" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, February 10, 2009

MENENTANG
SISA RADIOAKTIF
Selamatkan Insan

Masa depan penduduk Beserah Kuantan terancam berikutan sebuah Syarikat Australia kini membina sebuah kilang memproses "rare earth" di Gebeng Kuantan .

Petang tadi secara kebetulan saya bertemu dengan YDP PAS Kawasan Indera Mahkota di Kedai Roti Canai Special Pak Kob Balok Kuantan , beliau kemudiannya memberikan sedikit taklimat berkait dengan isu ini .

Kebetulan pula rumah saya juga berada dalam daerah Beserah . Terasa ngeri juga mengenang musibah yang bakal berlaku angkara kerakusan manusia .

Rare earth adalah sejenis logam berat [ Lathanide ] lazimnya untuk pembuatan produk seperti lampu kalimantang , cakera liut keras dan panel paparan Ipod .

Pemprosesan rare earth menghasilkan air buangan yang dikhuatiri terdedah kepada sisa radioaktif sebanyak 500m3 sejam ( dalam satu hari lebih kurang saiz 3 kolam renang olimpik )

Pendedahan kepada bahan radioaktif akan mengakibatkan penduduk setempat mengalami kanser seperti leukemia , kelahiran baby cacat dan pramatang , keguguran dan seumpamanya . Kejadian seperti ini pernah berlaku di Bukit Merah Perak sekitar tahun 1982 - 1987 . Rujuk : http://sisaradioaktif.blogspot.com/

Masyarakat Kuantan mesti bangkit membantah dan mendesak supaya pihak berwajib membatalkan projek ini yang mana telah jelas mengundang risiko kepada nyawa manusia .

Apakah semata - mata kerana mementingkan projek dan keuntungan maka sanggup mereka memperjudikan nyawa ribuan manusia .

Tentu sahaja perkara ini tidak boleh dibiarkan . Insyaallah , saya percaya satu tindakan telah diambil oleh beberapa pihak prihatin . Tinggal lagi rakyat juga harus prihatin dan segera support tindakan ini .

Boleh juga dapatkan keterangan lanjut di link berikut :

Gambar menunjukkan pesakit Leukemia di Bukit Merah angkara tindak balas radioaktif .

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Syabas kerana menyiarkan bahan mengenai fiqh 'safety and health' dan fiqh alam sekitar. Bab-bab ini amat kurang dibincang dalam kitab-kitab fiqh kontemporari mahupun dalam kelas-kelas pengajian. Bab-bab ini juga kurang mendapat perhatian firqah-firqah Islam yang ada.

11:55 PM

 
Anonymous Anonymous said...

subhanaalah,rumah saya sgt dekat dgn gebeng..almaklumlah saya duk di balok makmur

12:34 PM

 
Anonymous Anonymous said...

terima kasih atas pendedahan. walaupun saya anak lipis pahang, tetapi saya tidak mengetahui berkanaan projek lynas. saya hanya mengetahui berkenaan projek lynas setelah terbaca iklan kekosongan jawatan dan mula menyelidik sedikit sebanyak berkenaan operasi lynas. masya Allah,jika begini sebenarnya yang berlaku dan akan terjadi kepada tanah halaman negeri pahang, saya bukan sahaja tidak akan memohon jawatan di syarikat tersebut, malah juga akan menyokong mana2 usaha untuk menghalang dari berdirinya kilang seperti ini.

6:27 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home