" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, May 17, 2006

KEGILAAN BOLASEPAK PIALA DUNIA
MENCEMAR MARUAH UMMAT ISLAM .

Demam piala dunia datang lagi. Walapun pasukan Malaysia tidak menyertai kejohanan kali ini, namun bahang kehangatan piala dunia semakin dirasai. Dalam media elektronik, media cetak heboh diperkatakan mengenai piala dunia. Iklan juga apa kurangnya, dengan makan bola, tidur bola, semuanya bola.

Siapa yang tidak minat bola, dari kanak-kanak pra sekolah sehinggalah imam-imam masjid. Namum dalam keghairahan kita meraikan kemeriahan Piala Dunia 2006 ada pihak yang terlepas pandang, tindakan mereka mempromosi iklan piala dunia tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam di Malaysia ini.

Apa yang diperkatakan di sini ialah iklan syarikat telekomunikasi Maxis yang mengiklankan di media cetak dan di papan-papan pengiklanan gambar penyokong-penyokong bolasepak England.

Dalam iklan ini penyokong-penyokong bolasepak England ini mencontengkan muka mereka dengan lambang bendera England iaitu salib berwarna merah dan berlatarbelakangkan warna putih. Salah satu iklan tersebut terpampang dengan besarnya di tengah-tengah bandar Seremban berhampiran dengan perhentian bas dan teksi Terminal 1 dan berhampiran juga dengan Bangunan Wisma Umno Negeri Sembilan.

Agak pelik sedangkan di England sendiri orang Kristian di sana begitu berhati-hati apabila menggunakan lambang bendera mereka sendiri apabila berinteraksi dengan umat Islam di sana untuk menjaga sensitiviti umat Islam negara mereka.

Ini adalah kerana asal usul bendera England ini ialah sempena kejayaan tentera mereka menewaskan tentera Islam dalam perang salib pada kurun ke 12. Dalam sebuah laporan media World Net Daily yang diterbitkan pada Oktober 2005, pegawai-pegawai penjara di Wakefield sebuah bandar di utara England yang memakai pin bendera England telah diarahkan menanggalkan pin tersebut oleh pihak pengurusan penjara kerana untuk menjaga hati banduan yang beragama Islam.

Sedangkan pegawai-pegawai penjara memakai pin bendera England tadi bukannya bertujuan untuk menghina umat Islam tetapi untuk tujuan tabung kebajikan barah yang dikendalikan oleh Persatuan Palang Merah di sana. (Sila ke link ini untuk artikel lanjuthttp://www.worldnetdaily.com/news/article.asp?ARTICLE_ID=46663)

Jika di England sebuah negara bukan Islam mereka begitu menjaga sensitiviti umat Islam di sana termasuk banduan-banduan Islam, mengapa kita di Malaysia sebuah negara Islam yang mempromosikan konsep Islam Hadhari golongan-golongan bukan Islamnya ini tidak dapat menjaga sensitiviti umat Islam di sini ?

Mengapa harus di agung-agungkan bendera England walhal Malaysia terletak dalam Asia, sepatutnya meyokong pasukan-pasukan bolasepak dari Asia iaitu Iran dan Arab Saudi yang menyertai kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2006. ( kalaupun nak sokong bola )

Lebih teruk lagi tidak mustahil ada penyokong-peyokong bolasepak England di Malaysia ini yang beragama Islam akan terikut-ikut promosi iklan Maxis tersebut lalu mencontengkan muka mereka dengan lambang salib merah.

Satu persoalan timbul, bagaimana pihak berkuasa tempatan serta pihak kementerian dalam negeri yang majoriti kakitangannya beragama Islam boleh meluluskan permit pengiklanan tersebut yang jelas menyentuh sensitiviti umat Islam.

Atau mungkin umat Islam di Malaysia ini tidak sensitif lagi, umat Islam di Malaysia ini sudah buta sejarah, hanyalah orang Kristian di England yang sensitif terhadap umat Islam ?

Apakah orang Kristian di England dianggap kolot dan tidak mengamalkan konsep kebebasan beragama kerana menghormati umat Islam di sana ?

Sudahlah dengan hadirnya pestabola seperti ini menjadikan ramai ummat Islam lupa agama dan ibadat yang sewajibnya mereka tunaikan , ditambah pula dengan perkara seperti ini yang boleh menodai kesucian aqidah ummat Islam .

Semua pihak harus peka dan sensitif terutama pihak berkuasa agar tidak membenarkan perkara ini ( perlecehan terhadap agama dan maruah ummat Islam ) tidak dibenarkan sewenang - wenangnya.

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Ustaz Nasrudin, apa pandangan ustaz tentang demonstrasi oleh orang islam membantah seminar IFC di P.Pinang? Wajarkah buat demo atau tidak kerana kata mereka dalam negara demokrasi mereka ada hak untuk bersidang dan ada permit pula. Kalau orang islam nak bantah,mereka boleh sertai seminar dan berhujah dengan IFC.Dalam isu ini nampak seolah olah orang islam yang buat kacau dan tak pandai nak menangani keadaan, lagi mudah mereka tuduh sebagai pengganas.Harap minta ulasan dari ustaz.T.kasih

10:44 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Assalamualaikum

Bantahan atau demo itu dibuat secara aman . so ia masih dalam kerangka demokrasi justeru persidangan IFC itu bertujuan untuk menghapuskan Islam .

Kalau mereka hormat demokrasi , kenapa mereka harus bersidang untuk cabar agama Islam sementelah pula Islam adalah agama rasmi di Negara kita. Yang telah disepakati menerusi perlembagaan negara .

Sewajarnya ia dihormati bukan diseminar untuk menjatuhkan Islam dan memurtadkan ummat Islam .

Seminar itu sendiri telah keluar dari lunas demokrasi .

Kita tidak boleh menafsirkan kebebasan bersuara sehingga mereka bebas melakukan apa sahaja . Bebas ada etika yang mesti dihormati.

Sebagaimana kita tidak mencela ugama mereka seharusnya mrk juga tidak boleh mencela agama kita . Biarpun sama - sama hidup dalam prinsip kebebasan bersuara .

Soal berhujjah dengan mereka itu suatu perkara yang lain , dan ianya mesti dilakukan . Tetapi membantah persidangan atau lebih tepat saya sebut sebagai perangcangan mereka untuk memurtadkan ummah Islam di Malaysia adalah wajar , sekurang - kurangnya kita menunjuk Izzah agar Islam tidak dipandang rendah .

Terutama di zaman pemerintahan Abdullah badawi dan nazri Aziz yang terlalu banyak memberi ruang kepada bukan Islam menghina dan memperlekehkan islam .

Seperti juga kedai 7 eleven , 24 jam menjual arak , mereka dapat permit dalam negara demokrasi ini , apakah mereka bebas menjual arak sedang arak itulah yang merosakkan aqal dan punca segala maksiat .

Sudah tentu kita mesti bertindak dan membantah ,

Terkadang golongan kuffar ini sukar ditangani dengan hujjah justeru mereka tidak pernah tunduk kepada kebenaran sebaliknya mereka hanya mahu menunjuk taring ke atas ummat Islam setelah kepimpinan ummat Islam di negara ini kian lemah .

11:47 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Terima kasih atas ulasan ustaz.

12:04 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home