" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, July 25, 2005

AYAH PIN : ORANG SESAT BERTINDAK KE ATAS ORANG SESAT : DI LEMA "ISA" ATAU "BUNUH "

UMNO kelihatan cuba untuk mengalih Isu " ROBOH MASJID " kepada isu Ayah Pin . Sedang Ayah Pin sudah cukup diketahui umum sebagai pengamal ajaran sesat sejak 30 tahun lalu , tanpa kerajaan UMNO mengambil apa apa tindakan .

Kegagalan UMNO meyakinkan rakyat bahawa Masjid yang mereka robohkan di Perkampungan RTB Bujal Kemaman pada 26 Mei 05 lalu adalah markaz PAS , menyebabkan UMNO terpaksa mengambil tindakan ke atas Ayah Pin dan pengikutnya yang telah di"selamatkan" sejak sekian lama ( 30 tahun ).

Sekali lagi Ayah Pin menjadi kambing hitam UMNO dan BN untuk menangani emosi rakyat yang sangat terguris ekoran " kedhaliman tanpa batas " mereka , setelah Isa Samad dan beberapa tokoh lain turut menjadi kambing hitam UMNO dan BN .

Saya tak nampak , UMNO mampu bertindak ke atas Ayah Pin secara serius dan ikhlas . Sebagaimana sukarnya orang yang mencuri nak tangkap pencuri , demikian juga tak mungkin orang yang berada dalam kesesatan akan mengambil tindakan ke atas orang yang sesat .

Saya melihat , kesesatan yang dialami oleh UMNO jauh lebih bahaya dan mengancam keselamatan ummah berbanding kesesatan Ayah Pin .Tinggal lagi masyarakat yang dibelenggu kejahilan tebal , tidak berupaya melihat tahap kesesatan yang dialami oleh UMNO .

Sebagai contoh mudah , Menukar agama ( murtad ) hukumannya adalah bunuh sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Nabi Kita Muhammad saw. melalui hadisnya yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari . ( Sesiapa yang menukar agamanya , maka bunuhlah ia ! ) tetapi UMNO yang berkonsepkan Islam Hadhari , pula menguasai Kerajaan Pusat ( berbanding PAS yang hanya mampu kuasai kerajaan negeri di Terengganu untuk sessi 99/04 ) masih enggan menggubal undang - undang murtad .

Allah menegaskan : " Tidak layak bagi lelaki dan wanita yang beriman , apabila telah ada ketetapan dari Allah dan RasulNya dalam sesuatu perkara , tiba tiba ia masih membuat pilihan yang lain dari apa yang telah ditetapkan. ( Barangsiapa yang berbuat demikian bererti ia ingkar kpd Allah dan RasulNya ) dan sesiapa yang ingkar kepada Allah dan RasulNya , maka sesungguhnya ia sesat dengan suatu kesesatan yang sangat nyata."

Demikianlah kedudukan UMNO sehingga hari ini .

PAS tidak bersetuju Ayah Pin di ISA kan . Ianya atas 2 alasan .

Pertama : Kerana PAS selama lamanya menentang ISA sebagai akta draconian yang tidak bertamaddun , menangkap tanpa bicara .

Kedua : Ayah Pin mesti dibicarakan di bawah undang - undang murtad dan UMNO wajib melaksanakan undang - undang murtad .

Saturday, July 23, 2005

SAHABAT KU

In time of Trouble and Difficulties
don't ever say : Oh My God , I have a big Problem
but say , " Hey Problem !! I have a Big GOD .
Allahu Akbar
will always with us .

sambungan ...

Sebahagian ummat Islam yang tidak mempunyai kekuatan iman dan asas pengajian islam yang baik akan menerima bulat bulat islam yang mereka pelajari dari tokoh tokoh orientalis dan sebahagiannya dari golongan Musyrikin .

Golongan inilah apabila mereka pulang kelak ke negara masing masing , mereka membawa Islam ala barat . Islam menurut perspektif Barat . Justeru tidak hairanlah jika terdapat sebahagian mereka yang pulang dari university seperti ini membawa idea pemikiran yang liberal terhadap Islam .

Gerakan Islam Liberal wujud dalam negara kita melalui aliran pemikiran yang dicetuskan oleh golongan yang seperti ini .

Monday, July 11, 2005

AWAS ! PERANCANGAN SULIT YAHUDI

Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan 019 - 916 8182 / tantawi22002@yahoo.com
Yahudi telah menganjurkan Muktamar Rahsia mereka di France ( Jewish Masonic Conspiracy ) pada tahun 1900 yang lalu . Seorang wanita France telah berjaya mencuri dokumen muktamar tersebut melalui seorang pemimpin tertinggi freemason dan di edarkan kandungan dokumen tersebut yang menggariskan 24 strategi atau protokol untuk menghancurkan ummat Islam .
Protokol ini telah diterjemahkan oleh Us. Mohd Khalifah At Tunisi di dalam kitabnya : Brutukoolaat Hukamak As Sohyuuni .
Protokol yang ke sepuluh ialah : Melahirkan golongan Liberalisme yang tugaskan untuk menyusup masuk kedalam kumpulan Islam bagi menghancurkan ummat Islam .
Rancangan mereka merangkumi strategi merosakkan pemikiran ummat Islam dari ilmu Islam tulen dengan menaja faculty pengajian Islam di University mereka seperti Univ Sorbon di France , Univ. Oxford di UK dan Univ. Harvard di Amerika Syarikat .
Lantas mereka menawarkan faculty ini kepada seluruh ummat Islam untuk mempelajarinya di University mereka .
bersambung......( to be continue ... )

