" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Friday, August 04, 2006

Wawancara Syeikh Yusuf al-Qaradawi
dengan akhbar Mesir al-Wafd

MEMBANTU HIZBULLAH
ADALAH WAJIB MENURUT SYARA'
SYABAS BANGSA ARAB !

Kaherah - 27 Julai 2006 Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi menegaskan bahawa penentangan rakyat Lubnan ( al-muqawamah al-Lubnaniyyah ) terhadap Israel adalah jihad menurut syarak. Ia merupakan bentuk penentangan paling mulia di atas muka bumi ini bersama-sama dengan penentangan saudara-saudara mereka di Palestin.


Beliau juga menegaskan bahawa Syiah adalah sebahagian daripada Umat Islam dan setiap muslim 'wajib' membantu dan membela 'penentangan' terhadap musuh iaitu Israel.


Kenyataan ini dibuat oleh beliau ketika diwawancara oleh akhbar Mesir 'al-Wafd' pada hari Khamis 27 Julai 2006. Melalui wawancara tersebut, beliau mengalu-alukan pendirian dan sikap yang ditunjukkan oleh bangsa Arab tetapi dalam masa yang sama mengutuk sikap dan pendirian para pemerintah dan penguasa Arab yang mengkritik penentangan yang dilakukan terhadap Israel.


al-Qaradawi juga menegaskan bahawa 'kebangkitan' adalah sesuatu paling mulia yang dimiliki oleh umat Islam sama ada di Palestin atau Lubnan.


Meskipun ia dilakukan oleh puak Syiah, namun ia tidak menjejaskan kebangkitan yang dilakukan oleh rakyat Lubnan itu, kerana Syiah adalah sebahagian daripada Umat Islam, mereka juga mengucap La ilaha illallah, mereka banyak serupa dengan kita dalam banyak perkara prinsip dan pokok, meskipun mereka berselisih dengan kita dalam beberapa perkara cabang.


Namun beliau juga berkata: "Meskipun demikian, saya berkewajipan mengutarakan beberapa nasihat kepada mereka. Saya tidak bersetuju terhadap sikap fanatik puak Syiah di Iraq.


Saya menyeru agar mereka tidak menggunakan keganasan terhadap saudara-saudara mereka dari kalangan ahli sunnah dan menentang sebarang penyembelihan yang sedang berlaku yang hanya menguntungkan pihak penjajah Amerika dan regim Zionis."


al-Qaradawi juga mengalu-alukan sejarah penentangan rakyat Lubnan yang mampu membersihkan bumi Islam daripada kekotoran Israel. Hanya tinggal kebun Shib'a yang akan mereka bebaskan tidak lama lagi, insya Allah. Beliau juga menganggap antara kebanggaan yang dicapai oleh penentangan rakyat Lubnan ialah kejayaan mereka menawan beberapa orang tentera Israel yang sebelum ini hanya kita sahaja yang menjadi tawanan mereka.


Di dalam penjara Israel hari ini terdapat ribuan umat Islam dikurung. Kejadian ini menyebabkan mereka terkejut dan ingin membalas dendam.


Berikut adalah teks penuh wawancara tersebut:


Soalan: Bagaimanakah keadaan ummat selepas tindakan ganas terhadap Lubnan?


al-Qaradawi: Keadaan ummat kita adalah sebagaimana keadaan sedia ada pada hari ini iaitu dalam keadaan kekeringan dan kehinaan. Hanya satu perkara sahaja yang menunjukkan ummat ini masih hidup dan hati mereka masih mempunyai hubungan dengan kehidupan ialah penentangan yang kita dapat lihat di Palestin dan Lubnan. Selain dari itu, tiada apa-apa yang menggembirakan. Menyerah sahaja terhadap apa yang berlaku telah menjadi darah daging mereka terutama di kalangan para pimpinan kerajaan-kerajaan Arab.


Soalan: Apakah faktor yang menyebabkan ummat Islam mengalami kehinaan sedemikian rupa?


al-Qaradawi: Kerajaan-kerajaan Arab bertindak berdasarkan pegangan mereka terhadap beberapa perkara seolah-olah perkara itu adalah suatu yang tetap kekal, tidak lagi boleh berubah, atau mereka ingin menanamnya ke dalam kepala orang ramai.


