" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Friday, April 06, 2007

DESAK MUFTI PERAK DIPECAT
MANA MUFTI – MUFTI LAIN ?

April Fool

1 April 2007 di saat tamadun barat dan masyarakat yang terpengaruh dengannya berseronok melakukan april fool , menyakat dan mempersenda pihak lain tanpa mempeduli sentiment pihak yang dibuli , Negara dikejutkan dengan resolusi Konvensyen Parti Gerakan yang mendesak supaya Sohibus Samahah Mufti Perak dipecat .

Resolusi mendesak agar Mufti Perak Dato’ Seri Harussani Zakaria dipecat berasaskan tuduhan beliau menyebarkan sms palsu melibatkan isu murtad dan Dato’ Azhar Mansur.

Pertama saya melihat , mutaakhir ini telah lahir satu keberanian dari pihak bukan Islam malah turut lahir dari muslim yang jahil lagi aa’si ( yang bergelumang maksiat ) untuk menghina serta memperlekeh Islam dan ummatnya.

Tidak hairan keluarnya resolusi sebiadab itu di zaman mutaakhir ini. Justeru itu adalah siri percubaan mereka untuk menguji sensitivity ummat Islam dengan melakukan penghinaan dan perlecehan ke atas institusi – institusi penting dan bermaruah dikalangan ummat Islam .

Dari situ , mereka bagaikan terus mengukur tahap kekuatan ummah yang dilihat secara umumnya sedang mengalami gejala susut nilai , surut moral dan luntur aqidah yang kian parah.

Saya sangat yakin , isu di sini bukan penyebaran sms palsu lantaran isu tersebut masih dalam siasatan polis dan kes belum diputuskan , dengan maksud Dato’ Seri Harussani Zakaria belum didapati bersalah . Saya percaya mereka memahami dan mengetahui perkara ini .

Resolusi tersebut jelas bermaksud jahat untuk terus memberi tekanan ke atas ummat Islam dan dilihat bagaikan dendam kesumat yang dilempiaskan kepada Dato Seri Harussani Zakaria setelah melihat potensi Mufti Perak yang konsisten dalam isu murtad .

Benarlah firman Allah swt .

لتجدن أشد الناس عداوة للذين آمنوا اليهود و الذين أشركوا .

Kamu akan dapati , manusia yang paling dahsyat tahap kebencian dan dendamnya terhadap orang – orang yang beriman ialah Yahudi dan mereka yang menyengutukan Allah .

Surah al Maaidah : 82

Kerajaan Pekak

Gerakan menghina Islam dan memperlekeh ummatnya disusun rapi dan terancang. Saat ummat Islam yang semakin jauh dari Al Quran dan Sunnah sebagai pedoman hidup , merupakan kesempatan terbaik mereka untuk terus menekan bertubi kali ke atas Islam dan ummatnya.

Seakan tiada lagi perkara yang membimbangkan mereka untuk terus membuli Islam dan mendera ummatnya . Harapkan kerajaan yang memerintah , ternyata mereka tidak pernah peka terhadap isu yang membabitkan sentiment agama dan ummat Islam. Bukan sahaja mereka tidak peka bahkan pekak kedua telinganya.

Mereka hanya sensitive jika ada sekolah yang terlupa menyanyikan lagu negaraku di perhimpunan mingguan sekolah .

Demi Allah ! saya bersaksi mata dan telinga bahawa Kerajaan UMNO dan BN tidak pernah serius terhadap isu yang melibatkan maruah dan martabat ummah.

Apa yang mereka fakir saban hari dan waktu ialah bagaimana mahu mengekalkan survival kuasa mereka biarpun menggadai maruah agama dan bangsa.

Helah Bermadah .

Sewaktu Mufti Perak lantang melontarkan isu murtad dengan pelbagai angka yang menggerunkan , PAS bersama ummat Islam yang prihatin bangkit menyokong Mufti Perak dan mendesak Kerajaan supaya mengambil tindakan drastic guna menangani gerakan irtidad yang kian marak .

Sehingga sekarang , usahkan menggubal undang – undang untuk melaksanakan hukuman murtad di parlimen yang dikuasai oleh mereka , sepatah kata untuk menyokong pun tidak kedengaran . Sebaliknya mereka pula bertubi – tubi mengambil peranan kumpulan IFC dan Artikel 11 untuk hentam Mufti Perak.

Mempersoalkan angka yang dibawa oleh Mufti Perak dengan menenggelamkan isu murtad yang sepatutnya menjadi focus. Inilah helah bermadah dari UMNO dan BN .

Mufti Perak Bersendirian lagi .

Dalam menghadapi isu resolusi biadap parti GERAKAN , sekali lagi PAS dan ummat Islam prihatin bangkit membantah dan menunjuk perasaan mereka yang jengkel terhadap percubaan demi percubaan memperlekehkan ummat Islam.

