" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, August 21, 2005

TERIMA KASIH SAHABATKU

Tiada kata yang dapat saya ungkapkan melainkan Jazakumullah Khairan jaza' kepada semua sahabat yang sanggup meluangkan masa dan meruangkan kesempatan untuk menyerikan lagi Majlis WalimatulUrus adinda saya tempohari ( 20 hb Ogos ) .

Biarpun kalian mempunyai jadual yang padat sebagai mujahidin yang berjuang untuk menegakkan agama Allah di atas mukabumi ini , tautan ukhuwwah dan jalinan mahabbah antara kita tetap dibina dan dipelihara .

Kepada yang tidak berkesempatan hadhir usahlah bermuram durja , justeru saya sangat memahami kesulitan yang kalian alami . Sehingga kita berjumpa lagi dilain kesempatan .

Thursday, August 18, 2005

Konsert MAWI di Kelantan 30 September

KOTA BHARU, 16 Ogos: Kerajaan Kelantan akan menganjurkan Konsert Amal Tautan Kasih bersama Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani di padang Perdana Kota Bharu 30 September depan. Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan pembangunan Masyarakat negeri, Husam Musa berkata, penyanyi itu telah menyatakan persetujuan mengadakan persembahan tersebut di Padang Perdana, Kota Bharu.

Beliau berkata, persetujuan itu diperolehi minggu lalu hasil perbincangan antara wakil Kerajaan negeri dengan pihak Mawi.

"Mawi juga akan mengadakan persembahan khusus untuk anak-anak yatim pada majlis jamuan teh di Hotel Perdana pada sebelah petang, yang akan turut dihadiri oleh Raja Perempuan Kelantan," katanya hari ini.

Husam berkata, konsert amal secara terbuka itu antara lain bertujuan mengajak generasi muda menghayati cara hidup yang lebih bermakna.

Beliau berkata, keputusan mengundang Mawi untuk mengadakan persembahan dibuat sebelum penyanyi itu melangkah ke peringkat akhir AF3 lagi, setelah mengambilkira latar belakang Mawi yang kini menjadi ikon golongan belia.

"Pemilihan Mawi dibuat setelah mengambilkira bentuk hiburan yang dibawa itu tidak bertentangan dengan dasar hiburan kerajaan negeri," katanya.

Selain Mawi, kata Husam, kerajaan akan juga mengundang ibu bapa serta tunangnya, Nor Diana Mohd Naim menghadiri konsert itu.

"Kerajaan negeri akan tanggung segala kemudahan mereka selama berada di Kelantan," katanya memberitahu 'bayaran istimewa' disediakan untuk bawa Mawi ke Kelantan.

Sejak Pas memerintah Kelantan pada tahun 1990, semua persembahan hiburan (nyanyian) terbuka yang melibatkan wanita tidak dibenarkan. Bagaimanapun konsert nasyid terbuka masih dibenarkan selagi tidak melanggarkan enakmen hiburan yang ditetapkan kerajaan negeri.

Sementara itu, Penolong pengurus promosi Maestro, Along Bakar berkata pihaknya menerima tawaran kerajaan negeri itu minggu lalu melalui Hijjaz Entertainment.

Bagaimanapun pihaknya masih menunggu surat pengesahan daripada kerajaan negeri berhubung undangan tersebut. "Kita bersetuju untuk memenuhi undangan tersebut. Bagaimanapun konsep persembahan masih belum dibincangkan," katanya.

Wednesday, August 17, 2005

TANDA KEBESARAN DAN KEAGONGAN ILAHI

Saksikanlah tanda kekuasaan Allah yang menyalahi adat. Apakah masih ada dikalangan kamu yang mengkufuri Allah swt ? Beriman dan berjuanglah !!

"KOTA TINGGI: “Inilah pengalaman pertama saya sebagai penggali kubur selama lebih 30 tahun menyaksikan jenazah dalam bentuk hampir sempurna ditemui semasa kerja menggali semula,” kata Mohamad Sharif, 56, yang terbabit dalam kerja menggali semula 43 kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam, di sini.

Mohamad atau dikenali sebagai Hussein di kalangan penduduk tempatan berkata, beliau membantu kerja memindahkan kubur bersebelahan Masjid Sultanah Rogayah itu untuk membolehkan kerja membina masjid baru dijalankan.

Katanya, kerja menggali semula 43 kubur yang terbabit untuk dipindahkan bermula pada petang selepas solat Jumaat lalu.“Kerja menggali semula dan memindahkan kubur lama itu diketuai Iman Masjid Kampung Makam, Tarpani Sulaiman dibantu sembilan petugas lain.“Pada petang selepas solat Jumaat sejumlah tiga kubur berjaya digali dan dipindahkan, manakala sebelah malamnya lima lagi kubur dialihkan,” katanya.Menurut Hussein, deretan pertama kubur yang digali adalah mereka yang meninggal dunia antara 1979 hingga 1988 dengan disaksikan waris masing-masing, penduduk tempatan dan wakil Technocrat Resources Sdn Bhd, kontraktor yang diberi amanah membina masjid baru yang bernilai RM2 juta.

