KETUANAN MELAYU
VS
KETUANAN ISLAM
Negara kembali bergolak mutaakhir ini apabila isu Ketuanan Melayu dipalu hebat . Sesekali jelas kelihatan cara mencetus dan memanaskan isu ini lebih kepada gimik atau momokan politik dalam usaha mereka mencari formula pengukuhan semula survival pengaruh dan kuasa mereka .
Saya melihat isu ini tidak terpisah dari "jerangkap samar" yang mampu memerangkap siapa saja dalam jebak perkauman yang sengaja diletuskan .
Menjadi trend lama atau suatu tradisi yang mudah dikesan bagi kuasa politik pemerintah tatkala mengalami kemerosotan pengaruh dan sokongan pengundi bahawa mereka akan menimbulkan isu perkauman .
Samaada ia satu tindakan untuk mencari simpati dan meraih sokongan politik , ia juga berkemungkinan satu jerat untuk memerangkap musuh politik malah ia juga boleh dilihat sebagai usaha mencipta diri sebagai hero atau juara dalam memperjuangkan hak dan ketuanan Melayu .
UMNO perjuangkan Ketuanan Melayu ?
UMNO pasti sahaja menjadi parti yang lantang bersuara mempertahankan Ketuanan Melayu dengan pelbagai taarif yang mereka cipta sekalipun saling berbeza dan bercanggah antara satu taarif dengan taarif yang dibuat oleh pimpinan UMNO yang lain pula . Seperti mereka juga gagal memahami erti Ketuanan Melayu yang sebenar .
Saya setuju benar untuk menegaskan bahawa selama ini UMNO tidak pernah memahami apakah ertinya Ketuanan Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh mereka . TIdak keterlaluan jika saya sebut bahawa UMNO lah yang bertanggungjawab merosakkan masa depan Melayu malah menjadikan Melayu "hamba" di dalam negara sendiri .
Darihal ini saya tidak perlu mem"bebel" panjang kerana ia hanya akan mengambil masa saya . Sedang semua sedia maklum apa yang telah dilakukan oleh UMNO terhadap kaum bangsa sendiri .
Tanah Rezab Melayu , Bahasa Melayu , Ekonomi Melayu , Pendidikan Melayu , kuasa politik orang Melayu malah segala milik melayu telah dinodai oleh UMNO dan BN . Lalu bagaimana hari ini mereka mahu bercakap soal Ketuanan Melayu .
Ketuanan Islam vs Ketuanan Melayu
Sebagaimana berkali saya tegaskan bahawa kaum dan bangsa selain melayu akan tersentuh hati mereka apabila kita senantiasa mengenegahkan soal melayu , melayu dan melayu . Kenapa tidak ? sebagaimana kita juga akan tersentuh perasaan jika mereka hanya mengenegahkan isu cina , cina dan cina .
Ini kerana di sebabkan bangsa kita adalah suatu yang tidak boleh berubah. Kita jadi melayu bukan kerana pilihan kita sebagaimana cina menjadi cina bukan kerana pilihan mereka .
Justeru itu , bercakap soal bangsa tidak boleh menyelesaikan masaalah perpaduan dan persefahaman antara kaum . Kita bercakap soal bangsa malah selalu berbangga dan mendabik dada dengan bangsa kita , sekalipun bangsa kita mempunyai pelbagai kelebihan dan kehebatan ia tetap akan mengundang rasa tidak puas hati dikalangan bangsa lain kerana mereka sampai bila pun tidak boleh jadi melayu untuk sama - sama menikmati kelebihan tersebut.
Apabila Kita timbulkan isu ketuanan Melayu , maka cina dan India akan terguris perasaan mereka disebabkan sampai bila pun , mereka tidak boleh jadi Melayu untuk turut sama menikmati "ketuanan" tersebut . Tambahan lah kalau melayu dipandang tidak memiliki apa - apa oleh mereka , saya kira sampai bila pun mereka tidak berminat "menjadi" melayu .
Berbeza kiranya kita bercakap soal Ketuanan Islam . Selain daripada Islam adalah agama samawi yang benar dan hebat , ia adalah agama yang boleh diterima oleh siapa sahaja justeru turunnya adalah menjadi rahmat kepada sekelian alam .
Sesiapa sahaja boleh menjadi muslim . Tidak mengira apa bangsa ia dicipta , Asy Syahadatain boleh menjadikan mereka layak sebagai seorang muslim . Maksudnya sesiapa sahaja boleh menerima Islam asal sahaja meyakini bahawa tiada Tuhan melainkan Allah sebagai Tuhan yang layak disembah . Melayu kah mereka demikianlah cina atau Indiakah mereka . Mereka boleh jadi Melayu Muslim , Cina Muslim , India Muslim atau apa sahaja bangsa mereka .
Kalau pun mereka tidak mahu menjadi muslim atau tidak menerima Islam sebagai agama dan cara hidup mereka . Mereka masih boleh memilih untuk berada dibawah lindungan Islam sebagai golongan zimmi yang membayar Jizyah kepada pemerintahan Islam .
Memandangkan Cina dan India terlebih dahulu mengenali Islam berbanding Melayu , maka saya sangat yakin apabila kita bercakap soal Ketuanan Islam , ianya tidaklah mengecewakan mereka .
