" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, October 16, 2008

TAHAALUF SIYASI
KE ARAH MENDAULATKAN
SYARIAT ISLAM
Dari Cahaya Sunnah Rasulullah saw.

SIRI KE EMPAT


Pengalaman Dari Tahaaluf Yang Gagal.

Sepuluh tahun selepas an Nubuwwah , baginda saw. membawa pendekatan baru yang lebih nekad dalam dakwahnya .

Al Maqrizi menyebutnya di dalam kitab Imta' al Asma' bahawa Rasulullah saw. mengambil kesempatan bertemu dengan semua kabilah yang datang di musim haji untuk menyeru mereka kepada Islam dan mempertahan Islam serta rasul nya .

Antara sasaran baginda saw ialah Bani Amir , Bani Syaiban bin Ta'labah , Bani Hanifah , Bani Kilab dan Bani Kindah .

Fokus utama dalam misi ini selain menyeru mereka kepada Islam ialah jaminan dari kabilah - kabilah tersebut untuk pertahankan Islam dan penganutnya meskipun mereka mahu kekal terus dengan agama anutan mereka . Lihat sahaja bagaimana Nabi saw. dipelihara dan di lindungi oleh Abu Talib tanpa ia memeluk ajaran islam .

Ulama' sirah menyebut bahawa usaha Nabi saw. bertemu ( muqabalah ) dengan pelbagai kabilah itu adalah antara gerakkerja akhir Nabi saw. di peringkat akhir ke arah penubuhan Daulah Islamiyyah pertama di Madinah.

Namun Bani Hanifah telah menolak seruan Nabi saw. dengan keras dan biadab . Sementara Bani Kalb dan juga Bani Kindah turut menolak seruan Nabi saw. biarpun tidaklah dengan cara yang keras dan kasar seperti Bani Hanifah .

Sokong berasaskan Material

Apa yang menarik ialah Bani Amir bin Sha' Sha'ah pada peringkat awal menyambut baik seruan Nabi saw malah sangat mengkagumi Nabi saw. sebagaimana yang disebut oleh salah seorang pemimpin mereka iaitu Buhairah bin Farras telah berkata : Demi Allah , jika aku ambil pemuda Quraisy ini ( Nabi Muhammad saw. ) , pasti aku dapat menguasai seluruh bangsa Arab .

Tetapi mereka lebih tersilau dengan material sehingga mereka bertanya Nabi saw : Apakah pandangan kamu sekiranya kami membaiah kamu kemudian Allah berikan kemenangan kepada kamu , apakah kami akan mendapat bahagian ( kuasa ) selepasmu ?

Nabi saw. menjawab : Bahagian tersebut terserah kepada Allah swt. Lantas mereka pun berkata : Apa gunanya kami menentang Arab dengan mengorbankan nyawa kami demi kamu tetapi setelah kemenangan diperolehi , ia ( kuasa ) diberikan kepada selain daripada kami . Oleh itu kami tidak memerlukan kamu !

Sirah an Nabawiyah Ibn Hisyam . Jil 1 , hlm 422 - 425

Maka mereka pun menolak seruan Nabi saw.

Sokong Tanpa Bersedia

Muqabalah ke arah tahaaluf antara Nabi saw. dengan Bani Syaiban bin Tha'labah pula hampir membuahkan hasil . Tetapi malang Bani Syaiban biarpun mempunyai keyakinan tinggi untuk bertahaaluf dengan Islam dan berkeupayaan untuk melindungi Nabi saw. , namun mereka tidak sanggup menghadapi Parsi yang menjadi kuasa besar dunia pada waktu itu . Sedang Nabi saw. meletak syarat tahaaluf mestilah mereka bersedia untuk sama - sama menghadapi cabaran dan tentangan sekalipun dari Parsi yang turut menjadi musuh Islam .

Ketidaksanggupan Bani Syaiban berhadapan dengan Parsi membuatkan Nabi saw. membatalkan hasrat membentuk tahaaluf antara Islam dengan bani Syaiban .

