5 PRINSIP
AMAL JAMAEI
dalam PAS .
Sebahagian dari usaha untuk memperkasakan PAS agar Islam yang menjadi asas dan dasar perjuangan dapat dilaksanakan dengan cemerlang , kita sewajarnya memastikan intima' atau penglibatan kita dengan PAS ini benar - benar dihayati bersama 5 prinsip Amal Jamaei .
5 Prinsip yang saya maksudkan itu ialah :
1. Iltizam
Memberikan komitmen yang tinggi terhadap setiap aktiviti amal Islami yang dianjurkan oleh PAS demi menjayakan gerakkerja pengkaderan atau pembinaan :
Aqidah yang sohih ,
Fikrah yang syumul dan
Syakhsiyyah yang soleh .
Fikrah yang syumul dan
Syakhsiyyah yang soleh .
Dakwah yang benar
Tanzim @ Organisasi yang mantap
Jangan abaikan setiap keputusan jamaah apalagi membuat keputusan yang bercanggah dengan apa yang telah diputuskan secara jamaei melalui prosedur mesyuarat yang sah . Pastikan juga kita tidak mengakibatkan aktiviti jamaah lumpuh atau terbiar dengan sikap yang acuh tidak acuh dalam menjayakannya .
Terapkan rasa wajib ke atas diri dalam menunaikan semua peraturan dan arahan jamaah yang tentunya untuk kepentingan perjuangan Islam yang suci dan bersih dari sebarang elemen yang bersifat kepentingan diri sendiri .
Rasa diri terpanggil untuk menyelesaikan apa jua tanggungjawab dan amanah perjuangan yang terbengkalai walaupun bukan kita pemegang amanah yang bertanggungjawab langsung terhadapnya .
2. Wala'
Kesetiaan dan kejujuran kita terhadap perjuangan Islam yang didokong dengan PAS sebagai platform untuk menjayakannya , lalu menggapai objektif dan matlamat .
Tidak berlaku curang atau tidak mengkhianati perjuangan dengan melakukan sesuatu yang bukan sahaja bercanggah dengan dasar perjuangan tetapi juga mendedahkan jamaah kepada risiko ekoran tindakan kita yang kurang berhati - hati seperti mengakibatkan kebocoran rahsia dan lainnya .
Jangan sekali - kali bermain kayu 3 dengan jamaah yang akhirnya mencetus dilemma dalam melaksanakan arahan pimpinan . Antaranya sikap menyertai 2 atau 3 jamaah sekali gus kononnya didirikan atas kefahaman bahawa yang penting ialah Islam bukan jamaah , maka boleh menyertai mana - mana jamaah yang mahukan Islam .
Tindakan ini membawa kepada pecah wala' lalu timbul pula 'fatwa' kononnya wala' tidak wajib kecuali kepada Allah dan Rasul demi menghalalkan tindakan mereka menyertai 2 atau 3 jamaah secara serentak .
Menyertai 2 atau 3 jamaah serentak sebenarnya menggangu proses pembinaan secara terancang dan mencetuskan kekeliruan fikrah serta membawa kepada dilemma dalam ketaatan dan komitmen . [ perbincangan panjang dan jelas telah saya tulis dalam kertas kerja saya yang bertajuk Ummah Centric : satu kekeliruan . ]
3. Dengar dan Taat.
Melancarkan misi dan operasi yang telah dirancang demi mencapai objektif dan matlamat perjuangan suci ini pastinya dengar dan taat adalah mekanisme yang tidak dapat tidak mesti dihayati dan dilaksanakan .
Kita tidak selayaknya mengklasifikasikan ketaatan kita kepada pimpinan dan jamaah selama mana ia tidak mengheret kita dan jamaah ke kancah maksiat dan mungkar . Sekalipun pemimpin yang mengeluarkan arahan hanya seorang junior atau pimpinan bertaraf cawangan , jika kita bertanggungjawab langsung dengan arahan tersebut maka hendaklah ianya dilaksanakan dengan penuh amanah .
