" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, April 06, 2006

Soal Jawab Agama / Isu ( 001 )

APAKAH KONSEP PERJUANGAN PAS KINI ?

Soalan :

Al Fadhil Ustaz Hj. Nasrudin.....Maaf sekiranya e-mail ni telah menggangu situasi ustaz di kala ini. saya ada sedikit kemusykilan dan perlukan penjelasan dari ustaz kiranya tidak ada masalah..

Sebenarnya..apakah konsep perjuangan PAS sekarang ? sebab ape yg saya lihat mereka lebih banyak mengeji dan menghina org ISLAM yg beraliran UMNO. bukankah mengeji dan menghina itu bukan sifat seorang mukmin? maaf andainya soalan ini menyinggung.

saya cuma mahukan penjelasan agar saya faham yg hak dan yang bathil. sekian..wassalam... terima kasih.

Insan.

Jawapan :

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :

Terlebih dahulu , saya harap saudara berada dalam keadaan sihat sejahtera pula tenang dalam menghadapi karenah hidup yang pastinya serba mencabar .

Terima kasih jua saya pulangkan kembali kepada saudara atas persoalan yang dikemukakan dan kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menjawabnya . Semoga petunjuk Allah swt. terus berpihak kepada kita semua sewaktu berhadapan dengan kekeliruan .

Saudara Ku yang dihormati :

Konsep Umum Perjuangan PAS ialah Ibadah , Dakwah dan Siasah .

Ibadah PAS .

Membentuk kesatuan ( organisasi ) yang berorientasikan pengabdian diri kepada Allah swt . PAS menggariskan Matlamat , objektif , misi , visi , agenda dan aktiviti berasaskan ketundukan serta kepatuhan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah swt.

Berperanan dan berfungsi membina biah atau iklim dalaman parti atau kesatuan ( organisasi ) yang Islamik . Justeru itu , segala program dalaman yang diatur pula berkonsepkan pengkaderan yang Haraki dan Tarbawi .

Dakwah PAS :

Menyampaikan Islam dan menyebarkannya kepada semua masyarakat ( Muslim atau Non Muslim ) dengan Hikmah ( bijak ) bagi mereka memahami , menghayati dan akhirnya memperjuangkan Islam sehinggalah Islam ini berdaulat atau mengatasi ideologi yg di cipta oleh manusia .

Mesej perjuangan suci ini disampaikan tanpa pengaruh sempadan aliran pemikiran dan juga anutan ideologi . Pula tidak dibatasi oleh daerah kelompok sendiri .

Seruan ini ( dakwah ) berprinsipkan Al Quran dan Al Hadith sebagai hujjah yang dihantar masuk kesetiap sanubari ummah dan mengembalikan ummah semula ke pangkuan Al Quran dan Al Hadith , bukan terhenti di pintu Pusat Tarbiyyah PAS sahaja.

Siasah PAS :

Mengurus dan mentadbir Negeri , Negara atau Masyarakat berasaskan agama . Ini memerlukan Kuasa , lantaran itu PAS mengambil pendekatan politik ( siasah ) , masuk pilihanraya .

Dalam pilihanraya , PAS mencari kerusi untuk menghantar wakil ke Dewan Rakyat atau Dewan Negeri agar PAS dapat berfungsi mentadbir Negeri/Negara ini dengan syariat Islam jika menang dengan dua pertiga majoriti dan menjadi penasihat , penegur atau pengkritik ( pembangkang yang positif ) jika menang tanpa simple majoriti .

Pertembungan dengan lawan politiknya yang tidak mahu menjadikan Islam sebagai agama yang berdaulat atau tidak mahu negara ini diurus tadbir berasaskan agama adalah suatu yang tidak dapat dielakkan .

Pertembungan itu diseliakan oleh PAS dengan waras dan hujjah tanpa melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan porak peranda kepada masyarakat ekoran pendekatan yang telah disepakati ialah Muwaajahah bis silmi . ( bertembung secara aman – hujjah )

Hikmah . ( bijak )

Hikmah atau bijak dalam penyampaian Islam kepada masyarakat bukan sahaja bererti lembut tetapi juga tegas jika keadaan memerlukan ketegasan.

Nabi pernah mengislamkan seorang Badwi yg kencing dalam masjid Nabi dengan kelembutan Baginda saw yang melarang Saidina Omar AL Khattab dari bertindak sewaktu Omar ingin memukul Badwi tersebut , malah menyuruh agar Omar pula yang membasuh kencing Badwi tersebut sementara sang Badwi itu dibiarkan melakukan perbuatan itu ( kencing ) hingga selesai .

Nabi saw. yang sama telah mengislamkan Omar Al Khattab dengan kekerasan dalam keadaan Nabi mengcekak leher Omar dan bertanya kenapa Omar datang bertemu Rasulullah saw. pada waktu itu ( di rumah Arqam abi Arqam .)

Kedua - dua suasana itu menjadikan mereka masuk Islam . Itulah bijak ( hikmah ) . Menafsir makna hikmah dengan lembut adalah salah , kerana kelak musuh akan memijak kepala kita .

Namun begitu , perbuatan mencaci peribadi dan mengeji seseorang tanpa sebab adalah suatu yg dilarang oleh agama . Kecuali dalam keadaan ia di zalimi sedang ia tidak mampu nak bertindak balas . Ia hanya mampu menghamburkan kata - kata menghina dan mengeji sebagai tindak balas . Sila lihat Ayat 39 Surah Al Hajj .

Begitu juga , tindakan mendedahkan penyelewengan dan kemungkaran umum yg dilakukan oleh sesuatu pihak ( individu atau organisasi ) sedang penyelewengan atau kemungkaran itu bersifat umum ( terbuka ) merosakkan ummah dan negara , maka demi kepentingan negara dan ummah, penyelewengan dan pelakunya itu didedahkan , maka ia bukan suatu yang salah . Bukan mengumpat dan bukan juga pengkeji atau pencaci yg dipandang buruk sikapnya .