Apa yang malang ialah umat Islam sendiri gagal beramal dan menghayati Islam sebagai cara hidup dan membimbing manusia kembali ke jalan yang benar . sedikit sebanyak ia menjadi fitnah kepada ummah .
Namun begitu Islam tetap utuh sebagai agama suci yang dipelihara oleh Allah jalla wa A'ala . Ajarannya tetap menunjuk ke arah jalan yang benar . TIdak sahaja jalan menuju akhirat dan membina kehidupan akhirat di syurga ALlah tetapi Islam adalah agama yang lengkap dengan pelbagai akta dan enakmen serta peraturan untuk manusia menjalani kehidupan di dunia .
Persoalannya kenapa tidak kita bercakap soal Ketuanan Islam lantas memperjuangkannya . Islam agama yang syumul pula kaya dengan kemuliaan akhlak dan ketinggian nilai .
Saya berkeyakinan tinggi bahawa Islam agama yang mampu malah boleh diterima oleh sesiapa sahaja andainya sampai kepadanya keterangan dan penjelasan yang lengkap mengenai Islam . Selebihnya kembali kepada ketentuan Allah untuk memberi hidayah atau tidak .
Paling tidak , menjadikan mereka akur akan kebenaran Islam dan tidak lagi memusuhi Islam atau peringkat seterusnya , mereka sedia malah memilih untuk berada dibawah lembayung Islam justeru menginsafi keadilannya kalaupun mereka belum bersedia untuk menganut ajaran Islam .
Mempertahan dan memperjuangkan Ketuanan Islam nyata berbaloi berbanding perjuangan bangsa dan warna kulit .
Berasaskan realiti ini , saya berseru agar kita tidak lagi memperjuangkan bangsa sebaliknya memperjuangkan Ketuanan Islam disamping kita berbangga menjadi bangsa apa kita diciptakan .
19 Comments:
Setuju bahawa ;
YG KITA PERLU ADALAH KETUANAN ISLAM, BUKAN KETUANAN MELAYU ATAU KETUANAN RAKYAT.
KITA PERLU MENDIDIK MASYARAKAT AGAR MENJAUHI APAPUN YG BERBAU ASOBIYAH KERANA HAKIKATNYA ASOBIYAH ADALAH HARAM.
Sesungguhnya Al-Quran dan Al-Hadis sebagai asas perjuangan, bukannya assabiyyah yang merupakan seruan yang dibisikkan dan disukai oleh syaithan bagi menyesatkan kalian dari agama Allah. Rasulullah SAW diutus oleh Allah SWT hakikatnya adalah untuk memperjuangkan Islam, bukannya memperjuangkan bangsa. Seruan busuk yang kalian pekikkan itu adalah seruan yang menyeru ke arah neraka Allah. Tinggalkanlah seruan ke neraka itu jika kalian ingin selamat dari azab Allah. Firman Allah SWT:
“Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (Islam) untuk dimenangkan di atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”. [TMQ at-Taubah (9):33]
Ingatlah akan sabda Rasulullah SAW,
“Bukanlah dari kalangan kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah" [HR Abu Dawud].
2:15 PM
Buat masa ini saya agak keliru sedikit dengan fikrah perjuangan PAS.
Ternyata jelas dalam wujudnya perpaduan yang begitu erat diantara PAS dan DAP diwaktu ini seolah-olah PAS telah tidak lagi berjuang untuk menegakkan daulah islamiah malah sudah mencuba sedaya upaya untuk menjadi lebih sekular dari parti yang sekular yang lain.
Kenapa saya berkata demikian adalah kerana PAS sekarang berkerjasama, malah lebih dari berkerjasama dengan golongan kafir harbi, seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang mati balik hidup menentang bulat-bulat wujudnya sebuah daulah islamiah. Dan ternyata apabila golongan-golongan ini mengancam keimanan umat Islam dengan secara jelas menyokong kes-kes memurtadkan orang Islam - PAS seolah-olah mebutakan mata seolah-olah tidak nampak perbuatan jahat kafir-kafir harbi ini. Dengan gelagat tidak mahu menyentuh perasaan teman seselimut dari DAP, seolah-olah PAS sekarang menghalalkan perbuatan keji kafir-kafir harbi ini keatas umat Islam.
Mungkin elok PAS menjelaskan pegangan mereka kepada masyarakat Islam yang luar PAS, apakah landasan hukum yang telah membolehkan mereka bersalin kulit kerana dengan jelas PAS berkerjasama dengan golongan kafir harbi dari DAP, dan ini boleh menyebabkan sebahagian umat Islam terikut-ikut secara membuta tuli setiap pernyataan kafir harbi ini, yang dalam perkembangan selanjutnya membenarkan perbuatan-perbuatan jahat kafir harbi, baik dari segi PAS menyokong pembukaan kedai-kedai arak, pengeluaran lesen judi, penjualan babi secara terbuka, membenarkan konsert-konsert yang satu masa dahulu ditentang keras walaupun PAS pada waktu berada dalam situasi yang lebih sulit.