Friday, July 08, 2005

TRAGEDI 7 JULY : JUSTERU SATU BUKTI UMNO BERORIENTASIKAN YAHUDI ZIONIS

Oleh : Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan 019 916 8182 / tantawi22002@yahoo.com
Kesan runtuhan Masjid di RTB Kg. Bujal , yang menjadi mangsa kedhaliman UMNO masih lagi menjadi igauan ngeri mereka yang melakukannya .
Jumlah FRU yang begitu ramai ( dianggarkan 200 orang ) mengganas sejak pagi 7 july 05 menyaksikan Tapak Runtuhan Masjid tersebut dibersihkan dan kesan sisanya dipindahkan ke suatu tempat yang tidak diketahui .
Pagi itu , sekurang - kurangnya 7 orang ditangkap .
Sementara di sebelah malamnya , satu majlis ceramah dianjurkan oleh PAS Kemaman . Majlis tersebut sememangnya telah dijadual sejak lama dulu yang melibatkan 2 tetamu penting iaitu Yb. Salahudin Ayyub Ketua DPP Pusat dan Tuan Hj. Mohd Sabu Naib Presiden .
10.00 pagi 07/7 : Saya dihubungi oleh pihak penganjur untuk menggantikan Yb. Salahudin yang tidak dapat hadhir kerana terpaksa membuat ucapan penangguhan di Parlimen pada jam 5 petang tersebut .
8.30 mlm 07/7 : Selesai saya menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Syaidina Omar Al Khattab di Cenderawasih , saya terus bergegas ke Kemaman .
10.00 mlm 07/7 : Saya tiba dikampung Mak Cili ( tapak ceramah ) , tetapi saya di halang oleh dua sekatan jalanraya oleh pihak polis dari memasuki tempat ceramah . Lalu saya mengambil langkah beredar dari situ dan parking kereta sekitar jarak 9 tiang api dari tempat ceramah .
10.15 mlm 07/7 : Saya dibawa naik ke pentas ceramah .
10.25 mlm 07/7 : Saya dijemput untuk menyampaikan ceramah , tetapi malang , belum pun sempat saya memberi salam , sekitar 50 0rang anggota FRU dengan ketuai oleh OCPD Kawasan Kemaman merempuh masuk dengan meredah kumpulan orang ramai yang dianggarkan melebih 5 ribu orang pada malam tersebut .
Rempuhan membabi buta tanpa memperkenalkan diri dan memberi apa-apa amaran kepada pihak penganjur , menimbulkan satu pergelutan dan keadaan yang kelam kabut .
10.40 mlm 07/7 : Pihak FRU beredar dari kumpulan orang ramai . sejurus itu ( tak lama kemudian ) sekurang - kurangnya 3 bom asap pemedih mata dilemparkan ke tengah - tengah kumpulan orang ramai yang melibatkan kanak - kanak dan muslimat . Keadaan mula tidak terkawal .
10.50 mlm 07/7 : Saya dan Tuan Hj. Mohd Sabu di bawa oleh penganjur ke satu penginapan yang berbeza . Suasana di tapak ceramah masih hingar bingar menyaksikan tak kurang 30 orang hadhirin ditangkap .Mereka juga telah melepaskan 3 semburan air kimia melalui water canon .
Rumah tempat saya bersembunyi dikepong oleh FRU dan memerintahkan semua yang berlindung dirumah tersebut keluar menyerah diri atau beredar pulang ke rumah masing - masing .Saya mencadangkan agar semua muslimat sekitar 50 orang yang berada di rumah tersebut keluar dan beredar pulang ke rumah masing masing .Bimbang mereka ditangkap .
Saya masih mengambil keputusan untuk berada didalam rumah tersebut dalam sebuah bilik . Saya segera solat isyak dan bermunajat seketika , pada malam tersebut .
Sekitar jam 12 , pihak penganjur menghantar sebuah kenderaan untuk mengambil saya secara senyap senyap untuk dibawa keluar dari kawasan bahaya tersebut .
Jumlah FRU pada malam itu tidak dapat dianggarkan tetapi mereka datang dengan 12 buah Trak termasuk water canon .
Jam 12 mlm , FRU masih mengejar orang ramai yang mengejek mereka ke segenap celah rumah di perkampungan Mak Cili .
Alhamdulillah . Jam 12.30 , saya dapat berlepas pulang ke Kuantan .
Demikianlah sebuah Tragedi 7 July di sebuah Negeri Bestari , Bayangan Islam Hadhari .

Thursday, July 07, 2005

UMNO mengGANAS LAGI

Saat saya melaporkan ini ( jam 9.50 am / 7 julai 05 ) Al Fadhil Ustaz Yusuf Embong . Timbalan Pesuruh jaya PAS Pahang berada di Tapak Runtuhan Masjid kampung Bujal .
Kini sedang dikepung oleh Polis dan FRU . 42 buah Trak dan Land Rover , 5 buah Jentolak dan 15 buah Lori . Semuanya BUKAN dari Pejabat Daerah Kemaman .
Nampaknya UMNO tak serik lagi . Mereka terpaksa pula menghapuskan bukti kedhaliman mereka .
Ya Allah , kami serahkan kepada Mu Ya Allah akan kedhaliman UMNO dan BN ini .