4. Ukhuwwah fillah
Jalinan persaudaraan antara ahli PAS mestilah diikat dengan semangat berlapang dada , berbaik sangka , tawadhu' atau merendah diri antara satu sama lain , kasihkan saudara sebagaimana kita kasih kepada diri sendiri , mengutamakan kebaikan buat saudara kita mengatasi diri sendiri .
Eratnya jalinan antara ahli sesama ahli dan ahli dengan pimpinan membentuk benteng kukuh buat jamaah dari sebarang anasir yang merosakkan struktur kepimpinan dan pentarbiyahan jamaah .
Usaha dan aktiviti yang menumbuhkan kemesraan sesama ahli atau program yang menanam rasa kasih yang mendalam mestilah diberikan keutamaan . Justeru ukhuwwah yang terbina utuh antara ahli dan pimpinan akan meminimakan ruang khilaf dan menutup peluang krisis .
5. Tadhiyyah [ pengorbanan ]
Tiada perjuangan tanpa pengorbanan malah pengorbanan antara pra syarat kemenangan . Sukar untuk kita jayakan misi dan visi perjuangan besar ini tanpa pengorbanan semua pihak . Mengorbankan tenaga , harta benda dan nyawa demi perjuangan Islam ini sememangnya telah diwartakan oleh Allah dalam al Quran sebagai sunnah perjuangan sejak zaman Nabi saw.
Kegagalan berkorban memerangkap diri dan jamaah dalam kelemahan yang tidak mungkin boleh diatasi .
Terutama kita berjuang di era menang , kedengaran akhir - akhir ini suara yang mahu titik peluh dan penat lelahnya untuk perjuangan ini dibayar dengan imbuhan dunia . Tanpa imbuhan atau perolehan lumayan maka tiada tenaga jauh sekali nyawa untuk perjuangan . Ini satu musibah !
Pengorbanan adalah tuntutan perjuangan yang sama samaada sebelum atau selepas menang . Tanpa pengorbanan terlalu sukar untuk kita mencapai kemenangan sebagaimana jua tanpa pengorbanan pasti sahaja kemenangan yang dicapai tidak akan bertahan lama .
Ringkasan ini sebagai satu nota kecil buat petugas , ahli dan pimpinan PAS yang saya dedikasikan buat semua khasnya diri saya sendiri yang masih perlu dibimbing dan dibina dengan apa yang telah saya notekan di sini .
Saya harap perbincangan lanjut dibawa ke usrah atau liqa fikri berkait 5 prinsip amal jamaei ini dan dilengkapkan dengan nas qura'ani dan dalil sunni berasaskan manhaj perjuangan an nabawi .
9 Comments:
salam perjuangan...ana nak tanya adakah ada dalil yang rajih sebagai hujah mengenai hukum solat hajat...
7:35 AM
salam,ust..ana pljr msia d indnsia yg sdkt sbnyk mmrhtikn pltik dn pjugn prtbhn dn grk2 islm d indnsia.waqi' d indnsia sgt brbeza dgn msia.trlalu bnyk prti2 islm.nmun,wallahu'alm sjauhmana mrk mmpu bsama..soalan ana:bru2 ini Majlis Mujhdin Indnsia(MMI),sblm ni U.abu bkr baasyir(amir),skrg Ust Muhamad Talib..pbezaan kfhmn dlm soal cara utk tgkn khalfh smpi mmbuat us.ab.bkr kluar dn tbuh pula jmaah bru,Jamaah Ansr Tauhid(JAT)..dlm mjlh MMI bulan ni iaitu Rslh Mjhdin yg djual umum,mrk mgkrtik PKS dgn bbrpa isu..shga mnlis artkl2 brtjuk: PKS dulu dkwh islm,kini pks dkwh prtai, haraki ideologis dn politik pragmatis(mghllkn cara), prtai dkwh brbuah mslh, dll.isunya krna tndkn PKS 1)mclonkn non-muslim utk jd clon Pemilu April09 ni khsnya d Papua dn kwsn2 non-muslim. 2) pKS kedepnkan clon wanita..yg bg MMI,ini haram dn tndkn PKS skdr utk kpntgn plitik shga mgnpikn hukum islam..ana fhm sdkt sbnyk bnhwa grkn islm bgrk mgkut waqi tmpt msig2,bhkn tdk smua pkra yg Ikhwn buat d msir,bleh diikuti smuanya olh pas d msia dn sbliknya..jadi,sbgi mmnuhi tntutan pgjian ttg ini,ana mhn pjlsn ust apa hkum non muslim jd calon kpd grkn islam dan hkum wnita jd clon?kalu boleh,apa syrt2nya dll..(bkn brmkna MMI tolak prnn partai islam Pks,tapi mmbnth isu ini shj)..mhn pjlsn ust atau jika ada artkl2 ust sblm ni yg blh drjuk,mhn mkluman.mgkin trlps pndg.syukran ust.
