" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Friday, July 13, 2007

Isra’ dan Mikraj :
Kembara Seorang Pejuang.

Lebih kurang dua minggu lagi , ummat Islam di seluruh dunia akan menyambut ulangtahun peristiwa Isra’ dan Mikraj.

Isra’ dan Mikraj adalah merupakan satu mukjizat pengembaraan seorang Insan bertaraf Rasul untuk mengadap Tuhannya Qadhi Rabbul Jalil .

Ulama’ berbeza pendapat dalam menentukan tarikh tepat berlakunya peristiwa agung ini. Al Imam An Nawawi dan Al Qurtubi mentarjihkan pandangan yang meletakkan tahun kelima An Nubuwwah sebagai tahun berlakunya Isra’ dan Mikraj.

Sementara pandangan yang menyebut bahawa Isra’ dan Mikraj berlaku pada tanggal 27 Rejab tahun kesepuluh An Nubuwwah pula ditarjih oleh Al A’llaamah Asy Syeikh Mansur Puri .

و الله أعلم بالصواب

Apa yang menarik , ( menurut pandangan yang kedua ) peristiwa Isra’ dan Mikraj ini berlaku pada tahun yang dikenali sebagai tahun dukacita . ( عام الحزن)

Tahun Dukacita ( عام الحزن )

Ada 3 peristiwa penting yang mengheret Baginda Rasul saw. ke kancah rasa dukacita yang sangat mencengkam jiwa dan perasaan.

Kewafatan Saidatina Khadijah Rha.
Kematian Abu Talib.
Peningkatan kadar tekanan dan ancaman.

Kewafatan Saidatina Khadijah Rha.

Seorang tokoh yang sangat penting dalam hidup baginda saw. Bukan sahaja sebagai seorang Isteri tetapi juga sebagai individu yang bertanggungjawab membiayai perjuangan Baginda saw.

Khadijah Rha. adalah orang yang pertama beriman kepada Allah dan RasulNya saw. di saat orang lain kufur kepadanya , yang menghulurkan seluruh hartanya disaat orang lain memboikot perjuangan Rasulullah saw. , yang menenangkan perasaan baginda saw. di saat orang lain menyakitinya.

Tokoh yang disegani oleh seluruh penduduk Quraisy justeru beliau adalah seorang tokoh hartawan terkemuka di kalangan mereka.
Pastinya pemergian Saidatina Khadijah Rha. sangat dirasai oleh Baginda saw.

Kematian Abu Talib .

Tidak syak , sejarah sangat menyedari kehadhiran Abu Talib yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara Nabi saw. sejak kewafatan datuknya , Abdul Muttalib .

Bahkan Abu Talib selaku bapa saudaranya turut memainkan peranan penting dalam melindungi Rasulullah saw. sepanjang detik – detik cemas dan getir berhadapan dengan ancaman dan ugutan kuffar Quraisy.

Namun tokoh besar ini juga dimatikan wataknya di awal kisah perjuangan baginda Rasul saw. sementelah pula , matinya Abu Talib tanpa Iman . ( menurut pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah .)

Tentu sahaja , kehilangan watak Abu Talib yang terlalu banyak jasanya terhadap Rasulullah saw. tanpa sempat beriman , sangat memilukan perasaan baginda saw.

Peningkatan Ancaman Musuh .

Sering kali perancangan kuffar Quraisy untuk memerangkap dan menyakiti Rasulullah saw. tergendala ekoran kehadhiran 2 tokoh besar dan terbilang dalam hidup Baginda Rasul saw.

Sejurus kedua – dua tokoh tersebut meninggal dunia , ianya menjadi kesempatan terbaik buat kuffar Quraisy untuk melipat gandakan tekanan dan asakan mereka kearah perjuangan yang didokong oleh Rasulullah saw.

Penentangan yang dihadapi oleh Rasulullah saw itu adalah penentangan yang dilakukan oleh kaum kerabat dan sanak saudara baginda saw. sendiri. Pastinya fenomena ini menghiris perasaan Baginda saw. , sedang sebelumnya masyarakat Quraisy sangat mengenali keperibadian Baginda saw. sebagai insan al Amin .

Percubaan Baginda saw. menembusi benteng daerah sendiri.

