" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, February 08, 2009

WAJAH SYUHADA' GHAZZAH


الموت في سبيل الله أسمى أمانينا


Bangga mendapat syahid yang diidamkan


Tiada yang Lebih Hebat dan Manis selain Syahid


Pergi Mendapatkan Janji Allah swt


Aku Mendapatkan Kekasihku ...oh TuhanKu


Tiada sinar dan Cahaya seindah Cahaya dan Sinar Syurga

25 Comments:

Blogger Cheguman said...

Assalamualaikum,
Hidup ini hanya persinggahan.

Jemput singgah ke blog saya http://waadat.blogspot.com

12:30 PM

 
Blogger wearelearningparents said...

semoga kita akan menjejaki langkah mrk

3:07 PM

 
Blogger Head Shot said...

ya allah..semuanya tersenyum..

4:46 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Saudaraku At-Tantawi,

Lihatlah kejernihan wajah para syuhada menyahut panggilanNya

Mereka tidak mati, mereka diberi rezki

Mereka memjual dengan jualan Tuan empunya barangan jualan

Mereka benar dalam kebenaran mereka

Mereka bersaksikan kebenaran

Mereka hidupkan kebenaran

Kembalilah kita kepada kebenaran

Kita tinggalkan kecelaruan

Supaya kita juga dapat bersaksi

Sebagaimana mereka telah bersaksi

TOKPAKIR

7:26 PM

 
Blogger ABU HAZMY HELMI said...

SubhanAllah!

9:39 PM

 
Blogger ariff55 said...

University of Jihad (Palestine)
bentuk ummah supaya solat subuhnye sehebat solat Jumaat :: fiqh ud dakwah

11:48 PM

 
Blogger ariff55 said...

jamaah subuh bak jumaat
itulah die Gazza ...
begitu juga mujahideen afghan
menentang kezaliman nasfu bekas soviet
dan rejim zionis ...
darah yg sedia halal...

11:54 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Selamat Menyambut Hari Thaipusam

Thaipusam diraikan oleh penganut agama Hindu bersempena lahirnya Dewa Murugan, juga apabila ibunya Dewi Parvati memberikan lembing buat menghapus kejahatan yang dikenal sebagai Soorapadman.

Kejahatan dan kebejatan Soorapadman semakin hari semakin melampau kerana dia merupakan raksasa yang berkuasa. Ini membuatkan Siva mengarahkan Murugan; yang terkenal cekal, tabah dan bijak mengalahkan rakasasa tersebut.

Moga kita dapat mengambil sedikit iktibar dari kisah ini dan terus memperkukuhkan tekad buat mencipta Malaysia yang bebas merdeka dari rasuah dan kezaliman. Selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

8:41 AM

 
Blogger ariff55 said...

rasuah dan kezaliman bukan berada pada satu puak saja tapi apabila ia bertelingkuh dalam puak kite perlu juga dinyah keluar bagai toksin... Alhamdulillah PR Perak dah Allah bersihkan toksin rasuah betina ni...

8:56 AM

 
Blogger ariff55 said...

islah dan tajdid PR sayang nye BN pun tak terima mereka??? kerna dosa murtad mereka belum bersih dgn taubat atau pancung leher///

8:59 AM

 
Anonymous Anonymous said...