Kelihatan juga diwaktu ini dengan kerjasama yang cukup kuat diantara PAS dan DAP, seolah-olah perjuangan hak yang dilontarkan oleh orang kafir diberikan kepentingan lebih dari setimpal dari keperluan umat Islam, yang jelas apabila orang India berteriak mengenai sejumlah kuil-kuil mereka dirobohkan, PAS lah bangun menjadi juara mempertahankan hak orang kafir ini menyembah segala jenis jin dan syaitan yang mereka sembah.
Apakah PAS memang begitu berasa tertekan jika tidak mendapat sokongan dan dokongan dari pehak kafir harbi yang menjadi teman politik PAS diwaktu ini?
Mungkin saya tidak mempunyai ilmu yang mendalam tentang ketuanan Islam, kerana saya sendiri tidak pernah mendengar dari Nabi saw sendiri tentang ketuanan Islam - hanya detik-detik akhir Nabi saw mengungkapkan umatku .. umatku ... umatku dan solah, tetapi tidak pula berbicara tentang ketuanan Islam.
Cara pendekatan PAS juga berbeda dari garis pemerintahan Madinah, dimana orang bukan Islam diberi perlindungan tetapi mereka harus mematuhi segala hukum Islam - tetapi diantara PAS dan DAP seolah hentam keromo ajelah asalkan musuh utama keduanya UMNO dijatuhkan.
Sepertinya PAS mengajar LIM GUAN ENG menutur amar maaruf nahi mungkar - sebab buat kafir harbi memurtadkan orang Islam itu amar maaruf, kerana buat mereka menjaga agama, orang Islam yang hendak murtad atas dasar kebebasan agama, sedangkan dalam Islam mereka yang murtad ini harus dipancung. Apakah PAS sekarang mengamalkan dua konsep amar maaruf nahi munkar, yang PAS pun boleh DAP pun boleh
Ternyata saya keliru, mungkin kerana tidak mendapat maklumat letak duduk landasan perjuangan PAS bersatu dengan kaum kafir harbi yang jelas menentang tertegak daulah Islamiah, dan kejadian banjir yang melanda tempoh hari adalah sebahagian dari bala yang dijanjikan
5:20 PM
Fikrah gerakan yg tak jelas menghasilkan gerakan yg bercelaru geraknya.
Akhir-akhir ini saya mendapati rakan-rakan dari PAS beria-ia menyebut-nyebut betapa baik, bagus dan Islamiknya Pulau Pinang di bawah DAP.
Saya merasa sungguh kesian dgn sahabat-sahabat dalam PAS ini, mereka terpaksa "memaksa" ungkapan di dalam benak mereka iaitu : Penang lebih Islamik di bawah DAP. Walhal....jika diukur dgn ukuran syariat, ianya jauh panggang dari api.
Walhasil pandangan "Penang" lebih islamik hanya mampu berada dibibir sahaja, tidak masuk ke hati kerana kenyataannya tidak begitu.
Sementara itu sahabat-sahabat dalam PAS begitu sensitif (benci) terhadap kelompok umat Islam yg kritikal thdp PAS.
Semoga rakan-rakan dalam PAS menyedari kekeliruan ini dan kembali ke jalan yg benar.
11:32 PM
dasyat sungguh pandangan orang-orang yang suka menggunakan nafsu dan emosi mereka....mereka yang pengecut ini cuma tahu menggunakan lidah, sedangkan lidah langsung tiada tulang...lembut, boleh dilentur dan digulung...sesuka hatinya.
Biarkan mereka dengan kekeliruan mereka....kita yang bekerja dan berusahan saban hari memijak duri yang tajam ini lebih tahu berhati-hati dan mempertahankan diri dari orang yang hanya cuma mengarah itu dan ini.
Perjuangan dengan air liur dan lidah tentu lebih mudah....sebab itu mereka tidak henti-henti mencari cacat cela dalam apa saja kerja pas...maka biarkan mereka kerana mereka juga manusia seperti kita lemah, diukur dan dinilai oleh Allah.
biarkan Allah yang menilai kerja kita kerana dalam memandang sesuatu perkara, kemampuan manusia sangat terbatas.....maka penilaian hanya apa yang nampak dimata dan yang didengar ditelinga....tapi kemampuan Allah jauh lebih dari itu.
biarkan mereka dgn prasangka kerana kegagalan mereka memahami kita ....
9:15 AM
Agak mengecewakan apabila penjelasan yang diminta hanya dijawab dengan melepaskan ketententuan pengorbanan yang dibuat akan diadili oleh yang Maha Kuasa, tanpa perlu melepaskan kemungkinan menyebabkan kerosakkan kepada akidah umat Islam apabila kafir harbi menjadi teman seperjuangan dan jelas landasan meneggakkan Daulah Islamiah terkubur kerana mengejar undi popular parti sekular.
Tidak susah menjawab, jika dasar perjuangan tidak terkeliru dan tidak susah membicarakan atas dasar ilmu dan hukum sebagai panduan yang telah ditetapkan.
Apakah dorongan sebenar mengambil teman seperjuangan dari golongan kafir harbi, yang jelas halal darah mereka, kerana mereka walaupun dihidupkan kembali setelah dimatikan, dengan erti kata mereka dideera kerana kafir dan diberikan peluang untuk hidup semula dibumi, maka mereka akan tetap kafir nauzubillah.
