" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, January 17, 2009

KEPUTUSAN TERKINI
P.036 KUALA TERENGGANU

Di Umumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya
P. 036 Kuala Terengganu

Hj. Mohamad Abdul Wahid Endut .
PAS : 32,883

Wan Ahmad Farid Wan Salleh
BN : 30,252

Azharudin bin Mamat @ Adam :
BEBAS : 193

Majoriti :2631
Undi Rosak :665
Jumlah Keluar Mengundi : 79.9%

Dewan Pemuda PAS Pusat merakamkan rasa syukur kepada Allah swt di atas kemenangan PAS yang mewakili PAKATAN dalam pilihanraya kecil P.036 Kuala Terengganu . Setelah melalui pelbagai rintangan dan halangan kini segala penat lelah menampakkan hasil . Namun begitu perjuangan kita pastinya masih jauh dan banyak perkara yang wajib diselesaikan .

Tahniah kepada Ayahanda Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang selaku Presiden . Ucapan saya untuk Ayahanda Tuan Guru ialah dengan mengulang semula kenyataan beliau yang membacakan hadis nabi :

ما خاب من استخار و ما ندم من استشار

[ Jilid ke dua : m/surat : 175 ] المعجم الصغير الروض الداني

Takziah kepada sahabat saya Yb. Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Endut di atas beban amanah yang kian bertambah di atas pundaknya . Semoga dapat ditunai dengan sebaik mungkin .

Tahniah kepada seluruh jentera PAKATAN yang gigih berjuang dan berkorban meredah segala keperitan dan kesukaran .

Tahniah kepada Angkatan Muda Keadilan yang bertungkus lumus menjayakan segala gerakkerja memenangkan PAKATAN .

Tahniah kepada seluruh anggota Kelab Penyokong PAS yang turut turun padang tanpa peduli risiko dan implikasi perjuangan .

Tahniah kepada semua NGO dan orang perorangan yang membantu perjuangan ini sekaligus membawa kejayaan kepada PAKATAN dalam pilihanraya kecil ini .

Tahniah kepada SEMUA , walau mungkin mereka tidak turun bersama tetapi doa dan wang mereka mengiringi mereka yang berjuang di medan .

Semoga dengan kemenangan ini akan lebih menyemarakkan perjuangan kita untuk mendaulatkan syariat , memartabatkan ummah dan menobatkan keadilan serta kesaksamaan . Pastikan kita semua tidak terleka dengan ujian kemenangan yang sedikit ini .

Yakinlah bahawa perjuangan kita masih banyak perkara yang perlu kita selesaikan . Menuntut kesungguhan , pengorbanan dan kesediaan kita semua untuk turun ke medan bagi membawa risalah perjuangan Islam ini sehinggalah Islam dapat didaulatkan . Insyaallah .

Selamat Berjuang .

10 Comments:

Anonymous Anonymous said...

ust hadis tu salah ejaan, dan terlalu dhaif, rujuk kitab Kashful khafa

10:18 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

terima kasih : Ya , itu hadis dhoif tetapi tidak menafikan ia adalah hadis dan tidak digunakan untuk berhujjah ata menegakkan sebarang hukum feqh .

12:11 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Allahuakbar! Jazakallah,ustaz atas segala gambaran perjuangan.Episode perjuangan ustaz,kami juga dapat rasai.Moga,kami barisan muda dapat hayati semangatnya.Takbir! Takbir! Takbir!

10:46 AM

 
Blogger Pahlawan Hijau said...

Alhamdulillah, inilah hasil kerjekeras petugas parti yang berani dan tidak kira penat lelah mahupun tampa ganjaran wang dan hasilnya Allah telah memberi kemenangan kepada parti Islam, inilah hasil tarbiyyah yang dilkukan oleh pemimpin supaya berjuang bukan kerana harta tetapi lebih penting kerana Allah S.W.T

6:44 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Alhamdulillah

Semoga kemenangan ini tidak menjadi fitnah kepada kita sebalik penyemarak perjuangan .