Sokongan Aus dan Khazraj

Akhirnya Nabi saw. bertemu pula golongan Aus dan Khazraj . Dalam kitab al Bidayah wan Nihayah ( jilid ke 2 ./ 156- 159 ) ada menjelaskan bahawa belum sempat Nabi saw dan para sahabatnya bangun daripada majlis , mereka telah membaiah Rasulullah saw dan mereka adalah golongan yang jujur dan penyabar .

Sebuah Pengalaman yang menjadi Hikmah Besar

Pengalaman melalui fakta yang menunjukkan kegagalan beberapa tahaaluf siyasi dizaman Nabi saw. memberi hikmah yang besar kepada ummah disepanjang zaman . Sekurang - kurang ia menjadi bukti dan dalil bahawa di sana terdapat bentuk - bentuk Tahaaluf Siyasi yang dibenarkan dan yang ditolak .

Tanpa kita menghayati pengalaman ini , kita mungkin gagal mengesan batas - batas gerakan politik Nabi saw . sedang gerakan politik Nabi saw. sayugianya menjadi inspirasi kepada gerakan Islam yang kita dokong hari ini .

Jelas melalui perbincangan Nabi saw dengan Bani Amir Sha' Sha'ah gagal disebabkan Nabi saw. tidak dapat menjanjikan penyerahan kuasa pemerintahan kepada mereka sekiranya mereka bertahaaluf dengan Rasul saw.

Syeikh Munir Muhammad Ghadban dalam bukunya yang berjudul Tahhaluf Siyasi Dalam Menegakkan Daulah Islamiyah ada menyebut bahawa :

Gerakan Islam mungkin dibenarkan untuk menerima perlindungan daripada pihak Musyrikin terutama sewaktu mereka lemah dan tidak berupaya akan tetapi untuk memberikan musuh hak untuk memimpin atau memerintah dengan nama Gerakan Islam , bergerak dibelakangnya atau menjadikannya sebagai tunggangan untuk kepentingan mereka , maka ia ditolak sepenuh menurut pandangan islam .

Syeikh Munir Muhammad Ghadban juga ada menyebut :

Sering berlaku di mana gerakan Islam akan berhadapan dengan kumpulan atau negara yang menyokongnya untuk jangka masa tertentu dengan meletak syarat pembahagian kuasa dalam pemerintahan apabila gerakan Islam berjaya menguasainya kelak .

demikian berlaku dalam satu masa sebuah pemerintahan yang bercampur antara Islam dan jahiliyyah atau secara bergilir antara keduanya dalam memegang tampuk kuasa pemerintahan berdasarkan terma perjanjian atau Tahaaluf Siyasi . Hal ini tidak dapat diterima oleh Islam .

Tahaaluf Siyasi dalam Menegakkan Daulah Islam

Termasuklah pengajaran yang boleh diambil daripada rundingan ( muzakarah ) dengan bani Syaiban bin Tha'labah . Perbahasan Lanjut boleh dilihat melalui pengkisahan yang cukup menarik bagaimana dialog antara Nabi saw. dengan pemimpin Bani Syaiban yang boleh kita ikuti melalui buku Tahaaluf Siyasi dalam Menegakkan Daulah Islamiyah karya Syeikh Munir Muhammad Ghadban .

Kesimpulan yang dibuat oleh beliau :

walaupun pertemuan ( muqabalah ) itu berorientasikan perbincangan politik , namun dakwah kepada Allah swt tetap menduduki tempat pertama sekali kerana kejayaan membawa sesuatu kaum kepada Islam itu lebih afdhal atau utama berbanding ( mengharap ) mereka hanya memberikan perlindungan kepada Rasulullah saw tanpa yakin kepada risalahnya .

Pengalaman tersebut boleh disimpulkan beberapa pedoman seperti berikut :

1. Semua perundingan atau tolak ansur ( kerjasama/tahaaluf ) yang berakhir dengan membelakangi prinsip agama atau rundingan yang menuntut kita bertolak ansur dalam soal prinsip dan aqidah mestilah ditolak .