Antaranya ialah mereka berpegang bahawa Israel mempunyai kekuatan yang tidak mungkin boleh diatasi dan ditentang sama sekali. Oleh itu, kita hendaklah mengelak daripada bertembung dengannya.


Dalam keadaan ini, kerajaan-kerajaan Arab menganggap penentangan yang dilakukan oleh HAMAS, Shuhada' al-Aqsa dan Solahuddin di Palestin, serta Hizbullah di Lubnan sebagai tindakan penuh bahaya dan tidak membawa apa-apa faedah serta menjerumuskan mereka ke kancah pertentangan terbuka dengan pihak Israel.


Mereka bercakap tentang Israel seolah-olah Israel memiliki kekuatan yang tidak mungkin dikalahkan sebagaimana dikatakan tentang tentera Tatar dahulu. Dikatakan dahulu: "Jika dikatakan kepada anda bahawa Tatar telah kalah, janganlah percaya."


Itulah yang berlaku dan dengan sebab kelemahan yang ada pada kita, mereka berjaya mengalahkan kota Baghdad, memusnahkan tamadun Islam di sana dan membunuh sejuta orang Islam. Sehinggalah Allah mengurniakan kepada ummat ini seorang pahlawan beriman iaitu Saifuddin Qutz yang berjaya mengalahkan mereka dan mendustakan kepercayaan tadi. Selepas itu, tentera Tatar tidak lagi berdaya melakukan apa-apa.


Soalan: Apa lagi perkara-perkara yang ingin mereka tanam dalam kepala umat Islam?


al-Qaradawi: Antara perkara yang mereka ingin tanamkan ke dalam kepala umat Islam, tidak kira golongan berpendidikan, para pemerintah mahu pun rakyat ialah bahawa apa sahaja yang diinginkan oleh Amerika pasti akan berlaku, seolah-olah Amerika adalah tuhan alam ini yang tidak boleh dipersoalkan tentang apa yang ia lakukan.


Beliau menambah: Umat Islam masih lagi alpa meskipun perancangan jelas yang dipimpin oleh Amerika bagi merubah peta rantau Arab bermula dengan menamakannya sebagai Timur Tengah yang baru. Berdasarkannya, Amerika bertindak sebagaimana seorang tuan bertindak terhadap hambanya, atau sebagaimana seorang pemilik bertindak terhadap barang-barang milikannya. Ganjilnya, kita tidak mampu menentang.


Amerika Syarikat mahu rantau ini berubah dengan Israel menjadi satu-satunya kuasa yang mencengkam dan boleh memaksa agar segala kehendaknya terlaksana terhadap semua negara Arab. Sesiapa yang tidak percaya terhadap hakikat ini, dia hendaklah melihat kembali kepada peristiwa-peristiwa yang telah berlaku.


Seluruh dunia menyeru agar genjata senjata segera dilakukan, namun Amerika adalah satu-satunya negara yang menentang dengan menyeru agar peluang diberikan bermatlamat untuk merubah hakikat realiti yang sedang berlaku.


Bahkan lawatan yang dilakukan oleh Setiausaha Luar Amerika, Condoliza Rice lewat dilakukan bertujuan memberikan peluang kepada Israel untuk menyempurnakan perancangannya untuk memusnahkan semua prasarana kehidupan di Lubnan dengan meruntuhkan rumah-rumah, membunuh orang-orang yang tidak bersalah dan menyebabkan ribuan rakyat kehilangan tempat tinggal.


Inilah Amerika sebenarnya. Selagimana ia menjadi pemberi perintah dan larangan kepada negara kita, maka selama itulah kita akan tetap menjadi hambanya yang sentiasa patuh kepada segala perintah dan larangannya!


Soalan: Bagaimana pula sikap pemimpin-pemimpin Arab terhadap krisis ini?


al-Qaradawi: Kerajaan-kerajaan Arab tidak mempu bernafas dan bercakap apa-apa. Jika kerajaan-kerajaan ini berkata kami tidak bersedia untuk menghadapi apa-apa peperangan, maka apa lagi yang boleh kita harapkan daripada mereka? Mereka telah memberikan lampu hijau kepada Israel agar Israel berbuat apa sahaja terhadap kita dan akhirnya menundukkan rantau ini sepenuhnya.


