" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, April 29, 2006

KEBANGKITAN SEMULA PEMUDA ISLAM

Kelmarin saya di amanahkan untuk merasmikan Mesyuarat Agong DPP Kawasan Kuala Terengganu bagi kali yang ke 24 dan hari ini saya ditugaskan pula untuk merasmikan DPP Kawasan Setiu bagi kali yang ke 26 .

Merasmikan DPP bagi kedua - dua kawasan ini merupakan pengalaman unik bagi saya . Kebiasaannya perasmi akan berfungsi menyuntik semangat kepada perwakilan dan pemerhati , namun berbeza bagi diri saya yang kerdil ini , sewaktu merasmikan Mesyuarat Agong DPP Kuala Terengganu dan Setiu , bukan saya yang menyuntik semangat tetapi saya "menyedut" semangat dari mereka .

Menyedari ancaman dan cabaran yang semakin hebat dan dahyat kearah memerangkap dan melalaikan anak - anak muda dewasa kini , ditambah pula kekangan yang dikenakan ke atas gerakan Islam yang berperanan sebagai pencegah kemungkaran dan pengimbang iklim sosial , saya melahirkan rasa kagum kepada pemuda yang masih bertahan dan sanggup menerima apa jua implikasinya untuk terus bersama dengan perjuangan Islam ini.

Rata - rata wajah mereka yang saya saksikan , membayangkan keikhlasan mereka untuk berjuang dalam keadaan mereka mempunyai peluang terbuka untuk memilih cara hidup yang tidak sukar dan sulit , sebaliknya seronok dan asyik dengan "syurga" dunia hari ini .

Tentu sahaja tidak mudah bagi mereka berhadapan dengan desakan perasaan dan nafsu syahwat untuk terjun ke medan juang yang penuh rintangan dan halangan . Tidak pula menjanjikan pulangan dunia yang lumayan berbanding mereka yang menumpukan 100% masa hidup mereka mencari harta dan membina kehidupan mewah tanpa perjuangan .

Saya merakamkan ucapan tahniah kerana memilih perjuangan Islam dan syabas kerana mampu bertahan daripada bisikan nafsu muda yang pastinya lebih mendesak agar enjoy dan hidup tanpa taklif perjuangan .

Bagaikan tidak bermakna lagi , segala motivasi dan ucapan semangat yang saya lontarkan kepada mereka , sebaliknya saya merasakan "aura" semangat merekalah yang meresap masuk ke dalam jiwa saya , untuk saya terus melangkah lebih yakin dan tabah meredah arus deras perjuangan ini .

Saya percaya , sahabat - sahabat pemuda PAS di seluruh negara berada dalam posisi yang sama . Bersemangat dan bersedia memikul amanah dakwah dan jihad suci ini , agar daulah Islamiyyah kembali dapat dibina .

Semoga kita semua terus istiqamah menghadapi badai dan gelora ganas jahiliyyah modern hari ini yang pastinya enggan memberi ruang dan peluang kepada Islam untuk berkembang .

Insyaallah , Keistiqamahan dan ketabahan kita akan menjadi aset penting untuk menjana kemenangan Islam di Tanahair tercinta. Sabarlah menghadapi segala kesukaran dan karenah perjuangan ini. Justeru kesabaran itu pula akan membantu kita mencapai kemenangan .

1 Comments:

Anonymous Agus@ kayu jabon said...

mampir nich...
menarik sekali blog anda dan saya menyukainya..
salam....

11:44 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home