2. Begitu juga dengan rundingan yang meletak syarat supaya beberapa ajaran Islam mesti digugurkan dan tidak diseru kepadanya ataupun kita dikehendaki meninggalkan sebahagian dari amalan islam sebagai syarat persetujuan kerjasama / tahaaluf tersebut juga tidak boleh diterima dalam Islam .

3. Terdapat perbezaan antara mengenepikan salah satu prinsip agama sebagai syarat perundingan dengan mengemukakan perkara umum ( tidak berkait soal prinsip perjuangan dan aqidah ) yang mempunyai ciri persamaan antara kita dengan musuh sewaktu rundingan berjalan agar dapat mencairkan hati lawan

4. Kebatilan mempunyai beribu - ribu jalan dan ianya bukan satu jalan sahaja . justeru itu Gerakan Islam mesti mempunyai kepintaran dan kebijaksanaan berpolitik untuk mengharungi jalan - jalan tersebut dengan cara mengenali titik kelemahan dan punca krisis diantara kebatilan itu agar gerakan Islam dapat memperolehi keuntungan dari kelemahan ini demi merealisasikan kejayaan baru sebagai suatu langkah yang pro aktif .

rujuk Tahaaluf Siyasi dalam Menegakkan Daulah Islamiyah

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Salam,

Perbincangan kali ini lebih menarik.

Apa yg saya faham, apa yg dijelaskan oleh ustaz ini, inilah yg dinamakan thalabun nusrah.

Ringkasnya, aktiviti "parti Islam" Rasulullah dan Sahabat dalam fasa kedua dakwahnya adalah;
1. Meneruskan tasqif murrakazah (pembinaan intensif/ halaqah / usrah)
2. Pembinaan umum kepada masyarakat
3. Pergolakan pemikiran, di mana parti Islam secara terus-menerus mengkritik kepercayaan dan amalan jahiliyyah,
4. Kifahus siyasi(perjuangan politik) seperti membongkar kebusukan politik pemerintahan sedia ada dan memutuskan wala' masyarakat thdp sistem yg sedang berkuasa,
5. Thalabun nusrah iaitu meminta sokongan dan dokongan pihak-pihak yg memiliki kekuatan bagi tegaknya sistem / hukum Islam ditengah-tengah masyarakat.

Jadi, pertemuan Rasululah saw dgn suku-suku tersebut adalah utk tujuan politik : THALABUN NUSRAH.

Inilah jawapan kepada persoalan yg sering ditanyakan kebanyakan orang, kalau tidak mendapat kuasa melalui parlimen / demokrasi.....bagaimana caranya ?

Jawapannya : caranya adlh melalui THALABUN NUSRAH.

Pemahaman thdp sunnah Nabi ttg bagaimana cara Nabi mendapat kuasa utk menubuhkan negara islam pd hari ini sangat penting utk dipelajari dan difahami betul-betul.

Inilah antara keunikan masalah umat Islam saat ini dibanding masa-masa yg lalu. Dulu, sebelum hancurnya daulah Islam, para ulamak tidaklah membahas persoalan ini kerana masalah ini tidak muncul pd masa mereka. Apa pun masalah umat ketika itu, umat Islam masih hidup dibawah naungan daulah Islam. Bahkan mungkin tidak terfikir oleh mereka kewajipan sepenting ini, YAKNI ADALAH DAULAH ISLAM DAN KHALIFAH, boleh "hilang" dari kaum muslimin.

Aktiviti THALABUN NUSRAH yg dilakukan Nabi saw ini perlu kita fahami sebagai sunnah Nabi saw yg menjadi sumber hukum bagi kita. Ianya bukan semata-mata berasaskan kemaslahatan politik Nabi ketika itu. Allah swt menjelaskan di dalam al Quran, tiadalah apa yg diucapkannya (Muhammad) itu melainkan wahyu yg diwahyukan.

Jadi, hukum SYARAK berkaitan THALABUN NUSRAH hakikatnya merupakan perintah dari Allah Swt sendiri.

Jadi, parti politik wajib mencontohi apa yg Nabi saw lakukan ini.....bagaimana cara mendapatkan kekuasaan utk tegaknya sistem Islam.

