" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, January 22, 2009

GERAKAN AMAL TARBAWI
WAJIB DIPERKASA

Sebagai sebuah Gerakan Islam , Amal Tarbawi menjadi tunjang kekuatan dan keutuhannya mendepani cabaran dan menyerap tekanan . Malah Amal Tarbawi melengkapi segala zat dan galian yang diperlukan oleh Gerakan Islam bagi menguatkan otot serta memperkasakan stamina guna menggalas berat beban perjuangan mendaulatkan Syariat Allah swt .

Tanpa Amal Tarbawi atau perlaksanaan Amal Tarbawi yang lemah serta tidak konsisten bakal mengundang 1001 masaalah dalaman yang mencetus konflik atau krisis . Besar kemungkinan bahawa segala konflik dan krisis dalaman itu berlarutan dan sukar pula diatasi ekoran dari lemah dan lembabnya perlaksanaan Amal Tarbawi .

Amal Tarbawi sangat berkait rapat dengan pengkaderan serta pembinaan aqidah , fikrah dan syakhsiyyah . Agar setiap anggota Gerakan Islam samaada pemimpin atau ahli biasa , wakil rakyat atau staff pejabat memiliki skima pentarbiyyahan yang mantap dan lengkap .

Aqidah mereka aqidah yang tulen , fikrah mereka fikrah yang jelas dan syakhsiyah mereka pula adalah syakhsiyyah yang soleh . Inilah rahsia kekuatan Gerakan Islam sehingga ia mampu bertahan dalam menangkis dan mengelak serangan musuh yang bertubi arus dari segenap sudut.

Apabila Amal Tarbawi mula tidak diendah atau perlaksanaannya bersifat acuh tidak acuh lantaran memberi keutamaan kepada skil politik seperti penampilan imej , kenyataan media , penampilan di tengah - tengah kemelut masyarakat , mengupas dan menjuarai isu , enggagement dengan pelbagai pihak dan sebagainya lagi yang saya tidak nafikan kepentingannya , maka ia membawa implikasi yang besar dan sukar buat masa depan perjuangan .

Kita kelak mungkin dilihat hebat dan gah pada zahirnya dek penampilan dan penonjolan imej politik yang luar biasa tetapi individu anggota dan jamaah itu sendiri terdedah kepada hakisan nilai fundemental dan spiritual Harakah Islamiyyah .

Contoh mudah yang boleh saya ketengahkan ialah merosotnya nilai ukhuwwah fillah lantaran sejak lama dulu , usrah di abaikan , tamrin ditinggalkan , qiamulail dilupakan , ziarah diketepikan . Mungkin kerana kita nak beri tumpuan kepada ceramah umum , pertemuan - pertemuan politik dengan rakan saingan politik yang lain , hubungan dengan pihak media agar menyiarkan kenyataan politik kita , mesyuarat merangka strategi untuk saling mendahului antara satu sama lain terutama menjelang musim muktamar yang ada pemilihan kepimpinan .

Sedang usrah memberi peluang kita mempertaut hubungan atau ukhuwwah fillah dikalangan kita melalui bertanya khabar , makan setalam , bertentang mata , bahu membahu , sama - sama mengaminkan doa rabitah dan lain - lain elemen [ disamping usrah menggarap fikrah melalui tasawwur Amal Islami yang jelas ,] yang mungkin kita lihat ianya kecil tetapi nilainya besar dalam mengukuhkan silah dan rabitah perjuangan antara anggota Gerakan Islam .

Tanpa usrah , tamrin dan lain - lain aktiviti Amal Tarbawi , dapat dilihat kesannya hari ini . Bermula dengan renggang hubungan antara anggota sesama anggota mahu pun anggota dengan pimpinan , ianya mengheret kita kepada suasana yang lebih sukar iaitu mudah berburuk sangka dan mudah tercetus pergeseran sesama sendiri hanya dengan sedikit khilaf atau isu kecil yang saya percaya ianya tidak akan mencetus pergeseran apalagi pertegkaran jika ukhuwwah diantara kita tebal dan kebal .

Sementara itu , tiada siapa yang boleh menafikan bahawa ukhuwwah sangat penting bagi sebuah Gerakan Islam . Ianya menguatkan benteng atau kubu perjuangan dari asakan musuh yang mahu memcahbelahkan saf kita , semangat kerja berpasukan , melancarkan orientasi gerakkerja yang dirancang , mengelak krisis dan perpecahan dalaman dan sebagainya .

Lebih bermakna jika perjuangan yang kita dokong ini bertunjangkan ukhuwwah fillah yang mantap lantas ia menghasilkan kemanisan berjuang dan kelazatan berjamaah . Kemanisan dan kelazatan ini bagai formula yang paling kental bagi mengelak berlakunya futur dalam perjuangan apalagi insiden keluar jamaah meninggalkan perjuangan atau pecah wala' dan retak thiqah kepada pimpinan .

Itu baru kita bercakap soal ukhuwwah . Masih banyak lagi perkara lain yang juga penting seperti soal wala' , thiqah , dengar dan taat , iltizam atau komitmen , istiqamah atau pro aktif , tadhiyyah atau pengorbanan dan banyak lagi , yang hanya mahu dihasilkan melalui Amal Tarbawi .

Kesimpulannya , adalah menjadi kewajipan kita di semua peringkat , cawangan , kawasan , negeri , pusat bahkan dewan - dewan untuk melihat semula isu Amal Tarbawi yang sedikit sebanyak mengalami gangguan perlaksanaannya masa kini .

