" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, February 04, 2009

SOLAT HAJAT
Agar Allah Memberi Petunjuk
- Krisis Kerajaan PAKATAN di Perak -

Sehingga awal malam ini keputusan masih belum dapat dicapai . Bagi pihak Kerajaan PAKATAN Rakyat sedang menunggu perkenan Tuanku Sultan Perak . Apakah Baginda perkenan untuk membubarkan DUN Perak atau menyerahkannya kepada BARISAN Nasional membentuk Kerajaan .

Apa yang boleh dilakukan oleh semua ialah mengadakan solat hajat dan memohon restu Allah agar melembutkan hati Tuanku Sultan agar perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak sekaligus mendapatkan mandat baru dari Rakyat .

Buat masa ini Datuk Najib sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak tentu sahaja bekerja keras bagi merampas kembali kerajaan Negeri Perak .

Seharian hari kawan - kawan menghubungi saya untuk mendapatkan komen . Bagi saya hanya memulangkannya kepada Ketentuan Allah swt setelah pelbagai langkah telah diambil oleh PAKATAN Negeri Perak untuk mempertahankan kerajaannya .

قل اللهم مالك الملك تؤتي الملك من تشاء و تنزع الملك ممن تشاء و تعز من تشاء و تذل من تشاء بيدك الخير إنك على كل شئ قدير

Katakanlah : Ya Allah Ya Tuhan..... Raja yang memiliki Kerajaan ( di dunia dan di langit ) Kau mengurniakan kerajaan kepada siapa yang Kau kehendaki dan Kau menyentapnya dari siapa yang Kau kehendaki dan Kau muliakan sesiapa yang Kau kehendaki dan Kau menghina sesiapa yang Kau kehendaki . di dalam genggamanMu segala Kebaikan sesungguhnya Kau Maha Berkuasa di atas segala suatu .

Surah Aali Imraan . Ayat : 26

Apa hikmahnya di atas suasana yang penuh dramatik ini hanya Allah jua yang ketahui tetapi sebagai seorang muslim , tentunya saat begini mendorong kita bersimpuh di hadapan Allah swt . untuk mengoreksi diri .

Pada saya , sebelum kita melihat atau bertemu segala hikmah yang lain , ia adalah jawapan yang sangat praktikal bahawa perjuangan perlu bertunjangkan Aqidah . Tanpa Aqidah perjuangan , ianya serapuh biskut marie .

Harap sahabat - sahabat seperjuangan dapat bersabar atas apa yang berlaku . Segala episode malang ini berpunca dari sebuah pengkhianatan . Khianat terhadap amanah perjuangan . Khianat terhadap amanah rakyat . Khianat kepada diri sendiri sehingga hilang dan luruh segala harga diri semahal daging lembu korban .

Justeru , berkali telah ku katakan .... bahawa intima' atau penglibatan kita dengan perjuangan ini mestilah berasaskan Aqidah . Tanpa aqidah , inilah jadinya .

Apa pun , semua pihak wajar kembali kepada Allah swt , berdoa dan bermunajat agar Allah swt menunjuk jalan bagaimana mahu menyelamatkan kerajaan ini . Semoga Restu Allah swt kepada kita .

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

salam ustaz, ana bersetuju bahawa namanya perjuangan itu mestilah bertunjangkan akidah, perjuangan menumpaskan musuh atas sebab-sebab selain dari memartabatkan agama Allah adalah tertolak.

Sedari awal saya sudah agak bimbang dengan kerajaan pakatan di Perak...pas,dap dan pkr ibarat 3 rakan baik yang tidur sebantal tapi mimpikan perkara yang berbeza.

Ustaz....saya nak doakan agar kita dapat menubuhkan kerajaan pas di Perak...bukan kerajaan PR.

mungkinkah apa yang berlaku di Perak itu membawa tanda bahawa Allah nak 'membersihkan' kita ??...wallahuallam....entah kenapa saya rasa haru biru dan celaru selama terpaksa duduk sebangku dengan pkr dan dap.....adakah ustaz juga merasakan begitu ??....wallahuallam....

Apa pun saya mengharapkan Allah melorongkan jalan dan menurunkan bantuan untuk menangkan golongan yang ikhlas memperjuangkan deenul Islam yang suci ini....

9:01 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Sebagaimana saudara ketahui saya bukanlah seorang yang mempercayai kebenaran perjuangan Agama melalui sistem demokrasi yang saya anggap sampah yang wajib dibuang. Apatah lagi jika ulama-ulama pula yang bergelumang dalam tong sampah ini.

