yang dibawa berputar polemik masalah aqidah yang wujud sekitar zaman tabiin dan juga persoalan bid'ah.
maka, tidak hairanlah jika MAZA menyokong kerajaan BN, kerana mengangap bahwa penentang kerajaan persis seperti khwarij.

semoga kita tak tersalah pilih

7:03 PM

 
Blogger Unknown said...

Salam....

Apa masalahnya kalau mufti perlis berada dalam majlis yang dihadiri oleh Khiary atau sesiapa saja org UMNO?

Apa masalahnya kalau mufti perlis berkempen atau apa-apa saja untuk UMNO?

Kalau mufti perlis buat semua tu, berdosakah dia?

Adakah tuan2 semua hanya akan tersenyum jika mufti perlis berada di majlis yg dihadiri Nik Aziz atau sesiapa sahaja dari PAS?

Yang pastinya... kalau tuan2 semua fikir mufti perlis telah melakukan kesilapan.... ada ramai pula yg fikir mufti perlis melakukan sesuatu yg betul.

12:24 PM

 
Anonymous Anonymous said...

kejadah apa mufti perlis. Fungsi sama macam astora jabat dalam utusan. Harap nama aje mufti. polemik tak abis2. perlekeh ustaz2 malaysia. sapa nak respek ustaz2 lepas baca artikel2 dia? Mat rempit?

10:09 PM

 
Anonymous Anonymous said...

wanbai, yg hang taksub pada ustaz2 malaysia yg hang kata diperlekehkan oleh mufti perlis tu apa kejadahnye?? ustaz2 kat malaysia ni semuanya bertaraf ulama besar ke?? ustaz2 kat malaysia ni semuanya BENAR2 ALIM ke?? takkan nak kritik ustaz2 pun takleh kot, bknnya maksum pun! sedangkan ulama besar pun boleh dikritik, inikan pula ustaz2 kat malaysia. berubahlah wahai org2 PAS, takyah suka cari musuh. tak cukup2 ke UMNO BN dan puak liberal jadi musuh korang?? apesal nak tambah musuh yg terdiri drpd mufti plak?? aku percaya bkn semua org PAS mcm ni bcoz pengikut mufti perlis pun ada yg terdiri drpd org PAS jugak, tapi org2 seperti inilah yg telah mencemarkan imej PAS. camana la puak kafir musyrikin nak respect mufti perak kalau korang sendiri asyik membenci mufti (mufti perlis)?? wanbai, hang kata fungsi mufti perlis sama mcm astora jabat dlm utusan?? penah mufti perlis sampaikan ajaran sesat dlm utusan ke??? cuba tunjukkan, aku nak tgok! nasib baikler org2 PAS bkn semua mcm hang, kalau tak, aku pun tak hingin nak sokong PAS!

9:48 PM

 
Anonymous Anonymous said...

saudara islamhebat, jgn salahkan aliran salaf kalau anda tidak bersetuju dgn pendapat2 golongan salafi kerana aliran salaf adalah aliran golongan salafussoleh (sahabat, tabi'in, tabi'ut tabi'in). kalau individu2 salafi buat salah, jgn salahkan alirannya tapi salahkanlah individunya, kerana menyalahkan aliran salaf sama seperti menyalahkan aliran para sahabat, tabi'in dan tabi'ut tabi'in. bersyukurlah kpd ALLAH kerana wujud golongan salafi yg gigih menentang bid'ah, tahyul, syirik dan khurafat, memperjuangkan aqidah salafussoleh, dan gigih membongkar dan menentang kesesatan Syiah Imamiyah Ithna 'Asyariyah. sekalipun anda tidak bersetuju dgn sbhgn pendapat salafi dlm bab bid'ah, namun anda tidak boleh menafikan sumbangan salafi dlm menentang perkara2 yg merosakkan aqidah seperti amalan berzanji yg mana terdapat kesyirikan yg besar dlm bacaannya dan ajaran sesat Syiah Imamiyah Ithna 'Asyariah. malah utk pengetahuan anda, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri beraliran salaf. beliau kan Kaum Muda, kan ke Kaum Muda tu salafi. Kaum Tua pula khalafi (beraqidah asy'ariyah). malah sy sendiri telah mendengar ceramah beliau dlm bab aqidah, tidak syak lagi beliau beraqidah salafiyah. so x perlulah anda menentang aliran salaf, kalau tak setuju, cukupla setakat mengkritik individu salafi saja asalkan kritikan anda berasas. sy tidak memusuhi golongan asy'ariyah, cuma sy mahu jgn dimusuhi aliran salaf.

10:19 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Saya stuju pendapat talibanster...

