" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, January 26, 2009

SYABAS AHMAD NASIR

Ahmad Nasir Darus seorang Pelajar Madrasah Ad Diniah Al Bakriah atau Pondok Pasir Tumboh Kelantan kini menjadi wira kerana tegas mempertahankan sunnah amalan Rasulullah saw.

Beliau dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 90 atau penjara 2 hari oleh Majistret Tengku Amalin Aisyah Putri kerana "kesalahan" memakai serban sewaktu memandu motosikal .

Sungguh jahil Majistret sebagaimana jahilnya polis yang menyaman . Tetapi nyata akhi Ahmad Nasir tidak tunduk kepada undang - undang sarang labah - labah ciptaan UMNO dan BN itu .

Beliau memilih untuk merengkok dalam penjara biarpun saya percaya beliau mampu membayar denda hanya sekadar RM 90 . Meski pun penjara jua hanya sekadar 2 hari tetapi cukup sebagai simbolik penentangannya terhadap peraturan dan hukum jahiliyyah modern tersebut .

Saya bangga dengan sikap dan tindakan Akhi Ahmad Nasir dan rakan - rakannya dari Pondok Pasir Tumboh yang pastinya tidak tergugat hanya dengan berdepan peraturan atau undang - undang jahiliyyah yang jelas anti sunnah .

Melihat gambar yang dilakar oleh drnots di atas jelas menceritakan kebingungan sebuah peraturan ciptaan manusia serta penganutnya yang sengal dan bingal .

Syabas Ahmad Nasir . Semoga berjaya dan teruskan perjuangan dari saya .

15 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum ust.

Saya yakin itu bukan undang2 jahiliah, tetapi undang2 takzir. Undang2 itu untuk menjaga kepala daripada tercedera kalau terjatuh atau terhantuk.

Islam is peace dan selamat. Selamatkanlah kepala anda ( wajib ) untuk disarungkan serban ( sunat ) selepas menggunakan motorsikal.

Wallahu a'lam

7:26 AM

 
Blogger Marwan Bukhari said...

pelik ust ni....tantang artikel ni, ana btol2 xsetuju... klulah soal fiqh daulah ust merujuk kitab al qaradawi n ulama mktabar yg lain, kenapa prsoalan ni ust xrujuk pndapat ulama lain... takkan la semuanya kita nak bangkang... Islam menjaga keselamatan...jgn sampai org akan menilai kita jumud..

bukankah hasil kajian juga berperanan dalam menentukan sesuatu hukum? n apabila dikaji brkenaan helmet ni, didapati ia berkesan untuk memelihara keselamatan kepala seseorang...biiznillah

ana insan daif, membuat komen apa yg ana rase sesuai untuk dibuat komen...

maaf

10:30 AM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

w'salam

Takzir ? Tidak betul tu . Yang pertama undang - undang malayisa sendiri kata , kalau lebai boleh pakai serban .

Persoalannya :

Kenapa ? kepala Lebai tak cedera ke kalau terjatuh ?

Begitu juga sigh di kecualikan dari memakai keledar . Sigh ada turban dia sendiri .

Kenapa ? kepala sigh tak cedera ke kalau terjatuh ?

Habis tu , Lebai dan Sigh tak kena takzir ker ? hanya budak pondok yang nak beramal dengan serban nabi pula kena takzir ?

Saya setuju Islam selamat . So beramallah dengan amalan Islam . Beramallah dengan pakaian nabi . Mesti selamat . Tak kan kita tidak percayakan sunnah nabi ?

Kalau ikut statistik pun . Yang cedera mati kerana kemalangan jalanraya semuanya melibatkan org yg pakai topi keledar .

Kalau tak pecah kepala pun , pecah perut , patah kaki , patah tengkuk dan lain lain ..... pasal apa ?

Pasal apa tak selamat ? Jawapannya ialah sebagaimana yang saudara sebuat tadi . sebab tak ikut Islam . Justeru : Islam is peace !

Saya belajar pondok selama 4 tahun . Sepanjang 4 tahun malah sejak berpuluh tahun pondok itu wujud , pelajarnya pakai serban naik motor berulang alik dari rumah ke kampung atau ke bandar .

Sehingga hari ini , saudara boleh bilang dengan sebelah tangan sahaja jumlah mereka yg kemalangan dan pecah kepala kerana pakai serban .

Yang ramai terbunuh samaada pecah kepala atau lainnya ialah yang pakai topi dikalangan penunggang lain .