Sehingga salah seorang pemimpin Arab pernah berkata: "Kita tidak mampu berhadapan dengan Israel." Seolah-olah mereka berkata kepada Israel: "Benamkanlah kepala kami ke dalam lumpur sebagaimana kamu inginkan! Musnahkanlah rumah-rumah kami! Cabulkanlah kehormatan kami! Bunuhlah kanak-kanak kami! Kami tidak mampu menghadapi kamu!" Adakah wujud di dunia ini seorang berakal yang berkata kepada musuhnya: "Aku tidak mampu menghadapi engkau?!"


Seorang manusia yang merdeka akan berkata kepada orang yang mahu membunuhnya: "Aku sanggup menghadapi kematian kerana mempertahankan kehormatanku." Kehinaan yang kita saksikan pada para pemimpin Arab hari ini adalah bercanggah dengan adat kebiasaan bangsa Arab. Mereka lupa dan melupakan kita kepada bait-bait syair yang kita hafal yang berbicara tentang kemuliaan Arab.


Di manakah syair yang diungkapkan oleh al-Mutanabbi:


Kemuliaan yang tinggi pasti beriringan dengannya kesakitan. Sehingga ditumpahkan darah di sekitarnya.


Di mana pula kata-kata Asy-Shawqi:


Bagi mencapai kemerdekaan, mesti melalui pintu merah. Kerana diketuk dengan tangan berlumuran darah.


Soalan: Apakah penyelesaiannya bagi menghadapi para pemimpin yang hanya mementingkan tampuk kekuasaan mereka?


al-Qaradawi: Keadaan pelik ini tidak mungkin akan berterusan. Mungkin ia akan berterusan buat sementara waktu, tetapi ia tidak mungkin berterusan selama-lamanya. Pada waktu ini kita dapati banyak bangsa telah bangkit menentang pemerintah mereka. Para pemimpin Arab juga tidak mungkin akan terus berkuasa selama-lamanya selagi mana mereka tidak berubah.


Jika ini juga tidak berlaku, maka logik mengatakan bahawa mana-mana pemimpin tidak akan berkekalan selama-lamanya. Bukti paling jelas ialah negara Kesatuan Soviet yang mencapai puncak kuasa yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana negara dan menjadi kuasa dunia kedua terbesar. Namun ia tetap runtuh hasil daripada masalah dalaman yang berlaku.


Ia juga sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Jika kamu berpaling, nescaya Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain."


Soalan: Bagaimana pula tentang 'kebangkitan' (al-muqawamah ) dan sikap rakyat terhadapnya? Apakah hukum syarak terhadap apa yang dilakukan oleh Hizbullah?


al-Qaradawi: Mana-mana negara dan mana-mana bangsa berhak untuk bangkit menentang penjajah. Dan sebagai orang Islam, kita wajib bangkit memberikan bantuan kepada saudara kita seIslam. Jumhur fuqahak Islam berkata mana-mana negeri yang dijajah oleh musuh, penduduknya wajib mempertahankannya dengan segala kemampuan yang ada.


Dalam keadaan ini, segala hak individu gugur dan diutamakan hak umum, jihad menjadi fardu ain. Seorang perempuan hendaklah keluar berjihad meskipun tanpa keizinan suaminya, seorang anak meskipun tanpa keizinan bapanya, seorang hamba meskipun tanpa keizinan tuannya, kerana hak umat Islam hendaklah diutamakan daripada hak individu.


Jika penduduk negeri itu tidak bertindak, maka jiran mereka hendaklah menyelamatkan mereka, kemudian jiran yang lebih jauh dan jiran yang lebih jauh, sehingga mencakupi ummat keseluruhannya. Sekarang kita semua berkewajipan bangkit mempertahankan Lubnan daripada serangan angkuh Israel yang memusnahkan sebuah negara hanya kerana tiga orang tenteranya yang ditawan.


Sebelum itu, seorang Arab pun tidak bergerak demi menyelamatkan hampir 10 ribu tahanan di dalam penjara Israel yang bongkak dan angkuh itu. Peribahasa ada mengatakan: Wahai Firaun! Apakah yang menyebabkan engkau bertindak zalim?" Dia menjawab: "Kerana tak aku temui seorang pun menghalangku!"


