" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, May 21, 2008


Percubaan Untuk Sabotaj PAS


Saya mendapat maklumat bahawa majlis anjuran UPU Sekolah Taman Sekebun Bunga yang kononnya untuk membantah pendudukan 60 tahun Israel di Palestine telah dijadikan medan untuk propaganda syiah .


Kalau saya melihat kepada panel yang diundang iaitu Hasan Askari dan Zaini Zainal Abidin sudah cukup memperlihatkan apakah wajah sebenar program tersebut .


Dengan ini Dewan Pemuda PAS Pusat membantah program tersebut dan sangat kesal di atas sikap tidak bertanggungjawab menggunakan pentas PAS untuk tujuan jahat tersebut dengan membawa masuk pengaruh dan idea syiah ke dalam PAS sedang PAS adalah perjuangan yang berasaskan Ahlis sunnah wal Jamaah.


Saya mengharapkan agar pimpinan PAS khasnya sahabat - sahabat pemuda dapat mengambil tindakan sebenar . Saudara Yb. Zaki , Ustaz Nik Abduh , Ustaz Ahmad Baihaqi dan saudara Zuraidin mungkin boleh beri perhatian dengan menyiasat betul duduknya kes atau isu ini kemudian dapat bertindak agar pengaruh syiah tidak dibawa masuk ke dalam PAS melalui mana - mana jua pintu .

26 Comments:

Blogger abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

cerita UMNO kena hentam lagi bagus daripada PAS kena hentam...

PAS siapa nak dengar dia punya cerita.

http://pkrpasdap.blogspot.com

11:48 PM

 
Anonymous Anonymous said...

link ttg seminar itu dan jawapan utz harun taib.

http://www.youtube.com/watch?v=MPfGn2Moq0Q&eurl=http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=89852

6:51 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Mintak Maaf Ustaz,

dahulu bila Mufti Perlis kata dalam PAS ada syiah semua bantah..

sekarang memang dah wujud.

Dr.MAZA tidak anti PAS sebaliknya dia menyayangi PAS..sebab itu beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Ustaz,

Tolonglah selamatkan PAS dari pengaruh Syiah..tolonglah

saya merayu kepada Ustaz..

8:02 AM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Assalamualaikum

1:34 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Dulu kita MAZA kata PAS syiah dan MAZA tidak pernah kemukakan bukti . setiap tuduhan mesti ada bukti . Kalau dulu dia kemukakan bukti , saya tiada siapa nak bantah dia .

Adapun sekarang , isu yg berlaku di Kelantan juga bukan menunjukkan PAS itu Syiah . Dasar PAS cukup jelas . Ini adalah satu sabotaj dari mrk yg cuba untuk hancurkan PAS dari dalam dan luar .

Apakah dgn isu ini ada org nak kata PAS benar - benar syiah . Jgn pergi terlalu jauh .

Siapa jua ahli atau pimpinan PAS yg menganut faham syiah pasti shj akan dipecat dari Parti sbg mana kita telah memecat beberapa org sblm ini .

PAS bukan parti Syiah .

1:39 PM

 
Blogger Elbaritii said...

Salam.

Ust, ana copy paste pendirian ust, letak dlm blog ana.

Syukran

11:35 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Benar ustaz,

PAS tidak syiah tapi adalah amat diharapkan agar sebarang percubaan untuk memburukkan PAS harus diberi perhatian yang kuat dan tegas.

Saya tidak kata PAS syiah..tapi merayu kepada Ustaz harap membersihkan mereka yang cuba merosakkan PAS..

SAya sayangkan PAS..dan mahu PAS tidak dicalitkan kuman puak syiah ini..

11:10 PM

 
Anonymous Anonymous said...

PAS bukan saja mesti membebaskan dirinya dari syiah malah juga elemen wahabisme samada aqidahnya,metodologi fiqhnya maupun sikap ghuluw dalam mentakfir dan mentabdi' umat islam.

7:09 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam buat teman seperjuangan.

Berhubong dengan program yang diadakan di hotel Ansar itu sukalah lah dijelaskan bahawa beberapa orang dari kalangan ahli kita yang menganjurkan seminar 60 tahun Palestin dan sebagainya....

Apa yang dijelaskan ialah bahawa nama tempat UPU Sekolah taman Sekebun Bunga. Sebenarnya tidak ujud. Yang ada UPU Taman Sekebun Bunga, dalam DUN Kota Lama.