Apakah PAS benar-benar tertekan jika tidak mendapat undi dan harus terus-menerus mendampingi parti dari gerombolan kafir harbi? Apakah sudah kesuntukkan waktu untuk terus menjadi parti yang memerintah sehingga sanggup mengorbankan akidah orang Islam dengan berusaha sedaya mungkin mengikat "silahturrahim" dengan kafir harbi.
Ketuanan Islam atau mungkin dapat diertikan dengan model pemerintahan yang disusun Rasul saw sewaktu membentuk pemerintahan Islam diMadinah, memberi perlindungan kepada golongan kafir zimmi dan bukan kafir harbi. Mereka ini diberikan perlindungan darah, harta serta hak dan perlu membayar jizyah kerana perlindungan yang diberi.
Apakah yang menghalalkan PAS untuk duduk bersekongkol dengan golongan kafir harbi dan dengan nafas yang sama mengharamkan Asobiyah? Apakah PAS mempunyai hukum yang lebih tinggi untuk meletakkan diri mereka lebih tinggi dari hukum yang ada, sehingga halal berkerjasama dengan kafir harbi untuk mengalahkan asobiyah?
Sedangkan kafir harbi itu siang berganti malam mencari jalan mengkhianati umat Islam? Apakah ini model AMERIKA [teman baik ISRAEL], berkerjasama dengan MESIR untuk menghentam dan membantai orang PALESTIN.
Semuga mendapat penjelasan dari yang lebih berilmu dan yang lebih bertakwa supaya penjelasan dapat mengatasi kekeliruan?
10:30 AM
Salam,
Sekitar tahun 80an, PAS dgn garang menyerang UMNO yg tidak islamik, bekerjasama dgn org kafir, melaksanakan hukum jahiliyah dan thaghut, mencampur adukkan Islam dan kufur.
Lalu apakah yg dibuat PAS di Kelantan, Perak dan Kedah...tidakkah PAS memerintah dgn sistem kufur, mencampur adukkan Islam dan kufur, berhukum dgn hukum thaghut.
Tidakkah PAS bekerjasama dgn org kafir memerintah sebuah kerajaan kufur.
Dari aspek ini, apakah bezanya dgn UMNO ?
Ya...seribu satu alasan boleh diberi dan alasan yg sama juga diberi oleh UMNO......KEADAAN BELUM MENGIZINKAN, KALAU TAK DAPAT BUAT SEMUA JGN BUANG SEMUA, MENGHINDARI MASLAHAT YG LEBIH BESAR......
Bila kami mengkritik PAS, bukan bermaksud kami membenci PAS atau ahlinya. Tetapi utk menyedarkan rakan-rakan dalam PAS.
Ya....hanya "air liur" dan tulang empat kerat yg kami ada. Setidaknya dihadapan Allah, kami sudah melaksanakan tanggungjawab. Kata Nabi bila nampak kemungkaran cegahlah dgn tangan, lidah mahupun hati.
Firman Allah, perkataan apakah yg lebih mulia selain dari menyeru kpd Allah......
Walaupun ada yg memandang rendah kemampuan kami yg hanya mampu menggunakan "air liur" utk berdakwah....namun Allah dan rasul memandang mulia kerja yg seperti ini.
Semoga mereka yg ikhlas di dalam PAS mampu memahaminya.
2:50 PM
1.) I as a Malaysian Chinese respect you statement about "Ketuanan Islam" but I dun agreed with you!
2.) I would like to express my doubt feeling about your statement, because is discrimination over other religions in Malaysia.
3.) I understand is your own pride that take us to no where?
4.) Not all Malaysian accept your "discrimination through Ketuanan Islam ",and your non-sense logic which is baseless.
5.) Respects is to be earned, where is your value of respects and conscience? May be you try to earn through baseless and you own illustration ?
6.) You will lose my support forever and I will remember you.therefore will tell all my friends from all race and religion. Because we anti-baseless politic.
11:07 PM
To rakyat malaysia non-moslem ;
Di dalam Islam, tiada istilah ketuanan melayu. Islam bahkan menolak idea perkauman.
Perkara pertama sdra perlu faham ialah Islam bukanlah sekadar sebuah agama. Lebih dari itu Islam adalah sebuah ideologi, sama seperti kapitalisme dan sosialisme / komunisme. Islam adalah sebuah sistem hidup yg menyeluruh.
Oleh kerana itu islam adalah asas kepada masyarakat dan negara.
Di dalam negara Islam, non-muslim disebut sebagai kafir zimmi. Hak dan tanggungjawab kafir zimmi di dalam negara Islam sama seperti rakyat muslim kecuali dlm beberapa perkara yg berbeza.
Negara menjamin kebebasan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira muslim dan non-muslim. Tiada perbezaan layanan negara thdp setiap anggota rakyat, tak kira majoriti mahupun minoriti. Semuanya sama, tiada keistimewaan suatu kaum ke atas kaum yg lain.
Sistem kapitalis, sama spt sistem komunis telah membuat jutaan manusia sengsara dan menderita. Sistem ekonomi kapitalis telah terbukti gagal mengagihkan kekayaan kepada setiap anggota rakyat sebagaimana sewajarnya. Hari ini, rakyat biasa terpaksa berhempas pulas hanya utk mendapatkan sesuap nasi.