Soalan: Apa pandangan anda terhadap apa yang dilakukan oleh rakyat dan bangsa Arab serta kemarahan memuncak yang mereka tunjukkan?


al-Qaradawi: Umat Islam sedang berada dalam keadaan yang boleh diratapi. Satu-satunya perkara yang menyeksakan saya ialah kemarahan yang mereka tunjukkan di jalan-jalan raya. Mereka semua kepanasan menahan api kemarahan dan mereka mahu keluar berperang dan berjihad serta membalas dendam terhadap para pembunuh. Tetapi malangnya, mereka tidak mempunyai jalan untuk merealisasikan cita-cita mereka untuk berjihad.


Soalan: Apakah masalah yang menghalang umat Islam di negara-negara Arab untuk melaksanakan jihad?


al-Qaradawi: Masalah mereka ialah kerana mereka tidak mempunyai kebebasan. Jika benar negara kita mempunyai kebebasan, nescaya jutaan umat Islam bersedia untuk berjihad dan memberikan bantuan kepada semua bentuk penentangan di seluruh negara Arab dan Islam.


Soalan: Ada orang berkata 'kebangkitan' rakyat Lubnan adalah kebangkitan Syiah sedangkan majoriti kita adalah terdiri daripada ahlis sunnah?


al-Qaradawi: Kebangkitan adalah perkara paling mulia yang dimiliki oleh umat ini, sama ada di Palestin atau Lubnan. Meskipun ia dilakukan oleh puak Syiah, namun ia tidak menjejaskan kebangkitan yang dilakukan oleh rakyat Lubnan itu, selagi mana merekalah yang mengangkat senjata dan mengambil tanggungjawab untuk membersihkan bumi Islam daripada kekotoran Israel.


Sebelum ini mereka pernah menang, mengalahkan Yahudi dan yang hanya masih tinggal ialah Kebun Shib'a yang mereka akan bebaskan tidak lama lagi, insya Allah. Saya tidak membezakan antara Syiah dan Sunnah, meskipun Syiah berbeza dengan kita dalam beberapa perkara cabang. Mereka tetap terdiri daripada ahli La ilaha illallah.


Mereka mempunyai persamaan dengan kita dalam banyak perkara-perkara prinsip. Mereka bersama-sama dengan kita dalam lingkungan umat Islam, sebahagian yang tidak terpisah daripadanya.


Namun saya mempunyai kata-kata nasihat yang ingin saya sampaikan kepada mereka. Saya tidak bersetuju dan mengutuk sikap fanatik yang ditunjukkan oleh Syiah di Iraq. Saya menyeru agar mereka meninggalkan tindakan keganasan yang mereka lakukan terhadap saudara-saudara mereka dari kalangan ahlis sunnah. Mereka hendaklah menghalang daripada berlaku penyembelihan yang sedang berlaku, kerana ia hanya akan memberikan keuntungan kepada penjajah Amerika dan regim Zionis.


Soalan: Apakah yang menjadikan anda kagum terhadap 'kebangkitan' Lubnan pada masa lalu?


al-Qaradawi: Antara kebanggaan yang lakukan oleh penentangan Lubnan ialah buat pertama kalinya mereka berjaya menawan tentera Israel sedangkan sebelum ini Israellah yang menawan kita. Di dalam penjara-penjara Israel terdapat ribuan tawanan kita sedangkan tidak seorang pun yang kita tawan daripada mereka.


Oleh itu, Israel menjadi gila setelah tenteranya ditawan, sedangkan sebelum ini hanya Israel yang boleh menawan, membunuh dan memusnahkan. Seolah-olah hanya tentera mereka adalah manusia sedangkan tentera kita bukan manusia.


Kebangkitan Lubnan itu telah memberikan pengajaran yang menyakitkan kepada regim Israel dan membalas dendam demi mempertahankan kehormatan kita seluruhnya. Beliau seterusnya menambah: Antara kebanggaan yang dilakukan oleh 'kebangkitan' Lubnan juga ialah kemampuannya untuk melancarkan roketnya hingga ke dalam kawasan Israel sehingga menyebabkan mereka lari bertempiaran mencari tempat perlindungan.


Buat pertama kali, Israel mengaku kehilangan nyawa dan berlaku kecederaan hasil daripada pengeboman yang dilakukan oleh Hizbullah terhadap beberapa bandar di Israel sehingga menyebabkan kerugian yang ditaksirkan berjuta-juta dolar. Hanya orang yang tahu sahaja menyedari betapa besarnya kerugian yang dialami oleh Israel kerana ia berlaku pada masa kebiasaannya Israel dikunjungi oleh ramai pelancong yang memberikan keuntungan jutaan dolar kepada mereka.