Lambakan Bahan Porno di Pasaran Hadhari

Pentadbiran Kerajaan yang berkonsepkan Islam Hadhari dengan rukun pertamanya untuk Melahirkan Individu yang beriman dan bertaqwa telah dijayakan dengan kebanjiran bahan bahan porno/lucah di Pasaran hadhari . Berikut adalah bukti yang sempat saya teliti dan perolehi :
Tajuk Buku :DEFINISI “Tubuh Setiausaha Umpan Tender Projek” Bil : 18KDN: PP 10726/4/2006.JULAI 2005 Penerbit : ARA COMMUNICATIONSNO.47 JLN SS 25/27, TMN MAYANG, 47301 PETALING JAYA, SELANGOR Pencetak : RETALITE SDN.BHDNO 36, JLN 2/10B, SPRING CREST INDUSTRIAL PARK, 68100 BATU CAVES Tajuk Buku : CERNA “Kisah Gempar: Balasan Dosa Isteri Curang Wajar Berubah Seperti Anjing Angkara Lakukan Seks Secara Liwat Dengan Ramai Lelaki” Bil : 59KDN: PP 17490/7/2005.EDISI JULAI 2005 PENERBIT CIPTA REKA20-8-2, MIDAH RIA CONDO, JLN MIDAH 8, TMN MIDAH, CHERAS 56000 KL PERCETAKAN SM SDN BHDNO:14, JLN BP 5/3, BDR BUKIT PUCHONG, 47100 PUCHONG SELANGOR Tajuk Buku : SURIA PERMATA“Kerana Hutang Benggali Kain, Aku Kena Selak Kain” Bil : 3KDN: PP10881/3/2006 Penerbit : OLE-OLE DESIGNNO.57A, JLN BANDAR RAWANG 3, PUSAT BANDAR RAWANG, 48000 RAWANG PERCETAKAN SM SDN.BHDNO.14, JLN BP5/3, BANDAR PUCHONG, 47100 PUCHONG Tajuk Buku : POPULAR MISTERI “99 Suami Maut Malam Pertama” Bil :62KDN: PP1010812 2004 Penerbit : SUMMER SLAM PUBLISHING11A, JLN 3/10, TMN SERI GOMBAK 68100, BT CAVES SELANGOR Pencetak : PRINT CITY76 JLN RADIN ANUM SATU BDR SERI PETALING, KUALA LUMPUR Tajuk buku : CEKAL “Dasar Syaitan Bertopengkan Manusia Malang Gadis Bisu Diperkosa Hingga Hamil” Bil : 42KDP: PP12004/10/2005 EDISI JULAI 2005 Penerbit : ANIMAGINE ENTERPRISE151-4-6, WISMA MUTIARA, JLN PUCHONG, 47100 PUCHONG Pencetak : HERALD PRINTERS SDN BHD.LOT 508, JLN PERUSAHAAN 3, BDR BARU SG BULOH, 47000 SELANGOR Tajuk : RAMPAI“Apa nak jadi dengan suamiku langgan pelacur murahan untuk puaskan nafsu” Bil : 58KDN: PP11489/7/2005 PENERBIT CIPTA REKA20-8-2, MIDAH RIA CONDO, JLN MIDAH 8, TMN MIDAH, CHERAS 56000 KL PERCETAKAN SM SDN BHDNO:14, JLN BP 5/3, BDR BUKIT PUCHONG, 47100 PUCHONG SELANGOR Tajuk : PELIK BENAR“Dara Beharga Sekeping Roti” Bil : 51KDN: PP 10489/9/2005 Penerbit : KALAM ILHAM SDN BHD1-2B, JLN 1/UP8 UKAY PERDANA, 68000 AMPANG, SELANGOR Pencetak : FZ ENTERPRISE SDN BHDNO 3, JLN SU22,TMN INDUSTRI SELAYANG, 68100 BT CAVES, SELANGOR Tajuk : MASTIKA “Habuan Seks Ayah Kandung” JULAI 2005 Penerbit : MEDIAKOTA PUBLiSHINGP.O.BOX 1322450802 KUALA LUMPUR CETAKAN MAJUJAYA SDN BHD68 JLN 14E AMPANG NEW VILLAGE, 68000 SELANGOR Tajuk : EKSTRA“Terpedaya Kerana Hutang” Bil : 9KND: PP 9778/12/2005 Penerbit : JALUR CITRANUSA(M) SDN.BHDNO 6-1 JALN 5A/6, TMN SETAPAK INDAH, 53300 SETAPAK, KUALA LUMPUR Pencetak : RETALITE SDN.BHDNO 36, JLN 2/10B, SPRING CREST INDUSTRIAL PARK, 68100 BATU CAVES MAJALAH BULANAN INTISARI “Minah Kilang Melintuk Dalam Pelukan Lelaki Bangla” Bil : 83ISSN 1823-0032 Penerbit : MULYA UTAMA ENTERPRISESNO:17B, JLN SG 1/6, TMN SRI GOMBAK, 68100 SELANGOR Pencetak : SYARIKAT PREMALOT 9, JLN 51A/243, 46100 PETALING JAYA, SELANGOR FENOMENA AJAIB“Bohsia Buang Bayi” Bil : 12KDN: PP 10722 JULAI 2005 Penerbit : TCKL CORPOROTION SDN.BHDJO.48, JLN 2/10B, SPRING CREST INDUSTRIAL PARK, 68100 BATU CAVES, SELANGOR Percetakan : RETALITE SDN.BHDNO 36, JLN 2/10B, SPRING CREST INDUSTRIAL PARK, 68100 BATU CAVES SUARA HATI« Isteriku Cantik Ramai Jantan Menenggek » Bil : 3PP10738/4/2006 Penerbit : OLE-OLE DESIGNNO.57A, JLN BANDAR RAWANG 3, PUSAT BANDAR RAWANG, 48000 RAWANG PERCETAKAN SM SDN BHDNO:14, JLN BP 5/3, BDR BUKIT PUCHONG, 47100 PUCHONG SELANGOR VARIASI « Payudara Tiba-Tiba » Membesar PP 11020/9/2005 MITA (P) 77/10/2004 Tajuk : BISIK BISIK « Isu : Seks Bebas Sejak Umur 10 Tahun » Bil : 24 Penerbit : PP 9949/11/2005ARA COMMUNICATIONSNO.47 JLN SS 25/27, TMN MAYANG, 47301 PETALING JAYA, SELANGOR Percetakan :RETALITE SDN.BHDNO 36, JLN 2/10B, SPRING CREST INDUSTRIAL PARK, 68100 BATU CAVES Tajuk : KENA « Panduan Cumbu Rayu Cara Tehormat » Bil : 46KDN : PP 10443/9/2005 Penerbit : KALAM ILHAM SDN BHD1-2B, JLN 1/UP8 Percetakan : UKAY PERDANA, 68000 AMPANG, SELANGORFZ ENTERPRISE SDN BHDNO 3, JLN SU22,TMN INDUSTRI SELAYANG, 68100 BT CAVES, SELANGOR Tajuk : CITRA DUNIA« Ditinggalkan Kekasih Setelah Hamil » Bil : 16KDN : PP 13157/4/2006 Tajuk : LELAKI Seks Bebas Remaja Kita Kita Kini Makin Brutal Bil : 30Pp 127/18/11/2005 Penerbit: MAJALAH SENSASI LELAKI NO.9A, JLN WAWASAN 2/8 BDR BR AMPANG, 68000 AMPANG, SELANGOR Percetakan : KLK PRESS S/BNO 7, JLN. BK1/18,KINRARA INDUSTRIAL PARK, PUCHONG SELANGOR. Tabloid Tajuk : SELEKSI Jenazah Pondan Bangun Menutup Kemaluan Bil : 58KDN: PP 12823/4/2006 Tajuk : INTENSEF Mangsa Rakus Sepupu Sendiri Bil : 19 KDN: PP 1195/8/2005 Penerbit : MEDIAKOTA PUBLiSHINGP.O.BOX 1322450802 KUALA LUMPUR Percetakan : MAJUJAYA INDAH SDN BHD 68, JLN 14E, AMPANG NEW VILLAGE, 68000 AMPANG SELANGOR Tajuk : BULETIN JEMPOL Pangsapuri Mewah Markaz Pelacru Bil : 24KDN: 11992/2/2006 Penerbit : MEDIAKOTA PUBLiSHINGP.O.BOX 1322450802 KUALA LUMPUR CETAKAN MAJUJAYA SDN BHD68 JLN 14E AMPANG NEW VILLAGE, 68000 SELANGOR DUNIA MADANI Suami Warak & Berhati Mulia Mati Dalam Pelukan Pelacur Di Hotel Bil : 14KDN : PP 12104/2/2006MEDIAKOTA PUBLiSHINGP.O.BOX 1322450802 KUALA LUMPUR CETAKAN MAJUJAYA SDN BHD68 JLN 14E AMPANG NEW VILLAGE, 68000 SELANGOR Tajuk : BULETIN UTAMA Sengsara Angkara Air Mani Dara Bil : 565KDN : PP 754/8/2005 Penerbit : TASTAX RAYA PRESS SDN BHD Tajuk : MINGGUAN PERDANA Siasatan Jais : Pesta Seks Sambut Pengantin Bil : 821KND : PP 5695/6/2005 Tajuk : WOW Jadi Mistress Untuk Tampung Yuran Kolej Bil :9PP 10121/3/2006 Penerbit : OLE-OLE DESIGNNO.57A, JLN BANDAR RAWANG 3, PUSAT BANDAR RAWANG, 48000 RAWANG CETAKAN MAJUJAYA SDN BHD68 JLN 14E AMPANG NEW VILLAGE, 68000 SELANGOR Tajuk : FORUM PERDANA JUAL SEKS DI MOTOR Bil : 15PP13535/12/2005 PENERBITAN PENA ALAMNO.9A TINGKAT 1, JLN WAWASAN 2/8, BDR BR AMPANG 68000 AMPANG, SELANGOR Percetakan : KLK PRESS S/BNO 7, JLN. BK1/18,KINRARA INDUSTRIAL PARK, PUCHONG SELANGOR. Tajuk : SELEKTA SAYA DITUDUH SUAMI JADI PELACUR-KDN PP 11641/9/2005 Penerbit : PUNCAK KARYA ENTERPRISE132, JLN HJ ABDUL MAJID, SG PINANG BANDAR, 41400 KLANG, SELANGOR