Manusia sejagat memerlukan suatu sistem hidup alternatif. Sejarah kekhilafahan Islam membuktikan muslim dan non-muslim hidup harmoni & sejahtera di dalam negara Islam.
Lebih detail ttg bagaimana sistem hidup Islam boleh rujuk ; khilafah.com atau mykhilafah.com
RIRK
12:45 AM
Saya lihat Pas menentang UMNO yang bekerja dengan kafir utk memartabatkan undang-undang penjajah dan menggagalkan usaha membawa perundangan Islam. Sehingga sekarang saya tidak lihat pas sudah terpesong dari prinsip perjuangannya. Selama pas bekerjasama dlm hal politiknya dgn DAP, cuba terangkan disudut mana pas telah menjual agamanya ?
kafir harbi ?? kenapa mereka ni kamu nilaikan sebagai kafir harbi ?? saya rasa orang cina menentang Islam bukan kerana benci agama itu diamalkan oleh muslim, tetapi tidak faham atau silap faham apa yang Islam boleh lakukan kepada mereka orang bukan Islam. Kerana kita muslim terlebih mempamirkan 'kelebihan Islam utk org Islam saja sedangkan orang kafir seolah hilang pembelaan.Saya rasa ini yang perlu kita lakukan dahulu daripada menghentam habis-habisan non muslim yang salah faham tentang Islam ....
Saya ingin bertanya kepada golongan yang cukup tidak suka pada apa saja 'persefahaman' yang cuba Pas bina dgn non muslim di negara kita....kamu nak buat apa kepada mereka ( non muslim)???....kamu nak paksa mereka masuk Islam ??....kalau mereka enggan kamu nak hapuskan kesemuanya.....lancarkan perang bersenjata ??? dan saya nak tanya 'sebelum wujudnya khilafah ni' apa kedudukan non muslim yang ada sekarang ??adakah mereka ni kafir harbi yang kita kena perang ??.....
dan cuba realistik dengan idea kamu, bagaimana caranya nak tubuhkan khilafah tanpa langsung menggunakan saluran demokrasi ?.....cukup saya mencontohkan jika pilihanraya akan datang kamu berjaya memujuk orang ramai memulaukan p/raya dalam negara....sementara menunggu khalifah menjelma ,kepada siapa nak kamu serahkan nasib rakyat semua ?...adakah masa tu kamu bayangkan kita semua sedang jihad bersenjata ke nak lawan mereka yang masih guna demokrasi ??..bayangkanlah...
ah !...itulah berjuang dgn air liur mudah saja berteori.
1:46 PM
Saya memang sokong hasrat untuk memusnahkan isu diskriminasi kaum seperti 'ketuanan melayu' yang disebut-sebut oleh umno,demi kepentingan dan keharmonian masyarakat, kaum dan negara.
Adalah benarnya bahawa istilah 'ketuanan melayu' tidak disebut dalam agama islam, sama sekalinya dalam perlembagaan persekutuan negara malaysia. Istilah itu dilaung-laungkan oleh pihak umno yang mempunyai kepentingan politik yang jahat semata-matanya untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan menanam dalil satan mereka dalam masyarakat kaum melayu. Tetapi bukan untuk kepentingan negara.
Namun demikian, adalah saya membantah sama sekali untuk menimbulkan ideologi ketuanan islam. Saya hormat kepada agama islam dan percaya sekali islam adalah salah satu agama yang terbaik dan bagai pelita hidup ramai orang.Saya juga percaya bahawa semua keganasan atau 'terrorism' yang berkaitan dengan islam berlaku kerana penganut-penganut demikian 'serong'dari maksud and ajaran islam yang sebenar.
Dalam masyarakat negara kita yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan budaya, saya berpendapat bahawa kita patut saling hormat-menghormati sama sekali tak kira kaum, agama dan budaya. Biarlah agama jadi agama, janganlah memutarkan agama menjadi isu politik yang tidak akan membawa apa-apa kebaikan untuk keharmonian, kehormatan dan kedamaian masyarakat dan negara ini.
Janganlah luputnya isu ketuanan melayu, tetapi timbulnya isu ketuanan agama. Perbuatan ini seumpamaya sirim air untuk umno, tetapi sendiri terminum racun isu keagamaan.
Hormatilah agama lain sepertinya agama lain hormati Islam.
1:54 PM
puak-puak pewaris abdullah bin ubai dan abdullah bin saba, memang pandai bercakap tapi dalam hati mahu melihat gerakan islam hancur...!!! mereka adalah golongan yang kecewa dengan kekalahan dan kini mereka bergerak menimbulkan wasangka dengan harapan gabungan pakatan rakyat berpecah belah..itulah hakikatnya abdullah bin ubai bin salul dan abdullah bin saba' zaman kini..!!!!
11:59 PM
PAS : TIDAK UBAH KELDAI TUNGGANGAN DAP
Pada satu ketika dahulu apabila berhadapan dengan UMNO, PAS meletakkan landasan mewujudkan pemerintahan Islam diMalaysia sebagai dasar perjuangan parti tersebut, tetapi hari ini ini dengan terbentuk nya gabungan bergelar Pakatan Rakyat, PAS hanya merupakan keldai tunggangan puak kafir harbi DAP.
