" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, June 12, 2006

TAHAJJUD WORLD CUP

Saya turut menerima bahang panas "demam bola" yang melanda dunia hari ini. Virus bola ini lebih bertenaga daripada virus selsema burung mahupun antrak yang pernah melanda dunia seketika dulu . Ini adalah ekoran virus bola mampu menjadikan hampir semua penduduk planet bumi mengalami "demam" serentak.

Manakan tidak , kuliah dan ceramah saya kebelakangan ini , merosot kehadhirannya biarpun saya telah mengenengahkan pelbagai uslub dan pendekatan . Tarikan bola cukup hebat , sedang world cup belum bermula , telah ramai penduduk planet bumi ini mengalami panas sejuk suhu badan mereka dengan virus Frendly Football atau pertandingan pemanas badan oleh pasukan - pasukan yang akan menyertai World cup .

Ada yang mencadangkan kepada saya supaya memasang skrin besar di tempat ceramah , supaya audien boleh datang beramai - ramai dan mereka dapat dua - dua. Ceramah pun dapat , bola pun dapat .

Saya hanya tersenyum , memikirkan sejauh mana rasionalnya cadangan itu dan bagaimana effectnya kepada perjuangan dan masyarakat .

"Tengok Bola tak salahkan ustaz ? " begitulah soalan popular sehari dua ini yang sering diaju oleh anak - anak murid saya apabila mengakhiri kuliah di surau atau masjid . Pastinya tengok bola dan tengok orang main bola adalah dua perkara berbeza.

Namun prinsipnya , menyaksikan pertandingan bola sepak sehingga menjadikan kita lagha , leka dan lalai dari tanggungjawab agama seperti meninggalkan solat , mengheret kepada perjudian , pergaduhan dan lain - lain , maka tidak syak pada hukum adalah HARAM .

Adapun kes pemain - pemain bolasepak yang berseluar pendek sewaktu beraksi di padang terdedah kepada khilaf ulama' dan saya tidak bercadang mengemukakan hujjah syarie secara panjang lebar , justeru ini hanya tulisan bersahaja dalam bentuk sketsa kehidupan .

Mungkin kita yang bermazhab Syafie agak janggal untuk membenarkan mereka berseluar pendek , berbeza dengan mereka yang bermazhab Hanafi . Masih segar dalam ingatan saya sewaktu saya belajar di Maahad Fathul Islami Syria satu waktu dulu . Sedang saya menegur seorang pemuda yang bermain bola dalam keadaan berseluar pendek , Syeikh Fawwaz ( guru kelas merangkap guru Mahfuzat saya ) kebetulan lalu di kawasan itu lalu meminta saya membiarkan pemuda itu bermain dalam keadaan ia kekal berseluar pendek .

Keesokkan harinya , Syeikh Fawwaz mendetailkan hukum berpakaian disisi mazhab Hanafi . ( Ma'ahad Fathul Islami adalah sebuah Ma'ahad yang menggunakan Feqh Mazhab Imam Hanafi ) Ringkasnya , mereka boleh menerima pemain yang berseluar pendek selama mana pendeknya seluar itu masih dalam kategori sopan , iaitu tidak sendat dan hanya atas sedikit dariparas lutut .- Tidak bercawat seperti seluar pelumba lari dan perenang .

Demam bola ini turut di"hidapi" oleh para ustaz dan a'bid . Sehingga ada pula yang menunda tarikh kuliahnya kerana bertembung dengan pertandingan bolasepak pada malam itu malah memendekkan wirid zikirnya kerana memburu jadual waktu pertandingan . Fenomena ini adalah suatu yang sangat menyedihkan . Agarnya ianya tidak berlaku lagi.

Pagi tadi , bunyi siren yang nyaring sekitar jam 3 am . Pastinya itu menandakan sms masuk dan saya terjaga lalu membuka sms untuk mengetahui kandungan mesejnya . Manalah tahu kalau - kalau ada emergency kes pagi - pagi buta nih !

Saya tersenyum membaca kandungan mesej tersebut : " Ustaz ! bangun ... Portugal akan kembali menjajah Angola ! Saksikan Kehebatan Christiano Ronaldo dan Luis Figo meluaskan wilayah jajahannya."

Saya tidak kenal siapa penghantarnya , tetapi saya yakin ini sms dari kawan - kawan yang hanya mengusik saya . Saya lihat jam di tangan menunjukkan pukul 3 am , sedang saya baru sejam tidur setelah selesai mentelaah laporan akhbar terhadap Muktamar PAS yang berlansung di Kedah baru - baru nih , sambil - sambil tu sempat juga saya membantu Isteri tersayang memeriksa kertas jawapan peperiksaan anak- anak muridnya sedang dia telah lama terlena kepenatan bersama nyenyaknya bayi kesayangan dipangkuan .

Saya kepenatan , lalu terlena kembali . Tiba - tiba sekali lagi saya dikejutkan oleh bunyi siren yang nyaring dari handphone saya . Sms lagi !

Saya bangun dan membacanya , : "Ustaz ! Bangun Tahajjud , 15 minit lagi sambung separuh masa kedua , Portugal vs Angola ."

Kali ni penghantarnya orang lain , tapi yang ini saya kenal . ( Mentang-mentanglah mereka tahu saya minat bola ( Pengasas Fursan Tantawi FC di Tanta Mesir ) , sampai waktu begini mereka sms saya . ) Apa yang menarik , siap dengan tazkirah supaya bangun Tahajjud . Inilah demam bola dikalangan ustaz - ustaz kita , Tahajjud world cup .

2 Comments:

Blogger Khaleel said...

bila disebut bola seolah 'seluruh dunia terhenti'. malah hamba Allah yang rajin ke usrah, masjid dan berkuliah turut tempias dengan 'demam' bola. cuma yang mampu dibisikkan, awasilah dan kenalilah pencipta-Mu wahai anak-anak muda & tua yang 'kaki bola' ini, kerna dalam demam bola ini juga, Dia sedang menguji dan melihat siapa antara hamba-hamba-Nya yang mampu merebut mutiara yang disediakan-Nya.

7:02 PM

 
Blogger Dr Mohd Zuhdi Marzuki said...

Nasib baiklah kami di sini waktu Asar sahaja bukan waktu tahajud. Salam kepada semua

2:13 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home