Memandangkan Islam agama yang benar , di tolak mentah – mentah oleh mereka yang berada di dalam “UPU” dan “DUN” baginda saw. sendiri , Baginda saw. mengambil langkah membawa Islam ini ke Taif dengan harapan penduduk Taif boleh menerima Islam jika ianya di tolak oleh penduduk Makkah.

Ternyata , SB Makkah lebih cepat bertindak dengan melaporkan pemergian Nabi saw. ke Taif kepada pembesar – pembesar Taif. Laporan negative dan tidak benar yang dibawa itu , membuatkan pembesar Taif “menyambut” kedatangan Nabi saw. dengan batu dan kata nista yang dilemparkan kearah baginda saw. oleh pemuda – pemuda tahan lasak yang telah diupah .

Munajat Baginda saw.

Baginda saw. terpaksa pulang kembali ke Kota Makkah setelah mendapat bantahan sengit dari pembesar dan penduduk Taif. Kecederaan yang dialami oleh Baginda saw. menambah penderitaan dan kesengsaraan yang rasai dalam memimpin perjuangan suci ini.

Pertengahan jalan , Baginda Rasul saw. berhenti rehat buat seketika di sebuah kebun milik Utbah dan Syaibah bin Rabiia’h. Rasulullah saw. menadah tangan lantas bermunajat dengan hati baginda yang hiba .
[1]

اللهم إليك أشكو ضعف قوتي و قلة حيلتي و هواني على الناس يا أرحم الراحمين أنت رب المستضعفين و أنت ربي . إلى من تكلني ؟ إلي بعيد يتجهمني ؟ أم إلى عدو ملكته أمري ؟ إن لم يكن بك علي غضب فلا أبالي و لكن عافيتك هي أوسع لي . أعوذ بنور وجهك الذي أشرقت له الظلمات.

Ya Allah , kepadaMu aku mengadu betapa lemahnya kekuatanku dan betapa sedikitnya helah upayaku dan betapa hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang maha Penyayang mengatasi segala yang menyayangi ,

Engkaulah tuhan orang – orang yang lemah dan Engkaulah tuhanku. Kepada siapakah Engkau serahkan diriku ini ?

kepada orang jauh yang senantiasa memerangiku atau kepada musuh yang mahu menangkapku ? Jika tiada kemurkaanMu terhadap diriku ini , nescaya aku tidak peduli ( akan ku teruskan perjuangan ini )

Akan tetapi naungan kesejahteraanMu terlebih aku harapkan. Aku berlindung dengan cahaya keredhaanMu yang telah menerangi kegelapan.

Al Marhum Syeikhuna Sya’rawi al Mutawwalli pernah menyebut , bahawa doa ini telah didengar dan dijawab oleh Allah swt. ketika beliau menafsirkan ayat pertama dari surah Al Isra’ :
[2]

إنه هو السميع البصير

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Melihat.

Ada riwayat menyebut bagaimana Allah menghantar Malaikat yang menjaga bukit datang mengadap Nabi saw. untuk memohon izin bagi menghempaskan Bukit Taif ke atas seluruh penduduknya yang telah menyakitkan Rasulullah saw. Namun Nabi saw. tegas menjawab :

و الله بل أرجوا أن أخرج من أصلابهم من يعبد الله وحدة .

Demi Allah , bahkan apa yang aku harapkan ialah bakal lahir dari sulbi – sulbi mereka , generasi yang mengabdikan diri kepada Allah tuhan yang Esa.

Demikianlah jauhnya pandangan dakwah Nabi saw. demi masa depan agama suci ini. Ternyata kebangkitan generasi muda telah mewarnai perjuangan Islam yang telah diasaskan oleh Rasulullah saw. ini . Sabda Rasulullah saw :

أوصيكم بالشباب خيرا . فإنهم أرق أفئدة لقد بعثني الله بالحنيفية السمحة فحالفني الشباب و خالفني الشيوخ .

Aku ingatkan kamu mengenai pemuda agar diperlakukan dengan sebaiknya. Sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk. Sesungguhnya Allah telah membangkitkan aku dengan agama yang benar maka pemuda telah membantuku sementara yang tua sering menyanggahiku.

Perjuangan diselubungi Nusrah.

Saat menanggung rasa penuh dukacita , menghadapi segala musibah yang menimpa dan karenah golongan kuffar , Nabi saw. diundang oleh Allah swt. untuk naik mengadapnya guna dipamerkan kepada baginda saw. tanda – tanda keagongan Allah swt.

