" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, January 21, 2009

GAZZAH : NERAKA ISRAEL

Sumber : http://arruhuljadid86.blogspot.com/
Sebuah laporan yang tidak anda perolehi dari
Media Pro Amerika

Pada pukul 10.30 waktu mesir 19 Jan 09 telah diadakan sidang media oleh Brieged Qassam yang diwakili oleh Abu Ubaidah. Ini diantara butir2 dalam sidang media tersebut:

80 TENTERA ISRAEL YG TERBUNUH (PALING KURANG)

49 DIBUNUH SECARA SECARA LANGSUNG.
48 SYAHID DIKALANGAN PEJUANG BRIGED QASSAM

MENJATUHKAN PESAWAT PENINJAU TANPA PILOT

MENEMBAK 4 HELIKOPTER

MEMUSNAHKAN 47 KERETA KEBAL DAN KENDERAAN TENTERA

MELANCARKAN 980 ROKET DAN MISIL KEARAH BANDAR2 ISRAEL

TIDAK ADA SEORANG PUN DIKALANG PEJUANG YANG DITANGKAP.

MELETUPKAN 79 BOM KE ARAH TENTERA ISRAEL.

MENEMBAK HENDAP 53 ORANG TENTERA ISRAEL

MELANCARKAN 12 SERANGAN HENDAP

BERTEMPUR SECARA BERDEPAN 19 KALI

MENAWAN TENTERA2 ISRAEL SEBANYAK 2 KALI DAN SEMUA TENTERA YANG DITAWAN SUDAH DIBOM OLEH JET PEJUANG ISRAEL

BERJAYA MELANCARKAN SATU SERANGAN BERANI MATI DI ATAS KERETA KEBAL ISRAEL.

MENGHENTIKAN SERANGAN (setelah 13 jam Israel mengistiharkan genjatan senjata sebelah pihak) DAN MEMBERI MASA SEMINGGU KEPADA TENTERA ISRAEL UNTUK KELUAR DARIPADA BUMI GAZZA.

Mereka telah menyatakan kejayaan mereka dalam peperangan dengan tentera Israel. Ini kerana mereka berjaya memusnahkan mekanisma ketenteraan israel dan menundukkan Israel untuk keluar secara berperingkat. Adapun Israel tidak mencapai matlamat mereka untuk menghapuskan hamas.

Malahan Abu Ubaidah mengatakan amat sedikit kerugian yang mereka alami dalam peperangan ini. Abu Ubaidah berkata 23 masjid telah dimusnahkan keseluruhannya oleh Israel dgn alas an ia tempat persembunyian para pejuang. Beliau menafikan pejuang bersembunyi di masjid walau sebuah pun.

Bila ditanya tentang pihak keamanan antarabangsa yang hendak menghalang senjata2 diseludup ke pada mereka, beliau menjawab:

"ليفعلوا ما شاؤوا، فإدخال السلاح الطاهر وصناعة السلاح المقاوم هو مهمتنا، ونعرف جيدا كيف ندخله".

Buatlah apa yang mereka mahu, mendapatkan senjata yang bersih dan membuat senjata pejuang adalah tugas kami. Kami amat mengetahui bagaimana untuk mendapatkannya.”

Ulasan: Pasukan briged Qassam dan briged2 yang lain telah mencapai matlamat mereka iaitu menghalau Israel dr bumi. Adapun Israel tidak berjaya kerana gagal mencapai matlamat mereka. Kenyataan ini disokong dengan kenyataan parti likud (Israel)yg mengatakan tentera Israel tidak mencapai matlamat mereka dan mereka perlu meneruskan serangan terhadap hammas.

Kemenangan ini disifatkan oleh Ismail Haniah sebagai kemenangan ketuhanan (intisor rabbani) dan ianya dimiliki oleh semua orang Islam. Kekuatan ketenteraan pejuang hamas tidak terjejas melainkan sedikit. Tidak ada sorang pejuang pun yang ditangkap.

