" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, October 20, 2008

IBRAHIM ALI
WAJIB MELETAKKAN JAWATAN

Sejak awal saya tidak berminat dengan Ibrahim Ali ekoran karektornya yang gemar "cakap lepas" dan kasar dalam memilih istilah untuk dilafaz samaada dalam ucapan umum mahupun sewaktu berbual biasa .

Namun bukanlah itu menjadi sebab saya mengulas mengenainya di sini . Soal peribadinya saya kira telah disedari atau diketahui oleh umum . Cuma apa yang ingin saya sentuh ialah berkait dengan sikap dan pemikiran politiknya.

Beliau berkemungkinan besar tidak mengenali saya , tetapi saya tentu sahaja ingat dan kenal beliau sebagai "tokoh popular" dalam politik tanahair.

Sokong ISA.

Sudah banyak kali saya mendengar dari perbualan rakan - rakan mengenainya yang banyak menimbulkan "karenah" di Parlimen mahupun di luar parlimen . Malah sesekali saya sempat mendengar ucapan beliau yang disiar di kaca tv .

Sehinggalah beliau membuat sokongan terbuka terhadap ISA , membuatkan saya tidak mampu lagi memandang kosong melainkan saya terpaksa mendesak malah mencabar agar beliau segera meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Pasir Mas bagi membolehkan rakyat khasnya pengundi di Pasir Mas membuat penentuan semula secara jelas siapakan yang benar - benar layak mewakili mereka di Parlimen .

Beliau bertanding atas tiket PAS . Walau beliau berkali - kali menegaskan bahawa beliau tidak mewakili PAS sebaliknya BEBAS yang menggunakan lambang PAS dalam pilihanraya umum yang lalu , tetapi realitinya rakyat memilih ( mengundi ) beliau berasaskan parti atau lambang parti yang beliau wakili dalam pilihanraya .

Tentu sahaja pihak PAS terutamanya PAS Kelantan mempunyai persefahaman dengan beliau sewaktu membenarkan lambang PAS mewakili beliau dalam PRU yang lalu . Tetapi , melalui "karenah" dan sokongan terbuka beliau terhadap ISA ( sebuah akta draconion ) maka saya melihat beliau telah melanggar malah mengkhianati "persefahaman" dengan PAS yang mana lambang PAS dibenar guna kepada beliau dalam PRU tempohari .

Mungkin tiada persefahaman rasmi seperti menandatangani MOU antara PAS dengan beliau ( saya tidak pasti mengenainya ) tetapi apabila beliau bertanding diatas tiket PAS , sekurang - kurangnya beliau mesti memahami dan menghormati pegangan , dasar serta prinsip perjuangan PAS . Antaranya ialah PAS sangat konsisten menentang ISA .

Apabila Ibrahim Ali membuat sokongan terbuka kepada ISA , sudah tentu ia melukakan perasaan ahli - ahli PAS malah pimpinan PAS jua , terutama YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Mursyid Am PAS sementelah pula anaknya Ustaz Nik Adli pernah menjadi mangsa kezaliman akta primitif ISA tersebut .

Ibrahim Ali : Jika bermaruah sila Letak Jawatan

Rakyat secara umumnya sebagaimana yang saya sebutkan tadi pastinya mengundi Ibrahim ALi dan membawa kemenangan kepada beliau kerana mengenangkan beliau bertanding di atas tiket PAS .

Atas semangat rakyat mahu mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan , rakyat kelantan khasnya Pasir Mas sedia melupakan individu yang bertanding tetapi lebih melihat kepada parti yang diwakilinya. Tanpa saya menafikan bahawa mungkin ada faktor individu atau tokoh yang bertanding itu menyumbang kepada kemenangan .