Tuesday, July 05, 2005

PERGINYA SEORANG MUJAHID

Mujahid Dakwah “Ustaz Rahmat Abdullah” Pulang Ke Rahmatullah.. Ahmad Akhyari Ismail Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta. akhyari@hotmail.com Innalillahi Wa Inna Illaihi Rajiun. Salah seorang pimpinan Partai Keadilan Sejahtera (PKS) yang merupakan “Muassis Dakwah” dan “Syeikhut Tarbiah” yang dicintai oleh seluruh pendukung dakwah di Indonesia, Ustaz Rahmat Abdullah, telah pulang ke Rahmatullah. Beliau meninggal dunia pada 14 Jun 2005 pada jam 7.30 malam, di Hospital Islam Cempaka Putih. Mantan Ketua Majelis Syura (MS), Dewan Pimpinan Pusat (DPP), Partai Keadilan Sejahtera (PKS) itu meninggal dunia kerana penyakit stroke. Beliau terkena stroke ketika wudhu untuk mengerjakan sholat Magrib di Markaz DPP PKS yang terletak di Gedung Kindo, Duren Tiga Jakarta. Ketika itu beliau dan ahli-ahli DPP sedang mengadakan Rapat Kerja DPP. Kemudian beliau dibawa ke Hospital Islam Cempaka Putih, Jakarta, namun Allah mentakdirkan beliau untuk menghadapNya ketika beliau sampai di hospital tersebut.
Sejarah Perjalanan Hidup Ustaz Rahmat Abdullah Ustaz Rahmat Abdullah dilahirkan di kota Jakarta pada 3 Julai 1953. Putra kedua dari 4 (empat) bersaudara ini hidup dari keluarga asal Betawi yang sederhana dan taat beragama. Pada usia 11 tahun hidupnya mulai menjadi anak yatim. Awal pendidikan rasminya, disamping dididik oleh kedua orangtuanya, beliau memasuki sebuah perguruan Islam yang terkenal di Jakarta, Perguruan Asy-Syafi'iyah bimbingan KH Abdullah Syafi'i (tokoh Islam yang berwibawa di kota ini) hingga menamatkan sekolah tingkat `Aliyah (menengah) dengan prestasi yang cemerlang.
Kehidupan Ustaz Rahmat Abdullah ketika muda sangat berbeza dengan remaja seusianya pada saat itu. Dia taat beribadah, disamping mempunyai karakter dan akhlaq yang mulia. Hari-harinya dihabiskan untuk belajar, membaca dan mengkaji. Bahkan di usianya yang sangat muda, ia telah menjadi guru ditempat ia menuntut ilmu.
Dunia ilmu adalah dunia yang sangat mendarah daging dalam dirinya. Kegemarannya membaca al-Qur'an dan aneka buku membuat menjadi lebih cepat matang dibandingkan dengan remaja-remaja lain pada umumnya. Di saat inilah dia banyak membaca pikiran-pikiran para tokoh perjuangan, seperti HOS Cokro Aminoto, Almarhum Ustaz Mohamad Natsir, Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Abu A’la al-Maududi dan tokoh-tokoh lainnya. Di samping itu, dia tetap menekuni kitab-kitab klasik (kitab kuning) sebagai warisan sejarah. Kebersihan jiwanya telah menjadikan Ustaz Rahmat Abdullah menjadi pemuda yang sangat cemerlang seperti sebuah lautan ilmu laksana perpaduan antara khazanah ilmu-ilmu keislaman klasik dan pandangan Islam modern yang tidak dimiliki oleh banyak orang yang berlabel ustaz.
Dunia seni dan sastra sebagai media komunikasi budaya juga merupakan sebahagian bagi dirinya. Antara bakat dan semangat yang telah melekat. Beliau gemar berzikir dan berfikir, membaca fenomena alam yang kemudian diekspresikan dalam bentuk produk seni, seperti puisi, esai, butir-butir nasyid dan naskah drama. Oleh karena itulah banyak orang cenderung memberikan gelaran sebagai seorang “budayawan”.
Sebagai da’i sejati, beliau banyak menghabiskan waktu, tenaga serta pikirannya untuk kegiatan da’wah. Siang dan malam dipenuhi pengajian demi pengajian tanpa mengenal lelah dan keluh kesah. Ia menjadi tempat anak-anak muda berkonsultasi, berkongsi perasaan, curahan hati tanpa ada batas waktu “melayani ummat”. Itulah peranan yang dia mainkan hingga akhir umurnya.
Sebagai seorang Mujahid Dakwah, dia memiliki karakter yang khas. Kemampuan retorika tinggi yang dihiasi oleh sentuhan sastera yang unik, acap kali membuat para pendengar menangis sebagaimana kemampuan ia membangkitkan semangat yang menggelora ketika ia mengangkat isu tentang jihad. Beliau juga aktif mengisi ceramah di radio dan televisyen. Beliau adalah pengisi tetap rancangan “Titik Pandang Rahmat Abdullah” di Radio Dakta Bekasi setiap Sabtu jam 6.30 pagi. Di radio ini pula beliau memimpin rancangan SAMARA yang disiarkan setiap malam Rabu.
Sebagai seorang penulis, beliau aktif menulis buku dan mengisi ruangan di beberapa majalah Islam dan Tarbiyah, seperti majalah Sabili, Islah, Saksi, Ummi, dan Tarbawi. Di majalah yang disebutkan terakhir inilah, beliau secara rutin mengisi ruangan Asasiyat oleh Pustaka Dakwatuna yang kemudian diterbitkan menjadi sebuah buku dengan judul “Untukmu Kader Dakwah” pada tahun 2005.
Awal tahun 80-an, beliau memimpin dunia Harakah Islamiyah yang pada saat itu mulai tumbuh di Indonesia hingga menjadikan beliau sebagai pakar dalam bidang Tarbiyah, majalah Sabili pernah memberinya gelar “Syaikh at-Tarbiyah” pada tahun 2001. Dengan menggunakan motorsikal yang dhoif, dia masuk kampung keluar kampung, masuk kampus keluar kampus menabur fikrah Tarbiah Islamiyah yang shahih dan syamil. Fikrah Ikhwanul Muslimin yang diperkenalkan beliau ternyata mendapat sambutan yang hangat dari berbagai peringkat masyarakat yang kemudian mencetuskan penubuhan Partai Keadilan Sejahtera (PKS).
Awal tahun 90 beliau memasuki era pengembangan dunia pendidikan dan sosial secara formal, sebagai usaha keprihatinannya terhadap ummat, dia mendirikan ISLAMIC CENTER IQRO’ yang bergerak dalam bidang pendidikan, sosial dan dakwah di Daerah Bekasi, Jawa Barat. Di sinilah dia menetap dan disinilah dia berekspresi mengembangkan cita-citanya melalui kajian kitab-kitab turas (klasik) setiap pagi Ahad.
