" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, April 26, 2008

YAYASAN PAHANG DIPERALAT OLEH UMNO.

Dewan Pemuda PAS Pahang kesal Umno memperalatkan Yayasan Pahang untuk kepentingan politiknya. Dalawatan saya ke Mesir baru - baru ini dapat mendengar sendiri bagaimana keluhan dan rasa kesal para pelajar negeri Pahang apabila melihat bagaimana Umno, mempergunakan kemudahan Yayasan iaitu sebuah bilik di bangunan Haiyu Asyir milik Yayasan Pahang di Mesir untuk menempatkan pejabat Kelab Umno.


Adalah tidak wajar harta rakyat diguna untuk kepentingan sebuah parti politik. “Umno sepatutnya menggunakan wang sendiri untuk membiayai pengurusan Kelabnya, kenapa menggunakan kemudahan milik rakyat,” Para pelajar mempunyai bukti dan asas yang kukuh mengenai dakwaannya itu, dan mahu pihak Umno memberi jawapan mengapa harta rakyat diguna untuk tujuan politik kepartian.

Dewan Pemuda PAS Pahang akan menimbang perkara ini untuk membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR). “ Saya diberitahu bahawa mereka menjadi Rumah Pahang seperti Markaz Umno, manakala pegawai Yayasan pula terlibat menjadi pengedar borang keahlian Umno kepada para pelajar,” . Tindakan itu amat mengelirukan kerana pelajar tidak dibenar berpolitik tetapi kenapa pula mereka sendiri melanggar larangan itu dengan memberikan borang keahlian Umno kepada pelajar.

Sepanjang lawatan saya ke Mesir , saya mendapati ujudnya beberapa perkara yang kurang menyenangkan, antaranya pihak pengurusan (wakil Yayasan Pahang di Mesir ) mengutamakan pelajar dari negeri lain untuk menduduki Asrama Yayasan Pahang sekaligus mengenepikan pelajar anak Pahang. Ini berlaku kononya pelajar Pahang yang disisihkan itu cenderong menyokong PAS, manakala pelajar luar Pahang adalah penyokong Umno yang datang dari Johor, Selangor dan negeri-negeri lain.

Begitu juga isu kebajikan pelajar dimana ada pelajar yang layak menerima bantuan dinafikan atas isu-isu yang mengelirukan ( biasanya atas alasan politik). Bantuan (wang zakat) kepada pelajar Pahang lebih kecil (antara 2,000 hingga 4,000 ringgit) berbanding bantuan sama diterima pelajar dari negeri-negeri lain seperti Selangor, Terengganu dan sebagainya yang berjumlah diantara (5,000 – 6,000 ringgit setahun).

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum

Salah seorang pelajar yang dapat duduk rumah Pahang dan dia adalah penyokong UMNO tegar! Dari Johor www.ezoegypt.blogspot.com

5:50 AM

 
Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum..tahniah ustaz atas tindakan yang bijak ini..memang dah lama pun perkara ini menjadi barah dlm masyarakat pelajar pahang di mesir..pada saya pegawai pahang ni memang mengamalkan dasar berat seblah dan mengelirukan..baru2 ini berlaku tangkapan khalwat di asrama pahang yang melibatkan pelajar nadi umno dengan isteri orang..namun dengar khabarnya pegawai pahang menyalahkan suami kepada wanita tersebut..namun..pada hemat saya..pegawai pahang juga wajib di persalahkan kerana memberi ruang kepada nadi umno utk bertapak di asrama pahang yang terus mengundang seribu satu keruntuhan akhlak..kerana itulah umno..

sila rujuk link ini yang menunjukkan satu lagi keharuan yang dilakukan oleh jabatan penuntut malaysia mesir cawangan iskandariah yang mana markaz umno di cawangan iskandariah beralamatkan sama dengan JPM cawangan ini..JPM cawangan alex juga bersekongkol dgn nadi umno mesir..sila lihat pada ALAMATNYA..http://www.kelab-umno.com/index.php?option=com_content&task=view&id=787&Itemid=168

4:12 PM

 
Anonymous Anonymous said...

As-Shahid Tok Janggut rahimahulLah tidak ada kena mengena dengan cara pejuangan Demokrasi Islam. Bahkan beliau adalah di antara penentang terawal Dajjal Demokrasi dan di antara korban-korban terulung Dajjal Demokrasi. Keta'atan beliau rahimahulLah tetap kepada Al-Jama'ah iaitu Khalifah Uthmaniyyah. Oleh itu, jika kamu berada di dalam lembah kehinaan bid'ah demokrasi yang hanya tahu untuk menjilat poster, slogan dan kertas undi janganlah kamu mengambil Tok Janggut rahimahulLah sebagai pejuang yang kononnya perjuangan kamu kini adalah kesinambungan kepada perjuangannya. Tidak akan sama sunnah dan bid'ah. Sunnah balasannya syurga, bid'ah adalah ke neraka jahannam.

11:04 AM

 
Blogger Mohd Faizzudin bin Ghazali said...

UMNO yang semakin terdesak.. Pegawai YP tersebut mesti dihantar pulang.. hanya buat menyemak duk sini.. Hanya makan gaji buta.. Kami sudah muak melihat gelagat Pegawai YP yang "tdk pandai buat keje".. ditambah lagi dgn "tukang-tukang kipas" yang tidak ada maruah langsung.. Memalukan org yg ngaji agama...

3:07 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Apa beza PMRAM yg pro PAS? Sblm ini mereka nafikan dan agak ekstrim menafikan hak Kedutaan Malaysia Kaherah. Tak ada beza, PAS pun sama mempolitikan pelajar!!!

4:34 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home