" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, September 16, 2008

AKHLAK PEJUANG
Akhlak merupakan kewibawaan dan kehebatan seorang pejuang . Malah sejarah perjuangan Islam sejak zaman Rasul saw. hinggalah ke zaman kejatuhan khilafah Othmaniyah , dunia dipertontonkan kegemilangan Islam melalui akhlak pemimpin dan pejuang - pejuangnya.
Justeru itu , Islam meletakkan hadhir atau bangkitnya Nabi saw. adalah menyempurnakan kemuliaan akhlak . Sebagaimana sabda baginda saw. :
إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
Sesungguhnya Aku dibangkitkan bagi menyempurnakan kemuliaan akhlak .
maaf ....... bersambung . untuk beri laluan kepada tazkirah Ramadhan berkait dengan Nuzul Quran dan Badar Kubra. Selepas 2 tazkirah kelak , saya akan sambung semula perbincangan mengenai akhlak pejuang yang perlu diberi perhatian oleh semua abna'ul harakah .

11 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Bila anta timbulkan akhlak seorang pejuang maka ana nak timbulkan beberapa perkara

Antara individu yg anggap adanya kumpulan Erdagon dalam PAS adalah anta sendiri. anta sepatutnya jadi org tengah dlm krisis ini atau setidak-tidaknya diam.

Bukan meyerang husam musa bertubi-tubi, kononnya husam ada agenda sebagai Timbalan Presiden tahun depan.

anta juga dakwa JIM adalah elemen utama menentang muqabalah dengan UMNO.

Walaupun ia tak terzahir dalam tulisan tapi kami dengar masa anta bersembang dengan beberapa pimpinan dalam satu majlis PAS.

Tak kan bila kita nak bela tok guru presiden kita, kita guna pendekatan mendedahkan aib mereka. Cukuplah puak-puak tu sahaja tunjuk akhlak tak baik memaki, mendedahkan aib, kta jangan terikut-ikut rentak mereka.

Tak salah bela tok guru presiden. Ana pun bersama tok guru

Tapi menyerang pimpinan tertentu dalam parti tak memberi apa-apa faedah.

saya nampak dalam hal ini, Abu Amirah al salimbari sangat rasional, Katanya dia pengerusi Lajnah Tarbiyyah DPPNP.

Sila rujuk...

http://abuamirahphg.blogspot.com/2008/09/bekalan-tarbawi-hadapi-tribulasi.html

Maaf ini sebagai muhasabah sebab anta bakal kepimpinan akan datang. Punya potensi besar, walaupun anta tak bercita-cita besar, tetapi kamu di bawah nampak potensi tu..

Salam ramadan

11:44 AM

 
Anonymous Anonymous said...

ustaz nasruddin teruskan sahaja menyampaikan pesanan dan teguran. Lagipun bukan ustaz sebut nama pemimpin secara directpun.

Bahkan bukanpun menyindir berdasarkan perbuatan mereka yang baru berlakupun.

Saya tak nampakpun ustaz mention pemimpin tertentu, semoga kita bersangka baik.

2:41 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Assalamualaikum

Keterangan lanjut boleh hubungi ana secara direct . Sukar pula rasanya nak berbincang isu ini secara terbuka .

Ana masih rasional . Isu yang menyentuh individu ana masih belum mahu atau bersedia membincangkannya secara terbuka ( kecuali keadaan memaksa ) .

apa yang ana bahas secara terbuka dalam ucapan umum dan tulisan umum ialah mengenai isu yang dibincang dengan tidak menyebut direct nama - nama individu secara terbuka.

Ana belum bersedia . so boleh hubungi ana direct untuk bincang secara tertutup .

Namun suka ana sebut bahawa ana tidak akan membiarkan begitu sahaja parasit membiak dalam parti PAS . Samaada ana tewas atau parasit itu mati .

Akhlak bukan bermakna kita diam membenarkan jamaah dirosakkan .

3:04 PM

 
Anonymous Anonymous said...

salam

bersangka baik ler ustaz...itu akhlak yg dituntut, bkn mengata di luar.

PAS ni berorganisasi, ada Jawatankuasa disiplin dan tatatertib, kalau kita rasakan ada individu yang membelakangkan jemaah, cuba nk bwk fikrah lain dlm jemaah, kenapa x kumpul bukti2 kemudian serahkan pada JK disiplin jemaah, biar diambil tindakan secara jemaah, kemudian berlapang dada la...jangan jaja keburukan orang, dlm meeting nk citer keburukan orang itu dan ini,mcm geng dia saje yg betul dan bjuang utk jemaah, yg lain menumpang jer...sedangkan fokus tentang kerja2 jemaah dan da'wah tidak diambil perhatian dgn mendalam dan berusaha untuk meningkatkan agar mencapai matlamat..

geng2 totok PAS mcm ustaz dan KP DPPWP tuh ler y menjahanamkan jemaah sebenarnya...keje x jalan jugak, hanya pandai mengata orang itu dan ini jer...