Tentera Israel hanya menangkap orang awam sahaja. 1300 manusia (sehingga saat artikel ini ditulis) yang dibunuh adalah orang awam yang mana 410 dari jumlah tersebut dikalangan kanak2 dan 104 dikangan wanita. Kemusnahan secara besar2an hanya pada bangunan awam dan rumah penduduk bukannya pada kekuatan ketenteraan pejuang palestin.

Abu Ubaidah menyifatkan kekuatan roket mereka tidak terkesan dengan peperangan selama 22 hari tersebut. Ini kerana kekuatan mereka sangat besar sperti yang dinyatakan oleh pakar ketenteraan Sofwat Zayyat bahawa al-Qassam memiliki puluhan ribu tentera dan tidak kurang 5000 roket. Semoga para pejuang palestin tetap teguh melawan kezaliman tentera Israel. Sabda Nabi saw:

لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين ، لعدوهم قاهرين ، لا يضرهم من جابههم ، إلا ما أصابهم من لأواء
حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك.)) قالوا : وأين هم يا رسول الله؟ قال (( ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس
Maksudnya: “Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh2 mereka dan orang2 yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.”

(Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah)

Semoga kita tetap terus memberikan doa, infaq dan boikot untuk mereka. Jangan hangat2 tahi himar je. Doa, infaq dan boikot dulu, kini dan selamanya.Yang lebih utama kita menjadi tonggak-tonggak Islam yg berilmu, beramal dan ikhlas.

Bukan sekadar penyokong kerana itu hanya lah buih2 yg lemah. Tonggak Islam mestilah berilmu sebanyak mungkin, mengamalkan segala ilmu Islam dan menyebarkan dan memperjuangkan ajarannya sehingga nafas terakhir.

Rujukan: Siaran tv Al-Jazeera, laman web al-Jazeera, buku al-Quds qadiyyah kullu muslim oleh Qardawi.

Email dari : awe_kmehe@yahoo.com [mygamis] Hamas dan pejuang palestin Boleh juga baca disini: http://akhisalman.blogspot.com/

7 Comments:

Anonymous Anonymous said...

AlhamduliLlah kepada Tuhan yang telah menolong para MujahidDiin !!

Demikianlah dapat kita lihat sendiri bukti pertolonganNya dan kebaculan para musuh-musuh Allah swt. Sememangnya Qur'an telah menyatakan bahawa Yahudi laknatuLlah ini memang jenis manusia yang takut mati. Kalau boleh nak hidup 1,000 tahun.

Itulah bukti yang jelas bahawa MujahidDiin tidak perlu bergencatan senjata dan mengambil jalan mempertahankan diri di tanah Ghazza sahaja. Sebab itu memberi kesan kepada orang awam dan moral perjuangan. Tetapi yang wajib dibuat ialah menyerang dan membebaskan bumi Khilafah yang dirampas dalam peperangan yang lama dahulu. Perjuangan jihad mesti dibawa ke bumi yang dirampas dan tidak di Ghazzah sebab ianya sebahagian dari hak yang dirampas dahulu. Sempadan tidak boleh mengikut Sempadan 1967 tetapi mengikut sempadan yang sebenarnya. Sama seperti yang dilaksanakan oleh para mujahidDiin di Iraq dan Afghanistan. Mereka tidak menunggu di rumah masing-masing untuk mempertahankannya tetapi masuk ke dalam dan menyerang. Jika itu dilaksana kemenangan membebaskan Palestine insyaAllah akan menghampiri kita sejengkal demi sejengkal. Ingat Yahudi takut mati !!.

