" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, November 06, 2007

PELANCARAN
ALTERNATIVE RIDING CLUB ( ARC )
HIMPUNAN GENERASI KE 2 FELDA ( ANAK )

( yang berlangsung di Perkarang Masjid Lama Bandar Pusat Jengka pada 04 November 2007 dengan kehadhiran lebih 1000 peserta . Majlis bermula dari jam 11.30 am dengan Pelancaran ARC dan disempurnakan oleh Yb. Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang .( Presiden PAS ) , sementara majlis Pelncaran ANAK disempurnakan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim Setiausaha Parti Keadilan Rakyat pada jam 2.00 pm )

Majlis berakhir dengan pidato umum yang disampaikan oleh Ir Amirudin Hamzah ( Pengerusi Lajnah Pertanian PAS Pusat , Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ( Penaung ANAK ) , Tan Sri Khalid Ibrahim dan pengisytiharan deklarasi ANAK oleh Sdr. Mazlan Aliman serta kemuncaknya ialah amanah Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi di Jengka 20 . Ianya berakhir jam 12 tengah malam .


Majlis Perasmian dan Pelancaran Alternative Riding Clib (ARC) serentak dengan Persatuan Generasi ke 2 Felda (ANAK)


Sebahagian dari lebih 1000 peserta Himpunan memberi perhatian terhadap ucapan perasmian dan pembentangan kertas kerja oleh sdr . Hanipa Maidin AJK PAS Pusat .

Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang menyempurnakan Pelancaran ARC peringkat Negeri Pahang .


Tan Sri Khalid Ibrahim sedang berucap merasmikan Penubuhan Himpunan Persatuan Generasi ke 2 Peneroka Felda ( ANAK )


Ustaz Aqil Hayy turut diundang untuk membuat persembahan Hiburan Altenatif dan berjaya memukau lebih 1000 peserta himpunan tersebut .


Bersama sdr. Mazlan Aliman Presiden Persatuan Generasi ke 2 Peneroka Felda ( ANAK ) dalam majlis Pengisytiharan Deklarasi ANAK .


Hampir 5 ribu hadhirin yang membanjiri padang awam di Jengka 20 untuk mendengar pidato pimpinan BA , deklarasi ANAK dan amanah Tuan Guru Presiden .


Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang melancarkan VCD dokumentari Felda Korporat Peneroka bagaimana ?

Kepada siapa yang ingin mendapatkan VCD ini boleh dapatkan terus daripada pihak urusetia ANAK atau hubungi sekteriat DPPNPahang .


DEKLARASI
HIMPUNAN GENERASI KE 2 PENEROKA FELDA ( ANAK )
PERINGKAT KEBANGSAAN

( yang berlangsung pada 04 November 2007 bertempat di
Perkarangan Masjid Lama Bandar Pusat Jengka Pahang )

1. Menyerahkan kembali urusan Ladang Felda daripada TEKNOPLAN SDN kepada koperasi Felda , sekiranya pengurusan Koperasi Felda tidak berupaya, Generasi Kedua Peneroka Felda sedia samaada untuk membantu atau mengambil alih pengurusan Koperasi Felda untuk dimajukan sekaligus fungsi penubuhan TEKNOPLAN SDN dimansuhkan .

2. Membuka semula pengambilan peneroka baru yang telah dibekukan sejak 1990 kepada generasi kedua yang telah berkeluarga dan menghentikan konsep Felda Plantation disamping itu mengagihkan segera lot tanah kosong kepada generasi kedua sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini .

3. Mewujudkan kembali jawatan Penyelia Agama atau SDA diperingkat Rancangan dengan kerjasama jawatankuasa Kemajuan Rancangan , Jawatan kuasa Masjid dan Persatuan Belia serta badan bukan kerajaan bagi menangani gejala sosial yang serius dan bebas dari campurtangan politik .

4. Menggesa amalan pengurusan kewangan yang telus , samaada segala potongan – potongan perbelanjaan , akaun , tabung – tabung dan dibentangkan kepada mereka yang layak mengetahuinya . Pengagihan kekayaan diantara Felda dan Peneroka selaku tuan ke atas tanah .

5. Menghentikan sebarang diskriminasi kepada peneroka untuk mendapatkan Geran Hak Milik apabila selesai bayaran kembali . Memberi kebebasan tanam semula , samaada peneroka mahu terus kepada Felda ataupun mengusahakan sendiri kebun mereka .

6. Menyerahkan Caruman Wang Tanam Semula berjumla RM 17 Ribu kepada peneroka dan menguruskannya sendiri tanpa sebarang syarat .

7. Mengembalikan semula amalan demokrasi dalam pemilihan badan – badan di peringkat Rancangan Felda dan membuka ruang kepada kepada anak peneroka untuk terlibat sama seperti pemilihan JKKR , Ketua Blok , Khairat Kematian , GPW , Persatuan Belia , Koperasi dan lain – lain lagi .

8. Menggesa kuota 30% Penyertaan Generasi ke 2 dalam pengurusan dan anak – anak syarikat Felda dikuatkuasakan segera .

Mazlan Aliman
Presiden Persatuan Generasi Ke 2 Peneroka Felda ( ANAK )

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

portal rasmi arc, alternative riding club di http://www.alternativeridingclub.com jom mendaftar!

10:16 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home