Proses perjalanan dakwah yang panjang akhirnya telah membawa keterlibatan beliau dalam dunia politik yang kini diperjuangkan. Partai Keadilan yang kemudian berubah menjadi Partai Keadilan Sejahtera (PKS), adalah sebahabagian dari dirinya. Beliau adalah salah seorang pengasas parti yang berlatarbelakang islam intelektual itu.
Beliau diamanahkan menduduki posisi tertinggi dalam partai, yang sangat memerlukan khidmatnya, sebagai bentuk kepercayaan terhadapnya. Disamping itu, dia juga dilantik sebagai Ketua Majelis Pertimbangan Partai (MPP), Majlis Syura dan juga sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat (parlimen) DPR RI sesi 2004-2009 dari daerah Jawa Barat I (Kota Bandung dan Kota Cimahi). Pada Pilihanraya Umum Legislatif tersebut, dia meraih 106,882 undi.
Kehidupan sehariannya diwarnai oleh kesibukan yang luar biasa. Mengajar, ceramah di berbagai stesyen radio dan televisyen, mengisi seminar-seminar keislaman di berbagai daerah dan luar negeri, menulis artikel di sejumlah media cetak, disamping melakukan tugas tusiah politik kepada berbagai peringkat masyarakat.
Di akhir hayatnya, beliau masih sempat mengikuti perhimpunan Lembaga Tinggi Partai Keadilan Sejahtera (PKS), pada hari Selasa (14 Jun 2005) di Gedung Kindo Duren Tiga, Jakarta Selatan, sejak lepas Asar sekitar jam 4.30 petang. Tiada tanda-tanda beliau sedang sakit. Wajahnya ceria seperti biasa. Namun, ketika beliau wudhu untuk menunaikan shalat Maghrib, beliau merasakan sakit di sekitar kepalanya kerana stroke. Beliau sempat diperiksa Dr. Agus Kushartoro, Pengarah Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI), lalu dibawa ke rumah sakit Islam Cempaka Putih, Jakarta. Namun di tengah perjalanan, beliau dipanggil Allah Swt. Beliau wafat dalam usia 52 tahun, meninggalkan satu istri dan tujuh orang anak.
SELAMAT JALAN MUJAHID DAKWAH. MURIDMU, KADER-KADERMU AKAN MENERUSKAN CITA-CITA DAN PERJUANGANMU. Sebelum tiba di Hopital Islam Jakarta (RSIJ) Cempaka Putih, pukul 8.00 mlm, Mantan Ketua Majlis Pertimbangan Partai (MPP) PKS, menghembuskan nafas yang terakhir. Wafatnya tokoh yang terkenal memiliki integriti moral tinggi ini cukup mengejutkan pendukung dan kader PKS. Sejak berita ini diumumkan, para ahli DPP PKS, para tokoh masyarakat dan ribuan kader dan pendukung PKS memenuhi Komplek Perumahan Iqro di Jln. Jati Makmur Pondok Gede untuk memberi penghormatan yang terakhir. Ribuan Massa Hadiri Pemakaman “Muassis Dakwah” Ustaz Rahmat Abdullah Ribuan kader dan pendukung PKS serta tokoh masyarakat hadir pada pemakaman Mantan Ketua Majelis Pertimbangan Partai (MPP) PKS ini, pukul 1.30 petang. Rahmat dimakamkan di tempat Pemakaman Perkampungan, lebih kurang 200 meter dari tempat tinggalnya.
Sejak tersebar berita wafatnya almarhum selasa malam, kader dan pendukung PKS serta masyarakat setempat terus hadir untuk melakukan ta’ziah. Meskipun suasana hujan, massa tidak surut untuk menghadiri solat dan pengebumian jenazah mujahid dakwah yang tercinta. Sepanjang hari pekikan takbir mengema di Masjid Islamic Center Iqro tempat dimana jenazah beliau ini disemayamkan.
Pada pukul 11 pagi, dengan berlinangan air mata, Ketua Departemen Kaderisasi DPP PKS, Ustaz Mahfud Siddiq, membacakan riwayat hidup Ustaz Rahmat Abdullah yang dipenuhi dengan nilai-nilai perjuangan untuk menegakkan nilai-nilai Islam di bumi Indonesia. Selesai sholat Zuhur berjamaah, Ketua Majlis Perwakilan Rakyat (MPR-RI) Dr. Hidayat Nurwahid, Guru Almarhum Abdul Rasyid Abdullah Safi’i dan Presiden PKS, Ir. Tifatul Sembiring memberikan ucapan yang mengimbau kenangan dan kesan-kesan positif mereka selama bersama dengan Ustaz Rahmat Abdullah.
Pada pukul 1 petang dilaksanakan sholat jenazah yang diikuti oleh seluruh massa yang hadir. Selanjutnya jenazah di angkat oleh Unit Kepanduan PKS menuju tempat pemakaman, yang diiringi oleh pekikan takbir dan linangan air mata. Massa segera merapat menuju jenazah, mereka bersesak untuk memberikan penghormatan yang terakhir.
Saat jenazah menuju liang lahat, hujan terus menyiram bumi, pekikan takbir bersahut-sahutan dan tangisan dari massa yang hadir semakin menghiba, sehingga suasana mirip seperti proses pemakaman salah seorang pejuang di Palestin.
Sesaat setelah jenazah dikebumikan, Ketua Majelis Syura (MS) PKS, Ustaz Hilmi Aminuddin membacakan kronologi wafatnya Ustaz Rahmat Abdullah. Mereka yang hadir tak dapat menahan sebak dan tangisan saat Ustaz Hilmi mengatakan bahwa sebelum meninggal dunia, Ustaz Rahmat telah bersedia untuk menunaikan tugas suci iaitu menjadi Ketua Badan Penegak Disiplin Jamaah PKS. Kata beliau, “Sebenarnya lebih suka waktu hidup saya dihabiskan untuk berdakwah di masyarakat seperti yang selama ini saya lakukan dari pada menjadi anggota Parlimen” tutur Rahmat kepada Hilmi.
Acara ditutup dengan pembacaan talqin dan doa oleh Dr. Ahmad Samiun Jazulli, pensyarah UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta. Turut hadir pada pemakaman ini, (Menteri Perumahan Rakyat) M. Yusuf Ashari, (Menteri Pemuda dan Olah Raga) Ahdyaksa Dault, Para Anggota DPR dari Faksi PKS, diantaranya R. Bagus Suryama Mayana dan Mustafa Kamal, Para Anggota DPR RI, Para Anggota Faksi PKS DPRD DKI Jakarta dan para tokoh masyarakat.