1:12 AM

 
Anonymous Anonymous said...

saya pun stuju dgn talibaniste, tp ada gak wujud indivdu yg mengaku salafi dan tak habis2 nak jatuhkan jemaah lain, dengan taggapan bahawa salafi lah aliran plg benar,tak bolehlah menolak membabi buta, apa daulah tak penting ker? napa susah sangat nak terima , tauhid dbuat tp dlm masa yg sama daulah kena jgak jalan spt pas lakukan, ni tak tolak pilihanraya. abih nak biarkan negara porak peranda dek musuh?

5:42 PM

 
Anonymous Anonymous said...

mufti perlis ni nampaknya cuba memperlekehkah alimun dahulu. Mereka yang berilmu dan yang ada ilmu itu berlainan. yang berilmu itu orang yang memperoleh ilmu dengan beramal soleh dan mendapat Hidayah dari Allah swt. Mufti Perlis ini hanyalah seorang yang berlajar mendapatkan Ilmu. Orang yang lama dan mempunyai ilmu lalu beramal dengannya tak sama dengan orang muda yang belajar untuk mendapatkan ilmu. komentarnya seolah-olah umat islam di malaysia ini mengikuti ilmuan-ilmuan yang dahulu yang kurang hebat berbanding dengan kodoktoran yang di milikinya. belaiu mungkin tidak sedar ilmu yang di dapatinya di al azhar telah pun di resapi oleh yahudi. jika beliau benar, mengapa sanggup bertahan dengan membuatkan negeri Perlis berlainan dengan semua negeri2 lain di Malaysia ini. mengamalkan mazhab yang berlainan. mengapa tidak di selaraskan sahaja. ini lah perpecahan yang tidak sepatutnya di biarkan beliau. ini perkara asas. dah lah umat islam di pecahkan dengan mazhab2 di seluruh dunia, di malaysia pulak terdapat satu negeri yang kecil yang kononnya mengamalkan kelainan. tidak perlu tahlil, tidak perlu berzanji, tidak ada talkin hinggalah kepada cara kapan mayat. ini adalah bentuk penyelewengan dan perpecahan yang di lakukan oleh orang yang kononya berilmu pada akhir zaman ini. ini lah yang di takuti olih baginda saw. dimanakah pembawakan alim ulama selepas beliau. dengan ajaran wahabi yang kononnya tidak perlu menaggungkan rasul saw, maka negara ini bakal kucar kair denan fahaman sempit yang bijak membidaahkan orang islam uang lain. tidak rugi jika anda tidak agungkan mufti perlis ini kerana belaiu sendiri membaca buku dan kitab dan setakat itu lah ilmunya. apakah buku dan kitab yang beliau baca itu betul-betul dari baginda saw atau yang ingin di jelaskan oleh rasul saw. beliau pun masih tercari-cari. jangan taksub dengan beliau kerana jika beliau mempertikakan burung-burung bercakap tentang kelahiran baginda saw dalam berzanji, maka beliau harus bertanya kepada dirinya adakah beliau percaya makhluk allah selan manusia dan jin sentiasa berzikir kepada Allah swt, nabi sulaiman bercakap dengan binatang, dan sebagainya. kenapa beliau harus mempertikaikan perkara-perkara yang telah di amalkan umat islam sejak dahulu sedangkan beliau tidak perlah melaluinya. percayakah beliau jika ada hamba allah yang melalui amalan yang ikhlasnya dapat mendengar zikir dan salawat dari angin dan pokok-pokok. jangan lah kiranya beliau yang baru setahun jagung hanya pandai pertikai perkara-perkara yang beliau belum pernak melaluinya. jika beliau ingin melaluinya semuanya, mulakan dengan memgang anjing dan cuba fikirkan kenapa di katakan najis besar. ini kerana beliau ingin bukti dan tidak hanya mahu mengikut tanpa malaluinya. mengapa beliau percaya bahawa memegang anjing adalah dosa besar sedangkan beliau sendiri takut menyentuh anjing atau belum pernah menyentuh anjing.jangan mudah terpengaruh dengan perwatakan sesorang, walaupun yang bergelar mufti. Ingatlah bahawa wali2 Allah swt itu adalah mereka yang tidak di kenali dan mereka sendiri pun tidak tahu bahawa mereka itu wali Allah, namun doa mereka sentiasa di mabulkan olih Allah swt.