Tetapi kini, para pelancong tidak lagi berani datang ke sana. Manakala kemalangan jiwa dan kecederaan yang berlaku pada pihak kita, maka kita mengatakan sebagaimana dikatakan oleh Rasulullah saw ketika Perang Uhud: "Orang-orang yang terbunuh di kalangan mereka di dalam neraka, tetapi orang-orang yang terbunuh di kalangan kita di dalam syurga.


" Kita berperang demi memperoleh dua ganjaran iaitu sama ada kemenangan atau mati syahid.


Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: "Jika kamu merasa sakit, mereka juga merasa sakit sebagaimana kamu merasainya, tetapi kamu berharap kepada Allah sedangkan mereka tidak."


'Kebangkitan' Lubnan berjaya menyebabkan kerugian besar kepada tentera terkuat yang di belakangnya terdapat Amerika dan sekalipun Israel berperang menggunakan senjata canggih Amerika, di samping sokongan Amerika dari sudut politik, ekonomi, ketenteraan dan senjata veto, tetapi Hizbullah berperang dengan kekuatan keimanan.


Soalan: Adakah anda melihat ada bibit-bibit kebaikan selepas umat Islam memperlihatkan kemarahan mereka terhadap tindakan serangan yang dilakukan oleh Israel?


al-Qaradawi: Dalam tempoh terdekat masih belum kelihatan bibit-bibit kebaikan itu. Namun dalam jangka masa panjang, berbekalkan kekuatan dalaman yang ada pada kita, kita dapati banyak terdapat bibit-bibit kebaikan itu. Umat Islam memiliki banyak perkara yang tidak boleh dipandang mudah. Dari sudut bilangan, mereka mencapai angka satu setengah bilion.


Dari sudut ekonomi, mereka memiliki minyak di samping bumi mereka adalah bumi yang mempunyai pelbagai jenis kekayaan. Mereka juga mempunyai pantai, lautan dan lembah yang indah. Di samping itu, kita juga memiliki kekuatan ruh terhadap risalah terakhir yang diturunkan Allah.


Kita juga memiliki al-Quran, dokumen ilahi yang tidak dimiliki oleh orang lain. Di samping itu, kita juga memiliki kekuatan tamadun. Kita adalah kawasan tamadun-tamadun kuno bertapak, tamadun Firaun di Mesir, tamadun Babylon di Iraq dan tamadun Parsi di Iran. Amerika pula hanya mempunyai umurnya yang berjumlah 2 ribu tahun sahaja. Kita juga merupakan tempat lahirnya semua risalah langit.


Soalan terakhir: Adakah semua ini sudah memadai bagi kita mencapai kemenangan dalam menghadapi segala perancangan musuh?


al-Qaradawi: Kita berkeyakinan bahawa kita berada di atas kebenaran sedangkan musuh kita berada di atas kebatilan. Sekalipun kebenaran itu menghadapi beberapa rintangan, tetapi ia pasti akan menang akhirnya. Lihatlah kepada sejarah!


Golongan Salib telah datang ke Palestin dan mereka mendirikan tembok serta benteng, namun Allah swt menghantar beberapa orang pahlawan bagi orang-orang Islam yang dapat mengalahkan mereka dengan teruk. Hari-hari pasti akan bertukar ganti. Dalam kehidupan ini pasti sentiasa berlaku sunnah 'pertukaran ganti' itu.


Zaman terdapat dua hari. Satu hari bagi mereka, dan satu hari bagi kita, insya Allah. Ya Allah! Perlihatkanlah pada mereka bagi suatu hari (yang memenangkan kami terhadap mereka) dan goncangkanlah mereka. Ya Allah! Tolonglah penentangan yang gagah berani di Palestin, Lubnan dan setiap negara umat Islam.