Memo kepada Mufti versi 2

Oleh Ustaz Nasruddin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) merujuk kepada Jawapan kontroversi Dato Dr. Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri yang disiarkan di dalam ruangan soal jawab agama ‘Anda Musykil, Dr Mashitah Jawab’ akhbar Harian Metro Ahad, 19/6/2004 . Dr. Mashitah dalam ruangan tersebut menjawab bahawa melacur dalam keadaan `terpaksa` adalah dibolehkan. Definisi kepada `terpaksa` yang dimaksudkan pengirim dan Dr Mashitah sendiri adalah terpaksa untuk menyara keluarga atas sebab kesempitan hidup maka ia dianggap darurat yang menyebabkan hukum asal berubah. Berikut adalah petikan Dr Mashitah:
HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang.Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu ‘terpaksa’, membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendakhatinya.Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan.Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan.Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu.Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, dia tergolong layak terima fitrah.Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat. Sumber Harian Metro 19 Jun 2005
Berdasarkan kepada kenyataan tersebut DPPNP ingin memberikan komentar berhubung perkara tersebut.
Kami berpandangan bahawa jawapan yang diberikan itu adalah tidak tepat dan cukup mengelirukan. Jawapan tersebut telah menimbulkan satu anggapan di kalangan ummat Islam di Malaysia bahawa melacur adalah dibenarkan dalam keadaan ‘terpaksa’ atau ‘terdesak’ yang mungkin disebabkan oleh kesempitan hidup. Dalam keadaan darurat sebegini, jika berdasarkan kepada Dr. Mashitah, maka hukum haram melacur (berzina) berubah menjadi harus (dibolehkan).
Pandangan pra-matang
Jawapan Dr Mashitah di dalam akhbar tersebut, menggunakan konsep mashaqqah yang merupakan satu konsep yang ada di dalam fiqh dan usul fiqh, konsep tersebut menerangkan bahawa “sesuatu kesulitan dan kesusahan itu menjadi sebab bagi meringankan hukum dan memberikan kemudahan.
Keadaan ‘terpaksa’ seperti yang ditimbulkan oleh pengirim, disebabkan oleh faktor kemiskinan atau kesempitan hidup, Malangnya Dr Mashitah memberikan satu jawapan yang “tidak cermat”, tanpa sebarangan analisis senario dan tidak pula cuba untuk memberi penjelasan yang lebih details beliau terus secara longgar mengkategorikan keadaan tersebut [terpaksa] sebagai satu keadaan darurah. Implikasi dari keadaan terpaksa itu ialah ia membolehkah hukum asal dirubah iaitu haram melacur kepada harus melacur. Tidakkah ini satu pandangan yang mengelirukan?
Sungguhpun DPPNP menghormati ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh Dr. Mashitah. Namun, kami tetap berpendirian bahawa pendapat beliau dalam isu ini tidak boleh diterima sama sekali. Pandangan beliau yang disiarkan secara meluas kepada masyarakat awam, adalah menyalahi konsep mashaqqah yang telah ditetapkan oleh ulamak muktabar, tindakan terlalu meringankan pengkategorian keadaan darurat tersebut dibimbangi akan berlaku kekeliruan dan salah faham dikalangan pembaca yang rata-ratanya tidak arif tentang hukum. Sedangkan masalah aurat yang mudah itupun tidak difahami ramai apatah lagi dalam masalah yang agak kompleks sebegini tentulah lebih mudah untuk disalah ertikan oleh masyarakat awam.
Pandangan Ulama
I - Dr Yusuf Al-Qaradhawi
Kami naqal pandangan beberapa tokoh ulamak bagi menyokong hujah kami antaranya ialah Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang di dalam kitabnya ‘Al- Halal Wal Haram Fil Islam’ menyentuh tentang keadaan darurah yang membolehkan perlakuan haram, beliau telah menegur dan memperingatkan ummat Islam agar tidak secara sembrono mempermudah-mudahkan kelonggaran [rukhsah] yang diberi oleh syarak atas alasan darurat.
II - Dr Wahbah Zuhaili
Begitu juga semasa membincangkan tentang hukum harus melakukan yang haram ketika darurat, Dr Wahbah Zuhaili di dalam kitabnya Al-Wasit Fi Usul Fiqh al Islami (Al- Matba’ahAl Ilmiyya, Cetakan Kedua 1986 m.s 115) telah menyatakan bahawa majoriti ulamak berpendapat harus melafazkan kata-kata kufur ketika dipaksa seperti diancam untuk dibunuh.
III - Ulama Mazhab As-Syafie
Ulama mazhab As Syafie (as Syafiyyah) mengatakan skop darurat itu bukan sekadar takut kehilangan nyawa jika tidak memakan makanan yang haram itu, tetapi ditakuti juga akan berlaku kesakitan atau sakitnya bertambah teruk atau sakitnya itu akan berpanjangan.
IV - Imam Abu Zuhrah
Imam Abu Zuhrah pula mendefinisikan darurat pula sebagai satu keadaan ditakuti akan kehilangan nyawa ataupun kehilangan harta keseluruhannya ataupun maslahat dharurinya (agama, nyawa, maruah, akal dan harta) terancam jika tidak memakan yang haram atau tidak melakukan perkara yang terlarang dengan syarat tidak menyentuh hak orang lain.