Marilah kita sama2 bermuhasabah, masing2 ada kelebihan dan kekurangan, saling perlu memerlukan,saling bantu membantu dan saling lengkap melengkapi, InsyaAllah sama2 mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

3:36 PM

 
Blogger k-one said...

Blogger Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi said...

Namun suka ana sebut bahawa ana tidak akan membiarkan begitu sahaja parasit membiak dalam parti PAS . Samaada ana tewas atau parasit itu mati .
-----------------------------------------------------
salam, tuan mengangap org lain sebagai parasit ... jgn lupa juga org lain juga menganggap geng2 tuan sebagai parasit.

bagi saya org yg tidak pandai menjaga kemenagan itulah parasit sebenarnya.

ya parasit, sebelum pilihan raya bukan main lagi, bila sesudah mendapat sedikit sokongan terutamya org bukan islam, kepercayaan itu d bakul sampahkan. sila tanya kpd mereka2 yg memberi harapan kpd kita terutamnya yg bukan islam. mejoriti mrk kecewa dgn geng2 ustaz yg bermukah dgn UMNO dalam gelap!!!

bagi saya tindakan seginilah yg merosakkan imej islam itu sendiri. org akan melihat kita tidak berpegang kpd janji . andai kata akan dtg sokongan bukan islam berkurangan terhadap PAS, bg saya ianya kesan dari tindakan parasit2 yg saya nyatakan tadi.

nampaknya yg suka bg kenyataan2 pelik kebanykkannya dtg dari individu yg belum cukup pengalaman memerintah . suka cakap sembrono tanpa memikirkan natijahnya kpd parti dan gerakan islam itu sendiri.

saudara sendiri bukan seorang DUN atau MP. (kalo saudara adalah MP / DUN , minta maaf krn saya jarang melihat aktiviti YB spt mana yg d buat oleh YB2 lain spt dr lolo). t'jawab terhadap kepercayaan yg d berikan oleh rakyat terbanyak sama sekali saudara tidak fikirkan. pernah kah saudara memikirkan sokongan berterusan dari rakyat berbilang agama dan bangsa kpd PAS akan dtg?. sejauh manakah kerosakan yg telah berlaku sehingga menjejaskan keyakinan pengundi2 kita? sejauh manakah kita telah memberi yg terbaik kpd msyrkt?
yg saya lihat saudara kokokkan sepertinya utk meluaskan pengaruh diri dlm parti sahaja.

saudara, adakah pihak2 yg saudara anggap parasit itu adalah pihak2 yg inginkan perubahan dan menentang utk pergabungan dgn UMNO sptmana yg d tuntut dlm muktamar yg lalu? sptmana yg saudara ketahui salah seorang drnya adalah tokguru nik aziz.

utk maklman saudara, majoriti rakan2 saya yg islam mahupun bukan islam menghormati dan menyokong tok guru nik aziz. kami kagum dgn kaedah yg beliau bawa sehingga berjaya mempertahankan kelantan. kami percaya tok guru nik aziz telah menerapkan nilai2 islam yg baik dlm pemerintahan d kelantan dan iaya berjaya. oleh sebab itu kami menyokong PAS.

1 perkara, sila buang kan sikap dengki dan iri hati terharap org lain terutamanya d kalangan ahli parti. dengki2 dan mencari populariti kerja org UMNO.

10:57 PM

 
Anonymous Anonymous said...

salam

kita patutnya meraikan shbt2 dr JIM, ABIM, TABLIGH dan lain2 yg nk intima' dengan PAS dan bersama2 dalam melaksanakan kerja2 Islam, bukannya kita bersangka mcm2 pada mereka.

Jika ada apa2 salah dan silap mereka, kita berlapang dada lah, masing2 mungkin ada idea2 yg mereka ingin laksanakan yg mungkin sebelum ini tidak terfikir oleh orang2 yg dah lama dalam PAS.

Jika ada kesalahan dalam tutur bicara mereka, atau kelakuan mereka anggaplah itu sbg kelemahan mereka kerana setiap orang ni secara fitrah nya mmg berbeza dr segi pemikiran.

Bukan dengan cara kita jaja keburukan orang, kita nk citer segala macam buruk ABIM, JIM, asal usul ABIM, JIM dll. Ungkit zaman belajar kat universiti pasal JIM, ABIM, ALAMI dsbgnya. Apa guna??? patutnya bila kita dh keluar dr zaman universiti, kita bersikap matang jgn masih terbawa2 zaman universiti dulu, yg mana zaman itu byk tindakan kita masih dihantui dengan emosi.

Buat apa kita beriya-iya nak menyakinkan dan menanam doktrin kebencian terhadap shbt2 dr ABIM, JIM dll kepada shbt2 lain.

Senangnya melabel orang sbg parasit!!!!

Marilah kita sama2 muhasabah diri kita, marilah kita sama2 bekerja dengan ikatan ukhuwwah.

1:47 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Kita boleh lihat dari tulisan desperate orang yang mengutuk ust nasrudin ini.

Hanya kerana ustaz menyampaikan tazkirah dan nasihat berbentuk umum, mereka terloncat-loncat dan membentuk solidariti yang berpuak-puak.