Saya hairan dan sangat pelik , dalam situasi begini kemana perginya rakan – rakan mufti yang lain ? Apakah mereka tidak prihatin ? atau mereka juga menganggap Mufti Perak benar – benar bersalah lalu wajar resolusi itu lahir dari parti GERAKAN ?

Semua pihak tahu ,

Pertama : bahawa Dato’ Seri Harussani belum pun disabitkan bersalah dalam isu penyebaran sms palsu itu ( kalau ia benar – benar palsu ).

Kedua : Soal pecat dan lantik mufti ini adalah dibawah kuasa sultan yang memerintah negeri masing – masing tanpa perlu campurtangan dari mana – mana pihak . kalaupun mereka nak menasihati sultan bukan itu caranya .

( dengan mengeluarkan resolusi dalam konvensyen yang kemudiannya diwartakan di dada akhbar kecuali mereka bermaksud mencabar kuasa sultan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh UMNO satu masa dulu )

Kemana rakan – rakan Mufti yang lain ?

Dalam isu ini , kita tidak lagi melihat batang tubuh Dato’ Harussani Zakaria tetapi mesti dilihat kepada sentiment yang ditimbulkan terhadap isu ini. Mereka menyerang Dato’ Seri Harussani kerana isu sms yang berkait dengan kes murtad .

Sebab diluar sana terlalu banyak sms palsu yang disebarkan , kenapa tiada satu pun resolusi dari parti GERAKAN ?

Sms palsu mengenai peraduan Akademi Fantasia sehingga ramai yang tertipu, kenapa parti GERAKAN diam membisu dan tidak berGERAK ?

Apabila tiba isu yang melibatkan Dato’ Harussani , memaksa GERAKAN membawa satu resolusi kepada umum agar beliau di pecat . Apakah ini semua kalau tiada niat yang jahat tersembunyi disebalik agenda ?

Soal saya , apakah rakan – rakan sejawat dengan Dato’ Harussani tidak merasai bahang seperti itu ? atau ada mufti yang bertepuk tangan melihat Dato’ Harussani dibantai dan dihentam ?

Kalau kita boleh tegas dalam isu sapu muka selepas solat , membaca qunut di solat subuh , menadah tangan ketika berdoa .

Kalau kita boleh bertegas dalam isu itu bida’ah dan ini bida’ah , kenapa kita tidak boleh memberi penegasan dalam isu sebegini ?

Saya juga mempunyai banyak perbazaan pendapat dengan Mufti Perak , tetapi apabila beliau menghadapi situasi yang seperti ini , maka saya bangun memberi sokongan dan sokongan ini bukan semata – mata untuk batang tubuh beliau justeru saya tidak memiliki sebarang kepentingan dengan beliau, tetapi sokongan dan dokongan buat ummah seluruhnya yang sedang dihimpit dan diperlekeh.

Bangkitlah Ummah !

Akhirnya saya menyeru agar , seluruh ummah dan para ulama’ jua intelektual Islam agar bangun mempertahankan Islam dan maruah ummah.

Usah lagi kita bertelagah dalam isu yang kecil lagi remeh sedang ada pihak yang cuba untuk melumpuhkan Islam dan ummatnya.

وا اسلاماه !

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Apa kedudukan hadith di bawah ini ? Hadith nie Ust Nasrudin Tantawi bawa sebagai mengUlas kenyataan Dr Asri dalam Isu Serban tiga pelajar :

اعتموا تزدادوا حلما

Maksudnya : "Dari Abil Maliih bin Usaamah dari ayahnya telah berkata : Rasulullah saw telah bersabda : Berserbanlah kamu nescaya bertambah sifat Hilman ( tenang penyabar. )"






Jawapan :

Terima kasih atas maklumat anda. Di bawah ini khulasah kedudukan hadith tersebut di sisi para ulama hadith. Lihat juga perkataan Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari tentang serban dan hadith yang Ustaz Nasruddin Tantawi gunakan.

1- Ibn Hajar berkata di dalam Fath al-Bari : "Seolah-olah tidak thabit di sisinya (al-Bukhari) berdasarkan syaratnya (al-Bukhari) dalam soal serban sesuatupun." Beliau menyambung : Hadith tersebut di dhoiefkan oleh al-Bukhari. Disahihkan oleh al-Hakim, akan tetapi tidak benar (pensahihan tersebut). Hadith tersebut ada Syahid di sisi al-Bazzar daripada Ibn 'Abbas, (akan tetapi) lemah juga." (lihat Fath al-Bari : al-Libaas)

2- (Di dalam sanadnya ada) Abdullah bin Abi Hamid al-Huzali, dia membolak-balikkan sanad, dan layak dimasukkan ke dalam matruk. ([فيه] عبيد الله بن أبي حميد الهذلي يقلب الأسانيد فاستحق الترك) : Ibn Hibban (al-majruhin المجروحين)

3- (Di dalam sanadnya ada) Abdullah bin Abi Hamid al-Huzali, Matruk al-Hadith ([فيه] عبيد الله بن أبي حميد الهذلي متروك الحديث ). : Ibn al-Qaisarani (ابن القيسراني) (Tazkirah al-Huffaz)

4- Mursal : Ibn Taimiyyah (al-Solah min Syarh al-'Umdah)

5- Tidak ada baginya isnad, atau baginya isnad tetapi tidak dijadikan hujah dengan (sanad) yang seumpamanya oleh para Nuqqad dari kalangan Ahli Hadith (ليس له إسناد أو له إسناد ولا يحتج بمثله النقاد من أهل العلم ) : Ibn 'Abd al-Hadi (Risalah Latifah).