“Kerja menggali dengan bantuan sebuah jengkaut dan menggunakan cangkul itu berjalan lancar bermula selepas solat Jumaat.“Jenazah mereka yang meninggal dunia lebih 17 hingga 26 tahun itu kebanyakan hanya tinggal sedikit tulang termasuk cebisan tengkorak, tulang punggung dan tulang lengan kerana keseluruhannya sudah dimamah tanah. “Cebisan tulang disusun bersama tanah dimasukkan semula dalam kain kafan sebelum dikebumikan di liang kubur baru yang digali tidak jauh dari situ,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun pada kubur kelapan yang digali kira-kira jam 11 malam pada Jumaat lalu, semua yang hadir tidak kurang 30 orang menarik nafas panjang apabila mendapati jenazahnya dalam keadaan hampir sempurna dengan masih bersalut kain kafan.“Walaupun kain kafan itu hampir reput tetapi bentuk jenazahnya hampir sempurna termasuk ikatan di hujung dan pangkalnya.

“Kami terpaksa menggali lebih luas kawasan tebing kubur bagi membolehkan dimasukkan kain kapan baru dari bawah jenazah itu untuk mengkapannya semula sebelum mengusungnya ke atas untuk dikebumikan di liang baru,” katanya ketika ditemui pagi semalam.Menurut Hussein, jenazah itu adalah Imam Kedua Masjid Sultanah Rogayah, iaitu Haji Yusuf Kampong yang pulang ke Rahmatullah pada 4 April 1979 ketika berusia 99 tahun.

Sejumlah 43 buah kubur lama berusia antara 15 hingga 80 tahun diarahkan dipindahkan ke bahagian utara tanah perkuburan kampung itu yang bersebelahan Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Sehingga petang semalam sejumlah 28 kubur sudah dipindahkan. "

JEMPUTAN KE MAJLIS WALIMATUL URUS

Salam persahabatan
buat semua kenalan ( ikhwah/akhawat ) dan tidak lupa jua kepada semua commenter samaada yang menyokong atau yang membangkang serta kepada semua pembaca samada yang dikenali atau tidak
dengan ini .... saya secara rasminya
mengundang kalian semua ke
MAJLIS
WALIMATUL U'RUS
USTAZAH NORDIANI BT HJ. HASSAN
( adinda saya )
USTAZ FADHIL MOHD NOOR BIN ABD KARIM.
Alamat :
NO : 1114 FELDA KERATONG 05
BANDAR TUN ABD RAZAK
26900 PAHANG DARUL MAKMUR
09 - 445 6507 / 019 916 8182 / 019 984 8182
- berhampiran kawasan
kedai MARA keratong 5 -
Kehadhiran kalian semua
akan menambahkan lagi
seri majlis kami . Datang Tau !!
Yang belum dikenali , kita berkenalan . Yang jauh , kita dekatkan. Yang berpisah , kita temukan . Yang berbeza pendapat , kita rapatkan .Yang bermusuh , kita damaikan . yang berpecah , kita satukan .
Yang bersalah , kita maafkan .
MAKLUMAT MAJLIS :
18 hb August 2005 . Khamis / jam 8.45 mlm : Aqad Nikah
20 hb August 2005 . Sabtu / jam 1 pm - 5 pm : Jamuan

MINYAK NAIK TAPI HARGA DIRI MERUDUM

SaudaraKu...sanggupkah kalian berdiam diri menyaksikan keruntuhan yang sangat mengerikan ini . Saksikanlah generasi akan datang membentuk satu fenomena yang akhirnya menjurus ke arah free sex.

Ketua Penyelidik, Prof Madya Dr Lekhraj Rampal dari Universiti Putra Malaysia ( UPM ) berkata hasil kajian juga mendapati golongan berusia di antara 18 – 20 tahun paling aktif melakukn hubungan sex.

Bagaimanapun secara purata rakyat negara ini melakukn hubungn sex buat kali pertama pada usia 23 tahun. Katanya yang juga pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM.

Beliau berkata, daripada 18. 805 responden 73 % , (13, 691) sudah berkahwin dan daripada jumlah itu 10 % ( 1361 ) pernah melakukan hubungan sex sebelum berkahwin. Katanya jumlah responden yang belum berkahwin pula ialah 5, 114 dengan 448 daripada mereka pernah melakukan hubungan sex. Ini bermakna 1809 ( 9.6 % ) daripada keseluruhan responden pernah melakukan hubungan sex sebelum berkahwin katanya.

