" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, June 23, 2007

SIAPA YANG TIDAK RETI ?

Hari ini di muka depan surat khabar Berita Harian memaparkan pertemuan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Mufti Bosnia Herzegivina Mustafa Ceric sambil diperhatikan isterinya Datin Seri Jeanne Abdullah di university of Sarajevo bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk Pembangunan Negara dalam Masyarakat berbilang Kaum di Sarajevo . Turut hadhir dalam pertemua itu ialah Isteri Ketua Mufti Aera Ceric .

Saya percaya ramai pihak tersenyum menyaksikan gambar yang terpapar di muka akhbar tersebut. Barangkali inilah kali pertama penampilan isteri baru Perdana Menteri di pentas antarabangsa dalam menyertai lawatan rasmi perdana menteri .

Respon awal saya ialah sepatutnya Ketua Mufti Bosnia Mustafa Ceric yang menyampaikan ceramah kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga merupakan Pengerusi OIC .

Saya rasa , kuliah awal yang boleh disampaikan oleh Mustafa Ceric ialah mengenai batas - batas aurat dan tanggungjawab seorang suami terhadap isteri sebelum masuk tajuk kuliah dasar yang lain seperti tanggungjawab seorang pemerintah terhadap negara dan rakyatnya.

Apa pun doa saya , pertemuan itu akan memberi erti yang amat bermakna buat Perdana Menteri kita , itupun kalau ia mahu mengerti . Jika tidak , tiada sebarang erti untuk dimengertikan . Pun begitu , saya harap rakyat pun reti - reti lah dalam menilai mana pemimpin yang mengerti dan mana pula pemimpin yang tidak mengerti .

Ermmm... tak kan itu pun tak reti ?

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Imej Pak Lah semasa diawal pertabalan menjadi PM M'sia ke-5: Seorang yang berilmu agama yg tinggi..mlhn ianya berjangkit kpd menteri2 yang lain..ie smkn ramai yg hafal ayat2 al-Quran didlm ucpn2..Alhamdulillah.. Pak Lah diharapkan 'lebih lembut' hatinya utk menerima Islam...Malahan PAS sendiri bersifat positif dgn Pak Lah...

Di pertengahan jawatan: Pilihanraya berlangsung..ternyata Pak Lah tidaklah lebih baik drpd Tun Dr Mahathir..malahan di dlm Harakah pun tlh byk disiarkan kenyataan2 Tun Dr Mahathir yang mengecam Pak Lah..PAS sudah pasti bersetuju dgn kenyataan tersebut..(mudah2an saki baki pengikut Tun akan lebih bijak dan memilih PAS dlm p/raya akan datang..(mudah2an..) mana tahu mungkin Tun sendiri akan memangkah lambang Bulan yang semakin bersinar...

?di akhir jawatan? : Pak Lah berkahwin..Alhamdulillah..M'sia dah ada wanita pertama..itulah kenyataan akhbar..namun isterinya sangat cantik bertudung..eh..silap...isterinya tidak bertudung...tiada siapa yang menimbulkan isu tersebut melainkan PAS..yang cuba berdakwah dengan anak seorg ulama'..di manakah Islam Hadhari nya? tp..PAk Lah tak baca website ni..hmm..Pak Lah baca ke Harakah?

11:17 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home