Perlaksanaan undang – undang al Quran .
Kenyataan Rasmi Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan
Dewan Pemuda PAS Pusat.
Menyokong Kenyataan Sohibus Samahah Mufti Perlis
Dr. Mohd Asri Zainal Abidin .
Menghadapi kemelut kehidupan dan konflik peradaban dewasa kini yang kian parah dengan pelbagai jenayah kejam dan penyelewengan akhlak , negara memerlukan formula penyelesaian yang berkesan pada kadar segera sebelum ianya benar – benar membarah dan tidak lagi boleh diselamatkan.
Tidak syak , formula yang dimaksudkan ialah al Quranul Karim sebagai wahyu Ilahi dan syariat untuk ummat manusia membentuk sebuah kehidupan dan tamaddun yang sejahtera di dunia dan akhirat.
Firman Allah swt :
ثم جعلناك على شريعة من الأمر فاتبعها و لا تتبع أهواء الذين لا يعلمون .
Kemudian kami telah menjadikan engkau ( wahai Muhammad ) berada di atas syariat maka hendaklah engkau mengikutnya dan jangan engkau ikut hawa nafsu mereka yang tidak mengerti .
Surah al Jaathiyah : 18
PAS sejak awal penubuhannya sangat konsisten menasihati dan mendesak pihak kerajaan agar mendaulatkan syariat Ilahi dengan sistem pentadbiran dan pengurusan yang berasaskan kaedah al Quranul karim.
Sekurang – kurangnya , negara telah mencuba dan mempraktikkan pelbagai formula termasuklah nilai yang di import dari timur mahupun barat. Ternyata kini, segala formula tersebut tidak meletakkan negara kita selamat dari keruntuhan syakhsiyyah dan kemerosotan nilai insaniyyah . Sebaliknya mengheret negara ini terjebak dalam kancah yang lebih rumit dan sadis.
Firman Allah swt :
ليس البر أن تولوا وجوهكم قبل المشرق و المغرب و لكن البر من ءامن بالله و اليوم الأخر و الملائكة و الكتاب و النبيين و ءاتى المال على حبه ذوى القربى و اليتامى و المساكين و ابن السبيل و السائلين و في الرقاب و أقام الصلوة و ءاتى الزكوة و الموفون بعهدهم إذا عاهدوا و الصابرين في البأساء و الضراء و حين البأس أولئك الذين صدقوا و أولئك هم المتقون .
Bukanlah kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan malaikat, dan kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang Yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang Yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang Yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang Yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang Yang bertaqwa.
Surah al Baqarah : 177
Kini negara dan pemerintahnya wajar memberi peluang kepada formula Quraani bagi membuktikan keunggulan mukjizat Rasul saw. dalam menangani krisis peradaban ini.
Sangat menghairankan apabila negara ini , sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan majority penduduknya pula adalah muslim , kelihatan sukar untuk mempraktikkan syariat Islam .
Sikap acuh tidak acuh pihak berkuasa terhadap pandangan ulama’ dan cerdik pandai Islam supaya Islam di daulatkan adalah sangat mengecewakan. Lagi – lagi masalah masyarakat majmuk menjadi alasan mereka tidak menerima Islam sebagai syariat yang berdaulat.
Malangnya , boleh pula mereka menerima British Law sebagai undang – undang yang berdaulat dalam negara ini sedangkan berapa orang british yang ada dalam negara kita ?
Hampir tiada orang British yang menjadi warga negara kita , boleh pula kita melaksanakan undang – undang British , tetapi apabila dicadangkan supaya negara melaksanakan undang – undang Islam yang majority penduduk negara ini muslim , timbul isu masyarakat majmuk . Ini adalah suatu yang sangat tidak adil !
Justeru itu , Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan DPP Pusat memberi sokongan penuh terhadap kenyataan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin selaku Mufti Negeri Perlis [1] yang menyarankan bahawa sudah sampai masanya negara ini mencuba undang – undang al Quran bagi memberi pengajaran dan peringatan supaya aktiviti haram seperti berzina dan buang bayi tidak terus menjadi budaya dalam masyarakat.
Kami sangat mengharapkan agar kerajaan tidak memandang remeh pandangan atau saranan dari Sohibus samahah Mufti , selayaknya pula semua mufti perlu bersatu dan memberi sokongan yang padu demi melihat negara kita selamat .
Akhirnya Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan DPP Pusat merakamkan tahniah atas ketegasan dan keberanian Dr. Mohd Asri sebagai seorang Mufti dalam mengemukakan saranan tersebut di saat ramai ulama’ hanya membisu sejuta bahasa menyaksikan kemungkaran dan kemaksiatan berlaku di hadapan mereka.
Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi
Pengerusi LTDK DPP Pusat .
[1] Berita Harian 7 Mei 2007 ( isnin ) muka surat 11
3 Comments:
Kita akan bersetuju dgn sesiapa sahaja,asal saja saranannya senada saranan Alquran Dan Al hadis.
2:19 AM
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7655&Itemid=29
Salah satu bukti, sememangnya PAS mahu menyebarkan fahaman syiah di Malaysia....sememangnya PAS berniat jahat dan busuk...
MENGAPA perlu ke Iran? nak amik modul ker nak mendalami Syiah? Semua di Iran tuh perfect belaka ker?
PAS memang perlu ditolak kerana cuba menyebar dan menularkan fahaman syiah yg jelas menyimpang dari manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah...
Kenapa nak tengok modul Iran, tak cukup ker ustaz dan ulama2 dlm PAS utk mengkaji AL-Quran dan Hadis Rasulullah SAW dlm usaha memperbetulkan permasalahan sosial di Malaysia....mengapa perlu ke Iran? Sememangnya ada agenda tersembunyi kan...
Kami akan terus menyedarkan rakyat Malaysia bahawa PAS sememangnya menganut dan memperjuangkan Syiah...terutama para pemimpin tertinggi mereka....
Ustaz harus mengakui ini semua...konon mahu mempertahankan PAS ancaman fahaman Syiah...tapi pemimpin2 jemaah yg ustaz banggakan inilah yg kuat syiah nya...
Pemimpin2 PAS spt mat sabu, tuan presiden dan yg terbaru salahuddin sememangnya pendokong syiah yg kuat....!!!
10:13 PM
buta lah kamu "ahli sunnah"..
jgn pikir sempit sgt... nak tuduh PAS syiah penah ker kamu dgr pemimpin PAS bercakap seperti org syiah? penah pemimpin PAS kondem para sahabt selain Saindina Ali spt yg dibuat oleh syiah? ptt kamu ajak rakyat malaysia tolak UMNO yg terang2 sekular tue.. jgn butakan mata hati kamu.. jgn sombong sgt.. ape salahnye mencari ilmu dari luar malysia? sedangkan nabi sdrk suruh mencari ilmu hingga ke negeri China? kamu yang sombong bodoh kerana tidak mahu belajar!
1:15 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home