" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, April 27, 2008

KEMPEN SETIAP ORANG
INFAQ SEBUAH BUKU / KITAB


Dewan Pemuda PAS Pusat telah melancarkan kempen Setiap Orang Infaq Sebuah Buku/Kitab guna melengkapkan galeri ilmu DPPP yang terletak di tingkat 2 Bangunan PAS di Jalan Raja Laut .

Target Dewan Pemuda PAS Pusat untuk fasa pertama ini memerlukan 5 ribu naskhah buku atau kitab yang bermutu untuk menjadi bahan rujukan semua pihak . Galeri ini juga terbuka kepada semua pelanggan Dewan Pemuda PAS Pusat .

Selain penglibatan dan penyertaan aktif Dewan Pemuda dalam pelbagai isu politik dan massa , Dewan Pemuda juga sangat mementingkan ilmu dan berusaha memartabatkan ilmu sehingga ilmu menjadi asas kepada apa jua gerakkerja dan kefahaman anggota parti khasnya dan masyarakat umum amnya.

Justeru itu , Dewan Pemuda sangat mengalu - alukan infaq atau sumbangan ahli DPPP , para aktivis , penyokong dan semua insan yang mementingkan ilmu untuk menghantar sebuah buku atau kitab dalam apa jua bahasa ( Malaysia , Arab dan Inggeris ) asal sahaja buku atau kitab tersebut bermutu dan muktabar untuk pembentukan fikrah , aqidah , syakhsiyyah dan pengetahuan am seperti kepimpinan , budaya , sosial , politik , ekonomi dan antarabangsa .

Syarikat buku atau Maktabah - maktabah Islami , tokoh dermawan dan semua individu prihatin dialu - alukan untuk menyumbang buku atau kitab ke Galeri Ilmu Dewan Pemuda PAS Pusat .

Sumbangan saudara semua akan dijadikan harta waqaf buat Galeri Ilmu Dewan Pemuda PAS Pusat .

Semua buku atau kitab tersebut boleh dihantar sendiri atau dikirim ke Pejabat PAS Dewan Pemuda PAS Pusat yang beralamat :

Galeri Ilmu
Dewan Pemuda PAS Pusat
Tingkat 2 Bangunan PAS
Lot 1636 Jalan Raja Laut
40450 Kuala Lumpur .

Dewan Pemuda PAS Pusat terlebih mengucapkan Jazakumullah Khairan Jaza' atau segala kemurahan hati kalian untuk menyumbang kepada pembangunan galeri ilmu DPPP ini. Semoga Allah memberkati rezeki kalian . Allahuakbar .

2 Comments:

Blogger armouris said...

camane kalau takde buku (kalau ada pun, untuk simpanan sendiri), tapi nak infaq dalam bentuk wang?

5:18 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Assalamualaikum

Alhamdulillah , kalau nak bagi wang pun boleh , sangat di alu alukan . boleh terus ke Pejabat Pemuda atau kirim melalui mana mana exco DPP Pusat utk galeri Ilmu .

Kalau nak bagi cek kena bagi atas nama Dewan Pemuda PAS Pusat .

9:31 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home