Kerana ketandusan dasar yang jelas dari segi sistem pelajaran Islam, sistem perekonomian, Islam, sistem pemerintahan Islam, PAS hanya mampu menjadi binatang tunggangan kafir harbi DAP,sehingga hanya mampu menurut perintah kumpulan cauvinis Cina yang masih dikepalai oleh Lim Kit Siang.
Pertembungan konsep “Malaysian Malaysia” yang dipelopori oleh DAP untuk merampas pemerintahan orang Melayu tidak mampu ditangani oleh pemimpin PAS yang tidak siap lagi bersedia untuk menjadikan Islam sebagai dasar pemerintahan, dihadapan teman seselimut baru mereka dari DAP. Apa saja tuan baru keldai bicarakan atau kedepankan sebagai cadangan Pakatan Rakyat hanya mampu di ‘iyakan” oleh kalangan pemimpin PAS, sehingga PAS ditelanjangkan dihadapan khalayak rakyat Malaysia dan dunia sebagai parti Islam yang tidak berkemampuan untuk menterjemahkan pemerintahan Islam sebenar.
Dalam pembahagian portfolio permerintahan oleh kerana kekurangan golongan pememimpin yang mampu memcorak dasar perekonomian, maupun dasar pelajaran PAS diberikan peranan tradisional sebagai ketua-ketua majlis ugama, agar berupaya menjadi topeng Islam bagi Pakatan Rakyat, yang dipimimpin oleh golongan kafir harbi. Ketandusan golongan cerdik pandai yang mampu mencorak dasar-dasar berteraskan pemerintahan Islam, dieksploitasai oleh golongan kafir harbi dari DAP, yang jelas dapat dilihat dari situasi yang berkembang disemua negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, hanya mungkin berbeza di negeri yang merupakan kubu kuat PAS Kelantan.
Walaupun mengakui sebagai negeri serambi Mekah, yang harus menggungguli corak paling minima dasar pelajaran yang mencerminkan pembelajaran ilmu-ilmu Islam, oleh kerana tidak pernah berkesempatan mencorak pembelajaran peringkat menengah dan atas, diluar lingkungan negeri Kelantan PAS, hanya menjadi keldai tunggangan apabila berhadapan dengan dasar pelajaran kebangsaan.
Begitu juga dalam mencorakan sistem percukaian yang harus memantapkan sistem zakat yang menjadi dasar keadilan pembahagian kekayaan PAS juga tidak membantu membentuk cadangan yang boleh diterima pakai dalam gabungan negeri-negeri yang dimenangkan oleh PAS sendiri. Jelas kerana tidak berkemampuan PAS hanya menjadi pak-pak turut dalam pemerintahan kafir harbi yang terbentuk diPulau Pinang. Tapi yang sangat mengaibkan PAS mengorbankan dasar asas pembentukan parti tersebut, laungan-laungan daulah Islamiah mauhupun pemakaian sistem hudud jelas tenggelam dan sudah hampir terkubur, atas “silahturahim” yang baru terbentuk dengan kelompok kafir harbi dari DAP. Yang nyata PAS kini tidak jauh berbeza dari UMNO dari pendekatan perjuangan Islam, walaupun jelas UMNO mampu mengangkat dasar yang menerapkan pembayaran zakat, sistem perbankkan Islam serta masih mampu mengarisi keperluan pengisian pelajaran agama diperingkat sekolah menengah sehingga sampai peringkat penggajian tinggi.
Amat mengaibkan sekali kedudukan PAS sebagai parti yang berpaksi kepada pembentukkan Negara Islam, menjual maruah mereka sekadar menjadi keldai tunggangan puak kafir harbi. Amat mengaibkan sekali kepimimpinan para ulama hanya mampu walaupun berbekal beribu kitab ilmu kini hanya mampu menjadi binatang peliharaan DAP, sebagai topeng untuk menghalalkan segala perbuatan puak kafir harbi. Apakah kesedaran ini tidak wujud dari kalangan anggota-anggota PAS yang begitu taksub mematuhi arahan para pemimpin mereka yang menjual agama mereka kerana hanya kerana mau membalas denadam yang berdarah terhadap UMNO. Mungkin inilah yang diberikan makna sebagai Ketuanan Islam, yang jelas hanya mampu menjadi keldai tunggangan kafir harbi dari DAP yang jelas, menentang kewujudan Negara Islam.
Apakah nilai agama Islam itu begitu murah sekali yaini sekadar mendapatkan undi dari orang-orang cina dan India, yang kini sudah mampu bertakbir sekuat pengikut-pengikut PAS. Dimanakah kemuliaan Islam yang wajar dalam hati para pemimpin PAS sekarang ini yang jelas diperalatkan oleh yang dilaknat dari kumpulan kafir harbi
Sudah jelas dalam situasi sekarang ini PAS memang tidak berkemampuan, dan mereka hanyalah keldai-keldai yang membawa begitu banyak kitab ilmu agama untuk tuan baru mereka dari kafir harbi DAP.