RIRK

4:05 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam'alaikum,

Nampaknya ada pertimbangan keuniversalan dan keglobalan Islam dalam posting ini, insyaAllah. Harap dapatlah dijadikan pegangan di kalangan ahli Parti PAS.

Mungkin ayat-ayat di bawah boleh dijadikan semangat kepada pembawaan sebegitu;

Firman Allah swt;
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka [berita-berita Muhammad], karena rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan [mengusir] kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad pada jalan-Ku dan mencari keridhaan-Ku [janganlah kamu berbuat demikian]. Kamu memberitahukan secara rahasia [berita-berita Muhammad] kepada mereka, karena rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus. (1) Jika mereka menangkap kamu, niscaya mereka bertindak sebagai musuh bagimu dan melepaskan tangan dan lidah mereka kepadamu dengan menyakiti [mu]; dan mereka ingin supaya kamu [kembali] kafir. (2) Karib kerabat dan anak-anakmu sekali-kali tiada bermanfa’at bagimu pada hari Kiamat. Dia akan memisahkan antara kamu. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (3) Sesungguhnya telah ada suri teladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka: "Sesungguhnya kami berlepas diri dari kamu dan dari apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari [kekafiran]mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja. Kecuali perkataan Ibrahim kepada bapaknya: "Sesungguhnya aku akan memohonkan ampunan bagi kamu dan aku tiada dapat menolak sesuatupun dari kamu [siksaan] Allah". [Ibrahim berkata]: "Ya Tuhan kami, hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali. (4) Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami [sasaran] fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkau, Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. " (5) Sesungguhnya pada mereka itu [Ibrahim dan umatnya] ada teladan yang baik bagimu; [yaitu] bagi orang yang mengharap [pahala] Allah dan [keselamatan pada] Hari kemudian. Dan barangsiapa yang berpaling, maka sesungguhnya Allah, Dia-lah Yang Maha Kaya lagi terpuji. (6) Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka. Dan Allah adalah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (7) Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak [pula] mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (8) Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu [orang lain] untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)

Al-Mumtahinah

Penilaian keatas mengusir dan membantu untuk mengusir mestilah dalam bentuk keseluruhan Ummah di mana-mana sahaja. Salam

10:07 PM

 
Blogger WUZARA said...

ISLAM telah menunjukkan kepada kita method perubahan/taghyir masyarakat dari sistem yang tidak Islam kepada sistem Islam adalah dengan jalan revolusi(inqilab) bukan reformasi(islahiah).

Apa yang dimaksudkan dengan inqilab dan Islah tadi?

Inqilab(revolusi) adalah menghancurkan kekufuran dan serta merta menggantikannya dengan sistem Islam.

Manakala islah(revolusi) adalah membaiki sedikit demi sedikit dengan tujuan akan tercapai matlamat suatu hari nanti. Maknanya kita menerima perlaksanaan hukum Islam sebahagian dan melaksanakan hukum Islam pada sebahagian yang lain. Perkara adalah Qathie keharamannya.

Islahiah(reformasi) adalah syar'ie sekiranya sistem tersebut telah Islam, dan kemudian kita mengislah kesalahan2 yang berlaku dan kelemahan penerapannya.

Tamsilan mudah.
Ah Chong yang beragama Buddha, tidak boleh kita Islah dia dengan menyuruh dia berbuat baik, solat, puasa dan sebagainya. Tetapi perlu diperbetul aqidahnya untuk menerima Islam. Inilah proses taghyir yang dinamakan inqilab.

Sedangkan Ahmad yang sudah beragama Islam tetapi tidak mengamalkan Islam. Dia perlu diperbaiki dengan cara Islah supaya ia berubah dan mengamalkan Islam.

Saya harap tamsilan ini dapat memberi kefahaman kepada kita beza antara reformasi dan revolusi.

Aqidah bagi sistem kapitalisme yang diamalkan oleh Malaysia adalah sekularisme yang jelas bertentangan dengan aqidah Islamiah.

Apakah kita sekadar perlu mereformasi sistem kufur ini atau perlu ditaghyir bersama aqidahnya sekali?

Fikir-fikirkan...

11:15 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home