" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Friday, April 14, 2006

ISLAM HADHARI :
MEMPERTAHANKAN HIBURAN DAN ARTIS
LEBIH HEBAT DARI NABI SAW.

Saat ummat Islam menyambut Ulangtahun Keputeraan Nabi saw. , semestinya kita sepakat melahirkan rasa cinta yang mendalam kepada Nabi saw. serta mempertahankan kesucian baginda saw. apabila baginda saw. dihina dan diejek .

Malangnya , penganut Islam Hadhari lebih bersemangat mempertahankan artis dari Nabi saw.

10 April 06' yang lalu , melalui Laporan Parlimen jam 5.20 di Warta Negeri TV 1 , dapat ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia baginda Ahli Parlimen BN Sri Gading , bersungguh - sungguh mempertahankan P. Ramlee dan begitu amarah beliau kepada pihak yang membandingkan P. Ramlee dengan artis yang lain .

Sedang kita tidak dengar pun suara dia sewaktu Nabi saw. dihina oleh Eropah dan musuh - musuh seluruh dunia . Entah dimana ia menyembunyikan diri disaat seluruh ummat Islam di seluruh dunia bangkit menunjuk perasaan benci dan amarah apabila Nabi saw. dihina .

Sebaliknya beliau hanya "tunjuk perasaan" di parlimen bila P. Ramlee di perbandingkan justeru ia beranggapan P.Ramlee tiada tolok bandingnya .

Dulu Ahli Parlimen yang sama lah ( BN Sri Gading ) yang mendesak supaya hukuman " bunuh " iaitu campak ke laut ke atas seorang penyanyi ( Hattan ) yang kononnya di dapati menyanyi lagu negaraku dengan versi yang berbeza dengan versi yang ada pada hari ini .

Menganggap ianya sebagai satu kesalahan besar yang tidak boleh diampunkan melainkan mestilah dicampak ke laut .

Demikianlah peristiwa yang berlaku sejurus Hattan diminta untuk memimpin stadium menyanyikan lagu negaraku sempena final Piala Malaysia oktober tahun lepas .

Sewaktu A. Farish Noor menghina Nabi , bahawa Nabi saw. pernah berzina dengan seorang wanita yang bernama Raihanah dan sebagainya , malah sewaktu Kassim Ahmad mengeluarkan pandangan agar Hadis nabi saw. perlu dinilai semula , tiada satu hukuman pun keluar dari mulut Ahli Parlimen Sri gading ini .

Jelas kepada kita bagaimana makrifat mereka kepada dunia hiburan dan artis jauh lebih mendalam berbanding rasa ingat dan cinta mereka kepada Rasulullah saw.

Tambahan pula , semenjak Islam Hadhari mengambil tampuk pemerintahan negara daripada pemerintahan Islamisasi , hiburan dilihat makin galak dan rancak . Malah kian memuncak hiburan ini setelah Zainudin Maidin naik jadi menteri penuh dan menyandang Menteri Penerangan negara .

Ummah dalam keresahan menerima kesan dari hiburan yang biak secara mendadak dalam negara kita hari ini. Pesta bersilih ganti , Konsert bersalin malam , Persembahan berselang hari dan kini cerah bertukar kelam .

Sibuk mereka mencari tenaga dan bakat baru dalam industri muzik . Tidak cukup dengan segala macam anugerah diperkenalkan , tambah pula program realiti TV seperti Akademik Fantasia , Mentor , Malaysian Idol , Bintang RTM dan kini tambah pula One in a Million .

Panas rasanya negara kita hari ini dengan bahang dosa dan noda mereka , meleka dan melalaikan ummah . Melahirkan remaja dan anak - anak muda yang hidup berpoya - poya , tenggelam dalam buaian nafsu dan syahwat bersama alunan muzik dan lengguk tari para artis .

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Ana bersetuju dengan pandangan ustaz. Mereka hanya nampak lahiriah.

2:49 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Di mana perginya 'ulama-ulama' UMNO spt dr mashitah dan yang lainnya? Tidakkah mereka sedar akan kemungkaran di depan mata, tetapi membiarkannya , malah kemungkinan besar mereka menyokong kemungkaran itu?
Hopefully satu masa nanti ustaz menuliskan artikel tentang mengenali ulama akhir zaman, dan mengenali ulama jahat yang dimaksudkan dalam sabda nabi.

Ustaz boleh check email ustaz? Kerana saya ingin meminta pandangan ustaz tentang mengenali muslima yang baik untuk dijadikan sahabat.

1:13 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home