Mungkin akan ada jalan keluar untuk PAS. Yang jelas ”silahturahim” mereka dengan kafir harbi lebih mereka hargai dari bergabung dengan parti orang Melayu. Amat berbeza sekali jika dibandingkan PAS dulu dan PAS yang diasaskan oleh para pejuang kemerdekaan dahulu. Mudah-mudah tidak semudah itu orang-orang PAS mengariskan kedudukan Islam semata-mata untuk mendapat undi sehingga sanggup berselimut bersama kafir harbi yang jelas menentang pembentukkan negara Islam. Semuga mereka tidak berbohong kepada diri mereka sendiri sehingga sanggup mengadaikan kesucian agama hanya semata-mata kerana untuk mendapat undi cina dan india.
2:35 PM
Begitu mudah memberi gelar jika yang memberi ingat, dengan mudah dituduh datang dari puak Abdullah bin Ubay akhir zaman - tetapi tidakkah terang lagi nyata perbuatan-perbuatan pemimpin PAS yang mendatangi puak kafir harbi dan mengiyakan dan menyokong perjuangan kafir harbi, dan apabila balik ke pangkuan umat Islam menyatakan yang mereka tetap memperjuangkan pembentukkan Daulah Islamiah - apakah tu tidak menyerupai gambaran yang diterangkan didalam alQuran tentang sifat orang munafik, "mereka apabila berhadapan dengan orang kafir mereka menyatakan sokongan terhadap orang kafir dan apabila mereka mendatangi orang menyatakan mereka tetap Islam".
Berikan landasan hukum yang membolehkan PAS bertelanjang bulat menjadi keldai bodoh kafir harbi, kerana "amar maaruf" kafir harbi termasuk menyokong orang Islam dimurtadkan atas perjuangan sejagat kebebasan beragama dan menukar agama.
Pahamkanlah tulisan-tulisan yang hanya mencerminkan keadaan yang berlaku sekarang dan jangan lah melawan dengan emosi, terangkanlah dengan hikmah dan jika tidak mampu jangan lah menuduh orang yang tidak faham sebagai dari golongan Abdullah bin UBay. Dan kalau tidak mampu rujuklah kepada yang lebih mampu. Mudah-mudahan kita sama-sama selamat dunia dan akhirat.
2:58 PM
Saya fikir blog sheikh ni terlalu jumud dengan kepimpinan ulama` mana boleh kata jangan ragui mereka, mereka bukan ma`sum! ada ulama` usu` berjilid2 kitab tu nak sembunyikan cerita mereka ka?
Jgn mimpi disiang hari sheikh!
9:59 PM
Saya sebagai pemerhati PAS sekian lama, melihat PAS dibawah kepimpinan Ulama' sekarang sama sekali berbeza dengan kepimpinan terdahulu.
Perubahan tersebut boleh dilihat sejak zaman Arwah Fadzil Noor. PAS semakin liberal menerima idea Hak Asasi Manusia, membenarkan wanita terlibat dalam pemerintahan, bekerjasama dengan parti kufur dan malah membenarkan menyambut perayaan kufur. Sedangkan idea2 ini dihentam hebat oleh PAS suatu masa dulu.
Saya juga melihat PAS semakin arrogan, merasakan diri jaguh dan memandang rendah jemaah2 Islam lain. Cuba kita tanya kepada diri sendiri, apakah kita dapat menerima kehadiran gerakan Islam lain seperti Salafi, Hizbut Tahrir sebagai saudara seperjuangan? Atau kita tidak habis2 memfitnah mereka dengan tuduhan seperti Salafi sesat tolak tauhid, Hizbut Tahrir terroris dll. Bagaimana pula kita memandang saudara kita dari jemaah tabligh? Apakah kita membimbing mereka atau sekadar memperleceh mereka kerana menolak politik?
Seorang mahasiswa yang pergi ke tamrin PAS bertanya betulkan Hizbut Tahrir itu terroris? Katanya diberitahu dalam tamrin. saya tidak terkejut, kerana memang itulah minhaj PAS. Semasa salafi mula berkembang dulu pun, pelbagai fitnah dilemparkan kepada salafi.
wahai saudara ku, jika dulu sudah banyak kali UMNO itu PAS fitnah dengan pelbagai selebaran di kampus2. 'dalil' yang diberi adalah jihad antara Islam melawan parti kufur,untuk menghancurkan kekufuran. Apakah sekarang berhadapan dengan jemaah Islam minhaj fitnah juga yang kalian gunakan?
Ustad Din tidak terkecuali.
9:54 PM
sudah la hizbut tahrir..kalu tyerasa tu ambik aje lah..kalau kafir harbi dengan kafir zimmi dan kafir musta'man pun tak tau nak beza ta'rf dan istilahnya..kalau kaedah-kaedah usul ahkam dan kaedah fiqhiyyah pun tak tahu nak guna..toksahkan nak cakap pasal tahalluf siyasi..korang ni memang tak tahu apa..!!!
saya kira kamu orang semua ni sama ada dari fikrah hizbut tahrir..yang tak reti nak berpolitik dengan kaedah islam, atau kamu orang ni golongan umno yang kecewa dengan kekalahan, atau umno kecewa dan menulis seolah2 orang hizbut tahrir..atau mewarisi perangai badullah bin ubai..purak-purak jadi pemerhati PAS konon..hanya kerana ada pakatan rakyat yg memang menggugat UMNO..tu yg umno buat maksiat..jelas2 menolak islam walaupun ngaku islam kenapa tak persoalkan..!!! oh..konon hebat sangat dengan seerah nabawi..kenapa bila rasulullah tubuhkan negara islam madinah dengan "tahalluf siyasi" dengan qabilah yahudi korang takl kaitkan..????