Tetapi , untuk lebih adil dan memastikan benar kemenangannya solid bukan faktor PAS sebagai parti yang diwakilinya sewaktu bertanding , lantaran itulah beliau tidak teragak - agak untuk berbeza malah bertembung sikap dan prinsip dengan PAS , saya desak agar Ibrahim Ali letak jawatan kemudian turun bertanding semula dalam pilihanraya kecil dan kali ini beliau di atas tiket beliau sendiri iaitu BEBAS .

Saya cadangkan kepada PAS agar sudi memBEBASkan Ibrahim Ali dan saya juga percaya Ibrahim berani untuk mewakili BEBAS lawan PAS sebab beliau adalah anak jantan .

Kita boleh bersama sebagaimana kita bersama rakan - rakan parti kompenan dalam PAKATAN apabila kita boleh menghormati dan memahami ( bersefahaman ) dalam perkara yang menjadi dasar dan prinsip bersama .

Tetapi , saya melihat Ibrahim Ali telah banyak kali menyerang PAKATAN dan pimpinannya secara terbuka dan ini termasuk dalam karenah yang saya maksudkan tadi disamping sokongan beliau terhadap ISA menunjukkan tiadanya persefahaman antara PAS dengan Ibrahim Ali . Atau mungkin saya yang tidak faham isu ini , wallahualam . Saya mohon mencadang .......

15 Comments:

Blogger Hasbullah Pit said...

Alamak ada teaser pula

9:33 AM

 
Anonymous Anonymous said...

salam...xkn pimpinan PAS Kelantan x tau prangai dia sblm ltk jd calon...wlau pn sy pn x stuju dgn brahim ali ni tp krg2 dia brani cdgkn TG Presiden sbg PM jka brlaku prlaihan kuasa yg mana org PAS sndiri rmai yg trhegeh2 dgn DSAI...klu dia blasah DSAI kt parlimen xslah kot..hehe sbb byk gak yg x btui DSAI ni...

7:18 AM

 
Blogger mohd sayuti omar said...

This comment has been removed by the author.

8:18 AM

 
Anonymous Anonymous said...

ana rasa ustaz kene chek dulu akta SPR. seingat ana kalau terdapat calon yang hendak meletak jawatan. calon tersebut tidak boleh bertandingan semula kecuali selepas 5 tahun.

9:20 AM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Assalamualaikum

Insyaallah , saya tidak berhalangan kerana sememangnya itu cadangan daripada saya secara ikhlas demi masa depan parti agar suatu yg menjadi liabiliti kpd parti perlu diatasi segera . Terutama yang bersifat duri dlm daging malah Ibrahim secara terang terangan bercanggah prinsip dgn PAS khasnya dlm isu ISA dll.

Contoh mudah saya buat secara perbandingan ialah , jika sblm ini Cikgu Pa "yang dikatakan" salah krn menggunakan Harakah krn beliau Pengerusi ALP Harakah dimarahi oleh Tok Guru Nik Aziz sehingga menyebutnya dalam ceramah di Tmn Melewar , andai beliau memiliki Harakah , org ini akan saya pecat .

So saya kira kesalahan Ibrahim Ali terhadap PAS khasnya dan terhadap PAKATAN amnya lebih besar dan serius malah beliau lebih berhak dimarahi atau dipecat oleh pucuk pimpinan spt Tok Guru Nik Aziz .

at takiri , Soal bertanding semula tu , kalau Ibrahim Ali tidak boleh bertanding semula ekoran undang - undang SPR tu , dia boleh letak proksi dia kemudian dia turun berkempen minta org sokong dia dan proksi dia yg bertanding atas Tiket BEBAS .

12:47 PM

 
Anonymous Anonymous said...

DPPWM turut melahirkan kekecewaan atas sikap Berahim Ali.

Cadangan ustaz kami sokong! Kalau YB Pasir Mas anak jantan sila letak jawatan!

http://dppwm.blogspot.com

3:05 PM

 
Anonymous Anonymous said...

kalau macam tu mungkin okey...

