ENAKMEN HIBURAN ISLAM
abrar menulis - "Situasi2 yang merubah hukum mendengar nyanyian dari harus kepada haram.Al-Ghazali menyebut 5 situasi yang boleh merubah hukum mendengar nyanyian dari harus kepada haram ialah:1.Jika nyanyian itu didengar dari seorang wanita yang diharamkan memandangnya,kerana dibimbangi berlaku fitnah.
Disini bukan nyanyian yang dilarang,sebaliknya kerana timbul kebimbangan akan mendatangkan fitnah,kerana itu nyanyian dilarang dalam situasi ini.Menurut al-Ghazali larangan mendengar nyanyian dengan alasan bimbang berlaku fitnah adalah pendapat yang kuat.
Al-Ghazali menguatkan hujjahnya dngan hadis 2 orang hamba wanita yang menyanyi didalam rumah Aisyah ra,sebagaimana yang diketahui Nabi saw mendengar suara mereka dan tidak menjauhkan diri dari mereka,kerana Baginda tidak bimbang berlaku fitnah terhadap dirinya.Peristiwa ini menunjukkan adanya perbezaan antara lelaki dan wanita yang masih muda dan juga yang sudah tua.
Persoalan ini berbeza kerana disebabkan oleh perbezaan keadaan.
1. Kami (al-Ghazali) berpendapat orang tua boleh mencium isterinya,ketika sedang berpuasa,tetapi orang muda tidak boleh berbuat demikian.
2. Jika alat muzik yang digunakan termasuk simbol kepada peminum arak atau simbol bagi anak2 muda yang menyerupai wanita seperti seruling,gitar dan gendang (bab ini ulama masih berselisih tentang status hadis,-pent).Ketiga-tiga alat muzik ini adalah dilarang.Selain alat2 muzik ini hukumnya adalah harus sebagaimana asalnya seperti rebana-walaupun ada loceng padanya-gendering,pemukul gendang dan lain2.
3. Jika senikata nyanyian itu mengndungi kata2 kotor,keji,cercaan dan mendustakan Allah SWT,Rasul dan para sahabat seperti syair golongan rafidhah yang mencela sahabat dan lain2.Mendengar syair sebegini adalah haram,baik dilagukan atau tidak,kerana orang yang mendengar adalah sama orang yang mendengar dari segi memperolehi dosa.Begitu juga nyanyian yang menceritakan keangkuhan kaum wanita,kerana tidak boleh menceritakan keangkuhan kaum wanita dihadapan kaum muda mudi lelaki.Tetapi menyanjung mereka dengan menyifatkan keadaan pipi,perawakkan,bentuk tubuh badan dan seluruh sifat2 kaum wanita,berdasarkan pendapat yang sahih tidaklah diharamkan,baik diolah dalam bentuk lagu atau tidak.Walau bagaimanapun pendengar tidak boleh mengkhayalkan kepada wanita tertentu.Jika ia ingin juga membuat khayalannya itu kepada wanita yang halal dengannya.Jika ia menkhayalkan dengan wanita asing yang sah kahwin dengannya,bererti ia telah melakukan maksiat melalui khayalan dan fikirannya itu.Jika dibimbangi dengan mendengar nyanyian itu,boleh menimbulkan khayalan yang haram itu,adalah lebih baik kepada seseorang itu menghindarkan diri sama sekali mendengar nyanyian tersebut.
4. Jika orang yang mendengar nyanyian itu,lebih mudah diransangi oleh nafsu syawat yang biasanya berlaku diperingkat usia remaja,kerana nafsu syawat pada mereka pada peringkat ini,adalah lebih mudah teransang ,berbanding sifat2 lain,mendengar nyanyian disaat ini pada mereka adalah haram,baik dalam hatinya mengandungi rasa cinta kepada orang tertentu atau tidak.Walau bagaimanapun adalah elok kiranya ia tidak mendengar nyanyian yang menceritakan tentang keadaan pelipis,pipi,menjalinkan hubungan cinta,putus cinta dan lain2,kerana nyanyian akan menimbulkan keghairahan nafsu dan mendorongnya membayangkan bentuk tubuh badan wanita tertentu,kerana syaitan dengan mudah dapat menghembuskan hawa nafsunya kedalam kalbu yang terlibat,sehingga api syawat menyala,manakala pendorong2 kearah kejahatan pula bermaharajalela.
5. Jika pendengar dari golongan masyarakat awam dan tidak dikuasai oleh rasa cinta kepada Allah SWT.Mendengar nyanyian bagi golongan ini adalah harus.Tetapi jika ia mudah dikuasai oleh hawa nafsu,haram bagi mereka mendengar nyanyian.Walau bagaimanapun diharuskan bagi mereka menikmati benda2 yang harus yang lain.Jika mereka membiasakan diri mendengar lagu2 itu,jelas mereka adalah golongan yang bodoh,yang ditolak persaksiannya.Ini kerana terus menerus melakukan perbuatan sia2,adalah satu bentuk kejahatan seperti juga dosa2 kecil yang apabila dilakukan secara terus menerus akan bertukar menjadi dosa besar.Aktiviti yang harus jika dilakukan terus menerus juga akan menjadi dosa kecil.Disini bermain catur adalah harus,namun jika dilakukan terus menerus akan menukarkan hukumnya menjadi makruh yang dibenci.Dari situ tidak semestinya setiap perbuatan yang harus itu,kekal hukumnya sebagai harus apabila ia dilakukan secara berlebihan.Makan roti umpamanya hukumnya adalah harus,tetapi terlalu banyak makan roti,hukumnya menjadi haram seperti perkara2 harus yang lain.
(IHYA' ULUMIDDIN, Bab al-Sama',hlm 1142-1145 ,DAR al-SYA'BI.)SUMBER RUJUKKAN:BUKU 'SENI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM' oleh Dr Yusuf al-Qardhawi,terbitan JAHABERSA.ELOK BUKU INI DIMILIKI UMAT ISLAM.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home