Ertinya : saya nak berhujjah bahawa keselamatan dari tercedera dan terbunuh bukan terletak di Topi . Tetapi terletak pada 2 perkara :

1. Cara pemanduan . Biasanya org pakai topi dia pandu laju justeru dia yakin dia selamat , lalu biasa lost control dan kemalangan waliyazubillah .

adapun pelajar pelajar pondok , dengan hanya memakai serban biasanya mereka memandu perlahan dan berhati - hati . Insyaallah dia selamat .

2. Keberkatan .

Biasanya pelajar pondok yg memakai serban ini selain dia ikut sunnah pakaian nabi , mereka membaca doa sebab mrk adalah pengamal sunnah . Doa naik kenderaan itu menyebabkan Allah pelihara mereka dari sebarang kemalangan yang tidak diingini .

Unsur spiritual ini yg tidak adalah dalam perkiraan hukum jahiliyyah .

10:33 AM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Salam

Mujahid marwan ... tidak mengapa saudara nak tegur atau nak beri pandangan . Tapi tak kan nak tegur saya pun sekasar itu . Kecik hati saya tau .

kata ana pelik laa , jumud laa ... jangan begitu . Kita bincang dulu barulah kita buat keputusan .

Kita dengar dulu perbincangan dari kedua belah pihak . Tengok gambar drnots tu sudah ramai org faham betapa jumud dan peliknya undang - undang malaysia nih .

10:38 AM

 
Blogger Marwan Bukhari said...

ooppsss....maaf ust... klulah ini pndapat ust maka ana akur...klu dlm pngajian ilmu agamani, ana ibarat tayammum, ustaz ibarat air... apabila sudah ada air, maka terbatallah tayammum...

maaf ust..ana budak baru belajar...

tp alhamdulillah, ana berani gak bg teguran sket2....tp lagilah ana brsyukur krana ust dah jawab....

jwpn yg mggentarkan jiwa ini....

slm juang, doakan ana istikamah...

9:31 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Sungguh jahil Majistret sebagaimana jahilnya polis yang menyaman.


Tabik spring kat Ustaz.
Orang UMNO jangan dok manipulasi tulisan nih..

Berani kerana benar. Teguran itu adalah atas kapasiti sebagai Majistret, bukan sebagai anakanda Sultan Kelantan...

12:57 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum wbt

Masa saya mula-mula baca berita kt utusan meloya psl kes ni, saya agak skeptikal sikit, mungkin kerana diri yg kurang pengetahuan ilmu undang2 kat malaysia. Kalau ikut lojik, tindakan saman tu patutla sebab pakai topi keledar wajib demi keseamatan, dan saya pelik kenapa pelajar sekolah pondok ni berbangga dengan perbuatan melanggar peraturannya. Setelah dibuat sedikit kajian, rupa2nya undang negara kita ni yg x jelas cthnya, apa definisi tok lebai yg dibenarkan tak pakai topi keledar kerana berserban; jadi konklusi saya pada waktu itu adalah saya bersetuju dengan tindakan pelajar sekolah pondok tersebut. Ianya bukan setakat perjuangan menegakkan sunnah Rasulullah saw, tetapi ianya juga boleh dianggap sebagai perjuangan menentang diskriminasi kerajaan terhadap golongan2 yg memilih untuk berserban walaupun tidak dipanggil masyarakat sebagai tok lebai. Wallahu'alam

5:07 AM

 
Anonymous Anonymous said...

saya rasa undang-undang dan peraturan jalanraya di Malaysia ni perlu diubah....serban bukan alasan utk tidak memakai topi keledar. Lebai atau tidak labai, pengguna motosikal perlu mengenakan topi keledar sebagai langkah keselamatan. Saya bukan berniat merendahkan pemakaian serban ...itu jauh sama sekali. Bagi saya mengambil langkah menjaga keselamatan juga adalah sesuatu yang dipuji dalam Islam. Soal menghidupkan sunnah saya tak nampak pemakaian topi keledar halangan besar utk berserban....turun je dari motor bolehlah kenakan balik serban anda...tak susah saya rasa.
Kan elok kalau kita pilih yang kurang mudarat dari segi bahaya kecederaan. Kalau helmet telah terbukti dikaji dapat kurangkan bahaya cedera, maka tidak salah kalau kita mematuhinya.