10:14 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Saya pernah terbaca hadis Nabi SAW bahawa taatilah pemerintah selagi dia seorang muslim dan menunaikan solat walaupun dia seorang pemerintah yg zalim. Haram memberontak dan menumpahkan darah pemimpin Islam walaupun kita tahu dia seorang yg zalim dan melakukan banyak perkara yg tidak betul. Tujuan hadis ini adalah supaya umat Islam sentiasa bersatu dan tidak berpecah-belah seperti yg kita dpt lihat di Perak dan Selangor, majoriti kerusi diperoleh oleh DAP. Melayu Islam pula telah dipecahkecilkan kepada 3 parti iaitu UMNO,PKR dan PAS. Lain-lain hadis yg saya pernah terbaca adalah
jika kita dipimpin oleh pemerintah Islam yg zalim, Allah meminta kita banyakan bersabar dan hanya berdoa agar pemerintah yg zalim tersebut bertaubat. Hendak menasihati pun kena secara tertutup. Tidak boleh menghebahkannya kpd umum kecuali ianya sahih dan jelas buktinya.
Sekarang nie saya cukup risau jika senario ini berterusan. Lama-kelamaan kuasa politik yg kita pegang selamanya berpindah kepada kaum kafir. Saya memang sokong PAS. Tapi bila difikirkan balik apa yg sudah berlaku di Perak,P.Pinang, Selangor, maka mudaratnya ke atas survival Islam lebih besar.Apa pendapat ustaz berkenaan perkara ini?

2:26 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Saya pernah terbaca hadis Nabi SAW bahawa taatilah pemerintah selagi dia seorang muslim dan menunaikan solat walaupun dia seorang pemerintah yg zalim. Haram memberontak dan menumpahkan darah pemimpin Islam walaupun kita tahu dia seorang yg zalim dan melakukan banyak perkara yg tidak betul. Tujuan hadis ini adalah supaya umat Islam sentiasa bersatu dan tidak berpecah-belah seperti yg kita dpt lihat di Perak dan Selangor, majoriti kerusi diperoleh oleh DAP. Melayu Islam pula telah dipecahkecilkan kepada 3 parti iaitu UMNO,PKR dan PAS. Lain-lain hadis yg saya pernah terbaca adalah
jika kita dipimpin oleh pemerintah Islam yg zalim, Allah meminta kita banyakan bersabar dan hanya berdoa agar pemerintah yg zalim tersebut bertaubat. Hendak menasihati pun kena secara tertutup. Tidak boleh menghebahkannya kpd umum kecuali ianya sahih dan jelas buktinya.
Sekarang nie saya cukup risau jika senario ini berterusan. Lama-kelamaan kuasa politik yg kita pegang selamanya berpindah kepada kaum kafir. Saya memang sokong PAS. Tapi bila difikirkan balik apa yg sudah berlaku di Perak,P.Pinang, Selangor, maka mudaratnya ke atas survival Islam lebih besar.Apa pendapat ustaz berkenaan perkara ini?

2:27 AM

 
Anonymous Anonymous said...

survival melayu terletak di tangan melayu sendiri. kita tidak boleh mengharapkan bangsa lain membantu kita.

berkenaan gambar mufti bersama orang kuat UMNO tu, saya fikir perlu tanya beliau sendiri. gambar kdg2 tak menjawab curiousity kita.

7:28 PM

 
Anonymous Anonymous said...

saya tidak begitu mengenali dr asri,skadar br membaca blog nya shja.stakat yg saya baca,dr asri sgt menekankan Al-Quran dan hadith Nabi SAW dlm memberikan pendapat.sekiranya benar tidak ada hadith mengenai berzanji dan para sahabat juga tidak mengamalkan nya,maka sepatutnya amalan itu ditinggalkan.
sekiranya benar dr asri ini sekadar belajar untuk mendapatkan ilmu, ilmunya masih dikira tinggi berdasarkan penerangannya mengenai Al-Quran dan Hadith.oleh itu seharusnya tugas untuk mengkritik seseorang yang berilmu tinggi dilakukan oleh org yg berilmu lebih tinggi atau setaraf dengan ilmu orang yang dikritik.
saya juga bersetuju supaya tidak taksub dengan seseorang pemimpin,tetapi sekiranya hujah atau ajaran yang diberikan adalah berlandas kn Al-Quran dan Hadith,maka sebaiknya kita tidak mempertikaikannya.

11:52 PM

 
Blogger parid said...

salam..
kepada semua rakan seagama..
aku ada pendapat untuk dikongsi..
sekadar pendapat..
kenapa kita perlu menghentam sesama kita umat islam bangsa melayu..
kenapa nak berpecah sebab politik.
kenapa nak mengata yang bukan2 tentang seseorang islam yang lain..
bakankah itu dilarang..
islam itu ada dimana2..
pengamalan juga berbeza..
salah dan betul hanya allah ja yang tahu..kita tak berhak pun hukum seseorag...yang ckp bkn-bukan pasal ustaz asri tu pehal..adakan orang yang ckp itu yakin yang dia dalam golongan yang diterima allah....pikirkan ...

