" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Friday, February 20, 2009

Memelihara Ketulenan Perjuangan

Perjuangan tidak hanya berasaskan semangat malah penglibatan kita bersama PAS sebagai sebuah parti politik juga bukan kerana memenuhi tuntutan demokrasi .

Sebaliknya penglibatan [ intima' ] kita adalah berpaksi kepada Iman dan Islam .

Apa yang kita mahu tegakkan ialah Iman dan apa yang kita mahu daulatkan ialah Islam .

Inilah cita - cita murni yang sekali - kali tidak boleh kita benarkan ianya dipengaruhi oleh nafsu dan dikuasai oleh aqal yang terpisah dari wahyu . Justeru cita - cita ini terlalu suci untuk dipengaruhi selain Iman yang tidak berbelah bahagi dan Islam sebagai risalah as samawi .

Malang sungguh apabila perjuangan ini dicampur aduk dengan desahan nafsu yang memburu ruang untuk menyerlah populariti dan publisiti malah membina indentiti diri tanpa memperduli ketulenan manhaj rabbani .

Barangkali kita akan ketemui apa yang diburu biarpun hanya mengatas namakan perjuangan Islam ini . Persoalannya , berbaloikah perjudian itu ?

Siang malam bergelut menghadapi ancaman . Saban waktu pula meredah rintangan . Bersama perjuangan ini dengan mengambil pelbagai risiko yang mungkin membinasakan diri , hanya semata - mata untuk menggapai cita - cita peribadi yang berpaksi kepuasan naluri .

Ketulenan Perjuangan

Perjuangan yang disertai ini adalah untuk sebuah kembara mencari kedaulatan buat Islam . Laksana pengembaraan Nabi saw bersama para sahabatnya membelah alam jahiliyyah memacu hijrah membina sebuah daulah . Segala rintangan dan halangan dihadapi dengan tabah . Sengsara dan deritanya didepani dengan sabar . Perit jerih atas segalanya menjadi ibadah yang ditekuni tanpa mengalah .

Malang 1001 kali malang andai perjuangan ini tidak ubah seperti batu loncatan untuk memenuhi cita - cita politik . Mencari pengaruh , jawatan dan gelaran . Sukar kita memelihara ketulenan perjuangan yang didokong ini jika kita gagal membebaskan diri sepenuhnya dari pengaruh nafsu dan kepentingan duniawi .

Ketulenan manhaj perjuangan mesti dipelihara dari anasir yang merosakkannya . Semua anggota jamaah mesti peka dalam menilai antara manhaj perjuangan yang tulen berasaskan sirah perjalanan nabi kita Muhammad saw atau manhaj perjuangan palsu yang meniti di atas jalur kepentingan politik dan peribadi .

Ketulenan manhaj perjuangan dapat dikenal pasti melalui pengambilan skima amal tarbawi yang mantap melalui silibus am tinggalan baginda Rasul saw. dan diperkemas kini oleh ulama' al a'milin al mujahidin yang memimpin ummah .

Satu pencabulan terhadap manhaj perjuangan andai ia dipimpin atau digerakkan oleh individu atau mereka yang bukan sahaja jahil terhadap manhaj perjuangan an nabawi tetapi juga bersikap negatif terhadap amal tarbawi . Lebih malang apabila perjuangan ini dipacu berlandaskan teori politik untuk mencapai matlamat tanpa berteraskan akhlak Islami .

Demi memburu kemenangan dalam pilihanraya sebagai contoh , walaupun tiada siapa menafikan kemenangan itu penting namun sekali - kali kita tidak boleh meminggirkan akhlak Islami dalam percaturan politik .

Tentu sahaja perjuangan Islam tidak sama dengan gerakan nasionalis atau lainya yang tidak memiliki kamus dosa dan pahala dalam teori politik mahupun perjuangan mereka . Justeru itu kita jangan terjebak atau terpedaya dengan cara dan gaya mereka berpolitik .

Politik Islam kaya dengan akhlak , moral dan prinsip yang tidak memungkin ianya di beli apalagi dirasuah lantaran paksinya ialah Iman dan Islam .

Ketulenan manhaj perjuangan jua tidaklah dinilai semata - mata dipentas politik pilihanraya tetapi juga melihat bagaimana kita membuat keputusan jamaah , bagaimana kita memimpin jamaah dan menangani ahli , bagaimana kita beraksi di medan dakwah , bagaimana kita mendepani musuh , bagaimana kita bertahaaluf dan sebagainya .