سبحن الذي أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصا الذي بركنا حوله لنريه من ءاياتنا إنه هو السميع البصير .

Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Surah Al Israa’ : 1

Tanda – tanda keagongan Allah swt. justeru satu bukti bahawa Allah swt. adalah Tuhan yang maha Perkasa lagi Gagah . Tiada tolok bandingnya . Tiada siapa yang mampu mengalahkannya. Itulah Allah swt. yang senantiasa menaungi perjuangan Islam ini.

Maka tiada apa lagi yang mengembirakan Nabi saw. setelah menghadapi segala penderitaan dan kesengsaraan di pentas perjuangan , melainkan baginda saw. melihat sendiri bagaimana keagongan Ilahi .

Ianya menjadi Nusrah ( pertolongan ) buat Nabi saw. dan juga kepada mereka yang menjejaki Manhaj an Nabawi ini .

Biarpun musuh sering menguasai keadaan dan pula senantiasa mempunyai kesempatan untuk menyakiti perasaan dan tubuh badan pejuang – pejuang Islam , Allah pasti sahaja tidak akan mensia – siakan mereka .

Menghayati tanda keagongan Allah swt. menjadikan pejuang Islam beroleh keyakinan bahawa perjuangan Islam ini bersandarkan satu kekuatan yang tidak mungkin dapat ditewaskan .

Fenomena inilah membuatkan Nabi saw. dan seluruh pejuang Islam di sepanjang zaman tidak lagi berasa gentar terhadap ancaman musuh , biar setinggi mana kuasa mereka , selebar mana pengaruh mereka dan sebanyak mana dana mereka , ternyata mereka teramat kerdil dan hina di sisi Allah swt.

Firman Allah swt :

و لا تهنوا في ابتغاء القوم إن تكونوا تألمون فإنهم يألمون كما تألمون و ترجون من الله ما لا يرجون .

Dan janganlah kamu berasa hina menghadapi golongan itu ( musuh kamu ) , jika kamu berasa sakit , sesungguhnya mereka juga berasa sakit sebagaimana kamu berasa sakit . sedang kamu mengharapkan ( redho ) Allah , suatu yang tidak diharapkan oleh mereka .

[1] Rujuk Sirah An Nabawiyyah Ibnu Hisyam . Hal. 48 . Juz kedua. Cetakan DarulJiil Beirut. [2] Saya masih ingat ketika mendengar ceramah Isra’ dan Mikraj yang disampaikan oleh Asy Syeikh Al Marhum Sya’rawi al Mutawwalli di Mesir satu ketika dahulu.

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

أوصيكم بالشباب خيرا . فإنهم أرق أفئدة لقد بعثني الله بالحنيفية السمحة فحالفني الشباب و خالفني الشيوخ .

Aku ingatkan kamu mengenai pemuda agar diperlakukan dengan sebaiknya. Sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk. Sesungguhnya Allah telah membangkitkan aku dengan agama yang benar maka pemuda telah membantuku sementara yang tua sering menyanggahiku.(hadis ni dr sape?kalo sy nk rujuk,kt mana boleh sy rujuk?tima ksh ats pertolongan ustz.)

5:10 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam Perjuangan Ustazanal Muhtaram..

Semoga ibar dan izoh dari Isra' dan mi'raj ini sentiasa menggamit kita ke arah memantapkan perjuangan dan sabat menghadapi mehnah fitrah perjuangan ini.

Cumanya, nak kepastian yg dimaksudkan di dalam artikel dan notakaki ustaz itu, Syaikh Sya'rawi AlMutawalli atau Imamud Du'ah Syaikh Muhammad Mutawalli Sya'rawi, pentafsir dan pendakwah terhebat di Mesir dekad yg lalu?

Jazakumullahu Khairal Jaza'

6:21 AM

 
Blogger Wan Solehah al-Halbani said...

SALAM,




Pas yang mengamalkan agama demokrasi yang kafir adalah parti politik yang KAFIR kerana amalannya itu bererti :


1. Pas melantik ahli-ahli PARLIMEN dan DUN sebagai TUHAN-TUHAN MANUSIA yang kafir, zalim dan fasik kerana :


i. Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk :


a) Memerintah ke atas manusia;
b) Membuat undang-undang untuk manusia;
c) Menjalan dan menguat kuasakan undang-undang demokrasi ke atas manusia (pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia);



ii. Mereka adalah orang-orang yang disembah sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah oleh manusia kerana segala undang-undang yang dibuat oleh mereka itu adalah ditaati dan dipatuhi oleh manusia.