6:24 PM
saya nak jawab anonymos (penakut nak letak nama sendiri..!!!)
"Dan ternyata apabila golongan-golongan ini mengancam keimanan umat Islam dengan secara jelas menyokong kes-kes memurtadkan orang Islam - PAS seolah-olah mebutakan mata seolah-olah tidak nampak perbuatan jahat kafir-kafir harbi ini. Dengan gelagat tidak mahu menyentuh perasaan teman seselimut dari DAP,"
statement ini jelas menunjukkan bahawa penulis i ni tak baca harakah atau siasah atau wasilah..atau tak baca harakahdaily..mungkin dia hanya baca berita harian dan utusan sahaja kot..
bila tak baca,,mana lah dia tahu pas respon atau tak sebab dia hanya baca suratkhabar UMNO/Bn sja..
kenapa tak baca kenyataan MB kedah..kenapa tak baca teguran dari dalam parti DAP sendiri terhadap karpal..( YB teng chang kim ) kenapa tak baca kenyataan2 rasmi pas, pendirian PAS terhadap siapa yg nak jadi PM..??? bila tak baca memanglah keliru sebab itulah Allah suruh kita selidik sesuatu berita itu dengan sumber yg lain pulak..
pasal kafir harbi..kenapa tak menulis dalam mana-mana blog tajaan UMNO supaya diperangi kafir-kafir harbi disisi kamu supaya ditembak atau dihalau keluar dari negara ini..haa..kenapa..??? atau kamu ini adalah UMNO kecewa tapi menulis dengan gaya hizbut tahrir..!!!???
"yang jelas apabila orang India berteriak mengenai sejumlah kuil-kuil mereka dirobohkan, PAS lah bangun menjadi juara mempertahankan hak orang kafir ini menyembah segala jenis jin dan syaitan yang mereka sembah."
bila surau dan dirobohkan masa BN memerintah dulu ada UMNO atau hizbut tahrir datang buat benteng manusia kalau bukan ahli-ahli PAS??? mana dia hizbuit tahrir atau UMNO..mana dia??? bila kuliyah2 dihentikan disekat oleh kerajaan UMNO / Bn dahulu..mana dia pejuang "islam" UMNO dan hizbut tahrir..mana dia??? bila ada kuil dirpbophkan dan kamu kan anggap mereka ini kafir harbi, kemapa kamu tak pergi bunuh semua kafir itu ketika kuil dirobohkan..mana dia kamu semua wahai UMNO/hizbut tahrir???
kenapa kamu tak salahkan salehuddin al-ayubi yg tidak meruntuhkan ma'bad (tempat sembahyang) yahudi dan gereja di palestin ketika menang tentera salib sedangkan mereka ini menyembah jin dan syaitan..atau hanya kerana kamu kecewa sebab kamu tiada sokongan sehebat PAS maka kamu cuba membengongkan orang lain agar orang lain bengong macam kamu jugak???
"Ternyata saya keliru, mungkin kerana tidak mendapat maklumat letak duduk landasan perjuangan PAS bersatu dengan kaum kafir harbi yang jelas menentang tertegak daulah Islamiah, dan kejadian banjir yang melanda tempoh hari adalah sebahagian dari bala yang dijanjikan'
ya memang ternyata kamu keliru sebab kamu hanya baca suratkhabar UMNO sahaja..ai dulu UMNO kamu tak kata macam ni pun ye..dengan PAS kamu marah sangat ye..haha..ni orang umno lah ni tak pun hizbut tahrir..UMNO dah tak dapat sokongan non-muslim yang hizbut tahrir pulak tak dak tepat dalam masyarakat..dalam dunia pun orang tak terima..maka dia pun nak bagi jamaah islam lain rosak macam jamaah dia...!!! jaga-jaga perangai abdullah bin ubai dan abdullah bin saba'!!!
6:42 PM
Hentam le sedara
Hentam le banyak-banyak, sebagai penyedap hati yang sedang terbakar membara, geram, yang mengusik jiwa - korang kini sudah pasti lebih baik dari kami selayaknya sudah jauh tinggi melangit dan dapat mendabik dada lebih baik dari kami orang, apa tidaknya korang dari Parti Islam - apa taknya korang ada sedara baik sekarang dari Karpal Singh dan Lim Kit Siang - Melayu seperti kita orang apa ada - asyik-asyik sakitkan hati korang aje.
Mudah-mudah korang dari PAS berjaya dan tidak melupakan kami orang Melayu yang tidak berguna lagi buat PAS - maklumlah sudah dapat gading bertuah dari yang kuning langsat dan hitam legam.
Mudah-mudahan korang tidak ditikam dari belakang, mudah-mudahan korang nanti jangan tercari-cari orang Melayu yang korang pandang hina sekarang ni.
Jangan simpan dalam hati - kita ni hanya menumpang seketika dan tidak mempunyai apa-apa.
8:00 PM
kalau mcm tu..
Jangan ragui kepimpinan UMNO jugaklah :-(
(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com
1:13 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home