Pihak penganjur hanya menggunakan logo, nama PAS tetapi tidak ditulis nama penganjurnya samaada Cawangan, UPU, DUn hatta PAS Kawasan Kota Bharu sendiri.

Kebetulan saya antara salah seorang yang berada dalam jawatankuasa Penerangan PAS Kota Bharu juga menerima masej dari penganjur dijemput hadir ke program tersebut. PAda pagi hari tersebut saya menghubungi seorang individu yang bertugas di DUN Kota Lama bagi mendapat penjelasannya.

Tetapi samapai sekarang ianya tidak membalas sms, hello atau apa-apa sapaan saya.

Saya anggap perkara ini terpencil dan tidak perlu dibesarkan. Apa yang perlu dibesarkan ialah kegagalan UMNO dalam membela Melayu serta Islam di Malaysia, bagaimana agenda bertindak kita semua??

9:37 PM

 
Blogger voice said...

salam buat sahabat khususnya orang yang dari bahagian penerangan kawasan kota bharu..,

isu ini sepatutnya tidak dilihat sbg isu terpencil. ianya adalah isu besar yg melibatkan akidah umat Islam. Kejayaan seminar itu diadakan adalah bukti bahawa kelompok syiah ini sedang berusaha menggunakan PAS sebagai medan mereka.

buat semua,
apa yg terpancar dari komen orang kota bharu ini menunjukkan masih ramai lagi dalam kalangan orang Islam dan penggiat perjuangan Islam yang masih belum jelas lagi tentang isu syiah ini....

diharapkan semua pihak memandang isu ini dgn lebih serius sepertimana kita melihat apa yg diperlakukan oleh UMNO terhadap rakyat dan Islam....

kedua-duanya adalah isu besar....

sekian.

9:53 PM

 
Anonymous Anonymous said...

salam

ana juga berpendapat isu ini bukan isu terpencil, ianya adalah isu besar..

ana harap ustaz nasrudin,selaku timbalan DPPP mesti melakukan tindakan yg betul dlm menangani perkara ini dlm usaha menyekat dr berkembangnya pengaruh syiah dalam gerakan Islam PAS.

ana juga berharap ustaz melalui DPPP dapat mengeluarkan satu garis panduan atau kenyataan bertulis atau pekeliling atau apa sahaja agar semua peringkat kepimpinan dalam organisasi jemaah PAS mesti dibersihkan daripada mereka2 yang beraliran fikrah syiah atau cuba untuk mengembangkannya dalam PAS.

Wallahu'alam

10:05 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Akhir-akhir ini mcm-mcm puak kat malaysia ni. Kalau dulu ada Abim dan JIM, kini timbul pula pengaruh Syiah, Wahabi mahupun Hizbutahrir.

Suka atau tidak, mereka tetap ada di sini. Entahlah,.....perlukah kita "memusuhi" mereka atau sebaliknya ?

Marilah kita mohon kepada Allah Swt supaya menunjukkan jalan yg terbaik.

JOHOR MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

10:57 AM

 
Anonymous Anonymous said...

"Salam,

Akhir-akhir ini mcm-mcm puak kat malaysia ni. Kalau dulu ada Abim dan JIM, kini timbul pula pengaruh Syiah, Wahabi mahupun Hizbutahrir.

Suka atau tidak, mereka tetap ada di sini. Entahlah,.....perlukah kita "memusuhi" mereka atau sebaliknya ?

Marilah kita mohon kepada Allah Swt supaya menunjukkan jalan yg terbaik.

JOHOR MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

Saudara ni masih belum kenal siapa itu Syiah sebenarnya...Mereka ni mengkafirkan para sahabat.

Ana harap perkara ini akan ditimbulkan dalam Muktamar Pemuda Negeri nanti...

Jangan ambik remeh dan ambik tindakan kepada mereka yang terlibat menggunakan logo PAS untuk agenda sesat syiah ini.

12:47 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam semua...