Walaubagaimanapun, saya tidak lepas dari memerhati pergerakan tuan-tuan sekalian dan lain-lain gerakan kepartian.

Nasihat saya sebagai saudara seAgama ialah kembalilah kepada falsafah perjuangan PAS yang asal, jika PAS tetap mahu berjuang dalam sistem demokrasi. Ini adalah kemestian yang paling minimum untuk tuan-tuan sekalian. Tuan-tuan wajib meninggalkan persekutuan tuan-tuan sekalian dengan mereka yang tidak memberikan wala' dan bai'ah yang sepenuh-penuh dan sejelas-jelasnya kepada prinsip dan matlamat perjuangan tuan-tuan. Tuan-tuan wajib melaksanakan dakwah dengan agressif dalam memahamkan Al-Qur'an sebagaimana ianya patut difahami dan diimani, keNabian RasuluLLah saw dan keTuhanan Allah swt dengan mengikut kaedah-kaedah dakwah yang betul, dan tidak menjadi tukang batu-api yang membaca ayat-ayat Al-Qur'an semata-mata untuk membangkit semangat setiakawan tuan-tuan dengan sekutu-sekutu tuan-tuan atau untuk meraih undi.

Tuan-tuan sepatutnya semakin menyedari bahawa musuh-musuh Allah swt telah mula tidak menyokong tuan-tuan sekalian sebagaimana di KT, walaupun tuan-tuan menang. Anwar Ibrahim juga telah mula disangsi oleh bangsanya sendiri dan dia kini telah tersepit dengan ajaran sesat liberal yang dia pegang. Apakah manfaatnya untuk tuan-tuan sekalian bergelumang dengan manusia-manusia anti-Agama ini ?. Atau adakah tuan-tuan sama sahaja dengan mereka ?. Sedarkah bahawa Tuan-tuan kini sedang berlawan dengan pegangan tuan-tuan sendiri. Sudahlah tu...

Hentikanlah hipokrasi ini supaya dada tuan-tuan sekalian merasa lapang dalam berkerja dan tidak sesak kerana melawan pegangan diri yang dipendam. Barulah terasa setiap yang dibuat itu berbaloi dunia akhirat biarpun menang ataupun kalah. Tinggalkan segera munafiq-munafiq Agama ini, mulakan hidup baru amar-makruf-nahi-mungkar dan biarkan mereka tu terkubur dengan kejahatan mereka.

Itulah langkah pertama yang mesti diambil oleh PAS jika PAS mahu kembali semula kepada peranannya yang asal.

TOKPAKIR

10:36 PM

 
Anonymous Anonymous said...

ust,jangan bg can lg dengan geng2 keadian yang tkde aqidah pjuagn ni.bjuang smata2 mrh umno bkn utk lht islm trtgk.bila ada hbuan dr umno,sapu jgk.ckuplah ! nak tahaluf,ketatkan syarat2nya lps ni atau kita pisah terus..insyaAllah,lmbt mng pun,barakah bjuang kita dpt.dari cpt naik,cpt naik dlm keadaan knfiden dn angkuh berbicara..jgn duk launglah anwar bakal PM. pmpnan pas blmbk lgi. suh Anwar jaga moral pmpnan keadilan dulu! nk btnding bnyk tmpt dlm pru,pmpnan moral dan prnsip tkde.buanglah fhmn liberal yg tidk btunjgkan aqidah tu! grkn Islam terus dgn prnsip kita!

12:08 AM

 
Blogger ariff55 said...

PAS+DAP+PKR 28 kerusi :: BN 28 kerusi :: BEBAS mesra BN 4 kerusi dalam DUN masih boleh berdakwah ... amar makruf nahi mungkar masih segar ... tidak semestinya ade kuasa baru ade dakwah ... ade mulut ade nyawa boleh dakwah ... ALLAHU AKBAR rahmat ALLAH masih disisi PAS PERAK ... kite perlu lihat geopolitik Turki di sekeliling Yahudi Nasoro ... dengan fahaman sekular pekat tentera mereka rahmat ALLAH masih disisi ... taubat itu WAJIB kerna Maghfirah NYA yg lebih utama drp amalan kite yg kerdil ini ... kebatilan yg tersusun rapi boleh mengalahkan kecelaruan pihak kebenaran... Saidina Ali karamallahu wajhah kalu UNDI perkara ISLAM boleh menampakkan APE????

4:09 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home