" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, August 26, 2007

BIAR PUN SIBUK

Ternyata sangkaan saya meleset teruk apabila menyangka jadual aktiviti harian saya bersama jamaah terlalu ketat dan padat.

Manakan tidak , sewaktu saya berkesempatan dalam satu majlis ceramah bersama Ayahanda Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi di DUN Kemasik Kemaman , jelas dan ketara raut wajah beliau yang sangat keletihan tetapi beliau tidak pernah tahu untuk menolak permintaan orang ramai .

Pada malam tersebut sejurus selasai solat berjamaah dan makan , Tok Guru di minta untuk tahnik empat bayi yang baru lahir ( 2 pasang bayi kembar ) . Tok guru pantas menerima laksana itu sebahagian dari kewajipan utama beliau dan cukup membuatkan kedua - kedua ibu bapa bayi tersebut tersenyum puas dan berterima kasih kepada Tok Guru.

Setelah selesai majlis tahnik , kami berangkat pula ke tapak ceramah yang dijadualkan akan berlangsung jam 9.30 malam sempena hari keluarga PASTI DUN Kemasik .

Saya sempat bertanya Tok Guru : " Ayah Chik ! lepas ceramah nanti , Ayah Chik tidur di sini ker ? " Tok Guru perlahan menjawab : " Ana akan terus ke Kuala Lumpur , pagi esok ada program di sana ."

Saya tidak memberi sebarang reaksi kerana sangat memahami tugas Tok Guru yang sangat banyak sebagai Presiden parti.

Apabila tiba giliran Tok Guru menyampaikan ceramah , ( setelah 45 minit saya mengambil tempat sebagai penceramah pertama yang diundang pada malam itu ) saya agak tersentuh mendengar suara Tok Guru . Suara yang pertama berjaya menusuk sanubari ini lantas menimbulkan kesedaran untuk menuntut ilmu dan berjuang pada tahun 1986 yang lalu ( di Masjid Rusila )

Saya tersentuh mendengar suara Tok Guru yang kian garau dan serak. Terkadang hampir tidak keluar suaranya di permulaan ceramah demikian juga sekali sekala tenggelam suaranya di pertengahan ceramah.

Keadaan fizikalnya yang telah berusia , kelihatan Tok Guru seperti memaksa untuk mengeluarkan suara bagi melontarkan lafaz dan kata yang berintonasikan semangat dan ketegasan seorang pemimpin .

Sebaik sahaja selesai ceramah , saya menghampiri Tok Guru lantas sekali lagi berkata : " Ayah Chik , teruk sangat dah suara Ayah Chik nih " Tok Guru kata : " nak buat macam mana , kebelakangan ini , 4 atau 5 program sehari dan semuanya nak kena pakai suara "

Saya diam sambil cuba untuk menahan air mata ini mengalir.

2 Comments:

Blogger zahrah said...

subhanallah maha suci Allah yg menciptakan sekalian makhluk....semoga Allah senantiasa bersama pejuang2 agama Allah ini walau dimana mereka berada. Amin....takbiirr....

8:46 AM

 
Anonymous Anonymous said...

sayu hati saya membaca mengenai hal ini. Semoga Allah lanjutkan usia Ayah Chik. Dan semoga PAS dapat melahirkan ramai pemimpin seperti TG Nik Aziz dan TG HAji Hadi Awang. Ameen

6:45 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home