Sehubungan boikot, sekadar pandangan, tumpuan sepatutnya ditumpukan kepada benda-benda yang paling jelas haramnya yang tidak sahaja berasal dari Israel. Kesemua ini mesti dan wajib diboikot dan diharamkan tidak kira musimnya. Samaada musim perang atau musim gencatan senjata. Yahudi-yahudi yang berkerja di firma2 di Malaysia mesti dikenalpasti dan diusir. Ada ramai tu. Kerajaan mesti ditekan untuk melaksanakan. Pengaruh politik atau pertimbangan undi kena tolak ketepi. Kalau Iran yang Syiah boleh buat, Venezuela yang kafir boleh buat kenapa Sunni masih bergelumang dengan tangan-tangan halus Yahudi ni. Korporat2 yang ada saham dari sumber yang haram mesti diboikot haramkan. Barang-barang haram seperti panggung wayang yang menyebarkan pengaruh imperialis secara halus, saluran-saluran hiburan dan sukan-sukan lagha wajib diboikot haramkan. Senarainya sungguh panjang. Demokrasi juga boleh diboikot haramkan. Berkerjasama dengan orang kafir juga kita kena boikot haramkan.

Kerana, yang haram tetap haram dan yang halal tetap halal.

Kita kena betul-betul serius dan jangan hangat-hangat tahi lembu seperti kata saudara ruhaljadid atau sekadar melepaskan ludah di serambi masjid. Baru orang respek.

Semoga kita diberi kekuatan untuk memegang haq walaupun dibenci oleh orang2 kafir dan munafiqin. Amin Ya Rabbal'alamiin.

TOKPAKIR

8:50 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Alhamdulillah....sekali lagi ummat membuktikan bahawa mereka berbeza dgn para pemimpin mereka yg pengecut dan pengkhianat Islam.

Apa yg berlaku jelas membuktikan bahawa Raja Abdullah, Presiden Hosni Mubarak dan lain-lain adalah hamba kepada Yahudi dan Amerika.

Kaum muslimin seharusnya sedar dan bangkit untuk menegakkan khilafah.

Semua gerakan Islam seharusnya lebih nyaring dan lantang lagi dalam mengajak ummat supaya mereka meruntuhkan sistem kufur dan kemudian menegakkan syariat Allah Swt.

Bebaskan Palestin dengan Khilafah,
Bebaskan Ummah dengan khilafah,
Ayo...kita bersama-sama berjuang menegakkan Khilafah !

RIRK

12:54 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Sungguh menjijikkan apabila Husni Mubrak dan Raja Abdullah Saudi memihak kpd Israel. Dua Pemimpin negara yg mmpunyai syiar Islam. Saudi dgn Makah dan Madinahnya. mesir dgn azharnya. cuba bayangkan kalau alazhar dan dan ulama haramain bersatu menentang Israel dan mengajak ummat seluruhnya berdemontrasi di masjidil haram . branikah lagi Israel?

1:22 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Amat menjijikkan bila pemimpin-pemimpin Arab hanya menjadi 'orang tengah' dalam penyembelihan umat Islam di Gaza.

Jelaslah, siapa musuh Yahudi sebenarnya, siapa yang hanya retorik Khilafah dan siapa pejuang sebenarnya.

KRIR

4:23 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Pejuang tidak berjuang di rumah sendiri. Pejuang menyerang bukan mempertahankan diri saja.

10:04 AM

 
Anonymous Anonymous said...

KRIR, hang ni memperjuangkan Islam ka...memperjuangkan Pas ?

Hang kena perbetuikan sikit mentaliti hang tu. Hang sepatutnya bersyukur apabila ada dikalangan muslim yg mahu tegaknya syariat dan khilafah.

Tak kiralah samada org tu joint pas atau tidak, yg penting dia nak Islam.

Yg kita tak mau tu kalau depa tak mahu Islam atau khilafah.

Bijak sikit noo....

5:41 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Hang tu yang bebal, hang ingat penubuhan Pas, Ikhwanul Muslimin tu takde kena mengena ngan Khilafah?

Janganlah bila sebut Khilafah mesti HT.. Jangan bebal dan jumud ok!!

KRIR

11:48 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home