2. PAS menjadikan rakyat biasa yang berada di bawah undang-undang demokrasi sebagai orang-orang kafir kerana :


i. Mereka menjadi para hamba kpd manusia yang mewujudkan sistem pengabdian manusia kpd manusia;


ii. Mereka menyembah manusia kerana mereka mentaati dan mematuhi undang-undang manusia.



Persoalan dalam amalan agama demokrasi yang syirik dan kufur ini ialah persoalan AQIDAH, iaitu amalan agama demokrasi bererti kita membuat pilihan di antara TAUHID dengan SYIRIK, di antara ISLAM dengan KAFIR, bukan membuat pilihan di antara yang kurang mudharat dengan yang lebih mudharat, dan di antara yang kurang buruk dengan yang lebih buruk.



Allah melarang kita daripada memperjuangkan Islam melalui amalan sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur ini, di antaranya adalah diasaskan kepada hujjah-hujjah berikut :



1. Tidak ada IJTIHAD dan MASLAHAH dalam masalah AQIDAH, maslahah hanya terhad kepada memilih di antara yang buruk dengan yang lebih buruk atau di antara yang mudharat dengan yang lebih mudharat, tetapi tidak untuk membuat pilihan di antara Kufur dengan Iman, Tauhid dengan Syirik ;



2. Tidak ada DHARURAH dalam amalan demokrasi, dharurah hanya dibenarkan dalam situasi yang amat terdesak yang tidak wujud lagi jalan keluar yang lain, iaitu mengikut Imam Ahmad, setelah seseorang itu diikat, atau dikurung atau dipukul dan diseksa, barulah wujudnya prinsip dharurah;



3. Falsafah “MATLAMAT MENGHALALKAN CARA” tidak dapat diterima oleh Islam kerana ianya adalah falsafah Barat dan cara pemikiran Barat yang syirik dan kufur yang dikembangkan oleh Machiavelli;



4. Rasulullah saw menolak tawaran orang-orang kafir untuk melantik Baginda sebagai Raja;



5. Membuat sesuatu kesalahan atau melibatkan diri dengan perbuatan yang merosakkan Aqidah Islam secara SENGAJA dan TERANCANG adalah dilarang oleh Allah swt;



Segala hujjah seperti yang dipaparkan di atas ini menolak konsep IJTIHAD dan MASLAHAH dalam persoalan Aqidah, dan juga menolak konsep ‘MATLAMAT MENGHALAKAN CARA’ daripada pemikiran kufur Barat yang dikemukakan oleh Machiavelli yang sama sekali berkontradiksi dengan hukum al-Quran.



Firman Allah : Fatir 10
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala madah yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkat-Nya naik ( sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). dan sebaliknya; orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesanpun) akan rosak binasa.



Ini adalah ayat al-Quran yang jelas, terang dan muktamad yang melarang kita daripada mengamalkan sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur ini untuk dijadikan sebagai metod perjuangan kita.


Saya akan berterima kasih seandai anda semua sudi untuk membuat komentar untuk kepentingan perjuangan kita bersama.


Sekian, terima kasih.




Wan Solehah al-Halbani

3:37 PM

 
Blogger Wan Solehah al-Halbani said...

Salam,

Hizbu at-Tahrir (HT) adalah satu Pergerakan Islam yang KAFIR kerana mereka membuat dakwaan yang PALSU dan BATIL yang melibatkan mereka untuk menolak ayat-ayat al-Quran yang jelas dan terang seperti berikut :


1. Mereka mengatakan bahawa Jihad, Perang dan Revolusi bukanlah tanggungjawab individu atau sesuatu golongan, tetapi tanggungjawab sesebuah KERAJAAN ISLAM seperti mana Rasulullah saw hanya berperang setelah wujudnya kerajaan Islam Medinah;


2. Mereka mengatakan bahawa tidak wujud Jihad, Perang dan Revolusi yang bertujuan untuk menegakkan sesebuah Khilafah dan mereka mengatakan juga bahawa kesemua Jihad dan Perang dalam Islam hanyalah dalam bentuk yang DEFENSIF sahaja;