Sumber:
http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=4345&version=1&template_id=116&parent_id=114

78 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Analisis Semasa
ANALISIS BERKAITAN MINYAK DISEBALIK KRISIS LUBNAN-ISRAEL
Sejak sebulan lalu, dunia dipaparkan kekejaman Israel ke atas Lubnan. Kekejaman yang menyaksikan angka korban di kalangan rakyat Lubnan mencecah lebih daripada 1,000 orang. Israel mendakwa sasaran mereka adalah Hizbullah dan bertujuan untuk membebaskan tenteranya yang diculik oleh para pejuang Hizbullah. Sebulan telah berlalu, namun berita tentang penculikan tentera tidak lagi kedengaran. Ini menimbulkan persoalan, adakah benar serangan bertalu-talu ke atas Beirut itu bertujuan untuk membebaskan tenteranya yang diculik?
Seperti dijangka, PBB akan melengah-lengahkan genjatan senjata. Genjatan senjata hanya diputuskan setelah US dan Perancis dikatakan telah mencapai persetujuan di dalam beberapa perkara. Apakah peranan US dan Perancis di dalam konflik ini?
Sejak di ambang kejatuhan Khilafah Uthmaniah di Turki lagi, kawasan timur tengah menjadi rebutan di antara kuasa-kuasa barat terutama British dan Perancis kerana menyedari terdapat simpanan minyak di kawasan tersebut. Tetapi sejak perang dunia kedua, US perlahan-lahan mula campurtangan setelah menyedari bekalan minyak di dalam negeri tidak mampu memenuhi permintaan dalamannya.
Sebagaimana kenyataan Presiden Russia, Vladimir Putin: “USA is a hungry wolf”
Pada 13hb July 2006 yang lalu paip saluran minyak yang menghubungkan bandar Baku(Azerbaijan) melalui Tbilisi ( Georgia) dan Ceyham(Turki) telah siap dibina. Ia dikenali sebagai projek saluran paip minyak BTC. Ia sangat penting bagi negara-negara yang berkepentingan kerana paip ini mampu untuk menyedut keluar lebih satu juta tong minyak sehari ke pasaran Eropah.
Kepentingan Projek BTC kepada AS dan Eropah.
1. Sebagai alternatif kepada “Caspian Consortium Pipeline”(CCP) yang lalu menerusi Rusia. Ini adalah kerana, selama ini, kebergantungan Eropah terhadap minyak bergantung kepada CCP. Ia telah memberikan kuasa kepada Rusia untuk mengenakan tekanan ke atas Eropah.
[G8 Summit] “Russia had faced calls from the EU and US for increased international energy co-operation, amid fears Moscow may use energy as a tool of foreign policy.” BBC 17 july
2. Projek BTC ini dapat melemahkan pengaruh Rusia ke atas negara-negara bekas kesatuan Soviet yang terlibat dibawah projek BTC seperti Azerbaijan, Georgia. Selepas perpecahan negara seperti Azerbaijan masih bergantung kepada Rusia untuk pembangunan infrastruktur.
“[The BTC pipeline] Considerably changes the status of the region’s countries and cements a new pro-west alliances. Having taken the pipeline to the Mediterranean , Washington has practically set up a new bloc with Azerbaijan, Georgia,Turkey and Israel,” (Komerzant, Moscow,14 July 2006)
3. Menguasai sumber minyak dan gas dari laut Caspian yang memiliki simpanan minyak sebanyak 250 bilion tong minyak mentah dan 20 trilion meterpadu gas asli.
4. Melalui projek BTC ini juga, Turki akan memiliki kuasa melobi yang kuat untuk diterima sebagai ahli di dalam Kesatuan Eropah.
5. Sebagai Alternatif kepada projek paip minyak yang merentasi Afghanistan. Ini adalah kerana AS menganggap ia telah gagal untuk menjamin kestabilan di rantau tersebut dalam jangka masa yang singkat, sungguhpun masih ada usaha kearah itu.
Israel sebagai penjaga kepentingan minyak.
Untuk menjamin kepentingan minyak dari laut Caspian kepada Eropah dan AS, kestabilan rantau Mediteranean timur perlu menjadi agenda utama, jadi perang yang dimulakan oleh Israel sebenarnya satu perancangan bersama Israel dan AS untuk meluaskan pengaruhnya keatas Lubnan dan mengheret Syria dan Iran ke meja rundingan. AS merancang untuk mengawal rantau Mediteranean secara ketenteraan, seterusnya mengawal sumber minyak dan paip minyak BTC.