saya pernah terlihat seorang pak cik yg berserban sebelum menunggang motosikalnya meletakkan serbannya dalam raga motor dan mengenakan topi keledar.Itu lebih baik dari berkeras nak memakai serban ketika bermotosikal atas alasan ikut sunnah. Rasulullah tentu tidak mengharapkan kita berserban sampai ke tahap itu lebih-lebih lagi memakai helmet lebih selamat.Dakwaan bahawa penunggang yang berserban kurang cedera atau kurang mengalami kemalangan berbanding yg memakai helmet adalah kurang tepat.Malah perbandingan itu juga tidak adil kerana jika dinisbahkan penunggang motosikal berserban dan berhelmet mungkin 1:50....jadi sudah tentu yang berserban lebih sedikit terlibat dgn kemalangan.

soal berkat itu sangatlah tidak dapat diukur kerana pada saya ia hak Allah....keberkatan itu kurniaan Allah.Apakah yg memakai helmet kurang berkat walaupun tiada dlm sunnah, sedangkan mereka berniat menjaga keselamatan diri?
kalau saya memiliki seekor unta dan sebuah motosikal maka saya kena pilih menunggang unta ke tempat kerja berbanding motosikal demi mendapatkan pahala sunnah sebab Baginda menaiki unta dan tak pernah naik motosikal ?

Tolong jgn kata saya menghina sunnah....pada saya situasi semasa juga harus dipertimbangkan dlm kita membuat keputusan.Saya mengharapkan peraturan dapat diubah tentang pemakaian helmet tanpa mengira lebai atau tidak kerana keselamatan adalah hak semua manusia...

sekadar pendapat seposen dari saya....

7:23 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Apa pandangan ustaz tentang politik di sarawak? Ada yang menyatakan pas tidak mahu mengambil perhatian di sarawak sebab tidak mahu negeri ini diambil alih oleh orang kafir.Betulkah?.http://sykaizen.blogsport.com

12:32 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

W'salam

Tanggapan begitu adalah tidak benar . PAS beri tumpuan kpd serawak . Malah kita ada Badan Perhubungan PAS dan dewan pemuda di Sarawak .

Oleh kerana PAS masih baru di sana , kita perlu sabar mengatur langkah justeru situasinya tidak sama seperti semenanjung .

1:18 PM

 
Anonymous Anonymous said...

saudari muslimat tak lah menghina sunnah, tapi terlalu memandang enteng kemuliaan sunnah.
Itu apa yang saya nampak.

Siap suruh kerajaan gubal undang-undang hanya semata menyokong seorang hakim tak menghormati palajar agama.

Satu lagi makhluk yang suka menambah bebankan undang-undang pada rakyat untuk mengenyangkan perut polis raja di malaysia.

Bagi saya undang-undang tu dah betul. Nasirpun betul, polispun betul bab jalankan tugas........... tapi hakim perempuan tu seorang yang zalim kerana menafikan imej saudara NASIR sebagai seorang lebai.

NASIR tu pakai serban, pelajar sekolah pondok pulak tu. LEBAILAH
tu hakim bodoh.

Hakim ini sememangnya hakim yang bodoh.

2:20 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Muslimat ...

bagaimana kalau saya pula cadang agar diubah undang - undang supaya semua wajib pakai serban .

Kalai undang - undang boleh wajibkan kita pakai topi keledar maka boleh juga di tukar supaya wajib pakai serban . Sebab untuk pakai apa pun tidak sabit nas yg qatei . hanya berpandukan kepada kemaslahatan iaitu selamat .

Saudari rasa selamat dengan topi . Saya rasa selamat dgn serban .

Saya pernah lihat seorang yg mengalami kemalangan jalanraya dan lengkap pakai topi . malah topinya tak pecah pun tapi dia mengalami kecederaan serius di kepala krn hentakkan yg kuat .

pasal dalam topi tu hanya sedikit span atau gabus utk melindungi kepala dari hentakan topi tu sendiri yg keras .

Cuba pakai topi kemudian hentak kepala ke dinding . Topi tak pecah tapi bergegar kepala otak dan membuatkan berlakunya kecederaan dalaman yg serius iaitu otak .

tapi kalau pakai serban , ikut sunnah rasul . di situ ada 2 perkara .

pertama unsur fizikal . Kepala dibalut dengan kain tebal . kalau dia jatuh kepalanya lebih selamat sebab tiada hentakkan yg kuat sebab kain yg tebal dikepala akan menyerap tekanan dengan baik berbanding topi yg terhentak dijalanraya . jalan keras dan topi juga keras .

kedua , Unsur berkat . pakai serban sunnah nabi dan baca plak doa sebagai sunnah nabi . tentu sahaja Allah swt akan tolong .Saya lebih percayakan ini .

kita tak boleh banding serban dgn unta .

sebab serban adalah sunnah pakaian nabi yang tidak berkait dgn zaman . maksudnya zaman itu ada lagi pakaian lain yg canggih tapi pilih serban lalu itu menjadi sunnah yg ditiru sepanjang zaman .

adapun unta itu sunnah kenderaan yg bergantung kepada zaman . zaman tu , kenderaan yg paling canggih ialah unta so nabi naik unta . sebab tu nabi kata , manusia akan bahagia kalau ada 4 perkara : rumah yang luas , kenderaan yang baik , isteri yg solehah dan jiran yang baik .