Pasti sahaja adab dan akhlak berjamaah seperti syura , dengar dan taat , thiqah , istiqamah , wala' , ukhuwwah , ikhlas dan lainnya mewarnai diri , sikap dan aksi kita sebagai seorang pejuang .

Kita adalah Sebuah Gerakan Islam . Ini satu realiti yang mesti direalisasikan terutama kepada mereka yang diamanahkan sebagai pemimpin jamaah walau dimana posisinya . Bahkan apa pun kepentingan yang kita mahu capai dalam strategi berpolitik dan bergerak memimpin perjuangan ini , kita tidak boleh mencairkan nilai atau standard value bagi sebuah gerakan Islam .

Strategi itu benar dan wajar sebagaimana berpolitik itu adalah hak dan amanah perjuangan . Tetapi saya tegaskan sekali lagi , ketulenan manhaj perjuangan mesti dipelihara . Jangan kita abaikan ketulenannya semata - mata mahu melihat strategi kita berjaya dan politik kita menang .

Ingat ! menang tidak bererti benar dan kalah tidak bermakna salah . Justeru itu awas jangan palsukan manhaj perjuangan suci ini .Pemalsuan manhaj perjuangan adalah satu jenayah !

14 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Saudaraku At-Tantawi,

Tagihkan kuasa dan khilafah dengan Tuan Yang Empunya Kuasa Dan Khilafah. Jangan ditagih dengan manusia kerana manusia itu terlalu banyaklah kufur dan berbolak-baliknya.

Surah Yusuf menceritakan keindahan sabar dan tawakkal Nabi Yaakub 'alaihissalam. Dia tidak tergugat dengan pandangan majoriti anak-anaknya dan kaumnya juga terhadap Nabi Yusuf 'alaihissalam dan dirinya. Pun selepas Buniyamin 'alaihissalam juga terjebak dalam makar, dia juga tetap istiqamah. Kita tidak begitu. Sabar dan tawakkal pada kita terlalu nipis. Ingatlah Allah SWT yang memberi kuasa dan Dia beri kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Kita gagal sekarang, dan sememangnya kita telah gagal selepas jatuhnya Khalifah Turki, adalah kerana kita telah memetik buah yang terlarang yang menyebabkan pandangan kita telah menjadi pandangan yang duniawi. Salah-silap Khilafah kita besar-besarkan dan sanggup pula menggalang-gantinya dengan kekufuran liberal. Amanah Khilafah direntap dari kita oleh Allah swt. Kita gagal sebagai penerima amanah. Ramai dari kita yang menentang diri-diri kita sendiri. Khilafah kita sisihkan sebagaimana kita juga sedang menyisihkan Institusi yang banyak melindungi kita sekarang; para Raja-Raja hafidzahuLlahu 'anhum ajmaiin. Adakah sunnah Khliafah Turki akan berulang ?. Silakan wahai pemain-pemain politik kepartian !. Ulanginyalah sekali lagi untuk melengkapkan kehancuran dan rentapan dari Allah swt !. Kita boleh bertoleransi dengan ribuan kufur dan nifaq, tetapi, dengan sesama sendiri kita membujur lalu melintang patah. La-hawla-wala-quwwata-illa-biLlah !.

Kaedah haq Ahl Sunnah Wal Jama'aah kita ketepikan dan kita berpaut kepada pohon zaqqum kuasa rakyat.

Bagaimana kita mahu mencapai keikhlasan ?.

TOKPAKIR

8:42 AM

 
Blogger mutiarahatiku said...

Saudaraku..

Saya amat respect kepada pejuang-pejuang Islam dari pejuang silam hingga pejuang zaman kini..liku-likunya serupa hanya dalam bentuk berbeza..seronok membaca sejarah pejuang Islam silam terkemuka seperti dalam novel Salahaduddin-Penakluk Jerusalem dan Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel akhir-akhir ini kerana kelihatan kelibat-kelibat tokoh-tokoh pejuang silam dalam pejuang-pejuang kini..tidak kurang juga kelibat-kelibat petualang silam dalam petualang kini..watak-watak itu hanya dilakonkan semula oleh orang yang berbeza..yang syahid yang menjual agama untuk dunia semuanya seolah berulang semula..bagi pejuang Islam alhamdulillah moga-moga mendapat nilai amal soleh di sisi Allah tetapi malang bagi petualang-petualang ini..pewaris kejahatan tentera salib yang banyak melakukan kerosakan dan merasuah pemimpin-pemimpin negara Islam..yang makan rasuah..penyokong tegar pemimpin makan rasuah..kalau tak sempat bertaubat aaah..malang..moga-moga kita termasuk dalam pejuang dan penyokong pejuang yang benar di sisi Allah.
Moga Ustaz akan terus tabah,gagah, bijaksana dan semangat membara hingga ke titisan darah yang terakhir dalam berjuang untuk menegakkan agama Allah swt..Allahuakbar!

sekalipun kita tak kenal antara satu sama lain tapi doa yang dipanjatkan untuk para pejuang Islam tetap kepada Tuhan kita yang satu Allah swt..