Dalam masa yang sama rundingan sedang berlangsung di antara Turki dan Israel untuk pembinaan paip minyak bawah laut yang menghubungkan Ceyhan dan pelabuhan Ashkelon di Israel dan dari Ashkelon minyak akan disalurkan melalui paip yang sedia wujud ke pelabuhan Eliat. Peranan Israel pula sebagai hub yang akan menjadi pusat membekalkan keperluan minyak untuk Eropah dan AS selain untuk kegunaan sendiri.
Minyak bukanlah semata-mata perkiraan utama Israel dari perencanaan ini, Sebagai penjaga kepentingan Eropah dan AS sudah semestinya kepentingan Israel juga menjadi perkiraan utama AS dan Eropah. Maka tidak hairanlah mengapa Amerika dengan jelas dan nyata membela Israel di dalam krisis Israel-Hizbullah.
Adakah Amerika akan mengheret Syria ke dalam peperangan?
Bagi Amerika, melibatkan Syria ke dalam konflik Lubnan-Israel adalah tindakan paling dangkal walaupun dengan tujuan untuk kestabilan Mediteranean Timur. Israel sendiri sangat berhati-hati di dalam serangannya ke atas Lubnan agar tidak mengheret Syria. Manakala Syria sebagai sebuah kuasa yang berpengaruh di timur tengah lebih baik menjadi sekutu dari lawan bagi Syria, bukannya ia tidak pernah menjadi kawan mahupun lawan kepada AS.
Di bawah pemerintahan ayah Assad, Syria pernah membantu AS dalam perang teluk 1991, membantu genjatan senjata di antara Hizbullah dan Israel dalam tahun 1993 dan 1996 dan juga memainkan peranan penting semasa pengunduran Israel dari lebonan pada tahun 2000. Menurut William Burns (assistant secretary of state), Assad turut membantu memperketatkan kawalan di sempadan Iraq ketika perang Iraq, dan juga membantu Amerika menangkap abang tiri Saddam Hussien dan tidak ketinggalan membantu AS menjaga Lubnan dari pengaruh Perancis.
Ini membuktikan dengan jelas bahawa Syria merupakan sarana politik utama kepada AS untuk merealisasikan perencanaan politik AS di timur tengah walaupun US dikritik oleh Assad di dalam ucapannya baru-baru ini. Melibatkan Syria ke kemeja rundingan antara lain dapat:
1. Menyekat pengaruh Rusia di Mediteranean Timur. Ini adalah kerana, Rusia sebelum ini telah merancang untuk menempatkan armada lautnya di Tartus (wilayah Syria) sebagai tindakbalas kepada perancangan AS dan Israel di timur tengah dan negara-negara sekitar laut Caspian.
2. Mengunakan pengaruh Syria ke atas Lubnan dan juga keatas Hizbullah melalui Iran.
3. Mengawal sempadan Syria-Iraq.
Maka, ada banyak manafaat yang boleh dicapai oleh AS dengan melibatkan Syria di atas meja rundingan daripada berperang dengannya.
Kesimpulan.
Tidak sangsi lagi bahawa perang di Lubnan adalah titik awal perencanaan AS dan Israel di Timur Tengah, malah ianya melangkau sempadan timur-tengah dilihat melalui pergelutan dan persaingannya dengan Rusia atas sumber minyak dan gas dan pengaruh ke atas negara-negara bekas kesatuan Soviet. Maka tidak hairanlah apabila AS dan PBB sering berpihak kepada Israel.
Politik Amerika dan sekutunya Eropah berselindung di sebalik memasarkan idea Demokrasi dan atas dasar kempen perang menentang keganasan, sebaliknya merekalah yang membiakkan pemerintahan kediktatoran di timur tengah. Merekalah penganas sebenar, membunuh ribuan nyawa, memusnahkan harta benda dan mencabul kehormatan wanita dan kanak kanak.
Ummat Islam tidak ada harapan lain, PBB hanyalah alat Amerika, OIC hanyalah tukang cuci kepada dosa-dosa yang dilakukan oleh Amerika dan Israel di Lubnan. Hanya Khilafah Islamiyyah sahajalah yang akan menjadi pelindung kepada kekayaan, kehormatan dan tanah Ummat Islam.
Sumber : mykhilafah.com
HIZBUT TAHRIR MALAYSIA