Syarat Darurat
Berikut adalah beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Islam dalam meletakkan sempadan daerah darurat itu sendiri. Jika menepati kriteria ini barulah terpakai kaedah syarak seperti darurat mengharuskan perkara yang dilarang:
* Darurat itu memang benar-benar berlaku bukan lagi hanya sangkaan semata-mata ke atas kemusnahan nyawa ataupun harta benda. Kalau pun kekhuatiran itu didasarkan andaian, andaian itu hendaklah andaian yang kuat seperti telah melalui proses pengalaman dan pemerhatian.
* Orang yang berada dalam keadaan darurat itu tidak ada jalan lain yang dibenarkan oleh syarak untuk mengelakkan kemudaratan itu. Contohnya, seseorang yang amat perlu untuk meminjam wang maka ia mesti memilih pinjaman tanpa riba kerana zaman ini sudah ada alternatif untuk melakukan pinjaman dengan tidak menggunakan sistem riba.
* Orang yang dalam keadaan darurat (terpaksa) itu mestilah berusaha jangan memilih perkara yang terang-terang melanggar prinsip-prinsip asasi Syariat Islamiah dan usul akidah Islamiah seperti tidak halalnya ia memilih untuk berzina, membunuh, memilih kufur dan mengambil hak orang lain kerana perkara-perkara berkenaan pada hakikatnya adalah mafsadah (kerosakan).
Ini bererti jika dalam melepaskan keadaan terpaksa itu tiada jalan yang halal, cuma yang ada beberapa jalan yang haram, maka ia mesti memilih mudarat yang lebih ringan dan tidak terang-terang melanggar perkara-perkara asasi dalam Islam.
* Ketika melepaskan keadaan daruratnya seseorang itu mestilah sekadar melakukannya kadar yang perlu sahaja, bukan untuk berselesa melakukan perkara yang terlarang berkenaan berdasarkan kaedah keadaan darurat diukur dengan tingkatannya
* Dalam isu terpaksa memakan ubat dari produk haram untuk menjaga kepentingan nyawa, syarat tambahan yang perlu dipenuhi ialah pengambilan ubat berkenaan hendaklah disyorkan oleh doktor yang dipercayai pegangan dan amalan agamanya serta mempunyai kepakaran di samping terbukti tiada ubat lain yang halal untuk diambil.
* Dalam pemerintahan negara, pemimpin perlu memastikan kepentingan awam dan negara didahulukan walaupun kadang-kadang terpaksa mengambil jalan yang terlarang apabila jalan yang halal tiada atau kurang berkesan dalam menjaga kepentingan negaranya seperti pandangan beberapa orang ulama yang berpandangan harus membayar hutang negara kepada badan-badan dunia atau negara-negara kuasa besar bersama dengan faedah pinjaman walaupun pada asasnya riba itu haram kerana menjaga kepentingan negara daripada terjual atau tergadai kepada kuasa asing. Sumber Pejabat Mufti Perak
Daripada sedikit ulasan di atas, alasan melakukan perkara yang diharamkan kerana darurat tidak semudah seperti ia diungkapkan kerana pada hakikatnya ia masih terikat dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.
Fenomena yang berlaku di masyarakat kita ialah ramai di kalangan umat Islam menggunakan alasan darurat dengan melakukan perkara yang haram dalam perkara peminjaman secara riba sedangkan peminjam berkenaan bukannya dalam perkara `daruriyyat' tetapi hanya dalam perkara `tahsiniyyat' sahaja.
Berdasarkan pendapat-pendapat ulamak di atas yang sempat dinukilkan [serta banyak lagi pandangan-pandangan lain] keadaan ‘terpaksa’ disebabkan tiada wang untuk menyara hidup, tidak termasuk ke dalam kategori darurat yang membolehkan seseorang perempuan melacur sebagaimana pendapat Dr. Mashitah.
DPPNP tidak berniat untuk meperbesar-besarkan soal ini, tetapi oleh kerana kenyataan ini disiarkan di dalam sebuah akhbar arus perdana yang mempunyai jutaan pembaca dan disampaikan pula oleh seorang tokoh agama yang berpengaruh seperti Dr. Mashitah, maka ia telah menimbulkan kekeliruan di kalangan ummat Islam dan mungkin ramai juga yang menelan bulat-bulat jawapan tersebut.
Tindakan dan Kesimpulan
Oleh kerana itu, demi kepentingan ramai khususnya umat Islam di Malaysia, kami menyeru pihak berwajib untuk melakukan sesuatu demi agama ini. Tuntutan kami tidaklah sebesar mana Cuma hanya memohon pihak yang berwajib lebih cakne dan proaktif dalam menangani isu-isu yang melibatkan kepentingan umum.
Pihak Dato diminta untuk tampil menjelaskan isu ini kepada masyarakat. Kami Dewan Pemuda PAS Pahang teramat bimbang kelonggaran ini akan dimanipulasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk menyesatkan dan memesongkan orang Islam di Malaysia. Sudah terlalu parah kebejatan akidah dan sosial dikalangan umat Islam di Malaysia dipinta janganlah ditambah lagi dengan satu bentuk endorsement sebegini. Isu murtad, kondom dan jarum percuma, isu zina, arak, pesta melampau, serangan pemikiran [islam Liberal/ astora], riba, judi, rasuah dan macam-macam lagi bencana kepada umat ini sudah tidak terbela lagi, apakah golongan agamawan kerajaan sudah kecewa dan berputus asa? Bangkitlah!