8:07 AM
syabas ust...
satu artikel yg mengingat dan menginsafkan ahli jamaah yg telah ditarbiyah....
teruskan menulis ust...
salam.
Ahli Pemuda PAS Kaw. Kuantan
12:32 PM
Salam,
Kepada Muhammad dari indonesia, tentang metode penegakkan khilafah, saya kira HTI memberi penjelasan yg sangat jelas mengenai perkara ini. Saya pikir ada baiknya juga kalau kamu bisa merujuk kepada HTI.
Krisis Gaza jelas menunjukkan bahwa tidak mungkin kaum muslimin bisa menghancurkan kekuatan Israel tanpa adanya khilafah. Nabi juga pernah bilang bahwa khalifah itu adalah perisai..nah, saat ini perisai itu udah nggak ada.....
Anom
2:05 PM
salam Ziarah :-)
Suara generasi Baru
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
http://pro-faizal.blogspot.com
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Semangat Baru UMNO >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com
12:40 PM
hebatnya ust din tantawi nih..pmuda umno pun minat baca blog dia..utk faizal,tlog promot kpr pmuda umno lain,blog ust ni..:)
1:43 PM
w'salam
Buat akhi Muhammad , saya mohon waktu untuk membantu saudara sebab buat masa ini saya agak berhalangan . pun begitu harap akhi bersabar dan mungkin ada sahabat - sahabat lain boleh membantu .
namun perlu saudara lihat dua atau 3 pandangan dari pelbagai pihak untuk membuat kajian .
4:32 AM
ustaz, sebenarnya dari dulu lagi saya agak kurang bersetuju (BAHASA KASARNYA, MEMBERONTAK) dalam masalah wala' ni..
jujurnya, saya TAK KISAH kalau nak WALA' kepada orang berilmu agama yang tinggi macam TUAN GURU, macam ustaz2 yang berilmu agama tinggi, akhlak pun bagus, jaga solat dan hubungan dengan Allah serta manusia), sebab arahan yang dikeluarkan tu memang dibuat selepas penelitian BASED ON ilmu2 agama dia yang betul2 la..
tapi,kalau seorang pemimpin yang dari golongan yang bukan agama, atau yang belajar agama, tapi tak bersungguh, yang kadang2, membuat keputusan (ijtihad) based on ilmu dan pengalaman yang dia ada, lantas mengeluarkan arahan, saya SUSAH la nak WALA' kat dia,sebab saya tak yakin..
macam mana kalau ijtihad dia tu tak betul? memang la ijtihad salah pun dapat pahala, (TAPI tu balasan kepada dia secara individu) habis tu, saya yang duk ikut arahan dia ni, macam mana? rasa rugi masa dan tenaga kami..