September 16 datang. Tetapi Abdullah Badawi dan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno masih dalam 'state of denial' - cuba menafikan hakikat bahawa kerajaan sekarang sudah hilang keabsahannya. Semalam tiga orang ahli parlimen -Johari Abdul (Keadilan), Anthony Loke (DAP) dan Hatta Ramli -membawa perutusan dari Pakatan Rakyat kepada Perdana Menteri untuk berbincang tentang proses peralihan kuasa. Dalam sistem demokrasi yang matang ini adalah suatu proses yang lumrah. Pakatan Rakyat hanya perlu membuktikan kepada PM bahawa pakatan itu sudah memiliki majoriti suara. Inilah yang akan ditunjukan oleh Anwar Ibrahim kepada Abdullah Badawi dalam pertemuan mereka. Sampai bilakah Abdullah ingin menutup mata terhadap kenyataan? Dalam pada itu kita terus mengingati Raja Petra dan Teresa Kok. Teresa, salah seorang ahli parlimen yang akan membentuk kerajaan baru, adalah seorang Katolik yang warak dan solihah. Saya tujukan lagu ciptaan Mozart ini kepada YB yang kita tidak tahu dimana beliau dikurung. Liriknya adalah dari nasyid gereja Katolik. Saya pernah terbaca tulisan filasuf dan theolog Hans Kung bahawa muzik-muzik Mozart bersifat maklaikati. Saya tidak tahu muzik-muziknya yang lain tetapi Laudate Dominum saya dengar seperti datang dari alam malakut.

KhalidJaafar

1:33 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Astaghfirullah....

letih sungguh membaca komen dari anwaribrahim....betol ke anwar yang tulis ni ?
Dah kekurangan sangat ke kisah 'besar' dalam sejarah Islam untuk direnungi sehingga kisah batil dari agama hindu pulak yang mintak diambil iktibar....baik ambil iktibar dari cerita ultraman..

perasaan syahdu merenung wajah shuhada' gazzah ni rasa terbantut sungguh dgn kisah dewa murugan dan dewi parvathi ni....spoil !!

tolonglah komen skit ustaz din....keliru saya dibuatnya.

12:01 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam Ustaz

Ana nak buat pembetulan sikit pada tajuk gambar2 diatas. Gambar yg mula2 sekali ialah gambar Asshahid Sheikh Rashid Ghazi yg dibunuh oleh tentera Pakistan dalam kejadiam serangan ke Masjid Lal (Masjid Merah) di Pakistan (kalau tak silap di Karachi). Gambar2 yg lain adalah gambar2 lama syuhada dari Palestine dan Iraq, sebelum tragedi serangan yahudi keatas Gaza baru2 ni. Harap maklum.

Arip, Shah Alam.

12:11 AM

 
Blogger Muhamad Azrul Bin ALi said...

ALLAH HU AKHBAR!!!....

3:31 PM

 
Anonymous Anonymous said...

alam

Penyelesaian kpd masalah palestin adalah jihad. Utk berhadapan dgn kekuatan ketenteraan Israel, para tentera kaum muslimin perlu digerakkan kerana merekalah kumpulan manusia yg setara dari segi perlengkapan perang.

Malangnya tiada satupun dikalangan para pemimpin negara-negara umat Islam hari ini yg berbuat demikian.

Pasti mereka tidak akan melakukannya kerana mereka adalah bertuankan Barat dan Yahudi.

Kerana itu penyelesaian hakiki masalah palestin hanya dapat dilakukan apabila umat Islam berjaya mengembalikan syariat Islam dalam kehidupan mereka dibawah negara khilafah.

PAS patut menggerakkan para ulamak, umat Islam dan para tentera utk mendirikan khilafah.

Insyaallah pahala di sisi Allah memperjuangkan syariat Islam dan khilafah tidak kurang hebatnya dgn saudara-saudara kita yg dalam gambar ini.Kata Nabi penghulu para syuhada ialah Hamzah bin Abd Mutalib dan pemuda yg berdiri dihadapan penguasa yg zalim kmdn mengajaknya berbuat makruf serta melarangnya berbuat mungkar dan lalu di bunuh.

Insyaallah.
RIRK

8:24 AM

5:13 PM

 
Anonymous Anonymous said...

khilafah pasti tertegak...InsyaAllah. Saya menyedari ramai yang mula memperkatakan . Dalam satu slot tarbiyyah di sekolah, bahagian tarbiyyah sekolah membentangkan 'formula kebangkitan' kepada guru-guru pembimbing usrah dan banyak menyebut tentang kepentingan kembali bernaung di bawah khalifah....saya tak mahu bercerita panjang, kami memahami bahawa bergerak dalam saluran demokrasi bukan bererti kami menolak khilafah...