Cuba saudara lihat uslub atau kaedah penggunaan Al Quran ketika Allah menyebut dan mengeji serta mencaci atau melaknat Abu Lahab , Firaun , Qarun dan lain – lain dalam Al Quran .

Nama mereka atau figure - figure tertentu disebut secara jelas oleh Allah dalam Al quran seraya mendedahkan kejahatan dan penyelewengan mereka agar semua ummat Islam berhati-hati , tidak melakukan kesalahan dan perbuatan yg sama seperti mereka .

Ketika PAS berhadapan dgn masyarakat , demi memahamkan masyarakat bagaimana penyelewengan yg dilakukan oleh UMNO , maka PAS mengemuka Fakta penyelewengan / kemungkaran dan figure yang melakukan penyelewengan atau kemungkaran tersebut .

Kalau PAS tidak menyebut Fakta kes dan Figure , akan ada pula tuduhan mengatakan PAS menabur fitnah tanpa sebarang bukti .

Sungguhpun begitu , langkah yg paling bijak bagi pendakwah ialah menggunakan pendekatan yg lunak dalam banyak keadaan kecuali keadaan yg memaksa .

Namun suatu yg perlu saya tegaskan disini sebagai salah seorang pemimpin PAS , bahawa tindakan individu yang mungkin berceramah atas pentas PAS atau individu ahli PAS yang menyampaikan Islam atau mesej perjuangan dengan nada yang keras membuta tuli , melemparkan kejian dan fitnah tanpa asas dan bukti MAKA IA BUKAN SEKALI KALI mewakili PAS .

So saudara usahlah bimbang mengenai konsep perjuangan PAS yang pastinya berjuang untuk mendaulatkan Syariat Allah swt di tanahair ini .

Saudara , sekiranya terdapat salah dan silap dalam langkah yang diambil oleh PAS , atau ada pandangan yang dilihat perlu maka pihak PAS sangat terbuka menerima teguran dan pandangan tersebut .

Selamat berjuang .

Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi .

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t.

Ustaz, ana nak tanya tentang duit rasuah. Sahabat ana ni bdk jemaah juga tapi keja dengan imigresen. Dia kerap dapat duit rasuah, memang dah jadi tradisi kat tempat dia keja, utk maklman, dia keja di sempadan indon dgn sarawk. Duit tu diaorang panggil pusing, sebab pekerja indon yg masuk ke swk perlu kluar dr swk lepas 3 bulan utk renew pas masuk, depa masuk keja kat swk guna pas pelawat je, jadi "pusing" ni dah jadi macam adat kat imigresen terpaksa terlibat. Jadi persoalannya, boleh tak guna duit rasuah ni, macam mana nak guna, atau lain2 perkara yang boleh dibuat yang berkaitan. dan apakah nasihat ustaz pada sahabat ni ... dia baru je keja tak sampai setaun, dia org swk, komit dgn PAS (AJK lagi ...)

11:30 AM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Assalamualaikum

Suatu yang telah jelas berbentuk Rasuah maka jelas lah pula hukumnya disisi syarak . Iaitu Sabda Nabi saw. : Yang memberi dan menerima rasuah adalah tempat tinggal mereka didalam neraka .

Apa pun nama baru yang diberi kepada rasuah tidak boleh merubah hukumnya .

Begitu juga saada rasuah itu baru berlaku atau telah menjadi tradisi , justeru hukum tidak berubah semata mata krn ia terlalu kerap berlaku .

Seperti terlalu ramai Ummat Islam tidak solat maka apakah Solat itu menjadi tidak wajib... Tidak sekali kali tidak . Biar pun tiada seorang lagi di muka bumi ini yg melakukan solat maka hukum solat tetap wajib .

Demikianlah halnya dengan Rasuah , biarpun ia telah menjadi tradisi dan telah diterima baik oleh masyarakat , tetapi Islam tetap mengharamkannya.

Rasuah adalah sumbar kewangan yang mempunyai nilai kedholiman .

cth. Mrk datang nak bekerja , cari duit pendapatan yg halal , kalau kita ( imigresen ) nak bagi dia masuk , bagi lah tanpa kenakan sebarang charge diluar daripada kos yang perlu ditanggung oleh imigresen untuk mengurus keluar masuk mereka .

Kalau imigresen tak nak benarkan mereka masuk kerana tidak menepati prosuder undang - undang , maka jangan dibenarkan mereka masuk melainkan ikut prosuder yang betul dan selamat .

Tindakan mengenakan charge/pusing itu mendholimi mereka .

So nasihat saya , sebaiknya sahabat kita mencari sumber rezki yang halal , pastinya masih banyak kerja di atas muka bumi Allah yg luas ini .

Saya doakan agar dengan semangat ingin mencari kebenaran dan sumber yg halal , allah akan lipatkan gandakan rezkinya .

Inilah sebabnya kenapa Nabi saw. menekan soal sumber rezeki yg halal dan yg haram .

Ada org memilih kerja merompak wang orang sebagai sumber rezekinya dengan alasan kerja lain tak ada . Betul kah alasan itu ? dan halalkah kerjanya itu dengan alasan yg dikemukan ?

Sudah tentu tidak bukan ? so , hindarilah sumber yg haram itu sedang kita akan membawa pulang rezki itu untuk makan anak isteri dan keluarga kita serta diri kita sendiri .

Segala rezki yg haram , yang menumbuhkan daging kita , kelak akan disambar oleh api neraka Allah swt .

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita semua untuk mengelak diri dari sumber yg haram ini . Amin

3:57 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home