Sama - samalah kita melipat ganda usaha kita mengisi kemenangan dengan nilai Islam dan syiar sucinya yang gemilang

7:31 AM

 
Anonymous Anonymous said...

kalau us dah tahu kenapa tak takhrij sekali, krn ulama kata tak harus meriwayatkan hadis dhaif mainkan dgn dinyatakann kedaifannya. dan yg dhaif jiddan apatah lagi. kalau sebut sanad mcm ulama dulu x lah perlu sgt menyatakan kedhaifannya

1:28 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Kan ana sudah sebut bahawa ana bawa hadis itu sebagai nak menceritakan Tok Guru baca hadis tu utk melandasi tindakan dia dalam memilih calon .

Betullah hadis tu dhaif tetapi tidak sepakat ulamak dalam menyatakan taraf hadis itu dhoif .

Menyatakan sanad tidaklah wajib . terkadang dalam penulisan biasa , kita hanya menghafal matannya tetapi tidak sanadnya . kecualilah sewaktu ana membuat penulisan ilmiah .Ia menjadi prosuder penulisan ilmiah dan menjadi akhlak para muhadisin .

Yang pasti itu adalah hadis . Yang haram diriwayatkan secara qatei ialah hadis maudhu' (palsu) ya akhi , bukan hadis dhoif .

walau ada sebahagian ulama' tidak setuju menyebut hadis dhoif tetapi telah menjadi sepakat ulama' bahawa hadis dhoif boleh diriwayat kan dalam persoalan amal dan fadhilatnya .

Inilah yang dilakukan oleh Imam Ghazali Rhm.

Hanya Hadis dhoif tidak boleh di buat hujjah untuk menegakkan hukum feqh kecuali hadis sohih shj .

Adapun menyebut rawi dan sanad bukanlah menjadikan satu kewajipan, asal sahaja matan hadis itu benar .

Al Muhadisin setuju mengatakan wajib pada menyatakan sanad dan rawi apabila kita membicarakan sesuatu yang berkait dengan status hadis itu sendiri .

Akhi , walau pun hadis itu dhoif , telah menjadi sepakat ulama' hadis bahawa ia tetap hadis nabi saw dan ianya jauh lebih baik atau aula dari meriwayatkan kalam kita sendiri.

6:00 PM

 
Anonymous Anonymous said...

ana ada 3 musykilah;
1. siapa dia muhaddith yg tidak menghukum dhaif hadis tersebut, minta penjelasan
2. ust kata yg pasti ia adalah hadis dan sepakat ulama menyatakan ia tetap hadis, sedengkan syarat beramal dgn hadis dhaif antaranya kita tidak boleh mengiktiqadkan ia merupakan hadis yg thabit (lihat tadribur rawi, Nukhbatul Fikar dll)
3. ust kata spakat ulama bhwa hadis dhaif boleh diriwayatkan dlm fadhail, dari kitab mana kata sepakat ni, sdgkan inilah masalah khilafiyyah, Syeik Albani sendiri mengharamkan beramal dan meriwayatkan hadis dhaif tanpa dinyatakan kedhaifannya.
4. minta ust semak balik masalah ni, Maaf. ana hanya nak menegur sedikit kekeliruan.

11:39 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

asalnya saya tidak bermaksud untuk berhujjah . Sebab ana ni tidak pandai berhujjah .

Melihat kepada soalan saudara bertubi - tubi seperti mahu berhujjah dengan saya pulak . so saya tarik diri lah .

cuma kalau saudara mahu bincang lanjut pasal perkara ini , kita boleh bincang . susah juga nak bincang dalam ruang tulisan begini .

so ana cadang saudara hubungi saya di 019 - 916 8182 atau kita jumpa di pejabat saya di Jalan Raja Laut KL . sambil makan tengahari boleh kita bincang panjang .

Insyaallah kita jumpa .

11:15 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Maaf. ana hanya inginkan kepastian dari mana sumber rujukan ustas utk ana tumpang rujuk sekali. nak tambah sedikit ilmu dgn panduan yg us berikan. Wassalam.

1:25 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home