6:54 PM

 
Blogger Unknown said...

Salam! Ustaz sebelum ini ada bincang bab pemutihan dalam jemaah dan sekarang pula hal ketulenan perjuangan, bagi saya sebab Ustaz pemimpin Pas dan bakal ketua pemuda Pas tentulah semua itu berkaitan perjuangan Pas. Kenapa sekarang ni baru nak bincang atau sebutkan, itupun setakat Ustaz soranglah yang mungkin serius.(tuupun mungkin tak dapat YB lagi)
Yang lain-lain tu dah tak main dah issu issu asas dan dalaman ini fokus semua nak dapat kuasa dulu lepas tu kita buatla Islam tu.Itulah realiti perjuangan Pas hari ni dah tak serupa dulu lagi... sapa yang bertanggungjawab jadi macam tu.Jangan tanya orang buta dan asyik mashyok tentu dia kata tak ada apa-apa kita lebih kuat dari dulu dan berkembang pesat...
Tanyalah al-quran,tanyalah al-hadith suluhlah dengan contoh perjuangan orang dulu-dulu.

12:41 PM

 
Anonymous Anonymous said...

teruk sungguh che mat ni....dasyatnya buruk sangka yg ada dalam hatinya, tuduhan yang gelojoh terhadap ustaz walaupun disampaikan dalam bahasa berlapiknya itu, tetap tak dapat menyembunyikan penyakit hatinya pada ustaz....moga ustaz dapat maafkan dia..

harap ustaz terus memperkatakan apa saja yang ada nilai baik dan benar.Tentulah tidak ada nilai 'terlewat' di sisi Allah sebagaimana tiada nilai putus asa dalam bertaubat selagi nyawa belum dihalkum. Bagi yang nak mengambil iktibar darinya akan menerima baik, tapi bagi yang sebaliknya banyak keaiban kita yg nak dikoreknya...yang memang baik kita buat dia diam je, tapi yang dia rasa tak baik kita buat dia akan lantang menghentam....inilah bentuk 'muhasabah' dan 'persaudaraan Islam'yang mereka tawarkan.....

kita bekerja untuk Islam ni bukan baru semalam.....maka biarkan saja mereka dengan pelbagai tafsiran jesteru hanya Allah yang paling berhak memberi penilaian.

selamat berjuang....

4:58 PM

 
Anonymous Anonymous said...

salam ustaz...

yang saya dengar nizar berjuang sorang2 kat perak tu. pemimpin tertinggi pas duk main polis santeri dengan paklah dan kuli. memang yang benar akan terpancar jua akhirnya. tapi kenapa tak diusaha bersama-sama? yang mana lebih penting kuasa atau perjuangan?

tok pengulu

5:54 PM

 
Anonymous Anonymous said...

eh betol ke tok penghulu...mana sumber tok dapat ni ?...saya tengok di mana-mana orang pas dan pimpinan bercerita pasal kes di perak tu...ramai pimpinan menyokong tindakan nizar dan tak henti-henti terangkan isu di perak...camana tok kata nizar dok tackle problem sorang-sorang ?...tok nak camana lagi....angkat senapang lawan sultan ke ?

baik-baik tok...jangan tuduh sebarangan...tak baek ooo

7:17 PM

 
Blogger cakap-lepas said...

Sekarang ini ada golongan bukan Islam yang semakin biadap terhadap Islam.Terbaru dalam forum lowyat.net seorang forumnist telah menghina islam.Laporan polis akan dibuat di balai polis kajang pada hari isnin jam 830malam.

Saya menggusa pemuda PAS seluruh Malaysia turun ke balai polis kajang untuk mengutuk sekerasnya golongan yang anti Islam.Nak tau boleh tengok blog saya.

11:43 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

PAS sebuah gerakan Islam...saya akui.

Cuma sayangnya PAS terpesona dgn hamparan karpet merah demokrasi. Tampak lembut, cantik dan hebat jika melaluinya.