dalam isu kelas dan perjuangan! bertembung KULIAH dengan MESYUARAT atau PERJUANGAN yang memang tidak boleh ditangguhkan ke waktu lain! pimpinan kata, mesti berjuang! habis tu, kena ponteng kelas. sedangkan matlamat kita datang ke tempat tu adalah untuk belajar, tapi dia plak suruh kita gi berjuang. kalau saya hadapi masalah ni, saya akan utamakan belajar, sebab Allah dan Nabi suruh saya belajar. Kerja2 tu, saya serahkan kepada mereka yang tak ada kelas, atau mereka yang BERSEMANGAT tinggi! sebab pada saya, ilmu tu lebih penting, kalau SEMANGAT sangat time belajar ni pun, nanti KURANG BELAJAR, KURANG BERILMU, nanti nak berjuang atas dasar apa? kalau org tanya hukum-hukum kontemporari yang lebih mencabar, keadaan politik yang memerlukan kematangan dan penguasaan ilmu yang lebih mencabar, nak jawab macam mana kalau kat sini pun kuat sangat BERJUANG? sehingga ponteng kelas?? hanya study SILIBUS untuk exam.... secara PERIBADI, saya cukup2 terkilan dengan sikap seperti ini..
kerja dakwah pun Allah suruh, tapi , dakwah ini LUAS, buka melalui politik, anjur program dan lain2 SAHAJA, DAKWAH ITU LUAS.
dakwah dan belajar tu perlu seiring. tapi macam mana? bila tanya kawan2, diorang bagi contoh beberapa INDIVIDU yang berjaya dalam persatuan(dakwah) dan pelajaran(ilmu)! tapi, itu INDIVIDU! bolehkah menjadikan golongan minoriti(beberapa indivivu) sebagai SUMBER untuk MENGUATKAN HUJAH?
POINT SAYA KAT SINI:
1. bagaimana dan bolehkah kita wala' kepada pimpinan yang kurang mahir dalam ilmu agama, hanya berijtihad berdasarkan pengalaman dan ilmu di dada?
2. Jika dikatakan dakwah dan belajar perlu seiring, macam mana untuk DILAKSANAKAN secara PRAKTIKAL, bukan sekadar TEORI.
3. Apakah jalan dakwah yang paling berkesan dalam konteks sebgai PELAJAR? adakah hanya berpersatuan???
u/p: maaf ustaz, kalau terkasar bahasa. kalau saya silap terus aje hentam dan nasihat saya, saya tak kesah...
saya pencari rahmat Allah dan berusaha ke arahnya. bukan menentang, tapi meluahkan ketidakfahaman untuk menjernihkan kekeliruan agar melahirkan kefahamadan dan keikhlasan dalam beramal dan berjuang.
sekian dari saya,
salam perjuangan.
saya sayangkan ustaz nasarudin tantawi kerana Allah.. (^_^)
8:29 AM
Assalamualaikum
Pertama :
Wala' adalah kesetiaan dan kejujuran yang tidak berbelah bahagi . Meletakkan ia sebagai pemimpin dan pembimbing .
Kedua :
Wala' terbahagi kepada dua . [1] : Wala' Mutlak . [2] : wala' Muqayyad.
Wala' Mutlak ialah wala' kepada Allah dan Rasul . Wala' kategori ini tidak boleh dipertikai apalagi ditolak . Taat setia mesti diberikan sepenuhnya kepada Allah swt. dan Rasul saw.
Wala' Muqayyad ialah wala' kepada jamaah dan pemimpinnya. Wala' kategori ini tidak bersifat mutlak sebaliknya bergantung sejauh mana jamaah dan pemimpin itu tidak berada dalam suasana mungkar yang menafikan kelayakkannya untuk diberi wala' atau mengeluarkan arahan supaya melakukan sesuatu yang mungkar .
Secara prinsipnya , dalam menjawab isu saudara , terlebih dahulu suka saya sebut bahawa wala' bukan kepada batang tubuh individu tetapi kepada jamaah dan kepimpinan yang memperjuangkan Islam .