Maka di kaitkan sekali pimpinan teratas Pas untuk dilagakan dengan ust nasrudin ini.

Kesian, sampaikan KP DPPWP di selar buruk oleh orang-orang ni.

Namun saya ingat peringatan TG Presiden dalam jaulah tarbawinya, "kadangkala soal fahaman berlainan berleluasa dalam Pas itu perkara yang lumrah, namun seorang ahli harus meraikan mereka." Walaupun ketika itu ada dikalangan kami yang mengaitkan terus dengan nama jemaah yang di maksudkan.

Semoga ust nasrudin jangan terikut dengan rentak kasar mereka. Mereka memang mahukan ustaz nasrudin tergelincir dari treck kaedah penyampaian ini.

Teruskan menyampaikan tazkirah dan nasihat secara berhemah.

Ikut hikmah tuan guru berdua menyampaikan nasihat. Ustaz nasrudin adalah di antara penasihat yang menjadi penenang hati ketika saya bergundah gulana ketika jemaah kita dilanda ombak gelora ini.

3:52 AM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Assalamualaikum

Hah , sahabat - sahabat salah faham ni .

1. Ana jelaskan bahawa ana belum bersedia bincang soal - soal sensitif dan membabitkan individu secara terbuka .

2. Ana serang Husam Musa bertubi - tubi ? Rasanya tak betul tu tanggapan . Dalam perkara tertentu memang ada bahagian yang ana tidak setuju dengan Husam . ( Namun dia mungkin betul ) . Ana nyatakan rasa tak setuju dan tak puas hati ketika bersama kawan - kawan bukan bermakna ana membencinya dan jauh sekali menyerangnya bertubi - tubi .

3. Ana tegaskan bahawa ana akan lawan parasit . Ya , ana kira semua org kena tentang parasit nih. Parasitkan spesis yg merbahaya . dia bukan menumpang tetapi merosakkan . Kalau nak menumpang ahlan wa sahlan . Yang ana tentang ni ialah yang merosakkan .

Ana tidak pula menyenaraikan Abim , JIM dan lain - lain sebagai parasit . Parasit pada ana ialah yang melakukan kerosakan .

Yang tidak melakukan kerosakan kepada parti tetapi membawa perubahan yg baik kpd parti, itu bukan parasit.

demikian juga yg menentang penggabungan dgn UMNO BN , itu bukan parasit . Ana pun menentang penggabungan dgn UMNO dan BN.

Jauh sekali salah tanggap terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz . Ana ni antara anak murid beliau yang menuntut dan menadah kitab saban pagi jumaat di Kota Bharu sewaktu ana belajar di Pondok dulu . ( walau kena marah oleh sebahagian ustaz pondok , ana konsisten belajar tafsir seminggu sekali )

10:00 AM

 
Blogger muhd_abduhu said...

"walaa tanaza'u fa tafsyalu wa tazhaba rihukum"

" hasibuu anfusakum qabla an tuhasabuu"

" ...kabura maqtan 'indaLlahi an taqulu ma la taf'alun. InnaLlaha yuhibbullazina yuqatiluna fi sabilihi saffan ka annahum bunyanum marsus"

12:09 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Alhamdulillah, jawapan dari ustaz ini jelas mendekatkan jarak antara sahabat kita sejemaah.

Insya Allah sahabat semua, saya yakin anta semua ikhlas dalam menegur. Semoga kita semua masih dalam naungan rahmat Allah.

6:10 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Islam dari Allah sedangkan pas itu dari manusia.. janganlah rasa diri lebih mulia dari orang lain bila masuk pas sehingga sampai sanggup keluarkan statement "kalau ada kepentingan peribadi yang nak diperjuangkan jangan masuk pas , masuk jemaah lain.." seolah2 pas satu2nya platform tuk pejuangkan islam dan jemaah lain sekadar jemaah picisan yg tidak menyumbang apa2 makna besar dalam perjuangan mendaulatkan Islam di bumi malaysia ni... nampak sangat kita membanggakan jemaah pas yg terbaik antara semua jamaah dan hanya pandangan orang2 kita saja yg benar seolah2 islam itu hak milik ekslusif oleh satu parti dan jemaah jer (PAS)... dulu dok kutuk UMNO "Islam bukan hak ekslusif milik orang melayu sahaja" tapi hari ni islam ni macam jadi hak ekslusif milik PAS sehingga orang yg tak ikut parti dan jemaah ni dianggap tak berapa betul, Islam ala PAS jer yg betul.. pandai kutuk2 orang , akhirnya yg kutuk 2X5 dengan yg dikutuk.. saya lihat kurang keterbukaan dalam parti pas... pada ustaz sebelum nasihat orang perbetulkan ahlak ustaz kena buat terlebih dahulu.. tarbiyyah mulut orang2 PAS bermula ngan ustaz sbagai pimpinan supaya xde lagi orang pas bila ceramah kutuk , maki dan umpat orang yg mana nabi tak pernah menunjukkan ahlak mencaci maki orang ketika berdakwah...

3:41 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home