12:51 PM

 
Anonymous Anonymous said...

ingin pautan baru http://bgpasct2.multiply.com
http://azizalmalaki.multiply.com

5:39 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! rosacea hoofdpijn Pharmacies in niagara falls on Oldsmobile 394 engine paint The+best+cell+phone+plans Celebrity porn paris hilton Protonix consumer information Michigan professional malpractice legal computers mouse

8:20 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Lh4rDG The best blog you have!

6:19 PM

 
Anonymous Anonymous said...

ooOppe Magnific!

1:24 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Thanks to author.

2:17 AM

 
Anonymous Anonymous said...

actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.

3:02 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Hello all!

3:59 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Good job!

6:34 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Thanks to author.

11:12 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Good job!

12:14 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Magnific!

1:17 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Magnific!

2:05 AM

 
Anonymous Anonymous said...

xBfTag write more, thanks.

2:54 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Hello all!

12:00 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Please write anything else!

12:35 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Hello all!

2:24 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Hello all!

3:00 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Good job!

3:33 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Thanks to author.

4:01 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Wonderful blog.

4:33 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Hello all!

5:03 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Please write anything else!

5:42 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Thanks to author.

6:27 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Thanks to author.

7:02 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Please write anything else!

7:32 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Magnific!

8:04 PM

 
Anonymous Anonymous said...

All generalizations are false, including this one.

8:41 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Suicidal twin kills sister by mistake!

9:19 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Change is inevitable, except from a vending machine.

9:46 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Suicidal twin kills sister by mistake!

10:14 PM

 
Anonymous Anonymous said...

When there's a will, I want to be in it.

10:50 PM

 
Anonymous Anonymous said...

I don't suffer from insanity. I enjoy every minute of it.

11:21 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Friends help you move. Real friends help you move bodies.

11:54 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Lottery: A tax on people who are bad at math.

12:26 AM

 
Anonymous Anonymous said...

When there's a will, I want to be in it.

12:56 AM

 
Anonymous Anonymous said...

The gene pool could use a little chlorine.

1:29 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Suicidal twin kills sister by mistake!

2:05 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Calvin, we will not have an anatomically correct snowman!

2:47 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Give me ambiguity or give me something else.

3:28 AM

 
Anonymous Anonymous said...

When there's a will, I want to be in it.

4:01 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Thanks to author.

5:08 AM

 
Anonymous Anonymous said...

A flashlight is a case for holding dead batteries.

5:33 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Suicidal twin kills sister by mistake!

6:00 AM

 
Anonymous Anonymous said...

C++ should have been called B

6:31 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Lottery: A tax on people who are bad at math.

6:59 AM

 
Anonymous Anonymous said...

A lot of people mistake a short memory for a clear conscience.

7:35 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Nice Article.

8:08 AM

 
Anonymous Anonymous said...

640K ought to be enough for anybody. - Bill Gates 81

8:45 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Please write anything else!

9:19 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Suicidal twin kills sister by mistake!

9:49 AM

 
Anonymous Anonymous said...

The gene pool could use a little chlorine.

10:20 AM

 
Anonymous Anonymous said...

If ignorance is bliss, you must be orgasmic.

10:56 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Lottery: A tax on people who are bad at math.

11:40 AM

 
Anonymous Anonymous said...

A flashlight is a case for holding dead batteries.

12:20 PM

 
Anonymous Anonymous said...

What is a free gift ? Aren't all gifts free?

12:53 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Clap on! , Clap off! clap@#&$NO CARRIER

1:33 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Suicidal twin kills sister by mistake!

2:07 PM

 
Anonymous Anonymous said...

When there's a will, I want to be in it.

2:42 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.

3:23 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Calvin, we will not have an anatomically correct snowman!

4:05 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Oops. My brain just hit a bad sector.

4:51 PM

 
Anonymous Anonymous said...

What is a free gift ? Aren't all gifts free?

5:37 PM

 
Anonymous Anonymous said...

What is a free gift ? Aren't all gifts free?

6:17 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Energizer Bunny Arrested! Charged with battery.

6:59 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Lottery: A tax on people who are bad at math.

7:53 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Beam me aboard, Scotty..... Sure. Will a 2x10 do?

8:45 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Nice Article.

9:33 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Save the whales, collect the whole set

10:12 PM

 
Anonymous Anonymous said...

640K ought to be enough for anybody. - Bill Gates 81

10:52 PM

 
Anonymous Anonymous said...

What is a free gift ? Aren't all gifts free?

11:30 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Lottery: A tax on people who are bad at math.

12:03 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.

12:45 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Good job!

1:28 AM

 
Anonymous Anonymous said...

actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.

2:08 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Wonderful blog.

2:54 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.

3:46 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Hello all!

4:28 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home