Jamaah yang menepati piawaian sebuah gerakan Islam dan berjuang untuk mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi amnya di negara kita khasnya mestilah diberikan wala' demikian juga kepada kepimpinannya yang komited dengan misi dan visi tersebut iaitu mendaulatkan Islam .
Adapun isu yg di timbulkan seperti pertembungan arahan dari pimpinan suruh berjuang dan kelas pengajian ....
ia mesti melihat kepada spesifik kes . kalau arahan berjuang itu umum maka saya kira tidaklah bijak pimpinan mengeluarkannya pada masa bertembung dengan kelas pengajian .
Pada amalan biasa , jamaah juga tidak akan mengadakan sesuatu program yang bertembung dengan jadual kelas pengajian kecuali program yg bersifat urgent atau very important .
Sebab berjaya dalam pengajian juga adalah sebahagian daripada perjuangan .
Tetapi terkadang arahan berjuang itu bersifat fardhu ain umpamanya sedang pengajian kita bersifat fardhu kifayah sebagai contoh , maka wajib kita mentaati arahan tersebut .
Sebagai contoh negeri kita diserang musuh , pimpinan arah kita keluar mempertahankan agama dan tanahair sedang kita masih berada dalam jadual pengajian sementara exam pula hampir . pengajian itu pula dalam bidang fardhu kifayah seperti bahasa malaysia , bahasa inggeris dll . maka pilihan yang ada ialah ponteng kelas tersebut untuk taat kepada arahan sebagai memenuhi tuntutan wala' kita .
Kesimpulannya , isu yg ditimbulkan itu lebih kepada teknikal .
Katakanlah , jamaah mengadakan satu mesyuarat khas menghadapi satu satu isu yang melibatkan masa depan islam sedang kita pula ketika itu sebagai ajk terpaksa berdepan dengan jadual kelas .
Saudara boleh isti'zan [ mohon izin ] dari pihak pimpinan untuk dipertimbangkan . disana ada feqh muwaazanah [ pertimbangan ] dengan pelbagai kaedah syara' untuk melihat kepentingannya .
Kemungkinan saudara akan dibenarkan untuk tidak hadhir dan itu tidak bermakna rosak atau pecah wala' . saudara masih wala' justeru saudara mendapat izin .
jika sebaliknya pimpinan dan jamaah memutuskan saudara mesti hadhir kerana saudara adalah bendahari sebagai contoh. segala rekod kewangan ada bersama saudara sedang mesyuarat memerlukan data budget yg lengkap demi menjayakan program penting tersebut.
cek pula ada ditangan saudara sedang wang mesti ditunaikan esoknya sementara program itu pula melibatkan kepentingan ummah
maka tuntutan wala' pada waktu itu mewajibkan saudara hadhir . saudara kena ponteng kelas hari tu sebab kelas hanya kepentingan saudara seorang sdg jamaah menimbang kepentingan ummah .
A'la kullihal , perkara ini agak subjektif . tidak boleh dihukum umum begitu sahaja . yang penting kita bertindak dengan penuh adab bukan memberontak dan melawan dsbnya.
jika berkelapangan saudara boleh hubungi saya di 019 916 8182 , kita boleh hurai detail kerana ia berkait feqh amal jamaei yang panjang ulasannya.
cuma sikit lagi , berkait dgn isu pimpinan tak belajar agama dsbnya . kita lihat kepada arahan dan bagaimana arahan itu dihasilkan bukan melihat kepada latar belakang individu tersebut .
sebab jamaah , kepimpinannya ialah kolektif bukan individu .
kalau arahan itu adalah keputusan jamaah yang dibuat secara syura , walaupun dikeluarkan oleh pimpinan yg tidak belajar agama maka ia adalah syari'e dan wajib dipatuhi oleh anggota jamaah .
tapi kalau arahan itu mungkar walau datang dari org alim agama maka ia haram ditaati .
adapun untuk ijtihad secara individu , memerlukan keupayaan yang dibenarkan oleh syara'
mudahnya buat masa ini ialah ijtihad secara jamaei . bincang panjang semula .
3:11 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home