Kenderaan yg baik hari ini ialah kereta . so , kalau kita ada unta sekalipun maka sunnahnya ialah kereta sebab ia menepati kebahagiaan yg nabi mahukan iaitu kenderaan yang baik .

Baiklah , isu serban dan topi ini ialah isu selamat atau tidak selamat .

so Muslimat cadang tukar undang - undang semua pakai topi . kenapa tak cadang tukar undang - undang semua pakai serban .

kalau undang - undang sedia ada 9topi) boleh bagi pengecualian pada sigh dan lebai

maka undang2 serban pun boleh bagi pengecualian iaitu kepada wanita .

Secara spiritualnya , kalau pakai serban , saya yakin tak adalah org nak racing dijalanraya . malu ke diri , kalau tak pun malu ke serban . bila tak racing maka selamat lah

yg tak selamat hari ni bukan kes tak pakai topi , tapi kerana cara PEMANDUAN yg merbahaya .

cilok sana cilok sini , pandu laju cam pelesit dsbnya , pasal apa ggitu , sebab dia rasa dia selamat kot.... kerana pakai topi

tapi bila kemalangan , kalau nak selamat pun hanya kepala jer selamat . tapi perutnya terburai , kakinya patah , belakangnya berlipat dsbnya .

selamat kepala badan hancur nak buat apa ?

kita bukan kira selamat tak selamat . kita kira macam mana nak elak jgn berlaku kemalangan .

sbb kalau berlaku kemalangan , bukan kepala shj sasaran nya . dia boleh mencederakan seluruh anggota .

Kalau pakai serban , pasti shj dia akan pandu dgn tertib , nampak wara' di jalanraya . org pun tak berlebih kurang dgn dia .

Wallahualam , setakat ni belum adalah lagi mat rempit pakai serban atau racing pakai serban .

yg pakai serban semuanya bawa motor dengan tenang . itu secara spiritualnya .

akhirnya saya tidak menyalahkan org pakai topi . pakailah krn itu sudah jadi peraturan dan tidak berdosa pun .

masaalahnya jgnlah dihukum pelajar agama tu pakai serban . kesiankan kat dia .

pertama dah serban tu pakaian dia sbb dia pelajar agama , pondok nak buat macam mana kasn ?

mmg boleh tanggal , tapi sigh tak payah tanggal , kenapa pelajar agama kena tanggal ? ini diskriminasi namanya

kedua plak , dia nak beramal dgn sunnah , so bertolak ansurlah .

mcm mana tu muslimat . rasanya ok kot ?

12:40 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salaam,

Relek la Ustaz,

Pelajar tu kena denda sebab tak pakai topi keledar, bukannya sebab dia pakai serban.

Kalau dia pakai serban dan topi keledar, sure tak kena denda punya, polis dan JPJ siap tabik spring kat dia lagi.

Kalau PAS dapat memerintah pun boleh ke berjanji nak wujudkan undang2 sesiapa yang pakai serban tak payah pakai topi keledar. Agak2nya DAP bagi restu tak.

Cadangan saya, daripada reka undang-undang macam tu baik kita reka satu topi keledar yang mana sesiapa yang pakai serban boleh memakainya. Barulah nampak umat Islam ni advance. Sunnah dapat dipertahankan, orang lain semua ikut, pahala pun dapat kat perekanya berganda2.