3. Mereka mengatakan bahawa mereka taat dan patuh kepada Sunnah Rasulullah saw, iaitu untuk tidak memerangi sesebuah kerajaan manusia yang kafir pada zaman Jahiliyah untuk menegakkan sesebuah Khilafah memandangkan Rasulullah saw tidak memerangi kaum Quraisy Mekah;


4. Mereka mengatakan bahawa Metod Islam dalam menegakkan khilafah adalah Nussrah, iaitu menerima pertolongan daripada pihak yang lain tanpa perang dan kekerasan.


ULASAN :



1. Jihad, Perang dan Revolusi ke atas sesuatu kerajaan manusia yang syirik dan kufur adalah tanggungjawab individu atau sekumpulan individu Islam tanpa memerlukan kewujudan sesebuah kerajaan Islam (Nisa 84). Ayat ini (Nisa 84) membuktikan wujudnya REVOLUSI dalam Islam.


2. Nabi Musa as memerintahkan kaumnya agar mereka menyerang dan memerangi kaum kafir yang sedang memerintah di Baitul Maqdis (Maidah 21) – ini adalah peristiwa pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi dalam sejarah Islam.


3. Nabi Daud as melancar Jihad, Perang dan Revolusi ke atas Jalut, dan setelah mengalahkan Jalut, Baginda menegakkan Khilafah Islam dan menaiki takhta kerajaan sebagai Khalifah (Baqarah 251).


4. Allah memerintahkan kita untuk memerangi dan menghapuskan kerajaan manusia yang zalim dan menindas, serta yang mengabdikan manusia kepada kuasa manusia dan untuk menegakkan sebuah Khilafah melalui ayat-ayat al-Quran yang jelas dan terang (Baqarah 193; Hajj 40; Anfal 60). Ini adalah ayat-ayat Jihad, Perang dan Revolusi dalam bentuknya yang OFENSIF, iaitu menyerang dan memerangi musuh-musuh Islam tanpa terlebih dahulu sesuatu puak Islam itu dizalimi, diserang dan diperangi.


5. Allah memerintahkan kita untuk melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi ke atas sesebuah kerajaan manusia yang kafir pada semua masa dan situasi termasuklah pada zaman Jahiliyah kita sekarang ini kerana ayat-ayat Medinah mengenai Jihad, Perang dan Revolusi ini (Baqarah 193; Hajj 40; Anfal 60) adalah ayat-ayat yang UMUM, KEKAL, FINAL dan MUKTAMAD yang sememangnya diperuntukkan kepada semua masa dan situasi.


6. Solat, puasa, zakat, haji dan seluruh syariat Islam belum lagi wujud pada zaman Jahiliyah Mekah – mengapakah semua ibadat ritual seperti ini adalah wajib ke atas kita sekarang ini sedangkan kita masih berada di dalam era Jahiliyah?


7. Kaum Ansar yang memberi pertolongan kepada Rasulullah saw itu bukanlah golongan yang lain dan asing, malah mereka itu adalah Pergerakan Islam yang satu dan sama daripada Pergerakan Islam di Mekah, mereka didakwah oleh Abu Mu’sab bin Umair bagi pihak Baginda dan mereka berada di bawah kepimpinan Baginda sendiri. Sebelum hijrah, puak-puak Aus dan Khazraj telah memberi baiat kpd Baginda. Tidak berlaku pertolongan dpd pihak yang lain dalam peristiwa ini.


8. Rasulullah saw tidak mengatakan bahawa Nussrah adalah Metod Islam tetapi Baginda mengatakan bahawa Jihad, Perang dan Revolusi itu adalah Metod Islam dalam menegakkan sesebuah Khilafah kerana ayat-ayat Allah mengenai perintah untuk berperang terhadap sesebuah kerajaan yang kafir (Baqarah 193; Hajj 40) adalah diturunkan kepada Baginda semasa di Medinah.


9. Jumhur ulama tidak memutuskan bahawa Nussrah adalah Metod Islam bagi menegakkan sesebuah Khilafah, tetapi mereka tetap mengatakan Metod Islam adalah Jihad, Perang dan Revolusi.



Sekian, terima kasih.



Wan Solehah al-Halbani

3:38 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home