REDA RESAH MENANTI MENTARI
Hampir seminggu aku menghuni HTAA Kuantan , menemani isteri yang sedang bertarung nyawa bergelut rasa menanti detik melahirkan anak kami yang keenam. Demi Allah , jiwa ini cukup teruja menyaksikan keadaan isteri menghadapi saat melahirkan anak dalam keadaan berisiko tinggi ekoran kandungan gula yang tinggi sepanjang 8 bulan beliau hamil .
Inilah kali pertama , aku sempat berada di sisi isteri tercinta menghadapi saat genting begini . Kelahiran anak sulong ( Iffatul Hannan 10 th.) aku masih menuntut di Mesir dlm tahun 3 pengajian. Sementara anak kedua hingga kelima ( Iffatul Munirah 8 th. / Afif Syairazi 6 th. / Afif Syaibani 4 th. / Iffatul Widad 2 th. ) semuanya dilahirkan semasa aku berada di dalam program jamaah di serata tempat. ( aku sendiri tidak mengingatinya )
Segalanya bermula apabila keadaan isteriku yang agak tenat , kemudiannya dipapah oleh sahabat ke hospital HTAA kuantan , sedang aku menerima berita tersebut sewaktu berada di Langkawi menghadhiri majlis ceramah yang dianjurkan di sana . Malam tersebut aku terpaksa bergegas pulang dengan bot sahabat di langkawi dan tiba pada jam lewat 3 am.
Meredah lautan luas dalam waktu begitu bukan pengalaman indah bagi aku yang agak asing dengan laut . Namun tawakkal menemani diri sehingga tiba ke Kuala Perlis . Ustaz Yaacob MADI yang menemani ku sepanjang perjalanan menambah semangatku yang berbaur cemas .
Keesokan harinya aku berlepas pulang dengan memandu seorang diri , meredah lebuhraya panjang dari utara menuju selatan negara . Tuan Hj. Mahfuz Omar adalah sahabat yang bertanggungjawab membawa aku pulang semula ke Kuantan walaupun jadual perjuangan dan dakwah masih padat dan belum selesai. Berkali kali Hj. mahfuz meminta aku pulang untuk berada di sisi isteri dalam saat sebegini .
Alhamdulillah . Sejurus tiba di HTAA , isteriku memaklumkan bahawa 26 hb adalah keputusan doktor samaada beliau akan bersalin secara normal atau operation . Jika kandungan melebihi 4 kilogram , maka beliau sendiri nekad untuk meminta doctor menggunakan kaedah operation bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan. Ini berasaskan pengalaman beliau yang melahirkan anak keempat yang berat kandungannya pada waktu itu 4 kg dan bayi hampir lemas tersangkut bahu dan beliau hampir sahaja kehabisan nyawa bertarung dengan keadaan tersebut.
Pagi tu , Doktor memaklumkan keputusan scan , anggaran berat kandungan hanya sekitar 3.5 kg sahaja . Hati kami sedikit lega , tetapi sehingga jam 2.30 pm 27 hb. keadaan isteriku masih membimbangkan kerana keadaan sakitnya bukan kepalang tetapi belum juga mahu melahirkan kandungan tersebut . Akhirnya , alhamdulillah berkat doa para sahabat , terutamanya Puan Rohaya ( bekas ketua DMP Rompin ) bayi berjaya dilahirkan pada jam 4.00 pm 27 sept 05 bersamaan 23 syaaban 1426 .
Apa yang memeranjatkan kami , bayi yang dilahirkan ini 4.1 kilogram. Sekali lagi pengalaman ini menjadikan isteriku lesu tidak bermaya lagi .
Namun aku bersyukur kerana semuanya selamat dan terima kasih kepada semua sahabat yang turut bersimpati dan menitip doa yang sangat bermakna buat kami sekeluarga . Khas buat Hj. Mahfuz , desakkan beliau agar aku pulang menemani isteri bukan sahaja memberi pengalaman berharga dalam diri ini , tetapi benar benar menginsafkan diri ini , betapa seorang ibu bersabung nyawa untuk melahirkan seorang anak .
Terima kasih isteriku , semoga segala pengorbanan dan kesabaranmu bersama ku mengharungi perjuangan ini , diganjari Allah berkat dan rahmat yang berpanjangan buat kita sekeluarga.
Bayi ini kami berikan nama AFIF SYAIKHANI BIN NASRUDIN
3 Comments:
Assalamualaikum...
Ustaz.. Tahniah kerana berjaya melepasi "ujian- ujian" tersebut, moga moga ganjarannya tidak terkira disisi Allah Insya Allah..
Faizal.
11:06 AM
jika setiap pejuang Islam begitu tegar spt ustaz, nescaya nur Islam pasti lebih pantas bersinar di bumi Malaysia.
cucu hj walong al fatani
9:54 AM
syabas,,,,tahniah kpd Ust,,kerna benar2 brminat dlm peyebaran maklumat malalui IT.
moga prjuangn Ust d anugarahi keistimewaan dr Allah...
www.wanosman.itgo.com
1:07 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home