Kalau masuk Syi'ah menyebabkan seseorang bakal dipecat dari PAS, kenapa ramai orang Syiah yang masih kekal dalam PAS?Antara mereka:
1-Hj Muhammad Sabu
2-Tajuddin(Pustaka Buku HIZBI,Shah Alam)
3-Nasir Mustafa (ADUN KUBANG ROTAN,Kedah)
4-Bakar Haq(Blog Penarik Beca)
5-Faisal Tehrani
6-Dan ramai lagi pemimpin PAS yang lain.Kenapa TAK BERANI PECAT mereka?Anta jgn main lepas aje cakap!!!...Anti WAHABI...

11:36 PM

 
Anonymous Anonymous said...

salam

Quote:
"Kalau masuk Syi'ah menyebabkan seseorang bakal dipecat dari PAS, kenapa ramai orang Syiah yang masih kekal dalam PAS?Antara mereka:
1-Hj Muhammad Sabu
2-Tajuddin(Pustaka Buku HIZBI,Shah Alam)
3-Nasir Mustafa (ADUN KUBANG ROTAN,Kedah)
4-Bakar Haq(Blog Penarik Beca)
5-Faisal Tehrani
6-Dan ramai lagi pemimpin PAS yang lain.Kenapa TAK BERANI PECAT mereka?Anta jgn main lepas aje cakap!!!...Anti WAHABI..."


rumusannya...ustaz nasrudin sendiri hanya berani melaungkan di dalam blog ini sahaja tanpa berani membuat tindakan susulan diperingkat jemaah (parti) kerana masih ramai yg menganut syiah ini duduk diperingkat kepimpinan PAS....oleh yang demikian, tidak hairan program2 seumpama ini rancak dijalankan kerana ianya mendapat restu daripada sebilangan pimpinan PAS.

Ana berharap agar ustaz tidak hanya berkokok mengenai syiah di dalam blog ini, tetapi mesti melakukan lebih dari itu dengan membuat tindakan susulan untuk membersihkan pengaruh syiah yang ada di dalam PAS.

Wallahu'alam

8:32 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam

Daripada kita asyik berkelahi,
mari kita sama-sama
berjuang menegakkan syariah dgn mengembalikan semula negara khilafah

khilafah.......
adalah daulah Islam utk semua
baik Syiah, Wahabi dan tentu sahaja untuk org PAS

Syabab

10:42 PM

 
Blogger Abu Sofeyyah Ad Dusuqy said...

Pas Syiah .........kesian.

Umno toghut ?? kesian....

Cina ?

India ?

Bukan toghut ? atau tolut ? ?

Jangan bergaduh.....

2:20 AM

 
Blogger azarazara said...

Klu pun Anti dengan Wahabi mestikah menyetujui Syiah.?

11:52 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Generasi silam,
berbeza pendapat dalam banyak perkara, sunni, syiah, muktazilah, khawarij, jabariyah dan macam-macam lagi,

mereka juga berbeza pendapat siapa yg layak menjadi khalifah,

tetapi mereka tidak pernah berbeza pendapat ttg kewajipan adanya khilafah.....adanya khalifah yg memimpin seluruh kaum muslimin,....
adanya negara dan pemerintahan yg mengurus Islam dan urusan kaum muslimin,

mari pakat sokong usaha-usaha utk mengembalikan khilafah

bulanmasa

5:08 PM

 
Anonymous Anonymous said...

kalau pemimpin2 pas tak lakukan sesuatu hari ini. InsyAllah dalam tempoh 50 tahun lagi Pas akan menjadi parti poilitik beraqidah syiah...
Pusat pengajian darulkautsar pernah menghantar surat kepada akhbar harakah supaya memecat Faisal Tehrani kerana dia tu terang2 syiah.lama dah.. sebelum ustaz asri bongkar kejahatan faisal tehrani menghasilkan novel2 berunsur syiah lagi.
tapi apa pemimpin pas buat ....si faisal tehrani tu sampai hari ni masih dok jadi penulis utama di harakahdaily.

10:58 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Sebuah parti Islam....sepatutnya tidak cenderung kpd mana-mana mazhab, sebaliknya terbuka utk semua mazhab.....lagipun khilafah utk seluruh ummat Islam, bukan khusus utk mazhab ttu.

PAS tak de masalah jika PAS ada fikrah yg tetap, tetapi jika tidak ada atau sekadar mengikut fikrah pemimpin semasa, akan ada masalahlah sikit. Masing-masing pemimpin akan cuba bawa ikut pemikirannya masing-masing.

Sebab tu, sebuah parti perlu ada suatu fikrah yg standard.

