" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, March 27, 2007

Salam Perjuangan buatmu Sahabat ..

Assalamualaikum , salam perjuangan dari saya buat semua sahabat seperjuangan dimana jua kalian berada .

Pertamanya saya memohon maaf dari kalian semua kerana agak lama tidak mengirim sebarang artikel mahupun khabar berita. Ternyata diri ini lebih merasai betapa terkilan dan kesalnya diri tatkala ia gagal untuk up date blog ini.

Kami diuji.

Sebenarnya , dalam tempoh 2 hingga 3 minggu kebelakangan ini , keluarga kami sedang diuji Allah dengan pelbagai masaalah dalaman yang terlalu sukar untuk saya jelaskan di ruangan ini .

Namun saya sangat perlukan sokongan sahabat , agar kami dapat membebaskan diri dari kekangan ini.

Ya lah , siapa yang berkesempatan agar sudilah kiranya sahabat menitipkan doa dihujung solat buat kami agar dianugerahkan Allah swt kesabaran dan ketabahan , seterusnya jalan keluar dari masaalah yang melingkari kami.

Insyaallah , saya sendiri telah berjanji untuk tidak kalah dengan masaalah atau musibah tersebut , sebaliknya akan terus mendepani segalanya sebagai ujian Ilahi buat kami sekeluarga.

Saya percaya , sedikit hari lagi segala kekusutan ini akan selesai dan saya sendiri tidak sabar - sabar lagi untuk kembali menumpukan perhatian dan tanggungjawab kepada tugas perjuangan yang agak tergendala , begitu juga laman blog ini yang kian sepi .

Web Site baru

Insyaallah jika tiada halangan , dengan bantuan dan sokongan sahabat - sahabat , tidak lama lagi saya akan melancarkan web site saya yang baru bagi menggantikan blog ini.

Oleh kerana saya bukanlah berkemahiran untuk membina laman web , masa yang lama terpaksa saya ambil untuk menampilkan wajah baru "rumah cyber" saya untuk kunjungan sahabat handai dan sahabat seperjuangan kelak .

Buat masa ni , "tukang rumah cyber" sedang sibuk menyiapkannya dengan pelan yang telah diluluskan . Semoga sahabat yang tak sabar - sabar nak berkunjung tu , harap berilah masa kepada saya .

Sementara tu , silalah berkunjung ke "teratak" saya sekarang . Biarpun ianya agak lama dan kurang menarik , sekurang - kurangnya kita akan terus akrab dan bersama melangsungkan episod perjuangan suci ini .

5 Comments:

Blogger Hasrizal Abdul Jamil said...

Assalamualaikum.

Semoga Allah mengurniakan kemudahan dan kelapangan kepada ustaz bagi menempuh apa sahaja menhah yang sedang dilalui. Saya mendoakan sentiasa...

2:18 AM

 
Blogger webmaster said...

Assalammu 'alaykum ustaz.

Macam bunyi kena sihir je ustaz...betui ke ni?

Apa2 ana doakan ustaz dan keluarga dibantu Allah swt dan dalam redhanya sentiasa. Moga2 ujian ini dapat menjadikan diri kita seorang yang semakin penyabar.

Wassalam.

3:30 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Walalaikumussalam.

Terima kasih atas sokongan sahabat. Entahlah , nak kata berat sangat masaalah pun , macam ada orang lain lebih berat , tetapi nak kata tak berat , terasa berat juga musibah yang dihadapi ini.

Semoga Allah kurniakan petunjuk dan kekuatan buat kita semua utk terus melangsungkan perjuangan yang masih jauh destinasinya.

6:23 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz

Mudah-mudahan Allah memberi perlindungan kepada ustaz sekeluarga.

Saya dah lama tak menjengok blog ustaz. Saya harap ujian yang menimpa tidak melemahkan semangat ustaz untuk terus berjuang. Ini semua ujian Allah kepada orang-orang yang sangat menyintaiNya. Allah menguji keimanan dan kecintaan hambaNya yang mukmin.

10:17 PM

 
Blogger Dr Kadir said...

Salam alaik ustaz. Tak sabar menunggu rumah cyber baru ustaz tu. Moga ustaz pun terus diberikan kekuatan menempuh segala dugaan yang mendatang.Doa kami sentiasa bersama ustaz insyaAllah. Seeru ala barakatillah...

7:23 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home