2:19 PM

 
Anonymous Anonymous said...

teruknya....saudara wan menuduh saya memandang remeh terhadap sunnah....masyaAllah !ni yg malas nak komen lebeh-lebih ni....org bagi persepsi yg silap pada kita....

malah ustaz din pun dah nampak 'angin' dgn komen saya pasal serban ni.....

saya tidak memandang rendah pada pemakaian serban....malah saya sejuk hati tengok orang berserban.....isu saya di sini ialah isu keselamatan di jalanraya. Pemakaian topi keledar adalah hasil dari kajian ahli teknologi untk mengurangkan risiko kecederaan. Saya tahu ia bukan seratus peratus melindungi manusia kerana kalau nak lindungi seluruh tubuh badan maka pakai baju besi lebih patut diusahakan....tapi adakah itu praktikal dan bersesuaian ? maka antara yg lojik boleh diusahakan ialah topi keledar kerana kebanyakan kecederaan yang teruk dialami yg mengancam nyawa ialah kecederaan di bahagian kepala.Kalau ada kajian bahawa pemakaian serban lebih baik dari topi keledar maka kemukakan lah cadangan itu bawa ke medan perbincangan dan perbahasan dan kita akan 'tekan' kerajaan supaya mewajibkan semua muslimin pakai serban.....tapi....tapi....hmmmm saya rasa yang ini ustaz pun boleh jawab, usaha ini bukan semudah itu kan...sebab masih banyak benda besar yang kita nak push kerajaan laksanakan berbanding isu serban dan topi keledar.

isu mat rempit adalah satu perkara yang berlainan dari apa yg saya maksudkan dalam cadangan saya tu.kalau dah namanya mat rempit (penjenayah jalanraya)bukan saja serban, topi keledar pun tak hingin depa nak pakai.Orang yang nak mati katak ni ustaz sama taraf dgn org terncat akal....tak boleh nak dibuat 'kira' depa ni.

Namun ada juga di kalangan orang yang menjadikan 'imej' agama sebagai elemen utk menyembunyikan diri yg sebenarnya. Tidak mustahil ustaz kalau org yang merempit pun sanggup pakai serban utk 'sengaja' mendatangkan fitnah kepada agama mereka. Malah tudung labuh sekarang ni pun orang dah sanggup eksploitasikan.Bukan ustaz tak tahu yg sekarang ni wanita tudung labuh pun merendek dan berzina di taman-taman bunga....dalam kereta...hotel dan sebagainya....opsss jangan kata saya hina tudung labuh plak ya, sebab saya muslimah yang bertudung labuh.maka kalau tudung yang labuh yang wajib tu pun ada golongan yang tidak dapat menjadi ia 'pelidung dari melakukan kemaksiatan' apatah lagi pemakaian serban yang tak sampai hukum wajib itu boleh membawa erti pemakainya adalah orang yang ikhlas dan pasti tidak melakukan perlanggaran agama?...isunya, mendidik utk mengubah hati dan jiwa itu lebih utama kita usahakan berbanding usaha mengubah penampilan imej fizikal manusia.

ustaz....balik pada isu asal....
saya tak menentang adik nasir yang berserban....saya cuma bengang dgn peraturan jalanraya yg ada kelemahan dan diskriminasi....itu saja....

kalau nak pakai serban tu pakai je la....tapi semasa menunggang motosikal 'susah' sangat ke nak buang sat serban tu untuk kenakan topi keledar ?....kalau betul nak hidupkan sunnah, turun daro motor tu pakai balik....apa salahnya. Ish sampai tak boleh kompromi ke isu pakai serban ni ? Cuma saya nampak ustaz din kalau boleh masa naik motor pun nak hidupkan sunnah berserban sebab nak dapatkan keberkatan....amboi ustaz ni 38 jam ke pakai serban ?...saya tengok ada gak gambor ustaz yang sesekali ustaz tak pakai serban tapi berkopiah je...okey apa...

Jadi bagi muslimin yang berserban ( semoga diberkati Allah) saya rasa boleh kot ketika naik motor anda bukak sat serban kerana mematuhi peraturan jalanraya.....

harap tulisan saya ni jelas nooo....

' ikhlas dari saya yg mencintai sunnah '....

6:39 AM

 
Anonymous Anonymous said...

1 - Narrated Anas bin Malik: In the year of the conquest of Mecca the Prophet entered Mecca, wearing a helmet on his head. (al-Bukhari, Book no. 72, Hadith no. 699)

2 - Narrated Sahl: When the helmet of the Prophet was smashed on his head and blood covered his face and one of his front teeth got broken, 'Ali brought the water in his shield and Fatima the Prophet's daughter) washed him. But when she saw that the bleeding increased more by the water, she took a mat, burnt it, and placed the ashes on the wound of the Prophet and so the blood stopped oozing out. (al-Bukhari, Book no. 52, Hadith no. 152)

memakai helmet pun kira sunnah gak kan ustaz?sekadar kongsi hadis yang ana jumpa..

kiranya dalam keadaan yang memerlukan extra care and caution nabi SAW pun pakai helmet..

12:32 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home