" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, October 22, 2008

SEJARAH RINGKAS
PERGERAKAN YAHUDI
MENJELANG PENUBUHAN ISRAEL

OLEH : HAJI HANAFI RAHMAN EL FESFANJI

KEMASUKAN YAHUDI KE TURKI DAN KEKACAUAN-KEKACAUAN

Untuk membangunkan Istanbul, bandar yang baru untuk di majukan, Sultan Sulaiman al Qanuni (926H/1520M- ?/1566M) telah membawa masuk Yahudi dari Teluk balkan untuk menjadi buruh-buruh kasar di Istanbul.

Sebelum ini , khalifah-khalifah uthmaniyyah yang terdahulu telah menyelamatkan mereka dari di bunuh oleh Pemerintah Kristian di Sepanyol dengan membantu mereka masuk ke Bulgaria dan menyediakan kehidupan yang selamat untuk mereka. Dengan gaji yang murah, mereka sanggup menjadi buruh-buruh kasar di Istanbul dan mentaati kerajaan Uthmaniyyah.

Dua ratus tahun sebelum Uthmaniyyah di gelar orang tua sakit Eropah, sebahagian mereka telah dapat menjawat jawatan penting dalam pentadbiran termasuk dalam ketenteraan , manakala sebahagian yang lain pula menjadi taukeh-taukeh yang memiliki gedung perniagaan yang besar .

Setelah kedudukan mereka kuat dan teguh, mereka telah mendesak Uthmaniyyah agar memberikan Palestin kepada mereka, bersama seruan Yahudi yang bersifat global untuk menubuhkan Negara mereka yang merdeka di Palestin.

Pada tahun 1840, sebagai suatu kesedaran baru di kalangan orang-orang Yahudi berikutan kejayaan mereka dalam perancangan colonial yang sedang berlaku di sebahagian besar Dunia Islam.

Dari sini, maka seruan untuk kembali ke Palestin mewujudkan Negara Yahudi merdeka yang berasingan dari Negara-negara penjajah lain telah di laung-laungkan oleh Perdana Menteri British (1840) Frankrut BilMereston . pada tahun 1897, sebuah organisasi yang di bernama zionisme telah ditubuhkan di Swaziland untuk tujuan-tujuan tersebut.

Bermula dari tarikh tersebut,golongan yahudi di Turki telah menjadi sebahagian dari tulang belakang yang bergerak aktif untuk mencapai impian tersebut. Beberapa usaha telah di jalankan oleh golongan Yahudi di Turki termasuk menyogokkan kepada khalifah-khalifah Uthmaniyyah rasuah politik.

Sultan Abdul Hameed II (1876-1909) telah mendedahkan bagaimana ia telah di tawarkan dengan wang pound yang banyak dan beberapa kereta mewah supaya memberikan tanah di Palastin kepada orang-orang Yahudi. Melalui pakatan Yahudi, apabila Sultan Abdul Hameed menolak tawaran tersebut, beliau telah di lucutkan jawatan khalifah dan demikianlah mereka lakukan kepada khalifah-khalifah lain sehingga kerajaan tersebut jatuh dalam Perang Dunia Ke Dua

Dalam masa yang sama, British yang mana pekerja-pekerjanya adalah merupakan Yahudi Eropah yang beerasal dari luar Turki juga turut menjalankan dasar melemahkan pemerintahan Uthmaniyyah dengan cara menghasut pemimpin-pemimpin di wilayah Uthmaniyyah supaya bangkit secara bersenjata menentang Uthmaniyyah.

Mereka telah menjanjikan untuk membekalkan senjata kepada pemberontakan as Sanusiyyah di Afrika, Sharef Hussain Ibn Ali di Hijjaz(1856-1931), gerakan al Wahhabiyyah di Saudi-Iraq dan sebagainya.

PALESTIN DI BAWAH NAUNGAN BRITISH

Berikutan lenyapnya Uthmaniyyah dari muka bumi ini , super power yang di geruni selama lima ratus tahun, pihak bersekutu telah menubuh suatu organisasi politik yang di namakan League of nations bertujuan untuk mengelakkan peperangan. Ini kerana desakan penduduk Eropah yang terpaksa menanggung kerugian nyawa yang banyak akibat harga perang yang sangat mahal.