Mudah untuk dikesan , saya sebutkan disini betapa jika kita cadangkan program bermalam seperti 2 hari satu malam atau lebih , akan ada pandangan yang menolaknya dengan alasan kalau kita buat program melibatkan aktiviti bermalam , bimbang penyertaan kurang atau program itu bakal tidak mendapat sambutan . Lebih parah , pandangan seperti ini mewakili ramai dikalangan ajk mesyuarat tersebut .

Aktiviti Amal Tarbawi tidaklah sekadar usrah dan tamrin justeru Tarbiyyah bukan suatu yang rigid . Kita boleh menampilkan apa jua bentuk aktiviti asal sahaja membawa kita ke arah pencapaian yang menepati piawaian sebuah Gerakan Islam dengan elemen - elemen yang saya sebutkan tadi .

Kreativiti dalam menganjurkan aktiviti agar tidak dilihat stereo type atau jumud dan sebagainya sangat diperlukan . Yang penting kita perkasakan Amal Tarbawi . Harap gesaan ini mendapat sambutan semua pihak organ parti atau jamaah .

Segala kelemahan jangan dibiarkan berlarutan kelak ia membarah . Segala kekurangan jangan dipandang sebelah mata kelak ia membusung . Segala masaalah jangan dianggap remeh kelak ia meruncing .

Selamat memperkasakan Amal Tarbawi .

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Assalamua'alaikum w.b.t,

Saya rasa ada baiknya PAS menggerakkan ahli-ahlinya dalam 3-man cell seperti yang dilakukan oleh mujahideen-mujahideen Hamas.
Saya juga mencadangkan PAS menubuhkan satu stesen TV umum seperti Al-Aqsa Channel (Hamas) dan Al-Manar (Hizbullah). Ini hanya cadangan untuk pemantapan amal tarbawi.

6:04 AM

 
Blogger Fia_rindui said...

Salam Perjuangan...apa khabar akhi Nasaruddin..?ana zamri jantan sahabat masa di syria,ana memang setuju betul dengan gesaan anta tu,nampak macam makin longgar ukhuwah dan beberapa perkara lain lagi yang kita sedia maklum,semua ini akan menjurus kepada kegagalan serta kelemahan yang perlu segera diatasi.

Ana ni cuma banyak bergerak secara kecil kecilan aje,harap anta yang berada di depan banyak membantu menggerakkan usaha tu,tapi walaubagaimanapun ana tidak meremehkan peranan kumpulan amat penting,pemimpi juga kena jadi pemangkin.

Untuk makluman kami jawatankuasa penaja alumni Syria akan adakan pertemuan pertama pada 26-27hb jan 09 ini di pondok ar Raudhah Gombak,jika ada kelapangan sila hadirkan diri.
Majlis akan dirasmikan oleh ust Zul kita.

untuk keterengan lanjut sila hubungi ana 016 2718105(sebarkan)

10:58 AM

 
Anonymous Anonymous said...

a kum. ana mmg stuju sgt supaya tarbiah diperkasakan. tanpa tarbiah kita x ubah mcm umno dari segi sikapnya, ana rasa tarbiyyah perlu dimulakan dari peringkat atas lagi. pimpinan negeri juga perlu ada usrah, kelantan ada 4 kumpulan usrah peringkat pimpinan negri, pahang camna? padan dgn tazkirah sebelum mesyarat je ker? Laj Tarbiyyan negeri perlu ambil perhatian.

10:48 PM

 
Anonymous Anonymous said...

PAS bertanggung-jawab untuk melaksanakan pemerkasaan pentarbiahan ahli sekarang.Ikan busuk dari kepala. Pimpinan mesti bertindak sekarang setelah program pentarbiahan diperingkat parti semakin pupus.Cukuplah muhasabah yang kita buat.Us bertanggung-jawab untuk menuntut pembinaan (puasa, qiyam, tadabbur) berperingkat yang menepati ciri-ciri tentera Allah skrg.Jangan nanti ketaatan,thikah, pengorbanan pupus seperti pupusnya program tarbiyah didalam PAS

10:14 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam. Ana setuju sangat dgn pandangan utk Ust. Din menuntut reformasi program tarbiyah. Tak payah bunga-bunga Ust.Gesa menggesa ni org buat tak faham. Petugas kita hari kehari semakin tak mesra dgn dzat yang mengurniakan nikmat kejayaan. Allah beri parti kita nikmat menang utk 4 tahun, tapi kita dah nampaknya berhenti program 'fasabbih bihamdi robbika...'Susahlah tuhan nak mesra dgn kita dalam praya ke 13ni . Hidup Ust din

10:34 AM

 
Anonymous Anonymous said...

salam ustaz
ana anggota gerakan islam. alhamdulillah artikel2 ustaz sedikit sebanyak memberi kefahaman pd ana. ana intima' dlm jamaah islam agak lambat. di kala sahabat2 lain menerima tarbiyah secara munazzamah bermula dr peringkat ta'rif sehingga tanfiz, ana terkial2 sendiri mencari kefahaman tentang kewajipan menyertai gerakan Islam dan hal2 yang berkaitan dengannya. semoga ustaz terus istiqamah dalam menyampaikan ilmu harakah islamiyyah.sesuatu harakah islamiyyah itu akan kekal, jika perjalanannya seiring dengan kefahaman yang hakiki dan keikhlasan utk memperjuangkan islam.

-ajk dewan muslimat kawasan-

8:12 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home