4:11 PM

 
Anonymous Anonymous said...

saya kurg stuju dgn pdgn muhafaza73..memang la brahim ali cdg tk guru jd PM. Kesnya sbb tak suka kat anwar..bukan krana ape pun.ana stuju ngan tantawi.brahim kalu crmah, ada 3 syarat: menyumpah, kapir, mencarut..ana org pas pun jd bengang.ok,lets'go.

4:25 PM

 
Blogger Hamba Allah said...

Salam.

Meletak Datuk Paduka Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS di Pasir Mas merupakan ;Padan Muka PAS". Sebabnya inilah antara kesilapan besar dan kelemahan yang amat sangat Dato' Husam Musa dan Tok Guru Nik Aziz membenarkan PAS dijadikan batu loncatan untuk Ibrahim Ali menyalak dan melompat

6:42 PM

 
Blogger faidhah Hassan said...

salam..
sy kurang setuju dgn hamba Allah
mmg kita tgk Ibrahim ali seperti menjadi liabiliti kpd PAS
tp kita kene ingt yg sume calon2 dan keputusn2 sms PRU dh diputuskan dlm mensyuarat dan syura2..
jadi x boleh kita sebagai ahli jemaah islam mempertikaikan keputusan syura krn disitu ad keberkatannya..
klo kepusn yg dh dimbil bg kesan yg x baik kita plak ckap..'kn aku dh kate..' itu menandakan adanya ego dlm diri kita..
nasihat utk diri ini jua

3:53 PM

 
Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum
ambo ni rakyat pmas
penyokong tegar pas tp terpaksa pejam mata undi brahim ali dalam pru lepas HANYA SEMATA TAAT DAN WALA' pada keputusan jamaah. Dari awal saya meragui strategi pas ini tapi apakan daya, rukun berjamaah memamg begitu (cuma saya amat barharap dan bersangka baik keputusan meletakkan brahim di pmas dulu adalah keputusan jamaah, bukan keputusan 2,3 kerat individu).
Brahim dari awal tidak menunjukkan beliau telah berubah dan insaf, nada ceramahnya masih lagi cara lama (hentam dan hentam). walaupun tok guru mempelawa beliau join pas, beliau masih enggan berganjak. Nadanya masih seolah berdendam dgn umno kerana dipecat bkn kerana umno salah dan wajib ditentang. Baru2 ini brahim mengedarkan risalah di masjid2 di pmas, mempertahankan dirinya. Dan saya tidak dapat menerima kenyataannya bahawa beliau SEDIKIT terhutang budi dgn pas dan pas mungkin SEDIKIT terhutang budi padanya malah beliau menyatakan tidak terhutang budi pada PKR!!!!(apakah org pkr tak undi beliau???)
saya amat berharap, sesuatu tindakan boleh diambil oleh tok guru nik aziz, panggil beliau (mcm kes mustafa ali) dan bincang sedalamnya. saya masih menaruh harapan sekiranya org mcm brahim ni berjaya ditarbiyah oleh pas, tentu kita akan lebih kuat. ALLAHU AKBAR

11:30 AM

 
Anonymous Anonymous said...

boleh tak posting kali ini dikira ustz nasruddin mempertikaikan keputusan syura pas kelantan,

11:08 PM

 
Anonymous Anonymous said...

boleh tak posting kali ini dikira ustz nasruddin mempertikaikan keputusan syura pas kelantan,

11:09 PM

 
Anonymous Anonymous said...

keputusan syura pas kelantan @ keputusan individu tertentu yang disyurakan????
satu lagi.... kita bimbang trend mengagungkan individu tertentu dalam pas hingga pandangannya (dlm majlis syura)dianggap suara syura!!!AWAS

8:18 AM

 
Anonymous Hj Mat said...

Biarlah katak tu melompat sepuasnya sebelum PRU ke 13 Lepas itu habislah dia berkubur tidak lagi tempat untuk berlompat

5:02 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home