6- Lemah : al-Syakhawi (al-Maqasid al-Hasanah)

7- Dhoief Jiddan (Sungguh Lemah) : al-Albani (al-SIlsilah al-Dhoiefah, Dhoief al-Jami', Naqd al-Nusus)

wallahu a'lam. Abdul Kadir

http://al-qayyim.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=3754&mode=thread&order=0&thold=0

7:24 AM

 
Anonymous Anonymous said...

PAS JANGAN CEPAT MELATAH DGN ISU PEMECATAN MUFTI PERAK INI. ..KITA AKUI BAHAWA GOLONGAN BUKAN ISLAM KINI SEMAKIN BERANI MELAKUKAN BEBERAPAKAN TINDAKAN YANG MENGHINA ISLAM DGN DALIH DAN ALASAN ADANYA PERUNTUKAN DI DALAM "PERLEMBAGAAN MALAYSIA". DI SINILAH KITA MELIHAT KUFAR MEMAINKAN ISU PERLEMBAGAAN MALAYSIA SBGAI HUJAH MEREKA SDGKAN JELAS BAGI KITA PERLEMBAGAAN MALAYSIA YANG ADA PADA HARI INI ADALAH PERLEMBAGAAN KUFUR.....CIPTAAN BARAT. DAN KITA MELIHAT KEDUDUKAN MUFTI YANG ADA PADA HARI INI TIDAK LEBIH SEBAGAI ORANG YANG DIGUNAKAN OLEH PIHAK PENGGUASA UNTUK MEMPERTAHANKAN SISTEM YANG ADA.....SAMAADA KITA SEDAR ATAUPUN TIDAK....TETAPI ITULAH HAKIKATNYA...JIKA KITA MENGUNAKAN PEMIKIRAN YANG JERNIH...KES MURTAD YG DIBANGKITKAN OLEH MUFTI PERAK ...DULU TU AKHIRNYA SENYAP SHJA SEHINGGA HARI INI... MUFTI PERAK PUN DULU HANYA BANGKITKAN ISU TU ...TAPI TAK BAGI SOLUTION...YANG JELAS..SEPATUTNYA DIA KENA BERI TAHU DAN TERUS PERJUANGKAN ISU MURTAD ITU DGN KEWAJIBAN MENEGAKKAN SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM[KHILAFAH]BAGI MENGHUKUM PESALAH-PESALAH MURTAD[HUKUMNYA BUNUH]...TAPI LA NI DIA SENYAP....BILA DIACAH SEDIKIT...DI SINI KITA LIHAT TIDAK KONSISTENNYA MEREKA YANG NAK MEMEPERJUANGANKAN....ISLAM DAN BERSIKAP BERBASA-BASINYA GOLONGAN MUFTI TERHADAP PEMERINTAH DAN PENGUASA UMAT ISLAM YANG TELAH MENGKHIANATI ISLAM DAN UMAT ISLAM... SEKADAR RENUNGAN UNTUK MUHASABAH...

6:41 PM

 
Blogger syukur said...

kerajaan jangan cepat terpengaruh dengan desakan asing...

jangan nanti jakim jadi macam mais... cakap sikit masuk jail....

jangan sampai maruah islam tergadai demi ekonomi dan pengaruh kuasa...

fikir-fikirkanlah...

jangan nanti sampai dah terhantuk baru tergadah...

sebagai sebuah negara islam...
kita tidak perlu takut pada desakan orang yang bukan islam yang hanya tunggu masa untuk jatuhkan islam...

jangan nanti malaysia jadi turki no.2.. ataupun dirampas macam negara S, juga jangan sampai jadi macam sepanyol...

1:58 AM

 
Blogger syauqah-el-wardah said...

bila menimbulkan soal yang menyentuh sensitiviti ummat Islam, yang bertentangan dengan agenda kerajaan pemerintah Malaysia sekarang, orang yang menimbulkan isu tu akan di'ban', digam untuk tidak dibenarkan memberi kenyataan atau ceramah. macam tulah yang kebiasaannya terjadi.

bukanlah bidang kuasa mufti untuk menyelesaikan masalah tersebut. beliau datangkan jalan penyelesaian. tapi adakah mampu untuk beliau bergerak berseorangan? beliau perlukan sokongan dan bantuan insan-insan lain bergerak bersama-sama.

waLlahu a'lam

2:24 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home