10:02 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Bagus tu,
Tapi kita semua kena lebih nyaring lagi....sebab khilafah ni bukan suatu yg eksklusif. Dari pak cik dan makcik kat kampung hinggalah kepada menteri, korporat, sultan dan jeneral.....semuanya kena faham ttg kewajiban dan kepentingan khilafah.

Siapakah yg akan menyampaikannya ..... ?

PAS, muslimat serta seluruh org yg beriman yg faham ttg perkara ini wajib menyampaikannya.

RIRK
gimana ya khilafah itu ?

8:32 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Tindakan Hizbut Tahrir menyeru pemerintah di Indonesia dan Malaysia hantar tentera ke Gaza adalah tidak sah kerana :-

1. Pemerintah Indon dan Malaysia adalah sekular bukannya pemerintah Islam yang sebenarnya.

2. Tentera Indon dan Malaysia juga adalah tentera sekular, maka mereka bukannya tentera islam yang ditugaskan untuk berjihad.

Dalam dok hentam orang lain yang berpilihanraya, Hizbut Tahrir juga menyerukan seruan yang aneh "TENTERA SEKULAR MALAYSIA DAN INDON, BERJIHADLAH!!"

Seruan yang aneh dari Hizbut Tahrir..

6 Usul dalam memperkasa deen yang ada dlm usrah Pas :-
1.Keperibadian muslim
2.Baitul Muslim
3.Masyarakat muslim
4.Tahrirul Bilad
5.Daulah Khilafah
6.Mentadbir dunia

Jadi, jangan nak jadi buta mata hati kata Pas tak serukan Khilafah..

RIRK

4:13 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,


Kenapa pulak tiba-tiba sdra naik angin. Kalau nak marah..marahlah kpd saya....kenapa hentam HT.

Eemmm...memanglah dunia ni banyak perkara yg pelik-pelik.

HT boleh betul dan boleh salah. Hanya Nabi saw yg maksum. Tetapi tidak bermakna kerana HT buat salah, maka PAS pun berhak buat salah. Eemmm.....pakai logik apa pulak ni !

Saya setuju bahawa negara Malaysia dan Indonesia adalah negara sekuler...tetapi pemimpin dan para tenteranya secara individu adlh muslim. So....tidakkah turut mereka memikul tanggungjawab hukum syarak ?

Secara politik....di sini kita dapat membuka pekung para pemimpin umat Islam sekarang siapa sebenarnya mereka.

Tidakkah tindakan mereka menahan para tentera muslim di dalam kem2 menunjukkan mereka engkar perintah jihad kerana mereka adlh boneka barat ?

Emmmm......sdra patut belajar politik dari muslimat.

RIRK

5:17 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Walau pun tentera Indon dan Malaysia adalah majoritinya muslim, tapi mereka tidak akan pergi ke palestin tanpa keizinan pimpinan tentera yang tentunya perlukan 'lampu hijau' dari pimpinan negara. Dan pimpinan negara ni, semuanya maklum bahawa mereka adalah sekuler.

Antara tentera Indon dan Malaysia, adalah lebih wajar demo HT dibuat di Kaherah, Amman, Damsyik, Riyadh juga Beirut bagi menghantar tentera Mesir, jordan, Saudi, lubnan juga Syria ke Palestin.

Kalau saudara bukan tentera, saya cadangkan saudara masuk Askar Wataniah dan cubalah bawa senjata ke Palestin atas nama individu.

Benar, setiap individu bertanggungjawab atas hukum syarak, namun seruan jihad dari HT untuk tentera Indon dan Malaysia jelas bertentangan dengan syarak kerana mereka bukannya tentera Islam hanyalah individu muslim.

Takpelah, tuntut ilmu dengan sesiapa pun takde masalah.

Yang penting, jangan tunjuk perasaan minta puak sekuler pergi berjihad.