Jom...pakat tegakkan khilafah.

BULANMASA

3:54 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamu'alaikum w.b.t.... Selagi HUKUM ALLAH tidak tertegak, selagi itu lah umat ISLAM akan bermusuhan sesama sndr. Maka itu semua adalah kerana EGO kita sndr, kita rasa syurga ALLAH itu kita yang punya, na'uzubillah.

Maka sedarlah wahai umat ISLAM, merilah bersatu untuk menegakkan HUKUM ALLAH tidak kira parti apa kah kita. Semoga ALLAh tidak murka ke atas kita dengan bercakaran sesama sendiri, amiin :)

4:38 PM

 
Anonymous Anonymous said...

chara zaini bertutor sunggoh terang,jelas dan ikhlas.tetapi bukan jawapan yang di terima.cuma cemuhan dan kutukan,pembohongan di buat oleh ustaz2.tidak saya dengar sedikit pun zaini mengutuk ahli sunnah.tetapi sebalik nya.ustaz2 terus mengutuk mahzab syiah.nampak nya cara orang syiah lebih baik.dan kalau ikut cara zaini,insyallah akan lebih selamat.dunia dan akhirat.

11:43 PM

 
Anonymous Abu Hunaif said...

Pemuda Pas adalah tunjang parti pAS kerana merekalah bakal memimpin jemaah.Pemuda perlu tegas dalam menegakkan kebenaran walau pahit di telinga pemimpin. Kalau tidak dibersihkan fahaman syiah dalam Pas yg menyesatkan aqidah dan boleh menimbulkan anarki dalam sebuah negara.Janganlah takut menyelesaikan isu syiah dalam pas kerana bimbang pas jadi lemah. kita faham pas banyak musuh, kalau kita memerangi syiah maka bertambah lagi musuh.Maka kebimbangan sperti ini adalah tidak berasaskan kepada keyakinan yang benar. Ingatlah bagaimana tindakan Salehudin alyubi ketika mahu menawan Kota Constatinaple. Beliau menapis hanya tentera yang jadikan amalan bertahajud sahaja dipilh dalam misi menawan kota tersebut. Tindakanya dari 1 segi bermakna mengurangkan jumlah kekuatan tenteranya berhadapan kota tentera salib yg tidak berjaya ditawan sebelum ini. Namun beliau yakin bukan majoriti yg memenangkan Islam tapi kekuatan Allah. Begitu juga tindakan Abu Bakar menghantar jemaah diketuai Usamah Ziad ke Ghassan sedangkan majriti sahabat menentang kerana beranggapan kota madinah lemah berikutan kewafatan nabi, ar-riddah dl. Namun penghantaran jemaah diketuai usamah adalah wasiat nabi(nas qat'i) ijma' sahabat ditolak w/pun munasabah. Maka keputusan Abu Bakar adalah benar kerana dibekangnya ada Allah. ingatlah peperangan Hunain dimana sahabat berjumlah 12,000 dikalahkan tentera musyrikin yg berjumlah 3,000 keana keykinan kepada majoriti menyusup ke dalam hati sebilangan kecil sahabat walaupun ketika itu nabi turut berjuang bersama. Yakinlah bahawa perjuangan ini tidaklah mudah kerana bakal menghasilkan musuh dikalangan lawan dan kawan. Beristiqamahlah dalam perjuangan kerana Allah bukan kerana mencapai keredhaan pemimpin.

2:47 PM

 
Anonymous Anonymous said...

ramai jugak syiah yang komen kat sini

7:50 PM

 
Anonymous Anonymous said...

diharap pas memberi penjelasan dlm beberapa kes spt;


1. nama2 pemimpin dan ahli pas yg dikaitkan dgn syiah.
2. mat sabu perjumpa pemimpin syiria dan menyokong k'jaan syiria pimpinan basyar arshad.
3. tn guru presiden mengajak khawarij dan syiah menyertai pas dlm ucapan beliau baru2 ini.

sepatutnya pas perlu siasat segera sekiranya ada dakwaan syiah dlm pas. minta bukti dr mereka yv mendakwa. pecat segera sekiranya betul.. jgn tunggu parah baru nk perbetul. takut nanti akhirnya rakyat anggap pas adalah syiah dan natijahnya pas ditolak dlm pru....

10:11 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home