Dr. Rampal berkata 38 daripda 448 responden belum berkahwin tetapi sudah melakukan hubungan sex mengaku kali pertama melakukannya pda usia 12 dan 15 tahun manakala 155 lagi berbuat demikian pada usia 16 dan 18 tahun.

Mengulas perkembangan itu Dekan Fakulti Pengajian Islam Univesiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) Prof Datuk Dr Muhammed Yusoff Hussain, berkata ia satu isyarat membimbangkan kepada masyarakat dan perlu di beri perhatian serius terutama oleh ibu bapa. “ perkara ini tidak boleh di serahkan kepada kerajaan semata-mata sebaliknya ibubapa dan seluruh msyarakat perlu beri perhatian serius. Malah kalau perlu hari ini kita perlu jaga tepi kain orang.

Katanya………..Beliau turut mencadangkan supaya undang-undang berkaitan moral diperhalusi supaya betul-betul berkesan bagi memastikan remaja di negara ini tidak sewenang-wenangnya melanggar peraturan agama.

Pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby pula berkata beliau percaya hasil kajian itu relevan kerana berdasarkan pengalamannya kanak-kanak seawal usia 12 tahun dan remaja semakin berani mencuba melakukan hubungan sex. “ di laman web saya banyak soalan dikemukan menunjukkan mereka yang bertanya masih terlalu muda dan bersikap kebudak-budakan. Antaranya bolehkah seseorang mengandung jika melakukan sex di luar tabie ( liwat ) katanya.

Semenatara itu Dr Rampal berkata kajian fasa pertama dilakukan itu dibahagikan kepada 2 topik utama iaitu mengkaji pemahaman masyarakat, penyakit dan risiko perlakuan yang boleh membawa kepada jangkitan HIV termasuk sejarah atau kehidupan sexual seseorang.

Katanya, kaum Melayu menjadi responden paling ramai dengan 10, 699 orang, Cina 3,875 dan India 2104, Bumiputra Sabah 1302, Bumiputra Sarawak 692 dan lain-lain 233. Beliau berkata pasukan penyelidik membabitkan 12 pensyarah dari Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, pegawai kementerian kesihatan, 22 graduan pelbagai Universiti dan kira-kira 400 jururawat dari seluruh Negara.

Responden di pilih secara rawak daripada Jabatan Statistik Malaysia. “ Selain sesi soal jawab di jalankan secara bersemuka, responden diberi soalan bertulis mengenai sesuatu topik, terutama soalan sensitif. Katanya. Dr rampal berkata hasil kajian itu akan dibincangkan lebih lanjut sebelum tindakan susulan di ambil dan selepas 3 tahun penyelidik akan bertemu responden semula untuk melihat samada wujud perubahan.

Sunday, August 14, 2005

NOKHTAH TERAKHIR MUJAHID AGONG

ZAINAB AL GHAZALI DAN AHMAD DEEDAT .

Kematian bukanlah suatu yang ditangisi justeru itu adalah ketetapan Ilahi . Namun perginya insan yang sangat berjasa kepada islam dan ummahnya pasti saja meninggalkan kesan mendalam bagi dunia Islam .

3 0g0s yang lalu , kita dikejutkan dengan perginya Zainab Al Ghazali mendapatkan kekasihnya seusia 88 tahun setelah 53 tahun mengabadikan diri kepada Gerakan Ikhwan Muslimin . Al Marhumah menjadi mentor kepada saya untuk meneruskan perjuangan suci ini.

Dalam kesempatan beberapa kali mengikuti siri dan perkembangan kuliah dan ceramah beliau sewaktu saya belajar di Mesir dulu sangat meninggalkan kesan dalam diri ini. Bayangkan bagaimana seorang muslimah yang hanya baru berusia lewat 60 an kelihatan bagaikan lebih seratus tahun raut wajahnya . Barangkali itulah kesan penderitaan yang sangat dahsyat dilalui oleh Zainab Al Ghazali sewaktu berada dalam penjara rejim sosialis Mesir .

Namun semangat dan daya juang sangat tinggi . Biarpun telah melalui mehnah dan tribulasi sedemikian rupa , lansung tidak membayangkan hasrat beliau untuk berundur dari perjuangan suci yang penuh cabaran ini .

8 ogos , beberapa hari kemudian , kita dikejutkan pula oleh pemergian Syeikh Ahmad Deedat . Seorang pendakwah terkenal yang sangat digeruni oleh musuh musuh Islam . Beliau kembali ke Rahmatilah dalam usia 87 th setelah meninggalkan jasa yang tidak ternilai kepada dunia Islam .

Sahabat sekelian , marilah kita menilai bagaimana pula akhirnya diri kita di pentas perjuangan yang sedang kita dokong ini . Mudah mudahan Allah mengurniakan keistiqamahan kepada kita semua . Selamat Berjuang .