Sehingga kini PAS masih berfikir dgn membaca mantera zam-zam-allakazam karpet merah pun terbang dgn mudah membawa org yg memijaknya menuju destinasi.

Pandangan-pandangan politik yg dilontarkan PAS juga tidak menunjukkan ketulenan fikrah Islam yg mahu diperjuangkan oleh PAS.

PAS juga masih tebal perasaan prejudis terhadap gerakan Islam lain. Sementara DAP dan PKR yg beberapa kali biadap dan kurang ajar terhadap Islam.....PAS memeluknya sebagai sahabat.

PAS perlu keluar dari tempurung ideologi kapitalisme dan kembali memperjuangkan Islam yg tulen.

RIRK

12:22 AM

 
Blogger gagasan_warisan said...

Mana ada tulin perjuangan korang ...kuat menipu jugak...kene kat org lain haram ...neraka..tuhan marah...kene kat korang halal...ini bagus...macam2 dalil dikeluarkan...PAS tidak memahami real politik Malaysia...hanya menggula2kan ahli2nya dengan islam sahaja....cuba melacurkan agama dan sejarah itu lah PAS...

9:16 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Pemain bola menang disanjung dan dikurnia pelbagai ganjaran...menteri besar megah mendendangkan imbuhan. kami minta surau mungkin tak keluar TV sebelah mata tak dipandang(tanah sekaknkang kera untuk Surau pun takut nak diberi walau kuasa ditangan..muka-muka ni yang nak buat hudud..buat lawak bolehlah)Bola dan Surau mana penting Ustaz...anak saya pun boleh jawab...The True Colors Of PAS?? Kuasa lebih utama dari Agama...Publisiti lebih dikejar dari mensyiarkan ISLAM...PAHIT SUNGGUH PENGALAMAN INI-DENGAN SEBUAH PARTI YANG KONONYA LEBIH ISLAM DARI ORANG LAIN.

5:04 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Pemain bola menang disanjung dan dikurnia pelbagai ganjaran...menteri besar megah mendendangkan imbuhan. kami minta surau mungkin tak keluar TV sebelah mata tak dipandang(tanah sekaknkang kera untuk Surau pun takut nak diberi walau kuasa ditangan..muka-muka ni yang nak buat hudud..buat lawak bolehlah)Bola dan Surau mana penting Ustaz...anak saya pun boleh jawab...The True Colors Of PAS?? Kuasa lebih utama dari Agama...Publisiti lebih dikejar dari mensyiarkan ISLAM...PAHIT SUNGGUH PENGALAMAN INI-DENGAN SEBUAH PARTI YANG KONONYA LEBIH ISLAM DARI ORANG LAIN.

5:04 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Pemain bola menang disanjung dan dikurnia pelbagai ganjaran...menteri besar megah mendendangkan imbuhan. kami minta surau mungkin tak keluar TV sebelah mata tak dipandang(tanah sekaknkang kera untuk Surau pun takut nak diberi walau kuasa ditangan..muka-muka ni yang nak buat hudud..buat lawak bolehlah)Bola dan Surau mana penting Ustaz...anak saya pun boleh jawab...The True Colors Of PAS?? Kuasa lebih utama dari Agama...Publisiti lebih dikejar dari mensyiarkan ISLAM...PAHIT SUNGGUH PENGALAMAN INI-DENGAN SEBUAH PARTI YANG KONONYA LEBIH ISLAM DARI ORANG LAIN.

5:04 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Pemain bola menang disanjung dan dikurnia pelbagai ganjaran...menteri besar megah mendendangkan imbuhan. kami minta surau mungkin tak keluar TV sebelah mata tak dipandang(tanah sekaknkang kera untuk Surau pun takut nak diberi walau kuasa ditangan..muka-muka ni yang nak buat hudud..buat lawak bolehlah)Bola dan Surau mana penting Ustaz...anak saya pun boleh jawab...The True Colors Of PAS?? Kuasa lebih utama dari Agama...Publisiti lebih dikejar dari mensyiarkan ISLAM...PAHIT SUNGGUH PENGALAMAN INI-DENGAN SEBUAH PARTI YANG KONONYA LEBIH ISLAM DARI ORANG LAIN.

5:04 PM

 
Anonymous Anonymous said...

http://syiahmalaysia.blogspot.com/2010/11/bahaya-mat-sabu-pada-pas-malaysia.html....sy mahu kesahihan dr Pas berkaitan artikel ini demi menjaga "Memelihara Ketulenan Perjuangan".

11:36 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home