3:57 AM

 
Blogger parid said...

salam...
apa kejadahnya yang wanbai bengang sgt dgn dr asri..apa mesti sume org islam ikot pas?? jangan jadikan politik medan untuk menjatuhkan maruah islam...ilmu untuk dikongsi. jadi takda masalah untuk berikan pendapat..btol x??
kenapa tak boleh dikritik..

4:06 AM

 
Blogger parid said...

salam..
maaf..
saya inginkan kepastian.
kenapa badrul amin terlalu marahkan dr asri sehingga bercakap kurang sopan..
saya tak nampak moral yang menunjukkan islam itu universal..
seolah-olah kita kena sokong pas dan tolak umno..
adakah dgn politik ini leh menjamin kita ke syurga...
sedarkah kita yang umat islam berpecah belah sekarang..termasuk melayu..
jadi ??
tidakkah islam itu menyatupadukan umat..
saya mohon penjelasan dari yang lebih mengetahui..

1:10 PM

 
Anonymous Anonymous said...

orang2 islam SAKIT iman yg kronik!

11:42 AM

 
Anonymous Anonymous said...

SLM...KALAULAH KERAJAANN (UMNO)SEKARANG NI MENGAMALKAN APA YANG ISLAM SURUH...TINGGALKAN APA YANG DILARANG...KEMUNGKINAN X WUJUDPUN PAS..SEBAB TU PAS PERLUKAN KUASA MEMERINTAH UNTUK MEMPERBETULKAN SEMUA KESILAPAN INI..GOLONGAN KAFIR SENANG NAK KENAL....GOLONGAN MUNAFIK MUSUH DALM SELIMUT...MEMANG SUSAH GILER NAK KENAL...NGAKU ISLAM...AMAL SEPARUH SEPARUH...KALAU BERSALAH MENCARI DALIL YANG MEGHALALKAN CARA....

4:51 PM

 
Anonymous Anonymous said...

asalamualaikum buat ustaz..saya rasa trpanggil dgn keadaan politik yg berlaku pada hari ini.smakin hari saya mrasakan se olah2 sya berada di zman tabi tabiin yg mana kbyakan ulama trutamanya golongan muktazilah berhujah mnggunakan akal ttapi tidak berhujah mnggunakan quran dan sunnah.sya ckup sdih dgn situasi politik sekarang,melihatkan orang umno dan pas bertengkar ssame sndiri dan kmudiannya ade sbahagian mreka mmutuskan silaturahim.hal ini amt bertentangan dgn islam.walaupun sya msh bersekola,ttapi sya mmpunyai akal yg di kurniakan oleh allah untuk berfikir.saya mnuntut di sekola agama,jadi serba sdikit ingin saya mmberikan sdikit pndangan dan muhasabah diri.kalaulah ustaz boleh syorkan kpd pimpinan pas pusat,sya bgitu sdh skali bagaimana orang islam itu tidak mahu bersatu wlaupun dlm islam mngajar kita spaya bersatu.smpai bila lagi kita mahu bersikap sdemikian?nabi prnah mengumpamakan bhawa kita ini(umt islam) umpama anggota badan,skiranya salah satu anggota badan sakit,yg laen akan turut mrasa sakit dan berjaga malam..inilah prumpamaan nabi,ttapi agk malang skali mlihat org islam berpecah belah seperti puak fatah dan hamas di palestin.mreka bertuhankan allah yang satu ttapi mreka bertengkar ssame sndiri.agk malang bagi mreka yg mmutuskan silaturahim krna mreka tidak akn dpt mncium bau syurga.itulah jnji allah s.w.t..alangkah bahagianya umt islam di malaysia skiranya ke dua2 parti ini dapat bersatu..ttapi trus trg sya ckp di sini.kdua2 parti ini msh ego dan tidak mahu berdamai gara2 kisah silam..tidak pyhla saya mngulas lebih panjang..tidak ada nas2 quran mahupun ijmak ulama muktabar yg mngeluarkan nas bhawa tidak di bolehkan orang islam bersatu.jd,gnekakn akal yg ada,fikirkan sbaik2nya krna saya tidk mahu org islam di negara ini mnjadi sesat...skian...wasalam

5:05 PM

 
Anonymous Anonymous said...

purification goulven asoka canceled aloud alec pricing fibre narrows technologies oftenso
lolikneri havaqatsu

6:44 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home