KRIR

8:43 AM

 
Anonymous Anonymous said...

alahai....ada debat perdana ke ni ?

saya bercita-cita jihad bersenjata boleh dilancarkan oleh muslimin seluruh dunia bagi menghadapi Israel di palestina...dan saya sering menyebut dan memperkatakannya, walaupun kata-kata saya di sisi manusia mungkin tidak mendatangkan apa-apa kesan lantaran 'kecilnya' saya...

pada saya perkara yang saya rasakan betul dan saya yakini betol menurut kemampuan ilmu saya, maka saya akan terus memperkatakannya biarpun orang lain tidak mengendahkannya..

dalam hal ini saya berpihak pada seruan jihad kepada penguasa muslim di negara majoriti muslim, atau di negara Islam , ataupun di negara sekuler supaya penguasa ini mengerahkan angkatan tentera muslim kita ke palestina bagi menghadapi Israel, walaupun saya tahu itu mustahil kerana penguasa di negara saya ini adalah pendukung sekuler.Tapi atas sifat 'seruan yang benar' maka saya kira ia perlu terus diperkatakan.Soal ia menerima seruan saya atau tidak itu bukan lagi hak saya.

Ibarat hukum hudud yang diperjuangkan pas yang dilihat sebagai 'mustahil' perlaksanaannya selagi pemimpinnya adalah sekuler dan negaranya adalah sekuler, maka dengan sebab itukah saya tidak wajar memperkatakannya ?

ah ! besarnya isu diluar sana...saya tadi di sekolah berbincang tentang satu trend remaja Islam yang 'menyembah syaitan'. Isu murtad yang semakin hari semakin meningkat angkanya,serta isu ibu muda yang semakin banyak mengandung dan membunuh anak luar nikahnya ....besarnya kerosakan terhadap agama saya ini yang tentunya memerlukan'usaha' besar juga dari kita semua utk membendungnya...

maaf, saya jadi rasa 'kecil' pula apa yang kita perselisihkan di sini.

Dalam Al Quran Allah memuji sahabat2 baginda dalam hal kasih sayang mereka dan sifat keras mereka....agak-agaknya Allah pun sedang memuji kita ke ?

perbanyakkan persefahaman berbanding perselisihan biarpun perbezaan mustahil dapat kita hapuskan...

semoga kita menjadi saudara yang saling berkasih sayang....

4:43 PM

 
Anonymous Anonymous said...

ustaz,

apakah dibenarkan tindakan sdr anwar itu ?walaupun ucapannya itu ditujukan kepada penganut hindu, apakah wajar muslim sepertinya mangajak penganut Hindu mengambil iktibar dari kisah yang 'dia' sendiri tahu itu batil dan mengarut ? sejauh inikah toleransi agama yang harus dilakukan seorang pemimpin muslim ? inikah dakwah ??

ustaz jawab sikit ler....kesian kat saya....saya harap sangat saya ni silap menilai dan ustaz tolong perbetulkannya....

kebenaran pahit....biarkan saya menelannya...

9:31 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Aik...nak bermanja-manja dgn ustaz pulak. Peringatan...ustaz dah ada org yg punya.

Muslimin

9:26 PM

 
Anonymous Anonymous said...

KEH..KEH..KEH....lucunya

na'uzubillah....tak sampai le tahap nak bermanja since saya juga sudah berpunya dan berderet bala tentera.....

kes 'ucap selamat' untuk non muslim ni saya dah banyak baca...zaman mudah google ni membuatkan maklumat dihujung jari saja. Cuma saya nak dengar dari ustaz sendiri sebab ada teman yang bagitahu ustaz pernah menulis 'haram' mengucap selamat pada perayaan agama...wallahualam...

herannya, bila kat sini ada orang mintak komennya jangan diulas ustaz ulas pulak....bila ada yang minta komen direspon ustaz senyap pulak.....ini tak ADIL

10:54 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Pasal ucapan selamat atau doa utk pengampunan non muslim adalah salah . telah kita bahas sebelum ni .

tak kira siapa lah ,

1:02 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home