Selepas Perang Dunia Pertama, banyak negeri –negeri bekas wilayah Uthmaniyyah yang telah lama bergelar Orang Tua Sakit Di Eropah telah di serahkan kepada British , termasuklah Palestin telah di serahkan di bawah Naungan British,

Suatu polisi yang melarang penduduk palastin mengekport hasil mahsul mereka sebagaimana yang telah berjalan lama sebelum perang telah di perkenalkan. Ini menyebabkan Palastin mengalami krisis ekonomi yang teruk.

Sebagai usaha memulihkan keadaan tersebut, British telah menggalakan penduduk-penduduk tempatan supaya menjual sebahagian tanah-tanah yang mereka miliki. Ekoran dari Muktamar Yahudi Antarabangsa ke 5, Jewish National Fund telah di daftar sebagai suatu badan kewangan yang di lindungi British untuk tujuan membiayai pembelian tanah-tanah Palestin.

Apabila rancangan jahat yang terselindung di sebalik memperkemaskan ekonomi Palastin ini ke sedari oleh Ulama-Ulama, seorang pemimpin mereka, al Qadhi Mohamad Amen al Husaini telah mengeluarkan fatwa mengharamkan kepada penduduk Palastin dari menjual tanah kepada orang-orang Yahudi.

Dengan menyatakan sebab pengharaman tersebut adalah kerana orang-orang yahudi yang membeli tanah adalah bertujuan untuk merampas Palastin daripada menjadi hak milik orang-orang Islam. Namun begitu, Yahudi telah berjaya mempengaruhi segelintir masyarakat Islam Palastin supaya memperlekehkan fatwa tersebut. Akhirnya fatwa tersebut tidak di endahkan, al Qahdi Mohamad Amen al Husaini di pecat dari jawatan tersebut dan telah mati di bunuh oleh orang-orang Yahudi dalam satu pertempuran

Dalam kemelesetan Ekonomi akibat inflasi yang teruk melanda dunia selepas Perang Dunia Pertama , Perdana Menteri British, Winston Churchill (1874-1960) telah memujuk ahli-ahli perniagaan yang kaya raya agar membiayai perang tersebut. Ahli-ahli perniagaan Yahudi telah bersetuju untuk membiayai perang dengan syarat , sebagai bayarannya, pihak British perlulah menyediakan satu negara yang sah untuk orang-orang yahudi di Palestin. Permintaan ini tidak sulit bagi British untuk di tunaikan kerana tanah tersebut adalah naungannya.

SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

Selepas Perang dunia kedua, British telah memperolehi kemenangan besar menentang musuh-musuhnya. Maka hutang perang di tuntut supaya di lunaskan, tibalah masanya untk mewujudkan Negara Israel. League of Nations telah buburkan kerana kegagalannya dan digantikan United nations yang telah di tubuhkan pada awal 1948 . Usaha-usaha seterusnya di pergiatkan sehingga tertubuhnya Israel beberapa bulan selepas itu pada tahun yang sama

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Ketika ramai org mengatakan Yahudilah musuh utama dalam isu Palestin, seorg ulama, Izzuddin al Qassam, berpendapat sebaliknya. Kata beliau, bukan Yahudi musuh utama, tetapi kolonial Barat iaitu British. Kerana itu, tambah beliau lagi, segenap tenaga dan permusuhan perlu juga dihalakan kepada imperialisme Barat.

Walhasil.....sikap Barat terhadap al Qassam dan ulamak-ulamak lain berbeda. Ini kerana Al Qassam benar-benar memahami senario politik yg sedang berlaku. Akhirnya...beliau pun syahid lantaran seruannya itu.

Terbaru, Aljazeera malaporkan seorg professor sejarah di Israel menerbitkan buku yg mengungkap kepalsuan dan kebohongan sejarah Israel seperti doktrin kembalinya
bangsa Yahudi ke Palestin dimana doktrin ini sebenarnya hanya muncul kira-kira seratus tahun yg lalu sahaja. Bahkan menurut beliau, tiada exodus bangsa Yahudi dari bumi Palestin. Oleh itu, bangsa Palestin itulah keturunan Yahudi Palestin yg kmdn masuk kedalam Islam.


