" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, September 24, 2008

JANJI ANWAR PADA PAS

Begitulah tajuk utama Sinar Harian hari ini 24 Sept. Dato' Seri Anwar berjanji tidak akan pinggirkan pemimpin parti Islam ( PAS ) sekiranya PAKATAN berkuasa di peringkat Nasional.

Alhamdulillah , sekurang - kurangnya ada asas untuk semua pihak menyokong PAKATAN membentuk kerajaan baru kelak .

Saya doakan agar benar janji dikota dan semoga Allah memberi kekuatan kepada semua pimpinan PAKATAN untuk memacu perjuangan yang tiada tepinya ini agar al haq terus bertakhta .

Saya yakin dan percaya , sebarang pertemuan dan perbincangan yang menemukan 3 pimpinan teringgi PAKATAN ini , kiranya bertolak dari hati yang ikhlas untuk Islam akan terus meletakkan UMNO dan BN dalam resah dan gelisah .

10 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Alhamdulillah...
mudah2an ikatan perjuangan kita dlm PR semakin kuat n mantap...
camni la yg kita mau...

9:00 PM

 
Blogger Wak On The Roof said...

Salam

Adakah gambar ini benar-benar mencerminkan kearah kemantapan Pakatan Rakyat ? Di mana Lim Kit Siang ?

Apa perasaan DAP agaknya ? Semoga tidak timbul curiga hendakNya.

Tahniah buat sebahagian kepimpinan Pakatan Rakyat dalam merungkaikan permasalah peralihan kuasa.

Diharapkan selepas ini tiada lagi insiden yang menampakan tiada persepakatan didalam Pakatan Rakyat amnya.

Presiden PAS sebelum ini umpama yoyo bila mengeluarkan kenyataan yang bersangkutan Pakatan Rakyat seolah hajat seseorg tidak kesampaian atau peribahasanya Mat Jenin.

Nasibla mamat tu ada cita-cita@angan-angan yang hampir menemui endingnya.

Mamat nie laju dalam bab politik sampai nak ligan pon susah kata orang Kedah. Nasib baik ada seorang tua dalam PAS yang bleh ikut lagi. Presiden, wang wing ghata cerok dah, tut tut orang senegeri Presiden plak buat kenyataan yang haghu plak tu. Orang tua nie kena peringat plak keputusan Muktamar di Perak dulu tu supaya mengukuh Pakatan Rakyat. Haghu Haghu Haghu. Nila yang nak kata wala',thiqah dsb.
Pakar Strategi plak tu. Buat Malu eaaaa. Apa pon dah settle. Lega skit.

Apa tu , apa tu , Politik.

Ikhwanul Muslimin hebat dan menjadi rujukan gerakan Islam yang lain tapi kat sini macam tak menjadi plak. Berjuang atas 1 nama sahaja plak tu.

Fikirlah kemana halatuju yang ingin dibawa atas nama Islam atau Keadilan yang menjadi satu mekanisma didalam Islam.

Berilah Yang Terbaik Untuk Rakyat.

12:28 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Baru betul prosedur, datang 'mengadap' Tok Guru . Tapi boleh percaya ker? Ada tak Anwar cakap "InsyaAllah"? kalau tak , jadi macam 16 sept hari tu lah , beriya -iya kata nak tukar kerajaan , last-last , habuk pun 'ilek '.

Ish ish ...

AntiOrgTipuUlama

2:03 AM

 
Anonymous PR SUpporter said...

Aiks....Abis sebelum ni Anwar tak berjanji macam itu ke. Janji kat Penang macamana? dah tertunai ke belum kat PAS?

12:34 PM

 
Anonymous Anonymous said...

TGNA sepatutnya kena ada dlm setiap pertemuan @ mesyuarat supaya dia dapat maklumat yg betul bukannya melalui anai2 disekelilingnya tu...tu yg haru biru pas jadinya

4:18 AM

 
Blogger The Sith said...

Renunglah sejarah. Ingatlah apa yg telah berlaku di Indonesia semasa Sukarno mahu membebaskan Indonesia. Apa yg dijanjikan beliau kpd Pimpinan Islam ?? Lihat apa janji Jamal A Nasser kpd Hassan Al Banna & Ikhwan. Setelah berkuasa apa yg beliau lakukan ?? Awaslah perangkap gerakan Freemason & Illuminati yg mahu mengusai dunia...

4:32 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Wak on the roof...

mungkin wak tersilap info...
bukan presiden kata PR angan-angan mat jenin.

Ayat tu keluar bila wartawan minta Prseiden bagi komen dengan usul Dewan Pemuda dan Dewan Ulama' supaya jawatan PM diserahkan kepada beliau. Itulah yang dikatakan bahawa beliau tak berpolitik macam mat jenin.

2:57 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Ustaz , janji org pasik ni buleh pakai ker ?

janji 16 sept pun tak betul pas tu nak janji laksanakan Islam sdg dia tak pernah minta maaf atas kesalahan dia hina pas dan perjuangan islam sebelum nih

aku ingat anwar ni opurtunis dan pragmatis . awasi helah anwar agar kita tak terperangkap

1:36 PM

 
Blogger Wak On The Roof said...

Salam...

Buat anonymous

TQ . Sebenarnya tak semua manusia ini lurus bendul. Sifatnya berbeza-beza, bicara bila perlu tak kira kedudukannya. Kesannya kepada lain bagaimana ?

P/S : Letak nama samaran senang nak panggil.

8:40 PM

 
Blogger aNaK BaPaK said...

memang tak semua manusia itu lurus bendul..maknanya dalam tak semua itu ada yang tak lurus..dapatkah kita pastikan dia lurus atau tidak sebab matlamatnya ada dalam hatinya???

7:16 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home