Ada sebuah buku mengupas bahawa Perlu dicermati oleh kaum muslimin lagi adalah isu penubuhan negara Israel timbul serentak dgn usaha-usaha menghapuskan negara Khilafah. Bahkan ada indikasi-indikasi yg kuat mengaitkan kedua-dua agenda ini. Dgn kata lain, konflik Israel Palestin adalah usaha pihak Barat mengalihkan perhatian kaum muslimin dari isu yg lebih besar iaitu penubuhan semula Daulah Islam iaitu Khilafah Islamiyyah.

Fakta menunjukkan berbagai usaha dilakukan oleh kaum muslimin dari rundingan hinggalah Hamas setuju joint politik semasa bahkan menang pilihanraya, namun semuanya gagal.

Fakta juga menunjukkan Palestine hanya bisa diambil kembali selepas Salahuddin berjaya menyatukan panji-panji kaum muslimin hanya semata di bawah naungan khalifah yg tunggal.

Fakta juga menunjukkan Yahudi hanya berjaya menubuhkan negara Israel selepas tiadanya khilafah.

Walhasil, hanya dgn khilafah kaum muslimin memiliki kekuatan utk merampas kembali Palestine.

Moontime

5:43 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Ya aku setuju benar ngan moontime . Sementara kita menunggu tegaknya khilafah yang mungkin agak tegak sebulan dua lagi , maka memadailah kita berdoa dan menanti penuh harapan agar tegak khilafah dan bebas palastine kelak .

Kalau berjuang bertungkus lumus pun mati saja jer , tak kan berjaya.

Tengoklah , sia sianya pengorbanan Hamas yg langsung tidak mendatangkan hasil.

Sepatutnya mereka bersembunyi dulu dan menanti dgn penuh sabar akan tegaknya khilafah yg tunggal . Tidaklah membazirkan nyawa , tenaga dan batu - batu kat palastine.

Daripada guna batu buat baling yahudi tu , lebih baik bina jalanraya , senang kelak apabila khilafah sudah tertegak , jalanraya dah siap .

Wan Ampang

8:57 AM

 
Blogger . said...

Tuan,

Sekiranya tidak keberatan, saya memohon jasa baik tuan menyenaraikan blog saya dalam blogroll tuan .. Sekadar utk makluman, saya telah memasukkan blog tuan ke dalam blogroll saya (25 posting terkini).

11:20 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Wan Ampang,

Apakah hujjah tuan memperkecilkan jihad kaum muslimin di Palestin.

Tuan, Nabi saw tidak hanya bersembunyi dan berdoa menanti tegakkany daulah Islam. Nabi bersama sahabat bertungkus lumus berdakwah menyedarkan ummat agak menerima tegaknya sistem hidup Islam.

Salahuddin juga tidak berpeluk tubuh. Dgn susah payah beliau menyatukan ummah yg berpecah belah di bawah kesatuan khilafah.

moontime.

12:13 PM

 
Blogger . said...

Tuan,

Saya telah memasukkan blog tuan dalam BLOG PILIHAN MINGGU INI dan blogroll saya. Dijemput tuan menziarahi blog saya:

http://nobisha.blogspot.com

12:50 PM

 
Blogger suparjo@blogspot.com said...

Dalam rencana ini tercatat Khilafah Usmaniyah lebur selepas PD2. Sebenarnya khilafah ini tamat selepas PD1 kerana khilafah Usmaniyah menyertai negara Jerman dan Ausrtia, dan kalah. Tahun 1927 secara rasmi republik turki moden ditubuhkan.

Mungkin penulis tersalah eja nama Switzland (di Eropah) kepada Swaziland (di Afrika).

Masih banyak fakta sejarah khilafah turki ini yang terperap dalam pustaka. Kebanyakan kita menggunakan sumber yang dioleh oleh pihak kedua atau Barat. Ini pandangan ustaz Hasrizal Abd Jamil (saiful Islam) yang sedang mengkaji khilafah turki usmaniyah.

11:12 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home